Tuesday, 30 April 2019

metamorfosis - mr. Lova Lova


seterusnya tinggal kat kawasan pinggir bandar macam PJ Oldtown memang best. nak kebandar sekejap aje ...nak balik rumah pun sekejap aje. kat PJ Oldtown ramai pesara kerajaan yan tinggal aku rasa itu satu satunya kawasan rumah yang ada tanah ber LOT kat area Selangor.memang oldskool dan tempat dia rileks dan cool. aman damai takde sesak sesak.

aku pun memang suka dudk dan tingal kat situ. kalau aku takde apa nak buat kat rumah pun aku selalu jalan sana jalan sini. tak silap aku masa aku tengah enjoy life single takde girlfriend special. aku suka usya awek.

Ayubi - salah satu awek yang aku usya ialah awek yang tinggal kat Maktab Kerjasama Jalan Templer. aku kenal dia masa entah. aku turun bas kat PJ Oldtown aku bileh bagi bunga kat dia. masa tu aku tengok dia tengah tunggu bas nak ke rumah dia kat maktab kerjasama tu. dah pukul 10 lebih macam tu. aku offer kat dia nak hantar dia kat rumah jalan aki sebab rumha dia dekat je. tunggu sorang sorang kat setesen bas tu bahaya aku cakap. dia kata dia memang selalu nampak aku cuma tak terasa nak tegur. dia nampak aku macam baik dan dia sudi kjalan balik ke maktab kerja sama tu dengan aku. entah dari mana ku dapat bunga tu aku pun tak ingat. lastnya aku kenal dia dan nama dia Ayubi. dia orang Kelantan yang tinggal kat rumah kakak dia di Maktab Kerjasama tu.jaga ana naka kat pusat asuhan situ. tapi Ayubi ni tak pakai tudung, dia free hair.aku kawan dengan Ayubi sekejap aje sebab dia mengaku dia dah ada boifren.Ayubi ni kalau tengok rupa dia macam iras Ruhil Amani yang nyanyi lagu Kawan tu. 

Melor - seorang lagi tu memang anak mami...aku menesal giler sebab tak dapat buat dia special aku. nama dia Melor. dudduk kat persekitaran rumah aku je. tapi aku tak tahu kat amana. aku start kenal dia masa dia interview kat ofis aku.masa tu semua orang kat ofis aku cakap aku playboi. playboi apa setakat layan orang datang nak interview. diorang jeles je tu sebab diorang tak boleh buat macam aku buat, aku kan kerja HR. aku contactlah Melor kat rumah suruh datang ambik surat untuk medical check up. Melor kata dia dah dapat offer kat NST. kena apa NST? apa kurangnya The Star aku cakap kat Melor. ketawa Melor kat aku dalam telefon. aku cakap kat Meolor sebenarnya aku dah jatuh hati kat dia dan nak kawan dengan dia. mulanya Melor okey lepas tu bila aku ajak Melor keluar Melor terus tak layan aku. rugiiiii...anak mami putih melepakkk... 

Zarina - dia ni keja klinik PJ Oldtown tu dan tinggal kat seksyen 8 - PJ State.masa ni aku dapat offer study PJJ kat ITM Shah Alam. so aku buat medical checkup kat klinik dia.dia awek biasa je...ada jugak aku try ajak dia keluar. dia tak nak keluar tapi masa dia nak balik dia kata bolehlah singgah minum sekejap. kat food court depan balai polis PJ State tu. aku tak ingat kenapa hilang maam tu saja cerita pasal dia. 

sapa ye nama - sorang lagi ni aku kenal dia masa lepak dengan budak ofis kat studio jamming Jalan Gasing. masa nak balik tu kebetulan tunggu bas kat bas stop. tak silap aku dia kejja kat kedai cermin situ area kawasan bangunan EPF PJ tu.dia ni bajet macam makcik makcik je style dia. shopping pinggan mangkuk kat Uda Ocean, kat Yaohan OUG ...aku pun pening... aku rasa rumah dia dekat area Hospital Assunta yang ada flat tu. so, bila dah lama sikit berkawan aku ajak dia tengok movie cerita Toystory kat PJ State.. dia kata entah apa apa cerita tu. lepas tu dia kata nak balik. bila dia dah balik dia kata tak nak keluar dan jumpa aku lagi. direct aje dia sound aku kan.mungkin aku ni tak menepati citasrasa dia maklumlah masa tu aku usahkan kereta motor pun takde. dating nai bas. mana ada awek nak penat penat jalan kaki. tapi kalau masa tu tahun 90an tu biasa je. orang lain pun naik bas. dah kahwin barulah bermula nak kumpul harta slow slow...tapi dia tak suka kat aku takpelah awek tu pun bukan cantik pun. aku tak rugi pun hahaha....

Thursday, 25 April 2019

review movie - Avengers Endgame


aku berpeluang tengok movie yang ditunggu tunggu ni pagi tadi pukul 10 lepas minum pagi kat restoran Rejab Maju lepas tu dalam pukul 10 aku  masuk kat Klang Parade...tanya tiket Avengers : Endgame kat kaunter tu...lepas tu beli popcorn dan air mineral...pergghhh lama tu 3 jam durasinya...

first aku masuk je dah part scene Ironman @ Tony Stark kat dalam kapal angkasa dengan Nebula anak Thanos. terkandas di angkasa dan tak dapat balik ke bumi pada hari yang ke 22 ...Tony Stark menghantar mesej kepada Pepper Pots melalui perakam di topeng muka Black Panther ...so, bermula cerita cerita sedih Tony Stark punya detail dia cerita pasal kekecewaan sebab Avengers kalah dengan Thanos dan menghapuskan separuh dari kehidupan bumi...

sempat lah tengok ada scene Thanos jalan jalan kat ladang kebun dia petik buah apa entah lepas tu Thanos masak masak pulak...memang lepas Thanos hapuskan penduduk bumi dia pun rilek jadi petani atau pekebun aje. itu je idea dia susah susah nak hapuskan seisi alam atau seisi bumi. apalah bengong Thanos ni.

tapi pada hari ke 23 bila Tony Stark dah nak habis oksigen kat dalam kapal angkasa dia tu...awek lama aku Captain Marvel tetiba aje selamatkan Tony Stark dari angkasa tu bawak ke bumi dan cerita bermula dari situ. awek lama aku CM tak stay lama...iyalah kan nama pun awek lama atau ex. dia pun datang sekejap sekejap aje...dia sibuk dan dah ada life dia sendiri kat galaksi galaksi lain.

tinggal lah berapa kerat aje Avengers yang ada nak berkumpul nak menuntut bela. ntah macam mana diorang tak tahu sampai tetiba aje lagi Antman yang mereka anggap seorang superhero dungu datang kat HQ Avengers dan cakap dia ada cara untuk hidupkan kembali kawan kawan Avengers mereka tu. dengan cara pergi dimensi lain melalui Quantum Realm. dan tukar atau ambik balik batu batu kuasa infiniti dari masa silam iaitu 5 tahun selepas Avengers kalah pada Thanos.

bila Captain America pulak dah ada plan nak dapatkan balik atau mengembalikan kawan kawan Avengers mereka dengan kaedah pergi ke masal silam. tapi Tony Stark pulak keberatan nak join plan diorang sebab Tony Stark dah move on dan tak ingat lagi perkara perkara lama. yang tak boleh move on ialah Thor yang dah boroi sebab asyik minum arak aje kerjanya siang malam.

so bila semua dah berkumpul diorang nekad ambik balik semua batu kuasa infiniti tu dan mengembalikan kawan kawan Avengers mereka. semua da lokasi nak ambik batu batu kuasa infiniti tu. ada 6 biji batu kuasa infiniti rasanya...so ada 3 team lah yang pergi ambik tu. masa nak mengambil batu batu kuasa ni Blackwidow terkorban dan jatuh gaung. so sedihlah Hawkeye sebab kawan atau gelfren dia mati. masa ni aku ambik peluang pergi toilet nak terkencing sebab part dua orang hero Avengers  - Black Widow dan Hawkeye ni taklah best sangat...hahaha...lama sampai dekat 3 jam tu tunggu masa sesuai nak kencing...

bila semua kawan kawan Avengers saudara mara dan segala tok nenek Avengers berjaya dikembalikan bila Hulk memetik jari pakai sarung tangan tiruan Thanos yang dibuat oleh Ironman punya sarungtangan maka mana mana yang jadi debu tu pun berjaya wujud kembali.

tapi entah macam mana Thanos perasan masa Nebula Avengers dan Rhodes - War Machine datang ke planet Morag nak ambik batu kuasa infiniti tu bila sistem saraf Nebula Jahat rosakdan memberi imej rakaman Nebula Avengers yang ada dimasa silam tersebut. Nebula Avengers dan Nebula Jahat pun bertembung. dan Nebula Avengers bersaing dengan Nebula Jahat dari masa silam dan Nebula Avengers kalah dan tingal kat masa silam. Nebula Jahat bertukar tempat dengan Nebula Avengers dan geng Avengers memang tak sedar. lastnya Nebula Jahat  membuka portal masa Quantum Realm dan berjaya membawa Thanos ke dunia masa depan  dan Avengers pun bergaduhlah dengan Thanos second round sebelum ini kat movie Avengers-Infinity Wars . 

dan kehadiran Dr. Strange membuka portal untuk semua hero hero Avengers bertempur dengan tentera Thanos....Black Panther pun bawak bala tentera dia...Loki adik Thor pun bawak bala tentera Assgard dia...Guardian Of Galaxy pun bawak bala tentera dia dan habis semua berperang kat bumi hari tu.

sessi pertarungan antara 3 lawan 1 pun bermula antara Captain America , Thor dan Ironman melawan Thanos...tak jugak kalah kalah Thanos. menyaksikan Captain America yang sepatutnya dalam movie ni... sebagai hero America yang menjadi sekuat Thor bila dia boleh menggunakan tukul besi Mjolnir Thor.

dalam kelam kabut tu semua terkejut bila kapal angkasa Thanos melepaskan tembakan bertubi tubi ke udara..aku dah agak dah kemunculan siapa kalau macam tu... lastnya awek lama aku Captain Marvel datang lagi dan lawan dengan Thanos. kapal angkasa Thanos hancur berkecai dengan kuasa ala Ultraman awek lama aku Captain Marvel ..sedih dan tension Thanos punya muka tengok kapal angkasa dia jahanam....aku ingat Captain Marvel awek lama aku tu boleh menang rupanya kalah bila Thanos gunakan menggenggam batu kuasa infiniti tumbuk dia. dan entah ke mana dia terpelanting pergi ..hahahhaa...

ingatkan dalam ramai ramai tu siapa yang kalahkan Thanos rupanya Ironman jugak yang kalahkan Thanos bila Ironman gunakan semua batu kuasa infiniti dalam suite sarungtangan Ironman . sebelum ni Ironman ada tanya Dr. Strange "boleh ke Avengers menang lawan Thanos " . Dr Strange kata kalau dia bagi tahu result pertempuran  tu spoil lah cerita Avengers...hahahaha...apa yang terjadi takkan terjadi. so, kalau nak tahu cerita Avengers dari mula sampai last tanya kat Dr. Strange lagi senang...dan akhirnya Ironman mati sebab menggunakan kuasa batu infiniti tu...bila Ironman petik jari dia macam Thanos dan Hulk buat. Thanos hapuskan separuh isi bumi. Hulk kembalikan balik separuh isi bumi dan geng Avengers dan lastnya Ironman hapuskan Thanos dan semua bala tentera Thanos.

cerita pun habis kat situ...Ironman mati...Blackwidow mati...Captain America jadi tua sebab dia masa dia pulangkan batu batu kuasa tu di zaman dia  dan stay dan kahwin dengan awek dia dan hanya kembali lepas dia hidup bersama awek dia . itu lah namanya Captain America bersedap sedap kat zaman silam Avengers yang lain terpisat pisat kat masa hadapan.

tq sebab ada masa baca review movie aku ni...pengajaran yang aku dapat dalam movie ni... 
gunakan kekuatan lawan untuk mengalahkan lawan
atau macam prabahasa Yahudi Israel lah
"learn how the enemy thinks and win the games over them"

macam mana pun aku suka sangat watak Carol Danvers @ Captain Marvel awek lama aku tu dua kali tukar fesyen rambut dia dalam movie ni...hahahaha...dan jugak lagu lagu ost - retro sepanjang movie ini sangat menghiburkan. aku memang tak layan semua Marvel Comics superhero movie..aku layan mana sempat je.


muchas gracias
adios amigos

Monday, 25 March 2019

review movie - Captain Marvel


dulu masa aku follow cerita kartun masa kecik kecik aku ingat Captain Marvel ni seorang hero... sekarang baru aku tahu Captain Marvel ni seorang heroin. aku cuma follow superhero Marvel Comics macam Spiderman, Xmen dan lain lain tu tapi tak pernah terlayan Captain Marvel ni.
oleh sebab aku sekarang banyak masa free so aku pun pergi layan dengan anak aku tengok movie kat cinema...harga tiket bawah 10 ringgit sebab movie pukul 11 waktu orang tak pack.

mula mula awal certa dia sangatlaaaaahhhhh boringnya tak macam kisah Alita Battle Angel tu kisah dia dark noir tapi Captain Marvel ni salah seorang superhero dalam Avangers...tapi watak dia dan watak Antman memang complicated sikit sebab kalau Antman dia boleh mengembara merentasi masa yang disebut dalam movie dia...tapi Captain Marvel sudah menjadi kisah superhero alam semesta...memang power dia lebh kurang sama dengan power Thanos watak jahat dalam siri Avangers.
so, Captain Marvel ni asalnya seorang pilot bernama Carol Danvers yang bertembung dengan satu skuad UFO dari alam semesta mana entah dan daam pada dia menjalankan tugas dia terpaksa menyelamatkan seorang orang atasannya yang juga seorang makhluk berasal dari alam semesta entah kat mana. so ada dua puak iaitu puak Kree dan puak Skrull...puak Skrull ni dilihat jahat mungkin sebab penampilan diorang macam jahat..rupanya puak yang jahat ialah puak Kree yang perwatakan mereka sama macam manusia...
puak Kree dan puak Skrull berperang dan akhirnya puak Skrull kalah dan terpaksa menyembunyikan diri...entah macam mana pemburuan puak Kree sampai ke bumi dan  masa tu mereka tak dapat mengelak dari bertembak tembak dengan pilot Carol Danvers. dan akhirnya watak Carol Danvers berada dalam satu pusat training di angkasalepas puak Kree dan mereka memanggilnya Vers. Vers dipercayai telah secara tidak sengaja menyerap kuasa tenaga dari sebuah projek puak Kree. dan hasilnya Vers menjadi seorang yang mempunyai kekuatan luarbiasa. Namun Vers masih dalam keadaan hilang ingatan tentang dirinya selepas pertembungan kuasa itu. puak Kree melatih Vers dan berharap Vers tidak ingat apa apa pasal kehidupan lampaunya. Akhirnya Vers membuat keputusan untuk menyiasat masa silamnya dan turun ke bumi mengikut kata kata dari seorang puak Skrull yang dia temui.
Vers terus menyiasat dan bertemu dengan Nick Fury pengasas Avangers dan Nick Fury pula pada masa itu hanyalah seorang pegawai bawahan biasa bagi projek projek besar AS Airforce.
dipendekkan cerita Vers dapat tahu dia adalah Carol Danvers dan bermula pulak kisah dia nak menyiasat pasal kuasa yang dia ada tu...maa ni dia belum jadi Captain Marvel lagi..bila dia dah jumpa seorang Krull yang tahu pasal masa silam dia dan kuasa yang dia miliki dan pada masa yang sama puak Kree yang memburu Carol Danvers atau Vers bertembung di sebuah tempat persembunyian puak Skrull...

maka pada masa itu barulah Vers atau Carol Danvers sedar kuasa power alamsemesta yang ada pada dirinya...so masa tu lah dia bertukar jadi Captain Marvel ...dan kuasanya power gila babas alam semesta punya power sebiji macam power Ultraman atau Superman. .

so baru lah syok tengok cerita ni yang ada aksi melampau batasan manusia...aku yang tulis entry ni pun lega sebab sepanjang aku tengok sebeum Carol Danvers jadi Captain Marvel naratif cerita dia slow giler banyak cakap cakap dan buat aku tertidur dan berdengkur dalam cinema.
diakhir cerita maka Captain Marvel berjaya menewaskan semua puak Kree dengan sekali petik jari je apatah lagi senjata senjata hebat puak Kree tak mampu mengalahkan Captain Marvel sampai ahli majlis tertinggi puak Kree cabut lari.

so, cerita habis...tapi aku tengok orang masih tak bangun aku pun jhairan...rupanya diorang tunggu apa tu satu plot cerita tambahan pasal movie yang seterusnya yang berkaitan dengan Avengers Endgame yang akan menceritakan kesudahan cerita Avengers Infinity Wars dan clue nya Captain Marvel turun ke bumi setelah dihubungi oleh Nick Fury melalui satu alat dan aku rasa mungkin Thanos akan berlawan dengan Captain Marvel daam episod Avengers Endgame...

watak yang aku lupa nak tulis ialah watak kucing bernama Goose sebab dialah yang menyebabkan Nick Fury hilang penghilatan sebelah mata dia...itu korang tengoklah movie ni sendiri ye..hahaha...


okey tq baca...adios muchas gracias...

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)