Sunday 1 August 2021

retro - crossroads



maksudnya kalau satu artikel tu nama crossroad dia macam menyeberangi atau menempohi satu fasa baru dalam kehidupannya atau nak buat pembaharuan.

setelah kecewa sebab tak dapat masuk form six dan nak merayu pulak takde pun YB nak tolong...maka aku pun bergerak ke kotaraya mencuba nasib dikota. walaupun masa tu apa experience pun takde. umpama memperjudikan nasib...untung sabut timbul untung batu tenggelam . aku follow je bila kawan ajak kerja kat satu company security guard Mahmood Security beribu pejabat di Kampung Attap KL. bersama aku Sham kawan satu kampung dan seorang lagi aku tak ingat namanya. 

kat kampung mungkin aku boleh tolong kawan jual burger...jadi waiter gerai satay..kerja kebun ubi kayu. jual buah jambu malam malam kat gerai jambu. tapi sampai bila. keputusan SPM aku okey tapi entah macam mana aku tercicir dari masuk form six. sedangkan orang lain punya result lagi teruk boleh masuk form six. nak masuk sekolah swasta no problem tapi kena sediakan duitlah. 

dengan berbekalkan duit hanya rm50 aje aku ikut satu Van ke KL dan kitorang duduk kat hostel di Brickfields. semua kat hostel tu kabanyakannya arm guard. iaitu pengawal bersenjata. sedangkan kitorang baru sangat sehari memang tak merasalah bilik cuma tidur kat luar aje. batch aku ada 5 orang baru 3 orang dari kampung aku dan  2 orang dari Trolak tapi baru 3 hari tinggal kami 3 orang aje..aku , Sham dan nama dia Joey. 

aku pulak first day aku jaga post stesen minyak Petronas kat Bangsar. entah kenapa aku boleh balik rumah. mana ada kerja guard macam tu hahahaha....so esoknya aku kena tukar post kat tempat lain di PJ. tapi kawan aku pulak kena jaga post situ nama Joey. kawan aku sorang lagi kena jaga post kat rumah mayat di KKM KL dah macam pendekar Bujang Lapok pulak kitorang bertiga hahaha...cobaaaaannn

masa aku baru baru kerja kat PJ tu aku belajarlah naik bas mini first time. aku naik dari Bangsar dan tekan loceng dia berhenti masa lampu merah. aku turun lepas tu aku pandang kiri kanan bukan tempat kerja aku aku naik balik. hahahaha...memang kampung betul aku masa tu. 

aku kerja post guard depan sekolah pompuan kat PJ sekolah Sri Aman rasanya . budak sekolah pompuan asyik jeling aje ..iyalah aku pun baru je habis sekolah apa beza aku dengan diorang. ada sorang tu staff receptionist nama Sherona. nama pun omputieh so mestilah amoi kan. aku memang suka kawan amoi masa tu. gf aku kat kampung pun amoi. 

sebab aku guard aku jagalah amoi tu kalau dia balik lambat ke...amoi tu pun aku rasa tahu aku suka kat dia. dia selalu belikan aku air teh kat kantin. kerja okey kalau aku takde duit ada dua orang staff lelaki situ bagi aku pinjam duit. kesian kot diorang tengok aku. 

kerja okey...aku pun rasa okey kat situ...cuma yang tak okey big boss dia dalam tu. terlampau poyo. kalau sekali aku tak tabik masa dia masuk kilang tu. (kilang kodak) dia dia boleh call supervisor aku dan report aku tak tabik kat dia. poyo sungguh. bukan dia boss aku aku nak tabik sangat. aku baut dek ajelah sebab aku punya supervisor pun kata itu bukan masalah you.

tapi lastnya supervisor aku pulak meninggal dunia sebab apa entah so aku takde supervisor. aku kerja on duty sampai berhari hari takde guard tukar. cukup sampai 2 minggu aku komplen kat ofis. tapi ofis masih tak hantar guardganti aku. aku berkampung kat post tu. aku makan tidur semua kat situ menunggu orang ganti aku. 

masa tu apa sangat aku tahu pasal Labour Law semua ni. abang guard post belakang suruh aku report kat Labour Office.  aku mana tahu apa apa...lastnya satu malam tu entah macam mana boss kat dalam tu datang balik dari Genting singgah nak bagi aku buah tangan. aku bantai tidur malam tu. dia ketuk post guard nampak aku tidur. lastnya dia tanya kenapa tidur. aku cakap aku dah 2 minggu kat situ takde gauard ganti. so boss tu call ofis aku dan tanya. lepas tu datang 2 orang security officer dan suruh aku balik malam tu jugak dan ambik cuti sehari. dan bagi duit suruh aku makan .

baru diorang tahu kat guard ada masalah. takde sapa nak ganti so sejak tu ada dah orang ganti shift. aku pulak masa tu dah malas nak duduk hostel sebab bosan. so aku menumpang rumah mak saudara. memang sihatlah duduk rumah mak saudara makan minum cukup tidur cukup. cuma hulurlah seketul dua kan...duit air dan duit letrik. barang dapur tak cukupita belikan. itu Joey yang ajar aku kalau menumpang rumah saudara.

tak lama jugak aku kerja entah sebab apa aku rasa nak berhenti aje. mungkin sebab kerja tu tak sesuai dengan aku. dan Sherona pun dah berhenti sebab sambung belajar. kawan aku kat dalam packing tu pun dah berhenti. so aku rasa takde kawan dah kat sit ..itu sebab aku nak berhenti. dapat gaji aje aku pun balik kampung tanpa bagi notis berhenti. aku pun lepak kat kampung. takde siapa pun kat kampung. kawan kawan semua takde. ada pun hanya terjumpa sorang kawan nama Bidin.

aku rileks dulu...nanti tahun depan aku ke KL lagi...kali ni lepak dengan sepupu aku kat Keramat pulak dia kata ada kerj Hotel pulak. tengoklah macam mana kan...



 



No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)