Thursday 22 April 2021

review movie - SEO BOK

 

 

movie ni aku layan dalam bualan puasa so takde thrill sangatlah...nak ajak anak tengok sama aku taku P18 macam movie MORTAL KOMBAT hari tu so aku layan sorang je. rupanya P13...

takpelah aku layan aje. nak jugak layan movie KOrea sekali sekala..selalu sangat digembar gemburkan macam best sangat movie Kerea ni baru first time aku layan movie Korea. hari tu aku terlepas nak tengok movie Korea title RESCUE. so aku layanlah...

firtst aku beli tiket tengok banayk je seat kosong walau hari minggu kat Central I City SOGO Shah Alam. aku tengok tak sampai sepuluh orang dah beli tiket tu. ok lah...layannn. 

aku masuk aje dekat 5 minit iklan...aku mengantuk nak tidur aku tahan...mula cerita banyak sembang itu ini..aku mengantuk...terlelap sekejap..terjaga..terlelap...dan aku tersedar di pertengahan cerita . di mana agen khas nama Min Geo Hun ditugaskan membawa specimen makmal sains bernama SEOBOK ke satu lokasi dirahsiakan. macam cerita Tranportation ala John Statham...dalam perjalanan mereka diburu oleh Agensi yang berpaling tadah pada pihak US yang mahu specimen di bunuh. eagen khas Min melindungi Seobok dari ditangkap atau dibunuh. yang herannya dalam kelam kabut macam tu cerita ni bergerak perlahan walau hanya singgah nak beli baju aje. plot dia sampai setengah jam memang cerita Korea macam ni kot..plot plot simple dijadikan meleret leret...

rupa rupanya Seobok mempunyai kuasa sakti macam X Men . heran kan..Seobok hanya specimen klon manusia tapi boleh ada kuasa bagai....kuasa sakti macam boleh kawal persekitaran dan tak lut peluru mesingan tentera.mungkin kat sini kelemahan ceriuta ni bagi power entah apa apa kat klon. setakat kebal tu aku boleh terima lagi. ni dah kawal semua macam memang mengarut sangat lah. sebab aku tak expect pun dia ada kuasa macam watak MARVEL atau DC comics.so aku bosan layan bila dia lawan semua tentera agency tu macam kacang aje kat dia .hemmmhhh...

apa pengajaran nya cerita ni...? lastnya Seobok yang kebal tu nak mati jugak sebab dia tak terima suntikan dalam beberapa jam. so, agen kahas Min nak bawak dia balik ke makmal. so dia bukanlah immortal atau tak boleh mati. elok macam tu..bila masa dia dalam perjalanan dengan agen khas Min timbullah unsur unsur isu kemanusiaan anatara agen khas Min dan Seobok. padahal Seobok hanya specimen dan bahan makmal. 

Seobok kata memang tak guna nak buat klon manusia yang tak mati. sebab jiwa Seobok kosong. dan jiwa manusia yang terlibat dengan dia macam agen khas Min pulak yang beremosi. so memang betul lah tak payah nak buat manusia tak mati. semua benda dalam dunia pasti mati. Seobok akhirnya minta hayatnya diakhirkan oleh agen khas Min.

habis cerita ..aku tak rasa best sangat...cerita pasal kegagalan sains merekacipta manusia klon. aku bagi 3 bintang aje dah le...

Monday 19 April 2021

wild world - the real Jannah


aku tak dapat nak tunjuk korang macam mana rupa Jannah atau ex crush aku tu...tapi bila aku lepak kat Instagram aku terjumpa sorang teens yang jugak musician ni...hampir hampir aje muka dia macam Jannah...

kalaulah aku dapat buat short movie aku tentu panggil dia jadi Jannah...

wild world - my oldskool journal

 

sebelum ada media sosial blog..inilah tempat aku menulis...satu buku note..aku mula start menulis sejak tahun 1987 lagi..selepas aku habis periksa SRP ...mula mula aku menulis dalam diary..pada tahun aku masih sekolah dulu...tapi bila dah habis sekolah takde diari aku belilah buku note ni...tapi ada jugak tahun tahun yang aku tak menulis. tahun 1991 memang takde diari...

masuk tahun 90 an aku menulis sampai tahun 2000..aku stop sekejap menulis dalam buku nota bila sampai tahun 2010 aku sambung balik  menulis kat blog...tahun 2010 sampai 2015 memang tahun blogger. masuk tahun 2016 aje dah suram dah dunia blog. aku ada jugak join geng blogger kat media sosial. macam macam cara penulisan indie aku dapat belajar. sama macam lukisan pop art...

bila lepas tahun 2015 aje  maka ada instagram so wujudlah instafemes. wujudlah youtubers..dan wujudlah content creator. maka tenggelamlah blogger. tapi tengoklah aku tetap terus menulis kat blog. sebab aku bukan ikut trend aku memang seorang penulis tegar.

dan ramai blogger oldskool yang tak boleh ikut trend instagram dan youtubers so mereka beralih ke dunia Twitter pulak. sebab dunia Twitter hampir sama macam Blogger...

Sunday 18 April 2021

wild world - puas sudah bertanam padi


hati makin hancur luluh bila mak aku asyik cakap supaya aku kuatkan hati dan kuatkan semangat bila lamaran aku atau hasrat hati aku di tolak mentah mentah oleh maksu Minah dan acu Nor. sedangkan aku sejak malam mak aku call bagi tahu resultnya pun memang aku dah takde semangat dah dan dah luruh segala jiwa aku...so, bila mak aku call aku aje kemudian aku mengelak nak cakap dengan mak aku sebab takde apa yang mak aku boleh buat sebab dah semuanya dah jelas . maksu Minah tak terima aku jadi adik iparnya. dia tak terima sebab aku bukan orang kaya. sangat jelas walau dia kata dia tak boleh buat apa sebab itu rancangan keluarga dia di kampung. so semua harapan aku hancur berderai bagai kaca terhempas ke batu. hati aku pun dah hancur berkecai masa tu...

setelah dapat jawapan reject yang sangat power punya dan lamaran aku ditolak mentah mentah...

"cari ajelah orang lain..🥺"

maksudnya aku kena reject sebab aku bukan orang kaya...aku kena reject sebab aku takde harta...aku kena reject sebab aku takde kereta..aku kena reject sebab aku motor pun takde...aku kena reject sebab aku punya kerja pun setakat kerani saja...gaji pun tak cecah seribu masa tu...bila aku sedar akan diri aku ni hina di mata diorang. dan diorang anggap aku tak sepadan dengan Jannah.

maka aku pun bawak diri aku jauh jauh ..aku jauhkan diri aku dari semuanya orang. aku dah patah hati. sampai dengan mak aku sendiri pun aku tak nak cakap dah...aku betul betul sedih  ...apa yang mak aku nak cakap dengan aku lagi? semuanya dah takde makna lagi dah..biarlah aku pujuk hati aku sendiri ..dikenang jangan disebut pun jangan...

...takpe biar aku ubati luka hati ni sendiri . tak payahlah aku dengar mak aku bercerita pasal orang yang dah menghancurkan hati dan harapan hidup aku tu. kalau di kenang dan di ingat lagi perasaan aku  akan sedih dan hanay tambah luka pedih terhiris. biarlah dia dengan hidup dia ..nanti pandai pandailah aku ubati luka hatiku sendiri walaupun semua ni aku tak dengar dari mulut dia sendiri...tapi jawapan maksu Minah dan acu Nor memang pedih dan perit untuk aku terima...

"carilah orang lain.." cakap maksu Minah

"suruh Mat cari orang lain aje" tambah acu Nor

means...go find another girl ...find another girl where ever you want because this girl is not for you...🥺🥺🥺  even if this girl want you but the family don't want you...the family want a rich man not like you...even she loves you ..you must know that the family wants rich man who have everything to be the husband. a car a house a good job... and you? you dont have any of those and you not rich...you don't have car ..you dont have house...you must know that her future husband have a good job.  he work at TUDM  Penang 🥺🥺

kan dah clear semuanya? kalau macam tu kalahlah aku berbanding bakal suami dia tu..kerja kat  TUDM tu Pilot ke ? 🥺🥺🥺  itu yang buat hati aku hancur luluh dahlah kena reject lepas tu nak cerita pulak akan kehebatan bakal suami dia tu..sikit pun tak nak jaga hati aku dan mak aku aku...kalau nak reject tak payahlah nak menghina aku dan keluarga aku secara halus macam tu...aku tahulah aku orang miskin aku tahulah aku orang susah. 

tu yang buat aku merajuk sangat tu walau aku sayang sangat dia melebihi aku sayang apa apa dalam dunia ni...tapi aku masih ada harga diri ...kalau aku dah kena reject sampai dihina sehalus macam tu... memang aku akan batalkan semua niat hati aku...aku lupakan saja semua hajat hati aku tu...perjuangan aku beradu dengan suratan aku selama ni sia sia aje...susah payah aku kumpul duit nak halalkan dia jadi milik aku yang sah..dia dan keluargadia boleh tolak macam tu aje...

takpe...biarlah aku menderita sengsara ...takpe biarlah aku kecewa...aku tahu aku akan kecewa dan hidup menderita kehilangan dia..biarlah...cuma janganlah permainkan maruah dan air muka orang... demi maruah aku akan lupakan dia...demi maruah keluarga aku ...demi maruah aku..aku akan lupakan saja hajat aku nak memperisterikan dia yang sejak dari aku mula kenal dia lagi ....sudah takde jodoh aku dan dia...

namun aku masih ada maruah diri ...walau aku tahu hidup aku akan kecewa merana jiwa aku terseksa...dan menderita jika dia dimiliki orang lain...takpelah...aku terima suratan takdir...demi maruah diri aku takkan meminta belas dan simpati...biarlah aku hidup kecewa tunggang terbalik dunia aku...takpe akan aku hadapi semuanya...

wild world - gerimis mengundang


perjalanan cinta aku sama macam lagu lagu cinta yang aku dengar masa tu...aku sering berangan bila aku beli kaset SLAM...masa tu lagu dan kumpulan SLAM memang berada dikemuncak popular mereka selain kumpulan UKAYS, SPRING dan lain lain kumpulan rock yang memainkan lagu slow rock dan jiwang..maka orang yang jiwang macam aku ni asyik dengar lagu jiwang slow rock lah pagi ke petang sampai ke malam...

antara lagu SLAM yang buat aku berangan tu album ke 2 - Kesan Terbukti yang keluar pada pertengahan tahun 1995 . untuk lebih menjiwai lagi aku turuty pergi rebonding rambut aku yang ikal tu jadi lurus sebab nak sangat tiru imej Zamani Slam

kembali terjalin - lagu ni menceritakan tentang hubungan yang lama terputus dan terjalin kembali. walaupun aku berangan yang aku dan Jannah akan terjalin kembali lepas terputus terpaksa sedikit masa lalu . namun aku hanya angan angan sahaja. aku menjalinkan hubungan dengan Maslina awek kampung aku yang kerja kat Penang dan jugak dengan Haslina awek Kelate yang jugak kerja kat KL.aku rasa sunyi sangat masa tu sebab aku cari kawan untuk menghilangkan rasa sepi. padahal dalam hati aku cuma Jannah seorang yang bertakhta di hati. 

tak mungkin berpaling - lagu ni macam bagi signal kat aku yang Jannah takkan cari aku lagi bila aku try minta alamat dia kat kakak dia kat kampung aku. aku try tulis surat kat Jannah melalui alamat yang anak saudara dia Chek bagi kat aku. aku tunggu Jannah balas surat namun hampa tiada jawapan. aku tulis surat dalam 3 kali namun still senyap sunyi. tapi aku tetap[ tak putus asa. aku terus kumpul duit untuk pinang dia sampai cukup .

nur kasih - so aku ketepikan rasa ragu ragu tu dan aku fokus ..kerja masa ni aku memang beradu suratan dengan hidup aku. aku kerja rajin rajin. aku tak kira sabtu ahad pun aku datang kerja sebab aku bahagian pengawasan pekerja. aku kerja kat dept HR so kalau ada kes aku selalu datang ofis malam malam tengok area kilang. check kakalu ada budak hisap ganja ke apa ke...sebab masa tu aku bujang so aku lah kena ambik semua kerja yang orang tak nak. so prestasi kerja aku pun naik lah...dan aku berharap aku dapat lot share saham the STAR yang bernilai ribuan ringgit. aku memang rajin kerja masa ni boss semua termasuk regional pun suka aku. 

manisnya rindu - aku memang rindu kat Jannah tapi nak buat macam mana...lastnya mak aku cakap nak tanya kat kakak Jannah tu pasal Jannah. so macam merisik lah gitu. lastnya ada berita yang share the STAR akan bagi kat pekerja yang walau pun servis setahun asalkan confirm tarikh itu ini. aku layak derrr...hati aku berbunga bunga aku congak. aku punya performance kerja tip top masa ni .tentu dapat 1+1 kenaikan gaji tahunan tu dah seratus. share saham satu lot dalam 2 ribu. bonus tahunan 2+7 macam tu sampai bulan Mei 1996. so aku congak gaji aku basic 650 + 150 dah 800 jadi 800 x 7 bulan bonus = 4600 + 2000 duit saham campur simpana aku 500 dan gaji aku akan di selaraskan oleh unian sebanyak 20 percent sebab Collective Agreement meeting Union .sebab aku bukan pegawai aku dapat walau aku bukan Union. 800 x 20 percent dah berapa...aku memang bersyukur time ni...dan aku suruh mak aku merisik Jannah.

gerimis mengundang - namun cita cita aku memiliki Jannah hancur berkecai.bila mak aku bagi tahu yang lamaran aku di tolak oleh kakak Jannah sebab katanya keluarga kat kampung sudah pun mengatur pertunangan Jannah. aku rasa hampa...aku kecewa...aku balik kampung untuk dengar dari mulut mak aku sendiri. 

bukan niat membalas derita - aku pun kecewa...aku sikit pun tak ingat apa dah masa ni...aku jadi macam orang gila pun ada. aku sendiri tak tahu apa aku buat masa ni. yang seingat aku masa ni aku enjoy dengan Ismail kawan satu tempat kerja aku kat teh STAR. aku ikut dia menghiburkan hati aku. asal hari inggu aje aku ikut dia...dan lepak rumah dia kat Sungai Buluh. aku frust menonggeng dan aku terima aku takde jodoh dengan Jannah. namun tiap hari aku meratapi nasib aku sendirian bila malam tiba. hanya aku yang tahu.namun aku terdengar jugak bila mak aku call aku ..masa tu aku tinggal menyewa bilik dengan kakak aku kat PJ Oldtown. so mak aku selalu call tapi aku mengelak bila mak nak cakap dengan aku. aku memang sedih dan merajuk sampai mak aku nak cakap pun aku tak mahu cakap. kakak aku bagi tahu aku yang Jannah ada balik ke kampung aku. selepas dia tahu aku meminang dia. dan aku dengar pertunangan dia ditangguhkan sebab Jannah nak tangguh. namun apalah gunanya. hatiku dah hancur berkecai. aku sedih dan merajuk . aku punya merajuk takde siapa pun boleh pujuk walau mak aku sekalipun. so, aku dengar kakak jannah cakap keluarga dia kena bawak Jannah berubat supaya pertunangan Jannah dapat dilansungkan.

Saturday 17 April 2021

wild world - fragile


korang tahu berapa rapuhnya jiwa aku masa aku kehilangan ex aku@ Jannah tu sebab dia kahwin dengan orang lain. aku bagaikan seekor rama rama yang rapuh sayapnya sedangkan hari beransur gelap dan angin bertiup kencang macam dalam gambar atas tu.

apa lagi yang aku harapkan dari dunia ni. semuanya gelap. satu demi satu harapan aku punah dan hancur berkecai. rasa tak kuat nak meneruskan hidup ni bila semua harapan dan cita cita hancu berkecai. dan aku bawak diri balik kampung. bila aku kecewa aku balik kampung untuk aku cari ketenangan dan kedamaian macam lagu DJ Dave. aku cuma perlu untuk cari semangat aku balik aje. semangat yang hilang lepas semuanya hilang. aku kerja pun takde semangat . 

aku balik kampung . masa ni mak bapak aku masih ada lagi kat kampung. mereka mungkin tahu jiwa anak dia tercalar kerana kecewa hilang arah dalam hidup. tersungkur dengan percaturan hidup yang pahit. so mak bapak aku tak tanya apa dah. mungkin diorang tahu kenapa aku balik kampung. dan diorang tahu nanti aku akan bangun semula. hanya masa menentukan.

so aku balik kampung tu ..tiba tiba banjir melanda kampung aku. memaksa aku keluar dari persembunyian aku. yang aku nak menyepikan diri sebab sedih dan frust. rupanya Allah perasan hambanya yang hina ini meratap nasib diri..dia tahu aku bersedih dan nak bagi semangat supaya  aku keluar dari rasa sedih aku tu.jangan lagi meratap nasib diri sedangkan orang lain bahagia.

aku pun ke KL balik dengan sisa semanagt yang ada. akui start dari zero. aku kerja kat kilang cat sebab duit nak pergi kerja pun takde. aku jalan kaki dari Kinrara ke PJ Oldtown. dan lepas aku dapat modal sikit aku pindah ke rumah mak saudara aku kat Kelana Jaya dan apply kerja kat syarikat Courier. aku menyewa rumah panjang. sebulan aku kerja aku dah boleh beli motor secondhand untuk aku pergi kerja balik kerja. jauh rumah dari tempat kerja 2 kilometer aje. tapi kalau menapak memang berpeluh. so nasib baik ada motor kapcai tu. senang sikitlah aku. kawan masa tu jangan haraplah nak tolong atau tanya khabar. semua menjauhkan diri takut aku menyusahkan diorang

so, perjalanan aku masa tu aku rasa nak kerja lain dan aku dah ada duit sikit aku balik menyewa kat rumah kakak aku sebab aku dapat kerja kat SRM dan aku terus kan cari kerja yang sesuai. aku bertahan kerja SRM pun dalam 3 bulan aje. lepas tu aku cari kerja lain. macam tu lah aku semangat memang nipis dan rapuh. dengar aje cerita pasal bekas kekasih yang dah bahagia hati jadi sedih dan gundah gulana. nak kerja pun takde semangat. berterusan macam tu sampai hujung tahun. kerja kat aircond servis berhenti..kerja kat delta publishing berhenti...kerja kat store BRG berhenti. kerjakat IT Developer berhenti jugak...sampai bila entah aku nak asyik kerja dan berhenti aku tak tahu...

lastnya aku dapat kerja kat satu syarikat suratkhabar tapi menjadi agensi pengiklanan. UMES satu nama yang besar jugak sebab dia anak syarikat UTUSAN MELAYU. aku rasa aku dah jumpa tempat kerja yang sesuai dengan jiwa aku. sebab kerja syarikat suratkhabar ni memang fun. aku aje tahu camne fun nya..masa aku kerja kat the STAR dulu memang fun. memang best sayangnya aku tesungkur tengah jalan sebab kecewa dalam hidup bila kekasih aku kahwin dengan orang lain.

so aku start kerja kat UMES atau Utusan Media Sales.berlokasi di Petaling Jaya jugak. aku ada jugak try apply kat TV3 masa tu ada smartshop tapi mungkin aku takde ketrampilan masa tu aku selekeh sebab takde duit. dan aku apply jugak kat NST dan jugak takde rezeki. akhirnya rezeki aku kat Utusan Melayu punya anak syarikat. aku bersyukur. aku pun berpindah ke Pantai Dalam menyewa rumah buang untuk memulakan lembaran baru dalam hidup aku.

cinta? hemmm..memang masa ni takde cinta. tapi masa ni aku keep in touch dengan Ina yang pernah kawan dan putus dengan aku tu. aku mengemis kasih dia pagi dan petang walau aku tahu dia takkan terima aku lagi dalam hidup dia. so itulah aku masa tu mengharap simpati orang kat aku..aku sendiri sedih dengan peangai aku masa tu. sanggup jalan kaki ke Kontena Nasional ofis Ina tu semata mata nak jumpa dia. padahal dia tak nak jumpa aku. dan aku berjalan sana sini. bila aku letih aku ke public phone dan aku call Ina. teruk betul aku kan. inilah dia semangat aku masa tu. dahlah orang tak suka tapi masih lagi nak harap simpati.takde siapa yang simpati...lastnya aku masuk wad kena demam denggi. 

masa aku kat dalam wad tu. aku memang takde siapa dah yang ambik tahu pasal aku kecuali kakak aku yang kat Kinrara tu. aku pun rasa mungkin ini terakhir perjalanan hidup aku bila dalam wad tu sorang demi seorang patient hilang sebab meninggal dunia.dan tiba masa untuk aku pada saat aku sangat lemah dan aku tak tahu sama ada aku bisa melihat sinar mentari esok. rupanya Allah masih beri aku kesempatan untuk meneruskan hidup ini. keesokan harinya kesihatan aku bertambah baik. selepas dua hari aku dibenarkan balik rumah discharge.

namun dalam seminggu aku menerima khabr orang tua aku sakit tenat di hospital aku pu balik kampung untuk melihat akan keadaannya. malam itu aku menemaninya di hospital dan malam itu jugak ayahku pergi dijemput illahi maka aku punrasa insaf yang sangat...aku tahu bahawa takde yang kekal dalam dunia ni. ajal maut jodoh pertemuan semua ditangan Allah aje.

so lepas tu aku terus berazam untuk hidup dengan apa yang ada bukan hidup dengan kenangan lama. aku pun move on dan lupakan kenangan lama bersama bekas kekasih aku tu. dan akhirnya aku temui pengganti bekas kekasih aku tu. Allah dah susun cantik cantik perjalanan hidup kita gaisss...

pada ex aku ...tinggal sayang tinggalah pujaan....terimakasih keran pernah hadir dan singgah dalam hidup aku semoga kau bahagia dengan hidup kau dan aku bahagia dengan hidup aku....


Thursday 15 April 2021

wild world - good bye

early 1994 - masa ni aku membiasakan diri jadi orang kampung...yang takde apa apa...yang ditinggalkan bekas kekasih. dari awal tahun ni muka dia dah tak nampak dah...mungkin dia dah balik kampung dia kat utara lepas habis periksa SPM tahun lepas...apa nak buat siapalah aku nak menahan dia dari meninggalkan pekan Bidor ni yang takde apa makna pun kat dia. so aku terpaksa juga menerima hakikat aku kini hanya orang kampung...kena hidup cara orang kampung jika itu yang akan aku lalui.

I can see the pain living in your eyes
And I know how hard you try
You deserve to have so much more
I can feel your heart and I sympathize
And I'll never criticize all you've ever meant to my life

I don't want to let you down
I don't want to lead you on
I don't want to hold you back
From where you might belong

hari demi hari dengan berkumandangnya lagu Air Supply ni satu masa dulu di corong corong radio. maka aku sedarlah sangat diri aku bahawa ex gf  aku dah takde lagi kat kampung tu. dia dah pun tinggalkan kampung aku dan tinggalkan aku. aku sunyi dan sepi tanpa kehadiran dia. walaupun dulu masa dia ada pun aku tak pernah bertegur sapa. kini aku jadi rindu teramat rindu kat dia.

video clips lagu ni pun mengisahkan tentang perpisahan. mula mula ada karakter seorang lelaki bawak beg berjalan kat stesen keretapi dan lepas tu ada seorang perempuan muda naik basikal. dan ada budak kecik main kat buaian. lepas tu penyanyi yang kedua pulak jalan jalan kat tepi sungai macam jeram macam tu. 

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say, but goodbye

lepas tu ke dua dua penyanyi ni nyanyi atas keretapi macam cerita Hindustan. nampak watak nya seperti mahu meninggalkan pekan kecil atau desa kecil tu dengan pemandangan seorang gadis naik basikal dan seorang budak lelaki. maka lepas tu keretapi tu pun bertolak meninggalkan pekan kecil dan lagu pun habis...

You deserve the chance at the kind of love
I'm not sure I'm worthy of
Losing you is painful to me

lagu ni memang kena sebijik kat aku...aku yang dah mula menjalani hidup sederhana kat kampung dan tak fikir apa apa pun pasal hidup di kotaraya atau KL. sebab aku dah jemu dan jelak dengan hidup kat KL. aku punya kawan kat kampung walau adalah sorang dua tapi rapat lebih baik dari kawan ramai tapi hati sunyi kat KL. takpelah kalau ex gf aku nak balik kampung dia dan dia pun rasa takde apa yang dia tunggu kat kampung aku. dia cuma singgah aje dalam hidup aku, dan sekarang dia dah takde kepentingan apa pun kat kampung aku. mungkin dia nak balik kampung dan kerja kilang kat kampung dia. mungkin ada yang menanti dia kat kampung dia. siapalah tahu kan...

I don't wanna let you down
I don't wanna lead you on
I don't wanna hold you back
From where you might belong

You would never ask me why
My heart is so disguised
I just can't live a lie anymore
I would rather hurt myself
Than to ever make you cry
There's nothing left to say, but goodbye

review movie - Kong vs Godzila


sejak PKP di zaman Covid19 ni ini barulah merasa tengok movie bila PKP dilonggarkan. filem best pun banyaklah yang postpone macam Batman dan Black Widow...okey gang sebelum aku tengok citer Mortal Kombat tu aku layang citer Kong Vs Godzila dulu. sebab nak layan tu anakl aku ajak le. aku bukan suka sangat engok King Kong atau Godzila ni sebab dah watak raksaksa berlakon nak tengok apanya?

tapi sebab anak dah ajak aku layanlah jugak...so beli tiket hari minggu tu memang ramailah parents dan anak dia tengok. aku pun rasa dahlah PKP walau ikut SOP orang ramai jugak kalau movie P13 ni. kita jaga kita ajelah ye.

citer Kong ni asalanya Kong punya scene kat habitat Kong. aku tengok sekejap aje aku dah tertidur...ha padan muka...dan aku terjaga balik bila diorang bawak Kong kat dasar bumi ada dunia lain katanya. gasaklah...tu mesti nak buktikan dunia ni flat. boleh nampak dasar lagi. earthcore lah katanya. entahlah sains ni mengarut aje kalau takde dalil Quran kan.

so Kong pegi kat dunia dia zaman batu. Godzila yang dah lama duduk lepak kat mana datang balik. yang Godzilla pulak mengamuk sebab ada satu kompeni ni bangkitkan satu superpower mecha Godzila untuk apa entah. nak bagi huru hara bumi. so Godzila real pun ajak Kong naik balik kat kota atas bumi dan lawan. sebab Godzila ada Atom punya braeth tu so kalahlah KOng dibuatnya. Kong kalah lastnya. bila Kong kalah dan tergolek dog tunggu mati. 

Godzila pun lawan sorang sorang dengan mecha Godzila yang memang dah tahu tak boleh kawal. lagi nak buat mecha Godzila. so Godzila real lawan mecha Godzila. dah macam nak kalah aje Godzila real. tapi ada human kawan Kong pun berusaha untuk hidupkan Kong balik dengan pump jantung Kong dengan kuasa nuklear. 

Kong bangun balik dan tolong Godzila kalahkan mecha Godzila. itu ajelah ceritanya...agak bosan tapi budak budak suka.. 

review movie - MORTAL KOMBAT 2021


sama seperti game arcade yang lain yang kita selalu main games kat kedai games...streetfighter, tekken, soulblade yang dijadikan francise movie...filem mortal kombat yang hanya sempat di bikin dua series dan series ke 2 yang gagal...maka dalam selepas 2 dekad iaitu Mortal Kombat Annihilator pada ytahun 1997 . kini muncul pula Mortal Kombat yang menggunakan namanya sendiri sebagai title movie. ia seperti filem filem starwars yang mana filem di buat timeline sendiri . Mortal Kombat 2021 ni ialah prequel pada Mortal Kombat yang pertama.

kalau dalam movie okey sikit...scene ganas ganas semua kena sensor tapi ..tapi kalau peminat game Mortal Kombat ni memang tahu lah games ni ganas dan brutal dan disturbing. adegan fight dia memang macam gambaran fight tentera neraka dan seksaan di neraka.  

aku sampai give up nak tengok kat pawagam aku booking tiket sampai 3 kali tapi ada aje halangannya dan urusan aku sibuk hari tu. aku booking tiket oline so tak dapat pegi sebab ada hal. nak tengok. movie je  tapi bayangkan satu tiket je 15 ringgit. aku berhabis rm50++  macam tu... lastnya aku dapat jugak tengok...

citer ni berkisar pada permusuhan antar clan Scorpio dan clan Subzero. kalau masa aku tengok 2 movie sebelumnya nampak macam Subzero baik tapi dalam movie ni Scorpions pulak baik...adui pening...clan subzero yang asalnya Bi Han dan clan Scorpions yang asalnya Hanzo. macam permusuhan Cina dan Jepun pulak. ah lantaklah...

sebab mungkin terlampau nak tapis adegan ganas so adegan ganas taklah nampak sangat. clan Scorpions yang nama Cole tu berlatih dengan geng Rayden untuk selamatkan bumi kononnya dari rancangan jahat geng Shang Tsung. aku pun pening kenapa Rayden tak habiskan riwayat Shang Tsung camtu aje kan senang. ni nak rekrut  oarang bagai. geng Rayden termasuklah clan Scorpions sendiri iaitu Cole Young, Jaxx, Sonya Blade, Liu Kang dan Kung Lau.

dan mulanya pergaduhan Bi Han dan Hanzo dan lastnya jugak pergaduhan Subzero dan Scorpions. sebab ni prequel so kita tunggulah watak lain muncul dalam movie yang seterusnya. ok aku bagi 3 bintang ajelah...

Friday 9 April 2021

love hurt - sua sue kemoning - part last


so last part ...dah nak masuk tahun 1994 camtu...tahun lepas aku adalah jumpa che Nah...atau Jannah...tahun ni dah tak nampak bayang dah...bila aku terfikir balik che Nah ni macam ada sesuatu yang dia nak bagi tahu aku...melaui sign language...

cara dia pandang aku...masa dia menyapu kat beranda...dia nak tengok aku puas puas sebelum dia balik kampung. cara dia buat dekk kat aku bila jumpa...sebab dia nakl aku rapat kat dia sebagai lelaki...tunjuk sikit tough...tapi aku lembik..jiwa aku lembik masa tu...che Nah harap dipujuk tapi aku yang kuat merajuk...camtu...

so sudahnya...dia pergi tanpa pesan...dari bulan Jan sampai bulan Mac. aku macam biasa je...dengan hidup aku trak fikir pasal awek..aku cuma fikir macam MatNor..ada peluang aku nak kerja okey sikit. banyak dah aku pergi interview. aku intervie kerja Jabatan Haiwan kat Slim River...dapat tapi aku taknak pergi...aku interview kerja Bank Pertanian kat Tapah tapi tak dapat...takpe aku try lagi sampai dapat. aku sabar ajelah. 

aku layan je kerja survey macam biasa...tapi bila Sepol dah berenti aku rasa macam tak best. sebab Sepol dapat offer kat Proton. last kerja sebelum raya.aku terpaksa layan jugak sebab itu punca pendapatran aku. sara hidup keluarga aku. tapi rasa macam kehilangan bila awek depan rumah dah balik kampung dia kat Kedah. aku sepi rasanya...kalau tak nampak jugak dia menyapu laman ke..menebas lalang kat longkang ke...dan aku rasa aku masih ada peluang walau dia dah ada bf baru. khabar terbaru yang aku dapat mamat polis adik angkat akak dia tu kantoi kena tangkap orang kampung sebab jumpa awek tengah malam.

che Nah ada jugak balik kampung sebab nak ambik rsult SPM dioa. dan macam biasa aku terserempak dengan dia kat masjid tu. masa tu dia dah bergaya sikit. aku hanya pandang aje. dan petangnya dia bagi laksa lagi. tak sempat nak jumpa masa tu. dia hantar laksa aje. 

so aku layan lah hidup aku ...pagi kerja tengahari balik kerja...singgah jumpa La kat gerai ayam dia kat pasar. balik rmah. duduk rumah. petang keluar maan mi kari kat kedai anney sebelah kedai gunting tu. hari sabtu ajak along ke Teluk Intan usha baju raya atau kasut raya.

sampailah satu masa tu hari raya. ada konflik pulak pagi raya tu. rumah aku kena serang bapak Nazri sebab krisi keluarga sebelah bapak aku. sejak itu aku dah renggang dengan Nazri. aku dah tak ngaku dia saudara dah...so, aku terfikir jugak nak merantau lagi sebab aku rasa sunyi sangat sejak che Nah takde. 

so Along pun ajak aku pergi interview Proton. aku yang mulanya hanya nak temankan dia sekali interview pulak walau aku hanya pakai jeans dan tshirt. yang herannya dapat pulak. hati aku berbelah bahagi...aku mula ponteng kerja kat kampung dan akhirnya aku berhenti dan ikut Along ke KL. dan kat KL aku tumpang rumah kakak aku kat PJ Oldtown dengan Along. 


love hurt - sua sue kemoning - part two

 

begitulah masa kerja kuli landsurveyor tu..apa yang pahit aku telan saja...orang pandang rendah dan orang pandang hina kerja kuli ni...usahkan nak layan elok elok tak bagi kawan lagi...so aku sedarlah diri aku ni. walau aku masih ada perasaan kat ex aku elok aku pendamkan saja. jadilah setakat tengok dari jauh pun cukuplah. 

namun hati manusia ni bermacam ragam kan. kalau Nor tu mak saudara awek dia tak bagi kawan tapi aku ni ada pulak satu awek kerja jual ayam kat pasar. aku memang tak kenal dia tapi dia kata dia adik kawan aku Roslina masa sekolah rendah nama dia La. aku memang selalulah singgah beli lauk untuk rumah aku bila habis kerja setenghah hari tu. bayangkan aku naik basikal. pakai baju bundle tu. aku pun nak beli ragu ragu je. aku mintak ayam dari jauh aje. aku tahu aku selekeh so aku tak harap layanan sangat. aku cuma nak beli dan balik aje. 

yang herannya La bukan main baik dengan aku dan maknya yang ada sama pun sembang dengan aku sampai aku serba salah. mak dia macam suka kat aku dan selalu cerita pasal Roslina yang study kat ITM. aku ni siapalah yang dia nak cerita sangat kan...so aku layan ajelah tanpa harap apa apa pun.

dan masa aku dan kawan serta bos singgah makan kat benteng yang ada bas ekspress tu terjumpa dengan Sheila dan Rozita yang sedang belajar kat UKM nak ambik bas ekspress balik kampus. aku senyum aje tapi diorang boleh duduk sebelah aku yang tengah makan tu. diorang tanya khabar dan tanya ku kerja apa sekarang. memang manusia ni berbeza beza...kan...takde pulak diorang sombong kat aku bila dah ada nama ke apa ke...

okey enoughlah cerita pandangan masyarakat kat aku masa tu. aku nak cerita pasal Sepol pulak. so, Nor pun beenti kerja dan dapat kerja kat JKR. syukurlah dia dapat kerja tetap. tinggal aku dan Man dan masuk sorang lagi ganti Nor iaitu Sepol anak kakros yang baru habis sekolah Vokasional. Sepol ni okey aje...sempoi aje...tak kisah pun kerja kuli. asalkan halal ye tak. janji ada kerja sudah dan ada duit poket atau nak bantu keluarga macam aku dan Man. 

masa Sepol masuk aku pun seniorlah. aku buat kerja Nor iaitu dekat dengan encik jaga kompas. so sedikit sebanyak aku tahulah guna kompas. best jadi senior ni tapi aku macam Man jugak ajar apa yang kitorang tahu sampai Sepol tahu dan faham buat kerja. dan macam biasa bila Sepol dah faham buat kerja Man pun rekemen naik gaji. gaji Sepol naik gaji kitorang pun naik hahahaha....sambil menyelam minum air janji tak pentingkan diri sendiri kan...gaji naik berdasarkan prestasi kerja dan bukan berdasarkan sijil yang ada...kan...

masa ni aku memang teringin nak bergf atau ada makwe. sayangnya aku rasa siaplah nak kat aku ni. aku pun beli majalah remaja kat kedai. try berkenalan camtu. try lepak kat gerai benteng malam malam dengan anak saudara aku Acoi dan Along. try ngorat awek trolak yang kerja kat kedai Jiman. dah pelanggan punselalu try. kebarangkalian macam 1 - 100 nak dapat kenal awek tu. 

sedih gak..awek depan mata tapi macam takde apa yang boleh dihubungkan lagi. nak jumpa ke? yang aku nampak dia sibuk ke hulu ke hilir jemput anaksaudara dia dari sekolah. kalau sebelah petang menyapui laman dan menyapu beranda. so aku pun tahu dia ambik SPM tahun tu. biarlah dia fokus study dia. aku takkan kacau...pernah jugak aku terserempak dia masa kat pekan tapi dia buat dekkk aje...aku rasa dia macam benci kat aku pun ada. kalau tak nak tegur aapa salahnya senyum aje sudahlah. apa salah aku kat dia sampai dia buat aku macam tu. aku sedar aku tak halang hak dia nak cari bf baru ke apa...tapi kenanglah kita pernah jadi kekasih dulu...dan sampai masa tu pun aku masih sayang walau dah takde apa apa.

dan perkara yang aku tak nak terjadi pun terjadi. mungkin Allah nak tunjuk kat aku. masa aku balik kerja sebab aku balik awal sebab kaki aku terpijak paku masa kerja menyukat di ladang itik desa damai. . aku dah tulis dah sebelum ni...aku nampak dia dan satu mamat kat depan masjid. ok..aku terima hakikat dia dah ada bf. so, aku move on...tapi petang tu dia datang rumah dan bagi laksa. aku tahu laksa tu dia buat jamu mamat tu yang datang rumah dia. mamat tu polis adik angkat kakak dia. so, biasalah kan...tapi dia pulak tersentuh bila aku tanya dah ada bf baru ke masa dia bagi laksa tu., dia diam dan tunduk mengesat airmata . dan da mintak izin balik dari aku. aku tak dapat pun jawapan confirmation dia tak cakap pun itu pakwe dia. mengiyaklan tidak dan menidakkan nya pun tidak...so malam tu aku pulak yang mengalir airmata masa nak tidur. 

dan satu hari aku dah tulis dah yang kakak aku balik kampung buat kenduri menyambut kelahiran anak first. dan entah macm mana kakak dia datang. aku layankan aje sebab kakak dia datang nak tolong apa aku nak sombong kan. yng ku heran kakak dia boleh pulak tolong aku goreng ayam kat luar. bukan dia tak boleh tolong benda lain. aku rasa kakak dia memang nak jumpa aku atau nak cakap dengan aku. so aku layan ajelah macam biasa kakak dia. 

tiba tiba apa yang aku rasa nak jumpa sangat ada kat depan mata aku. memang sejarah lah petang tu dia datang kat rumah aku dan jumpa aku. aku terpinga pinga macam tak percaya dia kat depan aku dan tersenyum kat aku. wohhhh manisnya senyuman kau Maznah. aku terlupa selama ini aku hanya menelan kepahitan. cantik nya exc aku sekarang ni. senyum tak putus kat aku. apakah ini semua? aku tak faham....aku tengok dia memang happy jumpa aku dan macam sebvelum ni tak pernah terpisah dan tak pernah ada perpisahan antara kitorang berdua. macam hari tu membuka lembaran baru untuk kitorang macam matahari bersinar semula buat hubungan kitorang.

dan aku pun sembang biasa biasa ..tanya khabar...dah ada bf ke belum dia hanya ketawa aje dan tak cakap pun dia ada pakwe ke apa. kakak dia buat dono aje bila aku bersembang dengan adik dia. dan bila kitorang macam suka sangat kakak dia sound. dah rendam laksa ke...

terkejut aku soalan kakak dia. aku dapat  tangkap maksudnya...memang kakak dia nak bagi tahu kat aku cara itu ..korang fikir fikirlah sendiri...aku dah malas cerita. tapi aku sempat cakap kat Maznah.untunglah sebab ada pakwe polis. tapi Maznah cakbf tu kat dia. tersentuh lagi hati ex aku petang tu. dia mengesat mukanya macam mengesat airm,atanya. dan dia terus melangkah tanpa pandang aku lagi dah. itulah pertemuan terakhir aku dan ex aku.

dan hujung tahun tu memang asyikhujan aje. anak saudar aku Along selalu lah lepak rumah aku dan balik kadang kadang sampai pukul 11 malam. dia nak balik aje terkejut sebab basikal racing dia hilang. kena curi time hujan hujan tu. aku pun turut sama cari basikal yanmg kena curi tu malam tu. memang tak jumpa. itulah kenangan manis dan kenangan pahit tahun 1993 tu. dan part last aku akn cerita pulak ye nanti kat part last sua sue kemoning ni...okey gais...

Thursday 8 April 2021

love hurt - sua sue kemoning - part one


paling best aku nak cerita masa hidup aku kat kampung tolong family...aku lah tonggak fa,mily masa tu walau kerja hanya kuli sukat tanah...hidup aku rasa berkat sebab tolong orang tua...walau tak mewah...dan pasal cintan cintun pun aku boleh ketepikan masa tu walau sidia kat depan mata je...

aku masa kerja landsurveyor tu memang selekehlah...aku dapat kerja tu selepas aku berenti kerja kilang kat shah alam...seperti yang aku ceritakan sebelum ni kat entry lepas....so aku dapat kerja kat kilang buat pasu tembikar selepas aku try mintak kerja BSN kat cawangan Bidor yang kawan aku Mahfuzah jadi teller. pergi rumah orang tu mintak form BSN...terkejut orang tu...dulu masa sekolah ada jugak menaruh hati kat dia. hahahaha...dan jugak pergi kilang ubat nyamuk mintak kerja situ ada Oikuan jadi admin officer situ mintak borang kerja kat dia hahahaha...lastnya mintak kerja kat Yee Lee kilang kelapa sawit dia bagi aku kerja general workers tukang kebun aje...hampehhhh...

lastnya mintak kerja kat kilang pasu tembikar tu mulanya tak dapat sebab aku apply dua orang dengan anak saudara. nak pakai sorang aje...lepas tu dalam 3 hari anak saudara aku cakap nak pakai sorang lagi. so aku try kerja tu...gi kerja pagi balik petang. naik basikal aje. aku mana ada motor. adalah dalam 2 kilometer dari rumah so aku dan anak saudara pun start kerja. mulanya diorang bagi aku kerja buat apsu tapi entah kenapa aku tak boleh buat kerja tu. aku hairan jugak...masa aku kat sekolah sabjek arts atau kesenian aku dapat score 1...tapi masa kerja tu aku dah hilang sskill aku...tu aku pelik. lastnya diorang bagi aku kerja kat bahagian MOLD iaitu berselemoih dengan tanah liat dan plaster of paris. so aku sorang je buat semua tu...memang takde kederat lah buat sorang. aku pun serender....aku tak datang kerja lepas tu.  

aku berenti kerja tembikar tu dan aku try cari kerja lain. lastnya ada sorang kakak jiran kampung nama kakros dia kata ada satu private landsurveyor naak pakai orang. kerja sukat tanah. atau juruukur tanah tapi kuli lah...aku teruja jugak maklumlah itu lah sebenarnya kerja bapak aku yang selama ini membesarkan aku. so aku pun setuju nak jumpa sorang tu nama Man yang jugak kerja sukat tanah tu. Man tu pun aku kenal jugak sebab dulu satu sekolah rendah dengan dia dan husband kepada classmate sekolah menengah aku Amisah. aku takdelah follow sangat cerita Amisah ni.tapi aku tahulah sikit sikit....semua orang ada kisah hidup diaorang kan. 

so aku start kerja dengan Man atau nama sebenar dia Din. dan jugak satu kerja ada sorang lagi kawan masa sekolah rendah nama dia Nor atau Matnor. dan nak jadi cerita tokey atau boss kitorang yang kitorang panggil encik tu. bapak classmate aku jugak nama Tan Bee Lin. nama boss aku Tan Seng Hoe. aku dapat tahu bila cuti chinese new year Tan Bee Lin balik dan aku jumpa dia kat rumah dia. boss aku mana ada ofis. rumah dialah ofis dia macam bapak aku jugaklah. segala peralatan kerja juruukur ada kat rumah dia dan segala peralatan lukis pelan pun ada.semua tu memang sama macam kat rumah aku lah. 

aku start kerja sama macam bapak aku kerja. aku sarung kasut kerja atau I wear the same shoes my father was. barulah aku tahu kerja bapak aku macam mana. macam mana dia cari rezeki membesarkan aku dan menyara keluarga aku selama ni.mungkin itulah hikmahnya bila aku berenti kerja kilang shah alam dan balik kampung membantu sara keluarga ni. Allah dah susun semua tu. so ada duaorang lah kerja sukat tanah kat rumah aku masa tu hahaha...bapak aku kerja freelance dan aku kerja dengan tokey private. kerjanya sama je...bapak aku chainman dan bapak aku jugak jadi draughtman.

start pagi pergi tempat atau lokasi yang customer mintak ukur tanah tu. berpandukan kompas ambil kiraan dalam peta. encik ukur dengan kompas dan tali rantai. dan kemudian tugas kitorang sebagai chainman jumpa batu sempadan yang memang dah sedia ada. dan macam tu kitorang dah buat ukuran dan kerja encik atau boss kitorang pulak buat ukuran dalam peta. itulah tugas draughtman...

mulanya aku memang tak biasa tarik rantai...tebas resam atau semak semak tu. suara nak menjerit pun tak keluar masa tu. asyik kena bahan dengan Man dan Nor ajelah aku. memang sakit hati tapi itulah proses belajar buat kerja. Man pun memang anggap semua yang kerja dengan dia tu adik beradik dia. kita terasa ke apa ke dia memang macam tu. dia takkira siapa pun janji cepat faham kerja dia dah suka dah. so aku kena adopt cara kerja Man dan Nor memang tak sama macam aku kerja sebelum ni. 

dah agak lama dalam sebulan aku mula faham kerja aku dan kerja Man. dan lepas aku tahu buat kerja Man pun cakap kat aku dia akan mintak supaya encik naikkan gaji aku. berapa sangatlah gaji aku beza dengan Man. kalau gaji aku 8 ringgit sehari yang tak tahu apa apa ni...gaji Man pun hanya 10 ringgit sehari. tapi itulah Man yang aku kenal. tak pernah pentingkan diri sendiri. selalu ingat kawan kawan. memang dah takdelah lagi kawan macam Man aku jumpa dah...

dan masuk bulan ke dua aku kerja Nor pulak nak berenti sebab dapat kerja kat JKR. dan tempat Nor diganti oleh Sepol anak kakros...kakak yang rekemen aku kerja ituhari kat Man.  nanti part two aku cerita pasal kerja dengan Sepol.hahaha..

aku dan Nor masih bujang sedangkan Man sudah berkeluarga. selalunya Man suka nasihat aku supaya beringat dan akalu ada duit lebih belilah apa saja keperluan keluarga. satu perkara yang memang sikap Man. mendahului keluarga dari semuanya. dan dia tak segan nak nasihat aku supaya aku beli mesin basuh untuk mak aku. 

"Mi..belilah mesin basuh untuk mak kamu...kamu tak kesian ke kat mak kamu basuh kain pakai tangan..kalau tak mampu beli cash beli hutang ada kedainya boleh tak payah slip gaji .."

begitulah pandangan Man tentang hidup ni. aku banyak belajar dari dia pasal realiti kehidupan dan bukan angan angan. kalau aku nak layan angan angan aku layan dengan Nor. dengan Nor of courselah dia akan cerita pasal awek dengan aku.yang kitorang takkan cerita pasal awek dengan Man tak tahu kenapa hahaha...

Nor punya kegemaran main gitar dan main kat kenduri kahwin.satu hari Nor ajak aku lepak teman dia kerja jual jambu malam malam kat gerai jambu jalan Sungkai. aku yang memang free teman kan ajelah dia sebab dalam 2 malam je dia buat part time. cari duit poket ye lah berapa sangat gaji kitorang kan. kerja kuli...gaji hari pulak tu. aku kerja dengan Man dan Nor bukan sebab apa aku nak pengalaman dan di samping tu aku applylah kerja kat pejabat buruh kalau ada kekosongan dan peluang kerja kat govt ke kerja bank ke...mudah mudahan...kan..rezeki Allah yang tentuikan kita usaha aje.... niat aku ada satu je masa tu...nak tolong mak bapak kat kampung. itu aje niat aku...takde terfikir pun untuk diri sendiri...

Nor pun storylah kat aku pasal love story dia. tu lah...korang ingat orang macam kitorang takde perasaan ke...Nor cakap awek dia kerja kat gerai makan arean tempayt kitorang jual jambu jugaklah. so pagi lepas habis kerja jual jambu tu kitorang minum sarapan kat kedai awek Nor. dan aku pun faham kenapa Nor sedih sangat atau pun jia kacau. sebab mak saudara awek dia tak bagi diorang berkawan lagi adoilah...

aku faham macam kitorang ni siapalah yang pandang. dipandang rendah dan hina kitorang di mata orang...dahlah kerja kuli tak tetap...harta sekadar basikal aje. hahahaha...Man pun adalah motor buruk dia. kitorang? basikal buruk...walau macam tu masa kerja kitorang happy....encik pun seorang bos yang ok walau tak baik sangat.itu aje dah buat aku dan kawan kawan seronok dan happy dengan kerja kitorang. pada akulah ilmu yang aku dapat dari kerja Landsurvor ni memang tak berharga...memang priceless...tak ramai orang tahu kerja macam ni.nanti aku kalau dah lama sikit kerja boleh kot apply kerja kat PLUS ke atau pejabat tanah ke...JKR ke...macam tu aku fikir...

so, satu hari aku terjumpa lah Aida seorang classmate jugak kat Tapah. aku dan kawan kawan berdiri kat luar bank sebab tunggu encik . dan tiba tiba Aida keluar dari bank tu . aku senyum kat dia tapi dia buat tak kenal. masa tu Aida boleh tahan jugaklah. sampai aku boleh senyum. tapi dia buat tak kenal. hemmm...so betullah orang tak pandang orang macam kitorang ni.nasiblah kan...aku tak marah pun..aku terima hakikat tu. kitorang selekeh dan berpeluh dan berbaju bundle aje...

dan satu hari masa minum breakfast kat stesen bas sebelum pergi kerja. kakak ex aku...maksu minah tegur aku kat situ masa aku tengah layan teh tarik dan roti canai dengan Nor.

"kamu kerja apa sekarang Mat? kerja kat mana?"

aku hanya tersenyum dan tak jawap pun soalan tu. dalam kepala aku bermain fikiran aku macam macam. aku tengok kat satu bas yang parking situ. maksu macam baru lepas hantar seseorang naik bas ekspress dan aku tak tahu siapa? mungkin hantar husband dia kerja ke Slim River atau hantar seseorang ke Ipoh. dan aku rasa itupun bukan urusan aku kan? cuma Nor yang hairan kenapa aku tak jawap pertanyaan maksu minah tu. 

"Mi jawaplah kakak tu tanya kau.."

aku sendiri pun tak tahu kenapa aku tak jawap . aku rasa semua tu tak penting. bukan sebab aku sombong tapi aku rasa diri aku tak penting dan jawapan aku pun tak penting pada maksu minah. dia memang selalu nampak aku keluarkan basikal pagi pagi sebelum kerja sebab lalu depan rumah aku nak hantar suami dia ke stesen bas. husband dia kerja kat Slim River jadi assistant DO. 

dan bila Nor tanya macam tu kat aku aku pun senyum dan aku jawap.aku rasa terhina ..itu aje aku jawap dan Nor tak tanya lagi lepas tu...

sambung lagi kat part two gaisss...

Thursday 1 April 2021

infatuation - kelip kelip ku sangka api...

lost contact - 

walaupun aku lost contact dengan Jannah ex crush aku tu..tapi dalam hati tetap tersemat kukuh nak memiliki dia. of courselah aku ada kawan dengan perempuan lain. sepanajnag masa aku nak cukupkan duit belanja aku nak pianag dia jadi isteri. tujuan aku cari duit semata mata nak kahwin dengan dia. aku memang sejak dia balik kampung dia aku tak pernah jumpa atau hubungi dia. aku gamble aje... yang penting aku kena cari duit nak pinang dia ..itu aje aku tahu..

so, aku pun berkawan dengan Maslina awek Bidor yang dia ke Penang jugak lepas SPM dia. dengan Maslina ni okey je pada mulanya. tapi aku rasa aku menipu dia pulak sebab hati aku kat Jannah.so hubungan aku dan Maslina sekerat jalan aje.

kawan dengan Ina atau Haslina awek Kelate. kat Key Ell atau kat PJ aku berkenalan dengan Haslina masa aku kerja the Star. berkawan dengan dia pun sekejap aje. sebab entah macam mana dia mintak putus sebab dia nak bertunang katanya. so aku fahamlah aku cuma persinggahan aje buat dia. masa tu pun dia ada problem dengan bf yang bakal tunang dia. so aku tempat dia lepas boring ajelah. sedangkan aku masa tu macam dah terpikat kat dia. sebab ciri ciri gadis lemah lembut tu ada kat dia. dia macam seniawati Roseyatimah.

dan yang terakir ialah Maizatul masa tu dia baru masuk kerja bulan October 1995. aku pulak masa tu tengahs sedih giler sebab pinangan aku di tolak oleh keluarga Jannah. so aku pun sedih sebab duit dah ada tapi jodoh takde. denagn Mai aku kawan pun sekejap aje sebab budak perempuan kat the Star fitnah aku ni playboy. so Mai pun menjauhkan diri dari aku. aku pun terpaksa terima Mai tak nak kawan dengan aku. tapi akhirnya aku terserempak dengan Mai kat SRM yang berpejabat di menara MPPJ . satu tempat kerja api mai buat tak kenal.

aku tahun 1997 masa tu memang hidup segan mati tak mahu. kerja asyik tukar aje tak sampai sebuylan berhenti. kerja berhenti kkerrja berhenti sampailah aku dapat kerja kat UMES - Utusean Media  Sales. dalam tahun tu hujung tahun tu aku masuk wad sakit demam denggi. dan bapak aku eminggal dunia. so masuk tahun 1998 aku berazam nak lupakan ex xcrush aku yang sudah pun hidup bahagia masa tu dah ada anak pertama pun. 

so untuk memulakan hidup baru aku pun pindah duduk rumah bujang kat Pantai dalam. masa berulang ke tempat kerja aku jumpa  dengan Mai yang kebetulan dia tinggal kat Bukit ANgkasa KL. aku memang tak perasan itu dia sebab dioa dah berubah sama sekali. kalau masa kat the Star dia free hair. kat SRM masa aku jumpa dia pakai tudung. dan masa aku jumpa dia tu dia macam berkot macam tu.

infatuation - another you


dalam setiap kali kita jumpa seseorang dalam dunia ni pasti kita terjumpa mereka yang hampir sama atau seiras...macam aku jugak aku mula mula terjumpa orang macam ex crush aku dalam tahun tahun selama aku bercari cinta sejati ni...INFATUATION itu sebenarnya bila kita ingat sangat seseorang tu kita jumpa orang yang seiras dia.

1st infatuation - awek atau amoi pertama aku jumpa dan ada syok ialah Oikuan...dengan Oikuan sekejap aje kawan sebab entah dia tak layan aku dah...sebab dia pun orang Cina. tapi aku punya taste masa tu memang amoi...first crush masa kecik Oikuan jugak sebab dia duduk area neighbourhood, kan lepas tu classmate sekolah rendah Choi Ai Oun dan masa form three suka kat Chin Lee Choo..sampai muka dia effect kat kertas periksa wayang kulit aku sabjek SRP sampai semua orang cakap macam muka amoi kelas sebelah aje...aku lepas tu naik form 4 dan masa form 4 ada asimilasi antara sekolah lain..sekolah cina so ramailah kawan cina aku masa tu termasuklah satu kelas...memang best lah berkawan dengan amoi sebab diorang berfikiran terbuka. malu nak cakap aku sampai macam dah nak jadi mat diskang masa tu. fesyen baju dan seluar ala hong kong. nasib baik ada sorang member aku masa tu Nazri yang transfer ke Kajang dan transfer lagi ke Bidor semula masa form 5. dia yang selamatkan aku dari terus terpengaruh dengan imej diskang ni bila aku asyik lepak rumah dia dan dengar lagu rock.

masa form 5 tu memang aku jadi nerd dan takde masa nak fikir pasal awek sebab aku dah lah nerd lepas tu jadi Prefek pulak. memang aku mat skima lah masa tu. tapi aku berpeluang jumpa awek masa perkemahan PBSM kat sekolah Sungkai ...awek tu pun chinese look jugak, nama dia Aina.aku memang minatlah kat dia. tapi masa tu aku nerd...so hilang macam tu saja pasal Aina. lastnya baru aku tahu bila kawan aku budak sekolah Sungkai cakap dia ramai kawan lelaki. so aku pun undur diri lah...

tapi aku tak dapat lari dari minat kat amoi ni bila satu hari kawan aku sorang lagi the Great gelaran dia...(nama dia Murad) bagi tugasan kat aku dan Nazri bagi buku autograf nak mintak sorang amoi ni sain. aku ingat siapa rupanya Oikuan...memang dah lama tak jumpa dia sejak aku kecik lagi. rumah dia dekat depan main road sebab bapak dia kerja tukang besi. sejak itu aku terus minat kat dia . dan berusaha nak kawan dengan dia. kisah aku dengan Oikuan ni sebenarnya aku syok sendiri sebab perasaan hati aku hanya bertepuk sebelah tangan aje....sebab minat jugak kat amoi aku pun try berkenalan dengan Christine Chan Kim Mun yang berasal dari Ipoh pada tahun 1989 melalui majalah Galaxy dan aku berkenalan jugak dengan seorang amoi masa dia jogging kat jalan paku pada tahun 1991. nama amoi tu Jennifer.dia keurunan mix cina dan jepun. hubungan memang tak sampai ke mana. hemmm

lastnya aku terjumpa jugak amoi yang mukanya dan bodynya lebih kurang sama dengan Oikuan iaitu Vanessa yang satu kerja dengan aku kat Georgetown Pharmacy .di SS2 Petaling Jaya tahun 1993 sempatlah makan lunch dengan Vanessa tu. dia promoter barang kecantikan dan dalam tahun 1996 aku terjumpa awek Melayu chinese look iaitu PAT atau Rafidah yang kerja kat Citylink.dan selepas sekian lama baru aku perasan Oikuan ada iras Siti Nurhaliza masa dia nyanyi dengan 2 by 2 dalam program RTM . Lagu Mawarku...hemmm

2nd infatuation - perempuan first aku aku jumpa NURUL JANNAH orang siam yang masuk Islam kat PJ Selangor rumah mak saudara aku  dalam tahun 1990. lepas tu aku balik kampung dan bertemu dengan MAZNAH yang mukanya lebih kurang sama.. dan masa aku lepak kat Ipoh 1992 aku terjumpa lagi dengan KAK NORAKILA ipar duai Nazri sepupu aku yang sebijik muka macam MAZNAH..masa ni dah frust sebab putus terpaksa dengan MAZNAH dan terjumpa pulak anak saudara Kak Jimah yang kerja gerai tu muka macam MAZNAH jugak. lastnya aku kerja kat KL tahun 1993 masa tu Georgetown terjumpa awek yang mukanya sama dengan MAZNAH tapi aku tak tahu nama tapi dia kerja kat REGENT HOTEL KL . dan last sekali aku jumpa muka sama macam MAZNAH tu kat SHAH ALAM. masa tu aku dah lost contact dengan MAZNAH. nama awek tu NORLELA SAMUNI aku jumpa masa aku nak claim gaji lama kat PROTON dan aku temankan dia buatkan akaun Maybank .mungkin dia baru kerja kat Shah Alam. Muka memang sebijik macam MAZNAH...masa ni aku memang teingat sangat kat MAZNAH dan aku ingat nak kawan dengan NORLELA ASMUNI tapi sayangnya sekejap aje kawan dengan NORLELA ASMUNI ni...khabar last dapat tahu dia dah balik kampung dia kat SUNGAI BESAR. dan last aku jumpa awek muka macam MAZNAH ialah MARSHA yang kerja kat SRM menara MPPJ.

3rd infatuation - aku jumpa cinta kedua aku INA Kuala Krai yang kerja Kontena Nasional Sungai Way. muka dia macam MAZNAH sikit sikit tapi lagi anggun dan macam ada personaliti korporat sikit. aku dan dia pun kawan sekejap aje sebab dia mintak putus sebab nak bertunang.so bila dah putus maka aku pun mintak simpati kat dia. dia marah aku dan tak nak aku hubungi dia lagi. lepas tu aku jumpa awek nama INA rumah awam jugak kat kampung adik kawan Tajahar aku masa sekolah.muka dia memang sebijik macam INA Kuala Krai. tak sangka elama ni. dia follow cerita aku. bila semua pasal aku dia tahu. memang dah greenlight nak jadikan dia pasangan hidup sebab dah diaturkan mak dan ayah aku dan jugak mak ayah dia. entah apa silapnya...aku mengundur diri...kalau tak dah selamat dah aku dan dia sebab rumah dia pun sebelah rumah kakak sulung aku je. adoi hahaha ...dan yang terakhir aku jumpa muka macam INA Kuala Krai ni masa masih kerja kat the STAR...masa tu ada sorang pekerja temporary studen UIA nama dia NAZIHAH. memang muka macam INA Kuala Krai tu. mulut lebar hihihi...

4th infatuation - aku jumpa awek muka macam Yatie Feminin. kat tempat kerja the Star. masa tu aku dah frust menonggeng dengan INA dan MAZNAH. aku ingat inilah pengganti mereka berdua. mukanya bulat bundar matanya pun bulat bundar. sebiji macam Yati Feminin tu. nama dia MAIZATUL AKMAR...aku panggil MAI aje...aku dan MAI meamng ada getar getar cinta pada awalnya tapi entah macam mana ada aje yang dengki. mereka cakap aku playboy dan MAI termakan hasutan mereka tu yang satu dept dengan dia. padahal masa tu aku takde special pun sebab itu aku main redah aje kawan dengan sesiapa dan takde special. MAI pun tak layan aku dan dia pun berenti kerja dan aku sempat kawan dengan ASLINDA yang kerja kat KUBB muka dia pun macam tu ada bulat bundar...so aku dah break dengan MAI dan aku berhenti kerja the STAR. dan aku balik kampung sebab frust putus dengan dua dua awek INA dan MAZNAH termasuk MAI sekali...INA nak bertunang dan MAZNAH nak kahwin dan MAI pulak tak layan aku...aku lepak kampung...kampung aku banjir...aku balik ke KL semula dan start from zero. kerja kilang cat dua minggu dan dapat duit belanja mintak kerja kat sytarikat courier ... CITYLINK kat Kelana Jaya. aku jadi HR Assistan dan ada assistant jugak nama apa ntah. tapi muka sebijik macam MAI. aku lupa sangat nama dia...tapi lastnya aku berhenti jugak kerja CITYLINK dan kerja kat SRM dan akhirnya dalam tahun 1997 tu aku kerja tak tetap sampailah aku kerja kat UMES anak syarikat Utusan Melayu kat PJ. masa tu aku selalu call NAZIHAH sebab aku ada number dia. tapi selalu NAZIHAH takde. aku sembang dengan orang yang angkat call tu dan akhirnya orang tu jadi isteri aku sekarang hahaha...muka dia pun ada iras macam MAI...aku pernah jumpa MAI masa duduk kat Pantai Dalam masa tu tahun 1998 dan aku dah tak berapa perasan sebab MAI pakai tudung. aku sempat tanya yang perempuan yang aku jumpa dengan PAktam tu macam awek aku masa tu iaitu isteri aku sekarang...ada macam muka awek aku ke...Paktam cakap memang ada tanpa Paktam tahu yang itu MAI yang pernha kerja the STAR...hahahah...memang itulah kisahnya....INFATUATION...



infatuation - real patah hati


"nak ku tangis tak berairmata ...nak ku rayu pada siapa ...setelah aku serahkan cinta engkau cari kekasih yang lain... biar aku membawa diri bersama hati yang kecewa..."

 so, aku nak cerita satu perkara lepas lamaran atau risikan aku ditolak mentah mentah...jawapan yang diorang bagi kat mak aku.

"cari aje orang lain..."

jawapan tu macam aku dah takde peluang dah...yang cakap tu pulak bukannya sehari dua kenal mak aku. dah jadi jiran kampung sebelah rumah...sejak bertahun tahun dari tahun 70an....sejak aku lahir lagi...diorang pun kenal aku dari aku kecik lagi...so, apa masalahnya diorang tak suka aku?

aku rasa bila kena tolak macam tu..aku rasa merajuk hati...kenapalah diorang tolak aku...kalau aku miskin atau takde harta memanmglah aku akur...so, dorang tolak sebab aku miskin agaknya. aku dah usaha cari duit pun diorang tolak jugak. so, aku fikir memang awek ex aku tu pun macam tu jugak...sama saja macam family dia pandang harta. sejak itu aku dah insaf macam mana baik pun orang pandang harta jugak. aku rasa mak aku pun sedih...

dan seterusnya hidup aku umpama mimpi dalam mimpi...aku cuba lupakan walau menyeksa diri aku...mak aku selalulah call aku suruh aku sabar...aku pulak selalu tak nak cakap kalau mak aku call...mak aku nak jugak cerita perkembangan awek aku tu. apa lagi aku nak ambik tahui dia dah nak kahwin tapi bukan dengan aku....

tapi mak aku cerita jugak dengan kakak aku...dan  kakak aku pun cerita dengan aku...kakak aku cerita mak aku cakap...bila awek aku dapat tahu aku melamar dia...awek aku pun macam tak nak kahwin. itu cerita kakak aku lah yang mak aku cakap yang kakak awek aku bagi tahu kat mak aku. 

aku pening kepala...kalau dah reject aku dari awal kenapa nak cerita lagi kat mak aku? aku rasa tentu diorang serba salah buat mak aku macam tu...so, nak cover balik diorang pun buatlah cerita nak menyedapkan hati mak aku. tapi apa gunanya?aku dah buat keputusan mengundur diri...aku tak sanggup nak meruntuhkan mahligai yang orang nak bina...pasal aku takpe...biarlah aku sengsara sendiri..

cerita kakak aku lagi awek aku tu macam tak tentu perasaan ..dia balik kampung aku dan macam dah tak nak balik kampung dia kat utara tu. dia nak stay kat kampung aku macam tak nak kahwin. kakak dia pun mintak delay sebab awek aku macam bermasalah.katanya nak bawak berubat. 

hati aku pedih sebab kena reject tu masih lagi pedih ni terhiris lagi nak ubatkan awek aku tu supaya lupakan aku. kata kakak aku ..pedih hati aku bila kakak awek aku cakap yang nak ditunangkan dengan ex aku tu ialah sepupu dia yang kerja TUDM Butterworth kauuuu...kerja pilot ke aku tak tahu lah ....tapi memang nampak sangat diorang reject sambil sindir aku...tapi bila ada masalah tahu pulak dia nak cakap untuk sedapkan hati sendiri...

"kalau tahu susah nak kahwinkan Jannah macam ni ...baik kami lepaskan kat Emmett je dulu"

entah apa guna kata kata macam tu lagi...hati aku dah sedih janganlah nak cuba pujuk lagi...aku suka kat awek aku tu sejak dia umur 14 tahun dari tahun 1990, 1991, 1992, 1993, 1994 , 1995...aku takde awek lain...berapa tahun tu aku kerja beradu dengan suratan hidupku semata mata nak kumpul duit nak memiliki dia ..sayangnya korang reject aku bila aku masuk melamar .tolak mentah mentah...tak sedih ke?

tak nampak ke kesungguhan aku? aku tutup mata tutup pintu hati kat semua orang walau ada je yang mengetuk pintu hati aku. aku tahu awek aku ni cantik dan ramai yang berbaris nak kan dia...orang lebih hensem dari aku, orang lebih kaya dari aku lebih berdarjat berpangkat dari aku ...aku sedar semua tu namun aku percaya jodoh ditangan tuahn. aku usaha sedaya upayaku untuk memiliki dia dan akhirnya diorang reject. 

so, apa lagi yang diorang harap dari aku...dengan cerita cerita mewajarkan apa yang diorang buat kat aku dan mak aku? okeylah aku memang sedih tapi aku terima suratan takdirnya...cerita cerita diorang tu diorang boleh lah reka macam mana pun. hakikatnya diorang dah reject aku masa aku betul betul mengharapkan...bila harapan aku hancur berkecai macam kaca terhempas ke batu...takkan bercantum lagi hati aku tu dah...

aku dah memang betul betul patah hati...so aku biarkan aje...semua tu..aku layan frust aku...takpelah..takde jodoh..semoga hanatlah kau ehhh..bahagialah kau disamping pasangan hidupmu kekasihku... biarlah aku membawa diri dan hati yang luka ini ku ubat sendiri...

infatuation - - BERADU SURATAN


kini aku hanya mampu berdoa agar HANATLAH  kau di sampingnyaaaa...selamat tinggal ...aku mengundurkan diri ....

cerita aku dan dia berepisod sebanyak 3 episod iaitu episod bercinta, episod berjauhan dan episod kecewa...

bila aku punya lamaran kena tolak mentah mentah hujung tahun 1995..aku pun frust menonggenglah...ternyata dia bukan jodoh aku...selama bertahun tahun aku sabar untuk memilikinya. aku berusaha beradu dengan suratan hidup aku untuk memperisterikan dia. bayangkan dari dia umur 14 tahun aku dah jatuh hati...seterusnya masa dia umur 16 tahun aku melafazkan cinta keramat padanya. dan tak lama aku frust sebab terpaksa menyepikan diri dari dia kerana aku difitnah menipu duit orang masa tu. setelah lama mengasingkan diri dari masyarakat kampung tu...aku dapat semangat dan aku bangkit semula menebus kegagalan . walaupun aku dilanda krisis dengan orang tua aku sendiri dan dihalau keluar dari rumah. aku merantau ke kota dan bila kat kota pulak kakak aku cakap baliklah kepangkuan keluarga di kampung sebab mereka memerlukan aku. aku pun pulang ke kampung..krisis aku dan bapak aku aku lupakan begitu saja...aku anak dia bapak...aku betul ke atau dia salah ke...semua tu bukan soalnya..aku anak dia dan dia bapak aku...

so aku jumpa balik ex aku kat kampung dan aku tak tahu apa perasaan dia kat aku...ada lagi ke sisa sisa cinta lalu...yang aku tahu aku tetap macam dulu masih menyintainya dan akan berjuang untuk menghalalkan dia untuk aku. dia masa tu form 5 dan aku masa tu kerja kuli juruukur tanah. pernah kakak dia tanya apa kerja aku masa tu. apa aku nak jawap ye. aku hanya tersenyum aje tanpa aku berikan jawapan. namun pertemuan aku dengan dia disatu petang tu masa kakak aku buat kenduri dan dia datang masa aku tengah goreng ayam kat luar. aku rasa itulah detik paling indah. macam waktu seakan terhenti. namun bila kakak dia join kitorang so aku tak dapat nak cakap lebih lebih. dia macam begitu gembira dan macam tak ingat aku dan dia pernah ada kisah cinta yang pedih akibat aku difitnah orang. so aku tak naklah spoil the evening. aku hanya tersenyum dan bertanya khabar sahaja. itulah kali terakhir aku bertemu dengan dia. 

lepas habis SPM dia balik kampung dan aku tinggal sorang kat kampung. namun selepas peristiwa rumah aku diserang pada pagi hari raya oleh bapak saudara aku sebab krisis tanah pusaka. aku mengambil keputusan untuk kembali merantau ke kota. sebab masa tu pun anak saudara aku ajak teman dia kerja Proton. so aku pun kerja Proton sekali dengan anak saudara aku. kerja Proton memang best tapi sekejap sahaja. sebab aku dilanda down yang amat sangat. bila masa cuti plant shutdown aku balik kampung dan tak dapat jumpa dia. memang tak ada kat kampung tapi aku mintak alamat pun tak dapat masa tu. aku kembali ke kota dan aku rasa down sampai aku tak boleh tumpukan kerja aku. lastnya aku ponteng dan aku kena buang kerja. 

episod seterusnya ...aku bertahan kat kota dan aku bertekad takkan  kembali ke kampung selagi aku tak berjaya mengumpulkan duit untuk memiliki ex aku tu...walaupun dia ex aku...aku tak pernah mengucapkan perpisahan kat dia dan aku tak pernah pun mintak putus kat dia. so walau kisahnya tergantung dan aku tak tahu kesudahannya. tapi aku tetap berusaha untuk kumpul duit walau aku tak tahu apa dan di mana dia berada masa tu. yang aku tahu dia kat Penang kerja kilang. itu aje yang aku tahu. so, aku pun cekalkan hati aku supaya aku cari duit untuk pinang dia. kalau ada jodoh aku dan dia adalah.kalau takde aku terpaksa terima...

aku dapat kerja kat satu syarikat suratkhabar omputeh the STAR kerja handle event PJ Half Martathon. mulanya hanya kerja temporary namun rezeki aku bila dapat diserap permanent bila aku habis kontrak 3 bulan. so, aku tak perlu lagi risau aku dah ada kerja tetap. hujung tahun aku rasa rindu kat ex. walau aku tahu ex aku dah takde kat kampung. tapi aku dapat tengok kenangan pun jadilah. namun hasrat aku tak terpadam walau aku lost contact dengan ex aku. aku tetap jugak teruskan usaha kumpul duit tu. dan rezeki aku bila aku balik kampung hujung tahun tu aku nampak macam ex aku kat rumah kakak dia namun aku masa tu dah habis cuti. aku serba salah pulak nak jumpa atau tak nak jumpa ...dan hati aku jadi sayu... lastnya aku kirim salam melalui ibu aku.

so aku rasa aku kena tumpukan pada kerja dan kumpul duit. soal ada jodoh atau tak itu urusan tuhan. aku berusaha dan berusaha nak kumpul duit untuk memilikinya. sampai hujung tahun 1995 aku rasa aku dah cukup duit dan aku suruh ibu aku merisik dan meminangnya. melalui kakak dia kat kampung aku. 

mak aku pun pergilah merisik...dan aku tak sangka jawapannya hampa..lamaran aku ditolak mentah mentah. kakak dia kata keluarga dah uruskan perkahwinan dia dengan orang lain iaitu sepupu dia. aku nak cerita pun aku dah malas. so aku pun akur nasib aku. aku takde jodoh dengan dia. full stop.

aku pun kembali ke kota dan aku meratapi nasib ku. aku jadi manusia yang hilang punca. duit yang aku kumpul aku joli dan habiskan entah aku tak tahu aku buat apa..start tahun 1996 tu sampai lah ke tarikh dia bernikah lepas raya puasa bulan Mac macam tu ..aku pun tak tahu aku buat apa. yang aku tahu aku date dengan awek tak kira masa...sampai orang kata aku playboy kat ofis. asyik bergayut dengan awek. itu yang aku ingat. memang weekend aku dipenuhi dengan dating awek saja. awek berganti ganti. namun tak siapa yang tahu perasaan aku hancur berkecai hanya menunggu tarikh perkahwinan ex aku tu. 

bila ex aku punya hari perkahwinan tiba. aku pun rasa macam nak cari ketenangan. aku ikut kawan aku bercuti kat Pangkor. aku bekerja namun rekod perfomance kerja aku dah turun .aku buat kerja sambil lewa aje. sampai management ugut nak transfer aku atau berhentikan aku. aku layan aje kepala aku masa ni. nak berhentikan ke dan nak transferkan aku ke..lantaklah...

lepas sebulan macam tu aku pun sendiri apply berhenti sebab hati aku kacau bilau. jiwa merana menderita. mengenangkan ex aku dah jadi milik orang lain. aku sedih kecewa . lastnya aku terpaksa ikut perasaan aku dan aku balik kampung jugak. lepas berhenti kerja aku balik kampung. aku duduk memerap kat kampung sampai kampung aku di landa banjir. 

bila dah kampung pun macam bersedih serupa hati aku sampai banjir. so aku pun kembali dengan semangat yang masih bersisa untuk bangkit semula meneruskan hidup aku walau aku gagal memiliki ex aku. aku rasa aku ambik masa selama setahun aku berterusan sedih . sampai kerja pun tak tetap asyik berhentia je sampailah aku masuk hospital kena demam denggi dan selepas tu bapak aku pulak meninggal dunia. semua ni jadi tamparan kat aku supaya menerima kenyataan hidup dan tak lagi menyiksa diri sendiri melayani kekecewaan. so lepas tu aku apply kerja kat tempat baru Utusan Media Sales. so, aku bertekad kali ini aku nak jaga mak aku. dan lupakan semua kisah kisah sedih tu. aku pun kembali duduk kat kota dan duduk  menyewa rumah bujang di Pantai Dalam KL. cerita aku sedih dan aku kecewa habis kat sini. seterusnya aku mulakan dengan motto baru hidup aku  Layanblues - I Will Survive 1997

infatuation - left unsaid

the most painful goodbyes are the ones that are never said and never explained.

rupa rupanya aku sendiri langgar janji aku tahun lepas dah tak nak tulis pasal ex aku lagi kat blog ni...aku tulis dah berapa entry ? dah 30 entry dah baru je bulan March... biasalah SOP PKP lagi orang langgar kan?

BAPISAH BUKANNYO BACARAI ...

aku masih teringat lagi sampai sekarang waktu waktu terakhir pertemuan aku dengan dia. masa tu dia dah nak abis SPM. bulan Sept 1993 macm tu aku terserempak dia dan bf barunya kat depan masjid tu. dan bulan Oktober dia datang rumah amasa kenduri tu. dia senyum senyum macam hidup dia dah happy sangat . dan masa tyu pun kakak dia macam nak bagi tahu dia daha ada bf baru. aku pun senyum jugak...walau aku rasa sedih dalam hati.

dan waktu waktu masa aku ambik basikal aku masuk rumah aku selalu nampak dia menyapu kat beranda dia. petang petang tu...pandangannya lurus kat aku. tapi macam tembus aku. padahal aku tahu dia nampak aku. aku masa tu tak layan sangat perasaan ni. aku dah tahu dia ada pengganti aku masa tu. biarlah dia dan bf barunya. aku memang dah tersingkir dari hatinya. aku tahu...aku terima tapi aku masih sayang dia walaupun dia ada bf baru. biarlah dia bahagia dan temui kebahagiaan sekarang...

dan selalu jugak aku terserempak dia kat pekan masa aku nak naik bas pergi interview. dia pandang aku aku pandang dia. muka dia tak senyum pun. kenapa masa dia jumpa aku kat rumah dia senyum tapi kat luar dia macam tak senyum. dia macam bawak emosi berat kat dalam hati dia. aku tak tahu...

dan dia ni mudah mengalirkan airmata. sebab masa aku bagi tahu aku punya kaki berbalut sebab kena paku masa aku kerja kat ladang itik desa damai tu. dia menangis sedih. hati dia lembut sebenarnya. dia sedih bila aku ditimpa kesusahan ke ...apa ke. walau aku dan dia dah macam tu. nak kata putus tak putus nak kata ada affair lagi pun macam dah takde... dalam masa dia dah ada bf bih nak jaga hati akku dan masih lagi  ambik tahu pasal aaku dan diacam marah bila aku baut tak tahu kat dia..

dan dia tahu aku masih sayang kat dia...dan aku tahhu diaa  takau bila aku dapat te aia kena tangkap dengan anak orang kampung..kantoi berdating tengah malam.. aku tak pernah buat perangai macam tu... so aku jaga nama baik keluarga aku dan keluarga dia...dating pun tak pernah cuma jumpa sekejap aje....

so aaku rasa antara kitorang  ni sorang berpura pura bahagia ...sorang lagi berpura pura semuanya okey....



 

infatuation - kronologi - Love Is Real

 

1989 - pertemuan pertama - pertemuan pertama aku dan crush aku kat rumah kakak dia masa aku nak jumpa abang ipar dia sebab nak mintak surat rekemen DO naik form 6 aku lulus SPM tapi tak dapat masuk form 6 sebab result tak cukup kredit. tu aku mintak tolong sebab abang ipar dia assistant DO. tapi abang ipar dia tak tolong pun. dia suruh aku jumpa DO sendiri. aku tengok crush aku tengah siang sayur nak masak makan malam.

1990 - pertemuan di gerai jambu - selepas gagal nak masuk form 6 aku ke KL untuk mencuba nasib di kota. aku kerja kat hotel jadi waiter. lastnya ku boring aku balik kampung dan lepak kampung. aku jumpa balik dengan crush aku. masa ni pun dia masih anak dar sunti. baru 14 tahun. aku jumpa pun kat gerai jambu sebab dia kerja jual jambu. tapi masa ni dia dah cantik dah. dah pandai sembang.

1991 - pertemuan kena tuduh mengintai - masa ni kawan aku iaitu kakak crush aku yang sebaya dengan aku kahwin dan balik kampung dia. rasa macam hilang sorang kawan sebab kakak crush aku ni macam nak aku dan crush aku ni ni couple macam tu. aku tak tahulah. so lepas tu ada kes rumah diorang kena intai. kakak sulung diorang tuduh aku sebab aku kerja malam kat kilang kelapa sawit Yee Lee jadi guard dan balik awal pagi. ikut jalan lorong rumah diorang jalan kaki. lastnya anak kakak dia sendiri kena tangkap mengendap rumah jiran time maghrib. aku sedih jugak orang tuduh aku. masa ni crush aku sudah 15 tahun ambik SRP. so aku tak nak kacau dia masa ni. aku cool aje...

1992 - pertemuan masa mengaji kat rumah - aku masa ni lepak kat Ipoh dengan sepupu. dan aku ambik part time study dan part time kerja. aku selalu balik kampung mintak duit belanja kalau aku sesak. dan aku bertemu lagi dengan  crush aku. masa tu dia dah habis SRP dan umur 16 tahun form 4. dan masa nilah aku declare perasaan cinta aku kat dia melalui sekeping kad Valentine. walaupun sekejap aje aku rasa indahnya cinta dan terpaksa berakhir sebab tiba tiba aku kena fitnah tipu duit orang. aku akur dengan suratan nasibku. study entah ke mana cinta entah ke mana...aku lastnya balik kampung dan lastnya aku diusir dari rumah aku bila ada krisis dengan bapak aku. macam novel prof. Hamka - Tenggelamnya Kapal Van Der Vijct. sedih aku masa ni

1993 - pertemuan masa kat kenduri kakak bersalin - dalam masa setengah tahun aku berkelana kat kota aku asyik teringat kat crush. aku memang rasa nak balik sebab krisis tu. tapi kakak aku yang tinggal kat PJ cakap mak aku suruh balik. kakak aku pun cakap takde siapa nak tengokkan mereka berdua. dan nak sara famuly sebab kakak aku dah tinggal kat PJ. so aku pun balik kampung dengan niat nak bantu keluarga. pasal krisis tu aku ketepikan. so aku pun balik kampung dan kerja kampung. takpelah kerja kampung asalkan bantu keluarga. sedih masa ni sebab aku tahu crush aku dah ada pengganti aku. tapi aku tetap bertekad selagi dia takde ikatan sah selagi itu aku tak kan putus asa dan terus berusaha untuk menjadikan dia milik aku. biarlah dia nak berkawan dengan siapa pun. cukup duit nanti aku tanyalah atau masuk meminang. kalau ada jodoh lah...pertemuan terakhir aku dan dia masa kenduri kakak aku bersalin. dia datang . pertemuan sesingkat itu hanya nak bagi tahu yang kakak dia dah ada adik angkat polis. dan mungkin dah jadi abang angkat dia. so aku pun tersisih lah...

1994 - pertemuan masa dia dating dengan polis kat depan masjid - tahun ni dia dah takde kat kampung aku. tapi dalam bulan Mac macam tu dia balik ambik result dia. aku nampak macam dia dan masa tu aku baru je balik kerja sukat tanah tu naik basikal. aku terserempak dengan dia kat depan masjid. masa tu kaki aku luka sebab kena paku kat tempat kerja di desa damai. aku balik awal dan aku tahu dia ada kat situ tengah sembang dengan sorang lelaki atas motor. aku terpaksa melewati dia dan lelaki tu. sampai kat rumah je aku terus call anak saudara pergi klinik . balik petang tu dia datang rumah bagi laksa. dan tahun i lepas raya aku ke kota ikut anak saudra kerja Proton. aku kerja Proton sekejap aje sebab aku terlalu rindu kat dia aku cari dia punya alam,at kat utara tu. aku kirim surat tapoi takde balasan. aku jadi down dan terus takde mood kerja. lastnya aku diberhentikan Proton. ku terpaksa  sturuggle dan acvari kerja lain. lastnya da rezeki aku dapat kerja kerani kat suratkhabar  the Star.

1995 - pertemuan mak merisik tapi kena reject - mak aku asyik tanya aje kat aku sepanjang tahun ni bila nak masuk meminang criush aku. aku rasa macam mak aku dah dapat firasat yang ada seustu akan terjadi. aku nak buat camne sebab duit tak cukup lagi. nak tanya pun kena ada duit dalam tangan. so bila hujung tahun dalam bulan Oktober macam tu aku dapat share company bagi. so adalah duit aku aku pun suruh mak tanya. kat kakak dia.tapi sedih... niat dan hajat hasrat aku dan mak aku kena reject. kakak dia cakap keluarga dah aturkan perkahwinan dia. dan dia baru aje bertunang...so aku pun mengundur diri. apa nak buat dah takde jodoh. so aku pun frust menonggeng. tapi yang herannya lepas tu timbul pulak cerita dia crush aku kena berubat sebab tak nak kahwin. aku fikir apalah ertinya? takkan nak suruh aku masuk meminang kali ke 2? kat mana harga diri aku? so...hati aku pun dah hancur berkecai masa tu.dah susah aku nak terima dia sebab aku keciwa kena reject. so aku rasa perkahwinan dia delayed dan apa jadi kat dia aku tak tahu. aku rasa berbaris orang nak pinang dia rasanya... tapi aku dah frust dah...

1996 - pertemuan mak dengan dia masa hari raya - tahun ni lepas raya dia kahwin so masa ni aku punya hidup masih tunggang langgang. kerja asyik ada masalah aje. masih depress lagi dan susah nak terima kenyataan. so aku pun balik kampung layan kesedihan. layan lah sedih sampai kampung banjir.lepas bnanjir aku kumpulkan semangat yanga da pergi KL balik untuk bela nasib aku dan tebus kesilapan aku start from zero. sedangkan dia dah lupakan aku...

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)