Wednesday 30 November 2016

lonely planet - pengganti namanya Watie




kau dipaksa aku terpaksa 
hati siapakah yang mampu 
menahan rasa terkilan 
setelah percintaan dihujani halangan...
sia sialah aku berkorban selama ini
andai dirimu tak mampu aku miliki....

selepas aku frust yang amat sangat dengan Maznah yang dah kahwin pada bulan Mei 1996frust menonggeng berhenti kerja dan balik kampung. kampung banjir.datang ke kota balik kerja kilang cat kat jalan Tandang PJ State. lepas tu kerja kat Citylink kat Kelana Jaya.

yang kalut difikiran
kusemai kasih di halaman kontang
jenuh aku membaja tunasnya layu jua...

ini kisah Ina lah...aku try mengemis cinta kat Ina pulak dan Ina pun bertunang dalam masa yang sama atau selepas Maznah kahwin. aku masa ni dah kerja kat SRM aku try call Ina masa ni walaupun aku tahu Ina takkan layan aku. memang dia tak nak layan aku dah dia kata ON WHAT BASIC AKU CALL DIA. aku terkedu bila Ina cakap macam tu. aku tanya Ina buat apa kalau free hujung minggu. Ina kata dia ambik kelas kat MPM.. MPM tu macam kolej Pengurusan Perniagaan macam tu...

so, puaslah aku memujuk rayu ina supaa terima aku kembali namun takdenya dia nak terima dah. akhirnya aku bertekad walau aku masih sayang Ina aku bbuang semua kenangan atau suarat suarat kad ke apa apa ke yang ada pasal Ina termasuklah gambar Ina. aku bakar gamabr Ina dan plush kat toilet.

memang aku buang semua kenangan aku pasal Ina. dan lastnya aku dapat kerja kat Utusan Media Sales anak syarikat Utusan kat Right Angle PJ seksyen 14. aku kerja dalam seminggu macam tu lepas tu aku masuk hospital sebab kena jangkitan aedes . aku warded dalam hospital selama 4 hari. syukur...lepas sembuh aku keluar hospital  dan aku pindah menyewa kat urmahbujang di Pantai Dalam. bila kawan aku latiff kata rumah sewa dia ada kosong sebab dia nak pindah sebab nak kahwin.

pengganti Watie
so aku jadi warga KL semula. aku try call balik mana number yang aku ada. yang layan aku sorang budak student U ni kawan awek kerja temporary kat the Star dulu. lama aku call dalam sebulan macam tu lastnya aku ajak dia keluar . kali ni aku serius akan hubungan aku dengan dia. namanya Watie hehehe...nama full tak mau tulislah ye...aku punay wife sekarang ni...macam macam halangan kitorang tempuhi namun kalau dah jodoh kan..aku pun memilikinya sebagai isteri aku yang sah pada tahun 2002.

okey ...tq baca gaisss....sebelum aku draft kan balik entry Lonely Planet ni hahahaha...

lonely planet - kau tetap ku hajati

jiwa kosong 1 - Jun 1994 - dalam tempoh perjalanan cinta aku dan ex aku ni dua kali aku down sebab aku rasa kehilangan dan kesepian. first sekali masa aku baru je kerja Proton...tahun 1994. aku dah rasa masa depan aku cerah nak memiliki ex aku tu. dan ada pulak masa tu cuti plant shut down. so aku gunakan masa ni untuk aku jejak balik mana perginya ex aku tu. sebab entah kena aku rindu sangat kat dia.

aku pun try nak tanya kat kakak ex aku yang duduk sebelah rumah aku kat kampung tu,,masa tu aku memang takde kebranbian nak tanay. setiap kali jumpa aje aku terkunci mulut dari tanya pasal ex aku. jumpa kat pasaraya...jumpa kat gerai kuih acu Nor...dulu diorang bukan senang sangat pun. merangkak jugak nak hidup.  nak membesarkan anak diorang dan menyara keluarga. 

memang aku tak punya keberanian nak tanya pasal ex aku kat kakak dia maksu Minah. sudahnya cuti selama 2 minggu tu aku habiskan dengan ke Ipoh sorang sorang. takde apa yang aku cari sekadar nak withdraw duit aje. dan menghabiskan masa makan mi kari kat kedai cina hailam. 

aku pun balik ke kotaraya dan kecewa sebab tak dapat contact number atau alamat ex aku. aku start kerja balik dengan semangat yang down. kerja aku buat sambil lewa dan lastnya kena warning dengan checkman. aku mula hilang semangat nak kerja . aku pun ponteng kerja. ada dalam 3 hari aku ponteng kerja. aku memang tak tahu terms and regulation masa tu. dan aku ponteng tanpa inform siapa siapa dalam dept aku atau inform HR. 

lastnya hari ke empat aku datang kerja. sebab aku rasa cukuplah aku ponteng. aku takl sangka aku kena buang kerja sebab tak hadir berturut turut selama 3 hari.so, HR sudah pun menulis surat aku dibuang kerja. tapi aku punya ketua dept punya baik dengan aku. dia suruh aku pergi merayu kat HR. kalau tak baik tentu dia suruh blah aje kan. so, HR dah isu letter of termination kat aku. takde apa yang aku boleh buat dah. aku pun diberhentikan kerja. lepas kena berhenti aku ke KL lepak kat Central Market dengan masih menyarung baju Proton yang dah takde makna pada aku lagi. aku kesal kerana tewas dengan perasaan sendiri.

jiwa kosong 2 - Sept 1994 - selepas aku punya tragedi kena berhenti kat Proton tu. aku sekali lagi macam semangat down . segala galanya macam dengan first time aku rasa down tu. aku dah habis kontrak selama 3 bulan di dept Marketing kerja kat the Star. suratkhabar omputeh selepas berhenti Proton.dan aku dapat offer pulak sambung kerja kat department HR the Star. so aku rasa aku masa depan cerah lagi untuk memiliki ex aku yang entah di mana. aku diberi cuti sebelum masuk kat dept baru. so aku ambik peluang sekali lagi balik kampung cari ex aku atau dapatkan contact dia kat Penang. aku rasa rindu sangat kat dia masa ni dan aku bagi tahu kat mak aku. mak aku cakap sabar kalau ada jodoh tak ke mana.

aku usaha lagi jumpa dengan kakak dia atau seiapa yang aku boleh minta alamat dioa kat Penang. lastnya lepas kegigihan aku. aku dapat jumpa anak saudara dia dan minta alamat dia kat Penang. aku pun dapat alamat tu. tapi entah apa pulak kata anak saudara dia . dia kata trylah mana tahu sebab aku bersih kalau nak dibanding dengan dia kotor. pelik sangat bunyinya . aku pun tak faham kenapa anak saudara dia cakap macam tu. 

maksudnya kalau aku bersih dan dia pulak kotor? dan ex aku tu apa bersih ke kotor? dan kenapa dan kaitkan dengan diri dia? takkan dia ada hati kat mak saudara sendiri? apa maksud bersih tu? takde rekod jahat ke apa...entah aku tak nak fikir semua tu. aku hanya nak sambung kembali hubungan aku yang terputus dulu.terputus terpaksa bukan kerelaan aku.bukan aku yang minta putus. aku hanya mengundur diri kerana aku sedar masa tu aku tak punya apa apa. tapi bila aku dah ada kerja tetap aku akan cari dia balik sebab apa seba aku tetap berhajat untuk memiliki dirinya.sebab diualah matlamat hidup aku selama ini.  aku nak halalkan dia sebagai isteri aku yang sah. 

aku terus tulis surat bila dapat alamat tu. banyak dah surat aku irim. tapi takde balasan. aku jadi down lagi...tapi kali ni aku cekalkan hati aku. tak kiralah dia tak balas atau pun tak peduli ke. aku tetap hajat dia jadi milik aku. dan aku takkan berputus asa selain aku bekerja kuat dan mengumpul duit belanja untuk meminang dia. jika ada jodoh syukur...kalau takde jodoh aku terima walau aku tahu hidup aku akan kecewa jugak sudahnya kalau takde jodoh. yang poenting aku usaha...

so sepanjang masa aku akan ingat dia masih macam dulu kerana kalau aku ingat dia dah ada pakwe tentu luntur semangat aku nanti. takpelah aku cuma mampu memegang bayang bayang dia saja. keran itulah matlamat hidup aku selama ni.  


lonely planet - she's gone


episod episod bahagia dan best hanya dari 1989 ke tahun 1993lepas dari tu keluarlah episod episod sedih duka dan kecewa.. 

1994 dia Jannah atau Maznah habis study sekolah menengah kat kampung aku dan dia balik kampung dia kat Kulim, Kedah. dia dah takde lagi kat kampung aku. pernah jugak mak aku nampak macam muka dia tapi bukan dia tapi adik dia yang sebijik muka macam dia. entah macam mana aku tak tahu.

tapi aku masih jugak ikuti perkembangan diri dia kerja kilang kat Kulim tu dan aku mintak alamat kat anak saudara dia Chek...entah alamat betul ke alamat tak betul aku pun tak tahu. aku try tulis surat kat dia tapi takde balasan. setelah bekerja tetap kat the Star selama dua tahun lastnya aku berjaya kumpul duit untuk meminang dia pada tahun 1995. aku rasa belum cukup duit masa mak aku tanya aku pasal Maznah. nak merisik ke. aku cakap tunggu sampai duit aku cukup dan aku ada dapat share saham the Star 1 lot  masa aku kerja dekat the Star. aku rasa kalau dah cukup duit baru aku nak suruh mak aku tanya. bulan Disember aku suruh mak aku tanya tapi malang seribu kali sayang...semuanya sudah terlambat. 


maksu Minah kakak Maznah kata Maznah sudah di tunangkan dengan sepupunya kat kampung. dan mak aku cakap maksu Minah suruh aku cari orang lain.. macam senang je sebut nya "cari aje orang lain" sedangkan aku dah berusaha gunkan kederat tulang - empat kerat aku pagi petang kumpul duit belanja namun jawapannya tetap hampa...

so berakhirlah kisah aku dengan Maznah. aku terima suratan takdir aku takde jodoh dengan Maznah....tak payahlah aku tulis apa jadi pada hidup aku gaiss...korang pun boleh teka apa yang terjadi...Maznah kahwin tahun 1996 bulan Mei. selepas tu aku punya hidup tunggang terbalik. duit belanja kahwin tu aku habiskan dan aku bazirkan sampai kering dan licin. entah macam mana aku habiskan. 5k dalam masa 5 bulan aje...tiap tiap minggu aku ajak Mael dan budak purchasing store tu enjoy...lepas tu aku takde semangat kerja the Star dan aku akhirnya resign. lepas tu memang cri kerja lain tapi asyik berhenti kerja dan hidup macam orang putus asa...tapi aku tetap kuat semangat sampai aku bangkit semula dari kekecewaan dan tebus semua kesilapan aku dalam tahun 1997.


masuk tahun 1997. dah setahun Maznah kahwin...Maznah sudah pun bahagia hidup jadi isteri orang dan perlahan lahan aku lupakan semua pasal Maznah maka terkuburlah sudah akan cinta aku pada Maznah selama ini...dan aku mulakan hidup baru aku . dan bekerja kat anak syarikat Utusan Melayu bahagian pengiklanan. UMES PJ .

lonely planet - sepi tanpa cinta


aku dah kerja selama setahun kat the Star masa ni dari June 1994 sampai June 1995. bila aku kat KL dan jadi warga kotaraya...aku rasa sunyi sepi sebab hidup aku hanya kerja dan kat rumah saja... takde pun nak jalan jalan hujung minggu. memang jiwa kosong sampai ada sekali tu hari ahad aku pegi ofis. sampai guard ofis cakap kat aku takde sarikei ke  (sarikei dalam bahasa India tu awek atau gf la)

aku pun try ngora awek kat the Star...ada sorang tu muka okey nama dia Razlyn staff EDP aku trylah. tapi lastnya aku dapat tahu dia ni macam OKU sebab ada masalah pertutturan. dia ni okey anak orang have have lagi. bukan bisu bukan aku tak nak kat gadis bisu. cuma aku belum lagi sampai tahap rela berkorban tu. so aku try lagi awek kerja kat dept Advertising. nama dia Isma Amiza...ni kawan kawan satu dept aku yang rekemen. mulanya macam ngam tapi entah kenapa dia boleh lari pulak bila aku serius.

so, aku pun rileklah lepak dengan kawan aku nama Mamat kat rumah dia di taman dato harun. dia ni asal kerja cleaner aje tapi dia apply dapat kat circulation. itu sebab aku tolong rekemen. dia pun bagi lah satu number minah kilang kat aku. aku try call . kata mamat awek tu kerja kilang kat Sungai Way. aku call sekali orang tu takde. aku call kali kedua pun orang tu takde. lastnya aku semang dengan orang yang jawap telefon tu. dia pun macam sudi nak sembang. so aku sembang dengan dia.

nama dia Haslina dia kerja kat Kontena Nasinal dan hanya menyewa serumah dengan awek awek kilang tu. so aku pun berkenalanlah dengann Haslina atau Ina ni. Ina memang baik dan suara dia lembut aje.asal kampung Kelantan. so dalam sebulan macam tu aku ajak Ina keluar date first time. aku pun berkawanlah dengan dia sebab nak harapkan Maznah yang dah lost contact tu. tak pernah nak contact aku balik. namun aku masih lagi setia kat Maznah. aku kawan dengan Ina sebab hidup aku sunyi dan sepi.

Ina pulak macam ada seusatu yang dia sembunyikan dari aku. dan aku tak sangka memang dia peralatkan aku untuk hilang rasa bosan dia masa dia ada problem dengan tunang dia.  bila dia dah okey balik  dengan tunang dia dia cakap nak akhirkan hubungan kitorang. aku terkejut lah...aku memang sentiasa aware dengan awek jenis ni. tapi aku dah jatuh hati kat Ina walau aku masih menunggu Maznah. so, terlukalah hati aku buat yang kedua kali. kali ni terasa sebab aku dah rapat dengan Ina dalam masa 3 bulan macam tu. tiba tiba dia mintak putus. nak jadi kawan pun dia tak nak.

so macam lirik lagu slam - gerimis mengundang lah kisah aku dan Ina...aku pun jadi pengemis cinta. aku selalu sangat call Ina ..boleh katakan bila aku rasa nak cakap dengan Ina aku call tak kira masa merayu meratap hiba meminta Ina kesiankan aku...mula mula Ina layan tapi dah lama lama Ina kata jangan call atau cari dia lagi.aku pun rasa frust sangat sebab masa tu aku dah lah frust dengan Maznah sebab takde khabar berita. aku putus juga dengan Ina pada September  1995. daam bulan Oktober aku dapat share the Star. dan aku rasa bolehlah aku further aku punya planning nak peristerikan Maznah. aku tunggu duit bonusannounce bulan December aje lagi kalau dah confirmed aku nak suruh mak aku tanya kat maksu Minah kakak Maznah. nak risik Maznah. itulah planning aku bila dah kecewa dengan Ina. ternyata tidak seperti yang aku harap harapkan. nasib tak menyebelahi aku lagi rupanya....korang bacalah entry seterusnya...

Tuesday 15 November 2016

lonely planet - where are you now - (pilot)


macam tragedi MH370 yang tak akan kita jumpa lagi...segmen terbaru dalam blog aku...maksudnya macam orang yang pernah kita kenal dan tak dapat kita jumpa atau hubungi namun tetap bersemadi dalam jiwa kita. ...aku dapat idea ni bila aku dengar lagu where are you now- Jimmy Harnen...tapi nak sesuaikan jugak dengan blog ni...aku kena ubah sudut penceritaan dia agar tak terlalu personal...hahaha...selalu aku rasa aku sorang aje baca blog ni. sekarang aku rasa ada lah silent readers kot. Tq very much gaisss...


jom follow aku selusuri suasana kampung dan memori kita pasal kampung dalam entry aku ni...heemmm...tahu tak pokok bunga Melati Belanda? halah pokok bunga yang kaler kaler tumbuh kat laman semak samun tu.  powerrr ohhh bau bunga dia malam malam semerbak...pokok bunga ni tu menyemarakkan lagi nostalgia aku ni... susah giler ahh aku nak cuba teka apa nama bunga ni...akhirnya jumpa jugak hahaha...bunga ni nampak cheap tapi ada baunya...ada valuenya...selalu kat kampung kampung aje ada...dan paling best masa bangun pagi pagi tu memang cantik bila di sinari cahaya berbalam balam matahari jika kau ikut jalan kampung tu...kau tahu rumah orang ni rumah siapa...kau tahu rumah orang ni siapa...semua kat kampung tu kau kenal dari jalan besar sampai hujung kampung kan?...so,  korang boleh follow tak setakat ni content cerita entry aku ni? kalau korang punya jiwa lah hehehee...deep kata orang...aku akan masukkan unsur deep dalam setiap entry aku...


okey gambar apa atas tu? biasa je...gambar tu...korang tentu pernah masak macam ni kan.... aku nak potong segala tu mesti ada jugak aku terfikir...pernahlah ada orang tu masa aku lalu ikut dapur rumah dia punya jari terhiris dan berdarah sebab apa? sebab dia tengok aku le...lastnya aku cakap kat dia 

"oi Nahh...
nanti semua orang tumbuh siung jadi raja bersiung...
hahahaha..."

dan masa masa lain bila aku lalu kat tingkap tu aku perli kat dia ...

"oi Nahhh...siang ikan tu elok elok nanti luka lagi jari tu..." 
kena perli ajelah dia dengan aku hahaha....


ohhh...ingat aku je boleh perli orang rupanya orang pun boleh perli aku...ada masa tu aku lalu kat jalan biasa sebab lalu jalan tu malam malam aku tak perasan ada penyidai diorang baru buat sudahnya? korang boleh teka kan?

"paseypa bang Emmet lalu kat penyidai kain...
nasib baik kena kat badan kena kat kepala nayaaa... "


jolok buah kelapa? kat kampung setakat nak masak kari atau masak bubur ke apa tak payah beli kedai dahhhh...jolok aje lah kelapa belakang rumah atau depan rumah tu....pakai galah panjang macam dalam gambar ni tapi kalau yang pokok kelapa tinggi tinggi tu tak dapat le nak jolok hahaha...

"abang Emmet ...nak beli nyoq 2 biji..nah singgit" kata dia
"nyoq apa nyoq?" tanya aku balik
buah nyoq la...tak tau ka?"
"tak tau?"


jadilah satu dua gambar aje kan...untuk korang ingat kembali apa yang pernah menjadi sweet moment korang masa duduk kat kampung dulu dulu...semua gambar dalam ni hanya sebagai hiasan dan maaf bukan aku punya...kalau ada yang claim gambar ni aku delete balik....tq so much kerana sudi baca gaisss...kalau ada request aku buat lagi entry macam ni...

adios amigos...
muchas gracias...

lonely planet - she were there - part three



1993 - the end - lonely planet - part three - perpisahan
part three?
are you kidding?

terpaksa bagi korang yang baca muntah denan kisah roman picisan aku buat kesekian kalinya...hahahaha...

kisah bertemu sudah..kisah bercinta dan berkongsi perasaan sudah...tiba lah...yaaa...tibalah part sedih iaitu perpisahan.....

bersambung...

lonely planet - she were there - part two



1991 - 1992 - lonely planet - part two - percintaan
terpaksa aku buat part two sebab kisah roman picisan ni menjangkau tahun ke tahhun ikut perkembangan watak nya. dari budak perempuan hingus meleleh darjah 6..meningkat jadi gadis remaja bawah 14 tahun dan akhirnya remaja yang tahu tentang perasaan sayang dan mengenali erti cinta...chewaaahhh...

memang terlalu muda Maznah nak mengenali cinta. tapi itulah yang aku tawarkan pada dia. bila aku lihat Maznah sudah ready untuk mengenali dan mengalami perasaan sedemkian. masa tu dia baru je habis SRP. aku rasa orang perempuan ni cepat matang walau diorang masih dikuasai emosi. aku percaya Maznah boleh handle dah pasal perasaan cinta ni. sebab tahun yang sebelumnya tahun 1991  Maznah macam happy aje walaupun masa tu Yati dah kahwin. tinggal dia sorang dengan kakaknya menguruskan rumah kakaknya. mengambil dan menghantar anak saudaranya ke sekolah. belajar mengaji quran dengan mak aku. masa tu lah aku selalu jumpa Maznah. sebab dia pun masa tu tak tahu aku minat dia. aku cover lah perasaan aku. aku akan bagitahu dia bila masa dah sesuai. aku macam biasa macamlaang layang tanpa arah masa tu. kejap kerja kejapberhenti dan balik kampung menganggur. berulang aje macam tu. aku rasa sesuatu harus di lakukan aku memang kena continue study.

so masuk aje tahun baru. aku pun rasa nak continue study tapi aku  tak tahu macam mana. lastnya Nazri yang lepak KL tahun lepas cakap dia ada problem kat KL. dia nak continue study kat Ipoh. dekat dengan kampung katanya dan dia ajak aku sekali continue study ambik STPM. aku adalah duit setakat nak ambik SPM tu. tapi nak duduk Ipoh tu kena kerja sambil belajar. so, aku pu setuju ikut Nazri duduk Ipoh sebagai warga Ipoh.so aku ada misi tahun tu nak ambik STPM dan kalau ada rezeki nak sambung kat Universiti atau mana mana . janji ada sijil atau kelulusan sebab kerja aku tak tetap dan asyik bertukar kerja aje...

masa aku tinggal kat Ipoh first yang aku buat ialah jatuh cnta kat adik angkat kat Ipoh yang menguruskan acomodition kitorang kat Ipoh nama dia Puti Norasikin. dia kenalan Rozi yang kebetulan yang mnegeai aku melalui seorang kawan cina yang aku pen pal dari majalah Galaxy. entah macam mana cerita tu terbalik sebab ada affair antara Nazr dan Puti dan aku tak tahu. lastnya mereka bagi tahu dan aku pun kecewa bila Puti pilih Nazri.

so, untuk mengubat jiwa yang lara tu aku pun selalu balik kampung. bila aku selalu balik kampung aku selalu jumpa Maznah. Maznah yang masa tu belajar menaji dengan mak aku memang selalu sangatlah aku jumpa. tiba tiba dengan keramahan Maznah yang selama ini pendiam. dia dah ramah dengan aku dan dia memang tak pemalu dah dengan aku. dia macm anggap aku abng dia kot. sampai boleh bertepuk tampar bila dia mintak tolong jolokkan buah kelapa yang dia nak untuk buat kuih bakar atau kuih bangkit.mas tu kakak dia memang ambik order buat kuih tu walaupun bukan musim hari raya.

bila Maznah dah ramah dengan aku dan mak aku dia jadikan rumah tu macam rumah kedua dia. dia suka tolong mak aku masak kalau dia free tak buat apa. aku punya hati dah berbunga bunga dah masa tu. sampai aku pernah terdengar ayah aku cakap cantik Maznah tu kalau buat menantu. padahal masa tu Maznah baru 16 tahun.aku dengar aje semua tu dan aku rasa aku harus buat sesuatu agar aku tak terlepas peluang memiliki Maznah. tak kisahlah dia umur 16 tahun tapi aku rasa dia dah mengerti perasaan cinta ni...

so, pada tanggal 14 Februari 1992 hari Sabtu pukul 10 pagi. aku yang dah plann awal awal dari Ipoh lagi nak bagi satu bukti aku ada perasaan kat Maznah. selepas Maznah mengaji tu aku panggil dia dan aku bagi kad Valentine kat dia. kad Valentine kad kekasih lah masa tu benda ni biasa. masih belum di haramkan lagi. so aku bagi tahu yang aku cinta kat Maznah dengan cara tu. Maznah pun terima kad tu dan dia suka. aku rasa aku tak bertepuk sebelah tangan sebab selepas itu dia memang bertambah mesra dengan aku . kitorang nak dating memang susahlah sebab nak jaga nama baik mak aku dan kakak dia. memang perasaan suci murni ni indah. itu yanga ku rasa masa tu.


lonely planet - she were there - part one


1989 - 1990 - lonely planet - part one - pertemuan
aku rasa siapa yang sempat baca kisah roman picisan aku ni sebab ini blog personal aku. aku asyik tulis aje semahu aku. entah berapa version aku dah tulis tapi kisahnya sama sahaja. kisah Maznah. sebab apa aku tulis banyak banyak tanpa jemu ni? sebab dialah aku jadi apa aku jadi sekarang ni. kira dialah sumber inspirasi aku selama ni. walau dia hanya lagenda dalam cerita aku ni.  macam lagenda Mahsuri. aku nak dapat feel tulis entry ni pun aku dengar lagu lagu Fotograf 1989 - album pertama  sebab itulah kali pertama aku jumpa Maznah.  -  aku memang tak dapat nak gambarkan semuanya sebab hanya aku aje yang rasa perasaan ni.

kisah dia sebenarnya bermula pada tahun 1989 masa tu aku datang rumah paksu din sebab aku nak mintak paksu din rekemenkan aku masuk lower six . aku terkandas sebab aku tak cukup grouping walau aku lulus gred 2. sama macam kawan aku Along dan Rozi. diorang ajak aku ke Kelantan masuk maktab Adabi. aku ni bukan orang senang dan susah duit ni. so aku try merayu kalau dapat sokongan. paksu din kerja sebagai pembantu peribadi District Officer atau Pegawai Daerah Tanjung Malim. so, aku ingat bolehlah dia rekemen masuk Lower Six kat Tanjng Malim pun okeylah.

rupa rupanya aku hanya bermimpi di siang hari. paksu din tak mahu menolong aku atau merekemenkan aku . paksu din suruh aku sendiri tulis surat rekemen tu. aku dengar je macam tu aku rasahina. aku tahulah aku orang susah. takde sapa nak tolong. so aku pun ajak mak aku balik aje. masa nak keluar kat dapur tu ternampak kawan sekolah aku Yati tengah memotong sayur dengan adik dia Maznah. diorang berdua kaget tengok aku. aku pun senyum kat Yati dan aku tegurlah adik dia tu. "hai baik baik siang sayur tu nanti luka tangan."

sejak itu aku dah macam hilang arah dah...apa aku buat rasa macam tak betul aje. tapi aku harus akur akan situasi aku tu aku bukan orang senang. so? so...dalam fikiran aku ...aku kena cari kerja untuk corakkan  masa depan aku. aku nak sambung belajar tu kalau ada rezeki aku sambung lah... planning takde lagi masa ni..aku cuma kumpul duit untuk buat modal nak kerja kat KL. so, aku pun tercicirlah dari continue study..memang aku kecewa masa ni. tapi aku cuba pujuk hati aku sendiri.

setahun kemudian setelah itu aku mengikut kawan kawan senasib dan cuba mengadu nasib bekerja kat KL atau kat kotaraya KL. duduk sekejap dengan kawan bujang..semua hampehhh..aku lepak saja takde kerja selama sebulan kat Ampang Keramat. padahala ada aje kilang kat situ. mengenangkan duit makin lama makin susut. aku buat keputusan untuk menumpang kat rumah mak saudara aku kat PJ aje...dan cari kerja kat situ.ingat nak kerja kilang tapi sepupu aku ajak kerja waiter kat Hotel Syabas di PJ State pulak. aku follow aje...bermulalah karier aku sebagai waiter Hotel.tak lama aku kerja sebab aku rasa bosan ...lepas raya aku balik kampung nak rileks sekejap. nak jadi cerita kawan kamceng aku Nazri ada kat kampung dia ambik return SPM.

masa ni aku dan Nazri memang status penganggur lah...Nazri sibuk nak ambik SPM sekali lagi .aku pulak cari ajelah kerja kampung asal ada duit poket walau kerja jual jambu aje. aku kerja jual jambu malam malam sebab waktu siang yang jual jambu orang perempuan atau awek jambu jambu.termasuklah Yati dan adiknya Maznah. ini kali kedua aku jumpa Maznah masa dia kerja jual jambu. masa ni aku tengok dia dah meningkat remaja umur 14 tahun walau pun macam tu dia dah macam anak dara 17 . perghhh...kacau jiwa aku dibuatnya. 

aku mula menaruh hati kat Maznah. dia semakin manis walau dia jarang sangat nak senyum. gaya gaya pertuturan dia pun kasar kasar aje. dia masih lagi gadis yang naif dan tak tahu apa apa pasal perasaan. yang aku tahu masa ni dia mungkin bergejolak antara budak perempuan dan gadis. aku pun tahu dia masih 14 tahun. so aku pun slowkan sikit perasaan aku walau aku dah macam jatuh hati kat Maznah. aku sorok perasaan aku tu buat masa tu aku layan lagu thrash aje dengan Nazri. kitorang lah rockers kampung yang kononnya ada band sendiri nak jammed kat studio ala ala band rock. selain aku dan Nazri kawan rockers aku masa tu Nasri Yahya, Amry dan sepupu Nasri budak Anderson Ipoh, Zack. sebab kitorang ada dua orang sepupu kat situ so nama band kitorang Sepupu Ultra...sama macam nama band thrash Brazil -  Sepultura...

Tuesday 1 November 2016

lonely planet - simfoni 14/2


aku , Nazri, Ipoh dan Rock N' Roll
masa aku tinggal kat Ipoh dulu aku pernah menumpang rumah orang. meskipun rasa macam tak selesa tapi oleh sebab takde pilihan sebab masa tu kitorang aku dan Nazri sepupu aku desperate sangat nak pindah. Nazri kata rumah sewa atau bilik sewa kitorang nak kena rush sebab ada kes orang ambik ganja kat salah satu bilik tu. aku rasa macam tak betul aje cakap Nazri sebab. tempat tu memang rumah kedai tapi bawah sekali rasanya ofis lawyer. macam mana boleh ada rush.

tapi aku ikut ajelah cakap Nazri takkan aku nak lepas sorang sorang pulak. so, kitorang cari rumah sewa dan sebelum kitorang pindah pun dah ada penyewa yang nak masuk bilik kitorang. so apa masalah rush ni? adakah itu permainan Nazri? aku pun tak faham.

so orang yang nak masuk tu nama dia Raj...dialah tolong bawak barang kitorang naik lori dia. bukan banyak sangat pun barangnya. kebetulan masa kitorang pindah tu masa bulan puasa. terpaksa tebalkan muka menumpang rumah orang walau aku memang tak selesa. sebab aku tak kenal pun orang tu siapa. yang kenal hanya Nazri saja. sebab abang Nazri yang tua kahwin dengan adik kepada kakak sulung yang rumahnya kitorang tumpang tu. abang Nazri dapat orang Grik seorang guru. aku pernahlah jumpa kakak ipar yang nama kak Non ..ni masa diorang tinggal kat TNB Kapar Klang. Tapi sekarang kena menumpang kat rumah kakak kepada kakak ipar Nazri memang janggal sangat tapi Nazri kata sekejap aje lepas raya dapat rumah sewa baru. aku okeykan aje la...

so, aku dan Nazri pun duduk kat bilik kosong di sebelah dapur tu. aku tak tahu siapa yang duduk situ. sebab ada juga katil tilam bantal kat situ.  entah macam mana satu hari ada lagi seorang adik beradik kak Non datang kat situ. adik perempuan dia . aku macam pernah tengok dia sebelum tu sebab aku kerja kat bas ekpress jual tiket. kalau orang lain mungkin aku tak perasan tapi yang ni rupa parasnya serupa dengan awek aku kat kampung.dengan rambut bertocang panjang dan dengan  style cakap Utara dia masa beli tiket ke Grik.

cinta abadi
nama dia Norakila. dia suruh kitorang panggil dia kak Noa.aku je yang panggil dia kak akila. dia kerja kat SUK Perak. kalau hujung bulan dia balik kampung kat Grik. rumah dia kat area hospital Ipoh. kaklong lah cakap.kaklong macam suka aje kat aku dan Nazri. kaklong anggap aku macam adik beradik Nazri jugak katanya. sedangkan aku hanya sepupu Nazri aje.makan minum dengan diorang. bersahur dan buka puasa.malu wehhh...aku cakap dengan Nazri aku segan...

ada sekali diorang ajak aku dan Nazri bershopping barang perkahwinan kak akila kat aku macam biasa akan berlagak macam takde apa bila kak akila ni macam  ada agenda dia dengan aku. bila dia bersama Nazri. dia macam nak tunjuk dia mesra sangat sampai pegang pegang. aku kat belakang diorang aku pandang aje lah. aku tak tahu pulak apa tujuan kak akila buat macam tu kat aku. sehinggalah satu malam masa hanya Mimi dan Lan anak kaklong aje ada kat rumah sebab yang lain sembahyang terawih kat masjid.

simfoni 14/2
aku duduk lah kat beranda rumah kaklong yang ada buaian. tiba tiba kak akila datang duduk sebelah aku. kak akila tersenyum manis kat aku. dan entah kenapa dia pegang bahu aku. dia ni jenis suka pegang pegang orang agaknya. sambil duduk pun dia pegang tangan aku pulak. aku memang tak selesa tapi aku relakan aje.

Mie...
nape kak akila
Mie tak rasa apa apa ke..
rasa apa kak akila?
yang kak akila dan Nazri buat perangai pegang pegang  
masa kat supermarket Kamdar tadi...

apa nak rasa pulak..
itukan hak kak akila ..siapa saya nak kata apa pun
Nazri dah bagitahu kat kak akila
bagi tahu apa?
Mie ada gf kat kampung kan?

muka dia sama  macam kak akila ye?
ohhh..hemmm..
Nazri yang suruh nak bagi Mie jeles kata dia...
maaf ye Mie..
takpe...kalau kak akila nak gurau saya  okey je...
betul tak marah kak akila?
tak...

Nah ambik t shirt ni
eh ni kan tshirt kak akila pakai 
kenapa bagi saya?
Mie nak tahu kenapa?
muka Mie pun macam bf lama kak akila...
tak percaya tanya Mimi
kak akila rindu dia Mie
tapi dah berpisah 
sebab kak akila dah bertunang dengan orang lain

oh ye ke kak akila...
hebatnya kisah kak akila..
saya sekarang tengah bingung
saya masih belum bagi tahu apa apa kat dia...

Mie kena bagi tahu dia kalau tak nak kehilangan dia Mie
tapi kalau dah bagi tahu pun masih kehilangan jugak 
tu makna nya takde jodoh macam kak akila ni..

ye tapi macam mana?
bagi tahu aje...
saya ni tak gentleman sangat kak akila 
banyak pendam dalam hati
kak akila tahu..tengok style Mie pun dah tahu

Mie kan esok lusa hari Valentine..hari Kekasih..
beli kad dan beli bunga..kalau malu nak bagi bunga bagi coklat..
so...Mie bagi kat dia

dia dah besar kan?
baru 16 tahun...
oh ye ke  takpe dia dah tahu pasal perasaan ni...
orang perempuan cepat matured Mie..

lonely planet - dia milik orang


tercapaikah hasrat aku mencipta rindu
jikalau angan ku kau bawa pergi 
seakan mimpi mimpiku kian gerhana di ambang kasih
tersiksa cintaku kau bersua kau lena...

 lirik lagu rare kat atas tu nyanyian Azzan Scan tahun 1993. masa ni selain lagu ni lagu Ayam - Jalil Hamid popular. atau lagu penyanyi gebu tembam Mimi Asmidar - Wardah. aku takde nak banyak sangat kenangan masa ni. aku baru je start kerja landsurveyor dengan Man dan Matnaor. siang aku kerja ukurtanah atau sukat tanah dengan tokey cina pencen pejabat Tanah & Galian Tapah.

aku dan Maznah masa ni dekat di mata tapi jauh di hati. Maznah dah tak mengaji lagi dengan mak aku. ohh dah lama dah..aku lupa masa dia mintak berhenti kat mak aku sampai nangis nangis tu.mak aku lah cakap kat aku dia nangis nangis masa tu. mak aku tanya kenapa tapi dia tak jawap pun. dia cuma mengalirkan airmata aje . kata mak aku berumbai umbai airmata menunjukkan airmata dia tak henti henti mengalir membasahi pipinya. macam videoclips shila amzah tu lah...



resah hati ku tak tahan
dukalara mencengkam jiwa
hamparan kasih suci kini musnah semuanya
sisa cinta yang silam masih segar dalam ingatan
tersisih diri ini kerana ku bukan pilihan....

dua lagu Azzan Scan kat ats tu memang sedih sangat lagu dan liriknya. masa ni Azzan belum terkenal lagi. dalam tahun 1996 Azzan join band Scan dan lagu yang top ialah Kau Dipaksa Aku Terpaksa & Yang Kalut Di fikiran. lagu ciptaan Saari Amri ni memang menjadi siulan masa tu termasuklah aku. maa tu pun aku baru berhenti kerja the Star dan au balik kampung. aku selalu sangat dengar lagu ni sebab ada jiran belakang rumah aku. agak jauh jugak selang dua biji rumah. tapi dia pasang kuat dan pasang tiap tiap hari. setahu aku ada seorang perempaun cucu angkat makcik Jawa kat situ aku panggil makwe. dia baik dengan mak aku. orang Jawa air hitam teluk Intan.masa tu musim hujan dan kampung aku Bidor di naiki air banjir bila sungai dipenuhi air.

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)