Wednesday 30 November 2016

lonely planet - kau tetap ku hajati

jiwa kosong 1 - Jun 1994 - dalam tempoh perjalanan cinta aku dan ex aku ni dua kali aku down sebab aku rasa kehilangan dan kesepian. first sekali masa aku baru je kerja Proton...tahun 1994. aku dah rasa masa depan aku cerah nak memiliki ex aku tu. dan ada pulak masa tu cuti plant shut down. so aku gunakan masa ni untuk aku jejak balik mana perginya ex aku tu. sebab entah kena aku rindu sangat kat dia.

aku pun try nak tanya kat kakak ex aku yang duduk sebelah rumah aku kat kampung tu,,masa tu aku memang takde kebranbian nak tanay. setiap kali jumpa aje aku terkunci mulut dari tanya pasal ex aku. jumpa kat pasaraya...jumpa kat gerai kuih acu Nor...dulu diorang bukan senang sangat pun. merangkak jugak nak hidup.  nak membesarkan anak diorang dan menyara keluarga. 

memang aku tak punya keberanian nak tanya pasal ex aku kat kakak dia maksu Minah. sudahnya cuti selama 2 minggu tu aku habiskan dengan ke Ipoh sorang sorang. takde apa yang aku cari sekadar nak withdraw duit aje. dan menghabiskan masa makan mi kari kat kedai cina hailam. 

aku pun balik ke kotaraya dan kecewa sebab tak dapat contact number atau alamat ex aku. aku start kerja balik dengan semangat yang down. kerja aku buat sambil lewa dan lastnya kena warning dengan checkman. aku mula hilang semangat nak kerja . aku pun ponteng kerja. ada dalam 3 hari aku ponteng kerja. aku memang tak tahu terms and regulation masa tu. dan aku ponteng tanpa inform siapa siapa dalam dept aku atau inform HR. 

lastnya hari ke empat aku datang kerja. sebab aku rasa cukuplah aku ponteng. aku takl sangka aku kena buang kerja sebab tak hadir berturut turut selama 3 hari.so, HR sudah pun menulis surat aku dibuang kerja. tapi aku punya ketua dept punya baik dengan aku. dia suruh aku pergi merayu kat HR. kalau tak baik tentu dia suruh blah aje kan. so, HR dah isu letter of termination kat aku. takde apa yang aku boleh buat dah. aku pun diberhentikan kerja. lepas kena berhenti aku ke KL lepak kat Central Market dengan masih menyarung baju Proton yang dah takde makna pada aku lagi. aku kesal kerana tewas dengan perasaan sendiri.

jiwa kosong 2 - Sept 1994 - selepas aku punya tragedi kena berhenti kat Proton tu. aku sekali lagi macam semangat down . segala galanya macam dengan first time aku rasa down tu. aku dah habis kontrak selama 3 bulan di dept Marketing kerja kat the Star. suratkhabar omputeh selepas berhenti Proton.dan aku dapat offer pulak sambung kerja kat department HR the Star. so aku rasa aku masa depan cerah lagi untuk memiliki ex aku yang entah di mana. aku diberi cuti sebelum masuk kat dept baru. so aku ambik peluang sekali lagi balik kampung cari ex aku atau dapatkan contact dia kat Penang. aku rasa rindu sangat kat dia masa ni dan aku bagi tahu kat mak aku. mak aku cakap sabar kalau ada jodoh tak ke mana.

aku usaha lagi jumpa dengan kakak dia atau seiapa yang aku boleh minta alamat dioa kat Penang. lastnya lepas kegigihan aku. aku dapat jumpa anak saudara dia dan minta alamat dia kat Penang. aku pun dapat alamat tu. tapi entah apa pulak kata anak saudara dia . dia kata trylah mana tahu sebab aku bersih kalau nak dibanding dengan dia kotor. pelik sangat bunyinya . aku pun tak faham kenapa anak saudara dia cakap macam tu. 

maksudnya kalau aku bersih dan dia pulak kotor? dan ex aku tu apa bersih ke kotor? dan kenapa dan kaitkan dengan diri dia? takkan dia ada hati kat mak saudara sendiri? apa maksud bersih tu? takde rekod jahat ke apa...entah aku tak nak fikir semua tu. aku hanya nak sambung kembali hubungan aku yang terputus dulu.terputus terpaksa bukan kerelaan aku.bukan aku yang minta putus. aku hanya mengundur diri kerana aku sedar masa tu aku tak punya apa apa. tapi bila aku dah ada kerja tetap aku akan cari dia balik sebab apa seba aku tetap berhajat untuk memiliki dirinya.sebab diualah matlamat hidup aku selama ini.  aku nak halalkan dia sebagai isteri aku yang sah. 

aku terus tulis surat bila dapat alamat tu. banyak dah surat aku irim. tapi takde balasan. aku jadi down lagi...tapi kali ni aku cekalkan hati aku. tak kiralah dia tak balas atau pun tak peduli ke. aku tetap hajat dia jadi milik aku. dan aku takkan berputus asa selain aku bekerja kuat dan mengumpul duit belanja untuk meminang dia. jika ada jodoh syukur...kalau takde jodoh aku terima walau aku tahu hidup aku akan kecewa jugak sudahnya kalau takde jodoh. yang poenting aku usaha...

so sepanjang masa aku akan ingat dia masih macam dulu kerana kalau aku ingat dia dah ada pakwe tentu luntur semangat aku nanti. takpelah aku cuma mampu memegang bayang bayang dia saja. keran itulah matlamat hidup aku selama ni.  


No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)