Saturday 25 July 2020

retro - kita semua pendosa

KITA SEMUA PENDOSA - sejak aku jumpa balik dengan Mael kawan masa kecik aku ni aku try belajar apa hidup dia. bukan aku nak compare dengan hidup aku. tapi aku nak tahu perjalanan hidup dia yang sama sekali tak sama dengan hidup aku. aku mula minat kat imej mesin excavator atau jengkaut pasir.

Kini Aku Dan Dia sudah setengah suku perjalanan. Entah berapa Jauh lagi berbaki perjalanan Kami berdua. Antara Kami Di waktu mengenal kehidupan terpisah dengan jalan hidup masing masing. Tak
begitu rapat dan tak begitu jauh.namun Aku Sedar kawan Yang muncul semasa Kita di Dalam terkspai kapai Dalam kesamaran mungkin itulah kawan Yang Akan Sama Sama meniti sisa sisa untuk mencari bekalan.

Di waktu waktu Aku jatuh tersungkur begini...Aku bukan lagi orang Yang dapat ke sana ke mari merakamkan masa tepat jam 9 Di Kantor Dan pulang jam 6 kerumah
Lantaran kompeni Aku tutup peroperasian nya kerana sudah bankrap. Perlahan lahan Aku hilang mereka Yang dulunya kawan baik.
Masa Aku senang mereka ramai. Masa aku susah mereka Tinggalkan Aku. Kerana Aku tidak lagi penting Dalam hidup mereka.

Akusedar...sewaktu susah ni tak payah lah Kita mencari kawan. Tak Ada ertinya. Mereka Akan seboleh bolehnya menjauhkan Diri Dari kita. Walau Hanya Kita nak bertanya khabar. Itu sudah pastinya. Carilah kawan Yang Bertemu kerana Allah Dan Berpisah kerana Allah.

Dalam mengejar keduniaan ni kadang kadang Kita hipokrit pada Diri Kita sendiri. Maksud Aku Kita tahu Salah Dan dosa jika Kita berbuat Salah. Tapi jika iyanya memberi keuntungan Dan kesenangan Kita ketepikan semuanya.

Tapi jika orang lain melakukan perkara Yang serupa Kita kutuk Dan Kita kecam. APA bezanya Kita dengan mereka Yang melakukan Sama Seperti Kita. Ya Kita semua pendosa.

Thursday 23 July 2020

retro - apis cerana - neo rintis


kembali ke alam semula jadi...
kalau korang tanya apa planning aku bila sudah bersara...ni lah planning aku. aku ni nak ceburi bidang makan makan dah bukan lagi masa aku. aku nak ceburi bisnes aku dah malas nak fikir pasal leger bagai. ukak akaun tutup akaun so, untuk tidak rasa diri tua dan tak buat apa ni lah aku punya plan. memang lambat lagi lah sebab aku belum ada modal. tapi Insyallah. adalah modalnya nanti.
kat kampung aku Bidor belum ada lagi. tapi kat Sungkai dah ada. so, aku rasa aku nak mencari ilmu aku add sorang pengusaha kelulut kat SUngkai tu tapi daknya dia nak approved aku. punyalah..apa aku tak tahu nak kata.

takpe kata kakak aku semua tu ada peruntukan dan aku akan tanya kat pejabat pertanian bila aku dah ada modal nanti.


macam best kan...takde lah nak meniaga makan ke bisnes ke...mana kena dah dengan aku kederatt pun dah kurang sejak dah berusia ni..dah separuh abad kome...mana mana kompeni itulah yang diorang cakap kat aku. dah tua takde company nak ambik kerja lagi. security gard pun tak lepas. ada kawan aku cakap kalau nak duduk kampung kena campur orang kena gi masjid. itu semua orang tahu. Siva Library pun tahu. bila dah tua kena lah banyakkan bekalan nak ke sana tapi nak teruskan kehidupan masa tu pun kena ada bekalan jugak tengok gambar bawah tu pun dah adamacam muka Siva Library.



 itulah cita cita aku. harap projek kelulut ni jadi kalau ada modal..jangan kelulut pergi ke laut sudah..hihihi..kena ada ilmu kelulut . so, wish me luck gaissss...




Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)