Thursday 20 December 2018

review movie - Aquaman & Bumblebee



review movie kali ni aku buat 2 movie sekali harung...sebab movie ni aku repeat tengok sampai 2 kali...jangan tanya kenapa hahaa...

okey first movie Aquaman ...movie ni aku suka sebab ada tajuk Aqua macam bintang astrologi aku Aquarius...so...dah nama Aquaman tentu ceritanya dalam air dalam laut...Aquaman ni superhero DC Comics sama macam Superman dan Batman...so cerita dia lebih kurang sama lah ...superhero yang ada kelebihan yang datang dari situ boleh buat itu ini....nak kata aku enjoy sangat tu ak lah tapi cerita Aquaman ni sangat detail macam aku jugaklah banyak sangat plot dia megikut naratif cerita yang sangat detail......entah apalah aku nak cerita pasal movie ni yang paling best? mungkin watak Aquaman yang agak cool la...si Arthur Curry yang bersikap agak irritate pada walnya dia tak suka nakj join orang atau nak buat apa yang dia tak suka...sama macam watak dalam Naruto tu...Shikamaru yang pemalas dan tak nak buat apa apa kalau boleh walau pada hakikatnya dalam Naruto dia punya IQ paling tinggi...ha macam tu lah...

macam Aquaman ni jugak unpredictable aku ingat iya iya lah dia tak nak duduk dalam laut jadi raja kat Atlantis...rupanya nak jugak...apa la...sembang lebih Aquaman ni....hahahaha...macam siapa ye? hahaaa...

so...aku punya bosan cerita ni detail sangat sampai aku berdengkur sekejap masa dia lawan dengan adik dia yang nak jadi Ocean Master tu....berdengkur hahahaha...

JENG JENG JENGGGGG!!!!!!




okey review movie yang seterusnya...BUMBLE BEE...
siapa yang tak suka watak BUMBLE BEE dalam Transformers? watak yang robot tapi beremosi...yang ada macam serupa manusia...ada masa dia happy ada masa dia sedih? kalau dia jadi robot autobot yang tengah berlawan dia mengingatkan aku pada aksi kungfu Bruce Lee yang pakai baju suit jumper kuning tu...sebab dia memang laju dan tangkas lawan dengan robot decepticons...dan jugak weapon dia PLASMA GUN yang sangat power sebab kalau dia selalu pakai dia habis kuasa Energon dalam badan dia...

pelakon lain? Hailee Steinfield dan John Cena...
Hailee ni aku rasa takdelah best sangat berlakon macam biasa biasa je,,,cuma yang best sebab muka Hailee ni macam Fauziah Latiff masa muda hahaha...John Cena? dia ahli gusti WWF tapi dah berusia ni dia berlakon lah...John Cena memang sesuailah berlakon jadi marine corps ke tentera USA ke....cam tulah...BUMBLE BEE ni seorang soldier sahaja dalam rankingTransformers yang di tugaskan utuk menjaga bumi...ada scene masa John Cena agent Burns ni tabik hormat kat BUMBLE BEE sebab lawan bermati matian dengan robot Decepticon untuk menyelamatkan bumi dan juga masa menyelamatkan Hailee...

yang paling best cerita ni latarbelakang 80's so...music score dia banyak masa aku masih remaja belasan tahun ....to be exactly umur aku masa tu 16 tahun nak ambik SRP...Hailee pun melakon kan watak umur dia 18 tahun baru lepas SPM hahaha...so, lagu lagu yang jadi OST ni banyaklah aku ingat dan minat...aku masa tu fesyen pun pakai macam trend masa tu ala Hong Kong seluar carrot shape dan suka baca buku Smash Hits dari USA...aku dapat baca sebab ada sepupu belajar oversea dan masa dia balik dia bawak semua tu...memang kuat pengaruh masa tu sampai tiru feshen rambut Morten Harket AHA...menjadi pulak tuuu...hahahah...

memang sebelum ni ada Transformers 5 yang agak malap jugak sebab enah tak tahulah kenapa...padahal belanja buat sequel sebelum ni entah berapa juta...tapi sambutannya suam suam aje...so, bila keluar sequel spin off BUMBLE BEE ni memang meletoplah...so memang BUMBLE BEE hero sebenar semua kanak kanak sezaman nya...

perlu aku statekan kat review ni macam mana BUMBLE BEE kehilangan suaranya untuk berkomunikasi...BUMBLE BEE asalnya ada suara tapi entah macam mana amsa dia turun kat bumi dan ada robot decepticons yang follow dan robot tu lah yang merosakkan suara atau kotak komunikasi BUMBLE BEE sampai tak boleh bersuara...so, BUMBLE BEE terpaksa menggunakan stereo radio untuk berkomunikasi dengan Hailee dan yang lain...rasanya dalam sequel Transformers akhirnya BUMBLE BEE dapat balik kotak suaranya bila autobots yang macam doktor rawat suara dia...


apa lagi nak cerita? oh ye scene yang paling beremosi tu masa last BUMBLE BEE nak berpisah dengan Hailee - Charlie kat jambatan San Francisco ...tapi masa tu BUMBLE BEE pulak cool aje tak de mood sedih...

Friday 30 November 2018

review album - Russ Freeman & Rippington




sebab apa ye aku buat title entry ni PJ Oldtown ? sebab aku beli semua CD atau kaset ni kat PJ Oldtown kedai member aku Ah Choo namanya aku terus jadi regular kat kedai dia dan jadi kawan dia...dia banyak nasihat aku pasal life kat KL atau kotaraya ni...last aku jumpa dia masa aku ada problem dengan loan ASB aku yang bernilai 100k.dia memang seorang kawan baik..

Russ Freeman & Rippington - Sahara
nak review macam mana ye...aku bukan selalu dengar lagu contemporary Jazz macam ni...adalah sekali sekala...tapi yang buat aku tertarik nak ulas lagu ni ialah pada masa aku duduk kat PJ Oldtown masa bujang kerja kat the Star tahun 1994 macam tu aku masuk ke satu kedai kaset dan aku terlihat perbualan anta tokey kedai dan awek bisu.

lepas awek bisu tu keluar aku pun tanya macam mana dia dengar lagu tu sebab dia bisu. tokey kedai cakap dia bisu bukan pekak. betul jugak hahahaha...apalah aku ni.

so aku tanya kat tokey kedai lagu apa yang awek bisu tu beli? awek bisu tu boleh tahan cantiknya dan aku rasa dia mungkin anak orang berada sebab duduk kat PJ Oldtown kawasan Melayu tu selalunya pesara pesara kerajaan dan satu satunya kawasan yanng ada tanah Lot kat Petaling Jaya.

nak review lagu Jazz tu? hemmhhh...reviewlah senddiri hahahah..beli kaset atau CD Russ Freeman dan try dengar macam mana...

Sunday 15 April 2018

windflowers - bunga cinta

 

bersama suara hati...
aku menyedari kini ketiadaanmu
ku cuba mengerti mengapakah begitu
tiada kesempatan ku mencari 
rintihan untuk menghalang kau pergi 
jauh dariku....
masa ni aku baru habis periksa SPM ..aku masa ni ikut sepupu aku hari sabtu dan ahad pagi kat kebun bapak dia. upah sehari 5 ringgit. kerja tebas tebas rumput bakar lalang kering. alaa...cuci kebun lah. tanam benih pokok pisang dan pokok ubi kayu. ada jugak sesekali kitorang lepak minum pagi kat kedai mamak sampai Onie @ Jalil terkejut tengok  kitorang pakai baju kebun.
aku pulak malam malam aku kerja kat benteng ala food court kat Bidor masa tu.tapi sekejap aje. sebab tokey gerai satey tu tipu aku. dah semingu aku kerja dengan dia. dia bagi gaji tak penuh. dia kata  potong makan minum. gelas pecah la...pinggan pecahlah...memang penipu betul.aku pun terus berenti.malas nak layan tokey kedekut  macam tu.

sebulan dua masuk tahun baru aku masih belum dapat result SPM.masa ni aku tak tahu buat apa aku pun continue tulis surat pen pal awek Kelate yang aku kenal masa aku masih form 2.... aku pun masa ni tak buat apa menulis surat ajelah kerja aku. tulis punya tulis sampai masa ambik result SPM bulan Mac. aku pun terus terang kat awek Kelate ni yang aku dah jatuh hati kat dia sebab masa ni aku jiwa kosong...awek Kelate ni nama dia Noriza. aku panggil Za aje.  lastnya awek Kelate ni kata dia tak nak bercinta sebab dia dapat tawaran Universiti Malaya. dan dia suruh aku lupakan pasal cinta. aku pun terima hakikat awek Kelate ni tak layan aku. aku pun layan frust lagi.ahhh kena reject lagiiii...
 
bayangan mimpi...
inginku tahu apa maksudmu
ku ingin kenal siapa dirimu
kau tunduk bilaku renung wajahmu
kau diam bilaku berkata padamu
membuatku tak menentu

aku pun lepak sana lepak sini dan lastnya aku terjumpa satu awek ni kat pasar lambak hari Sabtu. aku minat style dia sebab dia macam budak baik sopan santun...dia suka lepak kat rumah kawan aku Nurul kat kampung sebab kawan dengan adik perempuan Nurul. aku sempat jugak bagi kad raya kat dia tapi macam biasa dia tak layan lagi...memang payah agaknya mat skema macam aku nak dapat awek kot. asyik kena reject aje. lastnya aku malas nak cari awek dah. aku fikir kalau aku dapat masuk form 6 nanti aku concentrate study je sampai dapat masuk U. aku dah serik nak jatuh hati kat awek dah nak bercinta asyik kena reject dengan awek ajeee...

bunga cinta...
engkau adalah bunga cinta yang segar
kau menjadi lambang cinta hidupku
engkau adalah bunga cinta hatiku
engkaulah penawar duka laraku
tapi aku dapat result dan aku tak dapat masuk form 6 sebab tak cukup gruping tapi aku lulus. apalah nasib...aku pun start kerja tolong Murad bisnes burger. Murad pun cakap setakat makan burger dia boleh lah bagi tapi nak bagi duit dia tak mampu. okey je sebab aku kerja jual jambu belah malam sampai pagi. kat gerai jambu jalan Sungkai. aku kerja dengann Murad start asar pukul 5 dan habis pukul 10 malam. lepas tu aku jual jambu dari pukul 1 malam sampai pukul 6 pagi. masa ni aku terjumpa Oikuan balik sebab dia selalu balik dari sekolah dan singgah kat gerai burger nak beli burger.so, aku pun cuba bebbaik dengan dia. dia macam tak ingat pun pasal surat aku.memang Nazri kelepet aku lah masa tu tapi aku tak tahu.
Oikuan ternyata seorang gadis yang baik bila dia layan aku macam kawan. dia bagi number telefon dan aku selalu call dia. hubungan aku dan Oikuan hanya sebagai kawan tapi Oikuan memang baik hati.hubunga aku dan Oikuan macam direstui oleh familynya bila mereka amat sportin sekali bila aku call.hehehehe...jadilah walau hanya sebagai kawan pun okey je.

aku bertemu aku
di hujung dunia 
rinduku menyepi sendiri
sinar mentari membakar diri
ku kekosongan tika memimpin diri ini
menunggu sinar menyuluh jalan hilang....

aku dah rasa semua yang aku buat ni tak betul. aku kena buat sesuatu dalam hidup aku. takkan aku nak kerja kat kampung aje. nak continue study tak dapat. so aku pun beazam nak ke KL merantau. mungkin aku boleh mencuba nasib kat KL. inilah langkah pertama aku ke KL. dan aku nak try cari kerja kat PJ area rumah mak saudara aku. selepas mengumpul duit sedikit maka aku pun merantau ke KL.  aku tinggalkan Oikuan dan kampung.

windflowers - takdir


suratan takdir...
usahlah ku disalahkan terjadinya perpisahan ini 
itu suratan takdir
tak terlintas dihati ini untuk aku jatuh cinta lagi
tapi takdir menentukan...
 
kalau penggal pertama aku frust dengan awek Trolak Sungkai tu...takde khabar berita dah. sebenarnya aku kena kelepet dengan Zaidie je. adake suka suka cakap dan tuduh orang itu ini. kalau tak betul takkan ke berdosa? sama macam Ai yang tak bagi aku kawan dengan Lela yang satu classmate masa menengah rendah dulu. tengok gaya Lela tu memang lah dia dressing daring pakai skirt nampak peha tak sama macam dulu bertudung labuh...macam cultural shock. aku heran jugak ramai sangat budak sekolah yang masa form  4 dulu pindah sekolah ke KL ke mana mana tapi bila form 5 datang balik sekolah lama? apasal tak tahulah...

percintaanku...
alam yang sunyi sepi bagaikan memahami
tak perlu dikesalkan tak perlu ditangiskan 
setelah aku tiada lagi....

aku lupakan pasal awek ...so aku pun  tumpukan perhatian aku pada periksa SPM aku yag bakal menjelang. aku taklah pandai sangat dan taklah bodoh sangat. aku percaya walau tak cemerlang tapi aku rasa aku confirmed lulus, dan target aku cuma nak naik form 6 aje. aku cuma fokus kat sabjek yang aku strong macam BM, BI, AGAMA, LUKISAN, GEOGRAFI dan SEJARAH kalau aku score sabjek ni aku rasa takde masalah aku naik form 6.

luka lagi...
telah ku katakan kasih ku insan biasa
tiada punyai harta mengapa kau masih bersandiwara jua
tentang cinta
selama ini kau berpura ku sangka kau setia
ohhh ohhh 
luka lagiiii....

entah macam mana aku terikut style kawan aku Murad atau nama samaran dia The Great. Murad ni ada kenal sorang amoi cina kat luar. aku tak tahu macam mana dia boleh kenal. dia pun tak cerita sangat. lastnya dia suruh aku dan Nazri bagi buku autobiografi dia kat amoi tu. aku pun ikutlah Nazri petang tu . sebab aku selalu lepak kat rumah Nazri dengan Madi.so petang tu aku berjumpa dengan Oikuan. amoi baru Murad. Muad ni pelik taste dia amoi pulak. masa kat sekolah ada amoi tu nama Waiching tak layan dia. so dia pun cari amoi baru. 

tapi aku terkejut dengan amoi baru Murad ni sebab aku memang kenal dia dari kecik lagi...aku pun jatuh hati kat amoi ni walau dia tak berapa kenal aku. cuma dia kata aku duduk kampung sama dengan dia. aku balik rumah aje aku cerita kat Nazri aku dah jatuh hati kat amoi tu.Nazrisuruh aku buat surat bagi amoi tu. aku pun bagi surat suruh Nazri pass kat dia. 

pasti...
ketika itu ku terlena bersama arus ombak luka 
tidak ku sedar kau berpura menyintai diriku
kiranya sudah ditakdirkan
ku kecewa dalam percintaan
apakah ini yang kau mahu
kita berpisah 

aku pun tunggulah amoi tu balas surat aku. lastnya aku Nazri bagi tahu amoi tu takkan balas surat aku. dah bertahn tahun malah berpuluh taun baru aku tahu Nazri kelepet aku. sebenarnya Nazri tak bagi pun surat aku kat Oikuan sebab apa? sebab Nazri pun minat kat Oikuan rupanya..so, aku pun sedih lagi bila rasa kena reject macam tu aku pun layan frust walaupun Oikuan tak tahu pun aku frust kat dia. ni semua gara gara Nazri. sampai hati Nazri permainkan aku yang tak pernah ada awek ni. aku pun frust sampai Sham dan Murad yang lepak kat rumah Nazri pun kesian kat aku. Alaa....Mi...nanti lepas  SPM nanti kau carilah awek mesti dapat yang lagi cunnn punya kata diorang.

windflowers - gersang



akan kusimpan kenangan cinta kita 
yang tak akan terpadam selamanya 
kehangatan cintamu masih aku terasa 
seperti baru semalam kita berpisah....

aku masa ni layan lagu rock GERSANG sampai bag sekolah aku pun aku conteng logo kumpulan Gersang ni. lagu lagu dia sedap walau mat rock tak berapa suka sangat sebab rambut pendek kata diorang. well pada aku bukan pada rambut panjang atau pendek. yang sama naik masa lagu Gersang ni ialah kumpulan Wings dan Rusty Blade.. lagu 2 kumpulan ni walau rambut panjang tapi diorang dengar lagu tangkap cintan jiwang jiwang juga hahaha...

 so lagu ni ada kisahnya pada aku. masa ni aku ada aktiviti perkemahan kat sekolah menengah Sungkai. adalah masa tu semua peserta dari sekolah aku surrender sebab kawasan perkemahan dilanda banjir. so, yang tinggal cuma aku dan kawan aku Radzi. aku kuarter master dan dia pulak presiden PBSM. so aku dan dia memang terpaksa tungguuntuk mewakili sekolah kitorang.takkan nak balik? semua yang balik tu memang first timer berkemah dan takde penalaman sedangkan aku dan Radzi memang sejak tingkatan satu tak pernah failed mewakili sekolah setahun sekali perkemahan PBSM sejak 1984 hingga 1988.

sunyinya malam ini tiada bulan tiada bintang 
hanyalah kedengaran ombak di pantai 
hatiku tertusuk sayu dan pilu
mengenangkan nasib diri dirantauan

so barang barang tinggalan peserta sekoah aku meman banyak dan diorang tak baak balik. aku dan radzi pun bagi bagi yang terlebih kat kawan kawan sekolah lain. dan kitorang bagi banyak kay peserta sekoah menengah Sungkai sebab diorang host.

ada sorang ni awek sekolah Sungkai nama dia Aina. muka dia sebijik macam muka penyanyi Azian Mazwan tu. dia free hair. aku siap lukis muka dia dalam notebook aku . sampai Radzi pun perasan .Radzi tanya aku. aku lukis gambar budak sekolah Sungkai tu e dalam cahaya terang kemah tu. aku tersenyum buat pertama kalinya aku ada rasa suka kat awek Melayu. dan nak kawan jadi girlfriend tapi aku malu aku cakap kat Razdzi. Radzi cakap no problem. nanti dia bagi tahu budak tu


lepas tu budak perempuan tu datang mintak sardin kat kemah kitorang dan dia tanya nama aku siapa. aku memang tak bagi tahu nama sebenar melainkan nama  Zack. hahahaha..lastnya masa lepak tidur kat bawah tangga sekolah sebab banjir menutupi kawasan perkemahan pada last day malam pekemahan tu. tidur dengan budak sekolah SUngkai nama dia Zaidie. Zaidie kata Aina budak Trolak dan selalunyanya budak Trolak tu minah rewang. aku pun tak tahu apa minah rewang. selalunya rewang ni buat krja kenduri?

samalah tu kata Zaidie. minah rewang ni ramai kawan lelaki. aduhhh hancurrr hati aku...sedihhh pulak aku dengar macam tu. aku dah jathuh hati kat wajah da yang manis tu dengan potongan rambut lurus paras telinga dia tu.macam amoi amoi je muka dia.

malam tu masa pasang radio transistor pun kelua lagu Gersang ni... dalam sayup sayup lagu ni aku  rasas sedih satu macam ...sebab lagu dia punya lirik dan melodi pun sedih semacam ...lepas aje habis perkemahan tu aku lepak kat rumah Nazri dalam biik dia dan ada pulak Nazri kaset Gersang mungkin Yam gf dia yang bagi pinjam...so aku pun layan lau Gersang sampai termenung sampai Nazri tanya apasal kau sedih sangat? aku pun cakap lagu tu sedih...

kat rumah Nazri ada mekanikal pen abang dia..aku pun melukis kartun gambar Aina sampai Nazri perasan. ohhh nilah yang buat hati kau hancur ye mat Keluang? nama mat Keluang tu gelaaran kawan kaan dan Nazri tu mat Kelawar sebab aku dan Nazri sepupu.lebih kurang macam Batman and Robin lah...

ku calit warna ungu di dada tanda kasihku
dosakah aku mengakuimu teman hidupku
kusedar kini  semuanya luput berlalu
merekah hati menuju gersang mana pinggiran... 

windflowers - dhamen dan geng skyfire 87

...ni projek lukisan SPM aku 
macam ni lah sejenis ukiran dan tampal kat kertas

aku kena jugak tulis satu entry pasal kawan aku ni. well dia dah takde di dunia ni. aku mula kenal dia masa aku form 2. sebab ada latihan merentas desa. nama dia Dhamendra. (later on Dhamen convert to Islam sebelum dia pergi..alhamdulillah)


Dhamen ni bangsa India yang berwatak seorang cool. sebab nama dia macam Hindustan dia pun takde macam India sangat. dia asal dari Kelantan dan tinggal dengan abang ipar dia kat balai polis Bidor. aku mula rapat dengan dia sejak form 4. dia satu kelas dengan aku. kegemaran dia memang suka menyanyi lagu lagu Melayu sentimental. memang terbaiklah dia ni. aku tak tahu mungkin dia suka sangat dengan lagu Melayu. khabar lepas SPM dia kerja jadi DJ kat mall di Kota Bharu dalam tahun 90 an. well siapa tak kenal Dhamen. dia punya ayat power kat awek lain macam dramatik nya. Amy dan Ekin @Shikin antara yang dia  suka usik. dan budak perempuan yang dia tak berapa suka ialah Vanitha.

Vanitha ni kawan baik Siewfong. diorang berdua ni memang selalu usik aku pun dengan nyanyi lagu Melayu tandanya apa entah. mungkin dia minat kat aku ke. sebab masa tu aku ada terminat kat sorang amoi nama Ngenyew sebab dia cantik macam Joey Wong pelakon cerita Chinese Ghost Story - Hongkong tu.

Vanitha dan Siewfong tahu aku ada hati kat Ngenyew tapi Ngenyew minat sorang budak return SPM nama Kamal. ingat lagu diorang nyanyi lagu ND Lala - buah hati dikebas orang kat aku haaha..aku pun nyanyi lagu Puteri Remaja - Salih Yakob kat diorang...diorang masa tu macam kumpulan Skyfire ni...satu kumpulan 3 orang perempuan Ochee, Yastie dan Bibiyana Layola...

eh ni cerita pasal Dhamen ke pasal geng Skyfire hahaha...okey banyak pula cerita geng Skyfire tu ye...Vanitha, Siewfong dan Ngenyew...Dhamen dan Vanitha pun style macam orang Melayu jugak. kenapa diorang berdua ni bermusuhan aku tak tahu apa kesnya. aku tetap layan diorang ni sebab baik dengan aku.

mengenang pasal Dhamen ada 2 lagu kumpulan the Steps ni memang aku akan teingat kat dia kalau aku dengar lagu ni.

mengapa sepi tanpa berita
aku dulu bukan orang senang...bapak aku kerja freelance sebagai tukang sukat tanah dan pembuat plan. kalau sekarang ni Landsurveyor & Draughtman. jawatan sikit punya gempak ke. tapi income tak segempak nama. cuma kalau ada projek kecil kecilan tu merasalah makan berlaukan ayam seminggu sekali. kalau takde makan ikan bilis atau ikan masin ajelah. so, kakak aku yang dah habis sekolah pun membantu ekonomi keluarga aku. macam macam kerja dia buat dari kerja dealer Avon sampai lah lastnya dia kerja kat klinik sebagai pembantu klinik. so, kakak aku kerja shift siang dan malam.kalau dapat shift malam aku dan mak aku pun pergi menjemput dia pulang ke rumah dalam pukul 8 macam tu.ya lah kan...dia kan orang perempuan nak balik malam malam sorang sorang naik basikal kat pekan tu nak balik rumah ada dalam 3 kilometer. dan aku selalulah terjumpa dengan Dhamen sebab Dhamen ni selalu lepak kat food court ala gerai benteng. mungkin dia bosan kat rumah dia berek polis yang sempit tu.aku pun banyak berkongsi cerita aku dengan Dhamen. dia tahulah hidup aku macam mana.aku pun tahu hidup dia macam mana


sekian lama aku merinduimu
masa kat sekolah tu aku memang kekurangan segala galanya. pendapatan bapak aku pulak merosot tahun 1988 tu. tahun tu jugak aku SPM. so, duit SPM pun tak bayar sampai hujung tahun. Dhamen tahu sebab dia memang tanya aku pasal tu. ada satu hari tu Dhamen pernah tanya aku kenapa tiba tiba Karuna dan Sathiya gelar aku Burma. sebab nya masa tu bapak aku ni macam tak berapa suka orang datang rumah. tapi masa tu pulak Karuna dan Sathiya datang sebab hari raya, so, bapak aku tutup pintu bila dengar diorang panggil nama aku. aku pula masa tu memang ada konflik lah dengan bapak aku tu. aku memang terasa kalau Karuna dan Sathiya cerita pasal tu dan perli perli aku. apa yang aku boleh buat hanya diam aje takut diorang cerita kat sesiapa lebih lebih. iyalah siapa yang faham masalah aku kan? tapi Dhamen faham. dan dengan tidak setahu aku dia belikan aku water color Panda sebab masa tu nak periksa SPM dah dan aku takde duit nak beli water color. walaupun water color tu murah tak sampai 10 ringgit tapi aku nak mintak kat siapa? aku pun try pinjam kat kawan kawan water color lama diorang tak guna ke...tapi hampa takde . Dhamen pun belikan dan letak dalam meja sekolah aku tanpa bagi tahu aku dia yang beli.dah hari ni baru aku tahu siapa yang belikan dan letak kat situ. tu yang aku tulis entry ni. sedih korang...takde siapa nak tolong aku masa tu...lepas guna water color tu aku bagi kat pusat sumber @ library sebab aku memang tak tahu siapa bagi. aku cakap kat budak pusat sumber pakai aje sebab aku hadiahkan.

dan lagu yang paling aku suka dia nyanyi ialah lagu Ben Nathan - Kaulah Segalanya Bagiku ...sebab masa ni habis period agama dan Ekin lepak kat kelas kitorang semata mata nak dengar Dhamen nyanyi. Ekin masa tu macam ada masalah cinta monyet dengan kawan satu tingkatan sampai 3 orang dia minat...Budi, Rozi dan ada sorang tu minat dia Ayip Lasa. dia haha.

so, aku dan Dhamen macam pujuk Ekin supaya tak sedih sangat. ada jugak kawan yang kutuk Ekin sebab pakai skirt dedah aurat sebelum Ekin pakai tudung. masa tu memang Ekin macam nak nangis aje bila aku dan Dhamen pujuk dan lepas habis cakap kitroang sulami dengan nyanyian hahahaaa...tapi Ekin memang berterimakasih kat kitorang yang bagi dia hilang tension...

semusim kutatap wajahmu...
di bawah sinaran rembulan tersenyum didakap sang bayu
menyerlah dicium mentari
semusim kurasa cemburu terhadap rembulan sang bayu mentari
mengapa nikmati dirinya hanyalah untukku 
kini...

windflowers - beradu suratan


hidup aku masa baru baru kerja kat the Star masa duduk kat PJ Oldtown tu tersangatlah bosannya. kalau hujung minggu aje aku tidur dari pagi sampai tengahari. kalau kakak aku ada kat rumah dia masak. kalau dia keluar dengan abang ipar aku ke mana mana aku kena keluar makan kat mamak. bosan jugak makan kat mamak kalau setiap minggu maan nasi dengan kari yang sama je. rasa dah tak boleh asyik telan makanan yang sama aje .kat mana mana kedai pun rasa macam tu. kalau keluar berdua dengan Along takpelah jugak. tapi kalau Along tidur sebab dia kerja shift malam dia takkan bangun makan tengahari punya. iyelah Along masih kerja kat Proton. aku kan dah kena buang ...kakakaka...

selalunya kalau aku bosan aku pergi lepak kat rumah  makcik saudara aku kat Sea Park PJ. kat situ aku dah berkawan dengan 3 generasi. generasi pertama abang awal, generasi ke dua Ijot, Amat dan Aie dan generasi ke tiga ni Nizam.

selalunya aku ajak Nizam ke KL ..lepak main video games kat Pertama. tambang bas 50sen aje masa tu. aku yang ajak aku lah yang bayar makan dan tambang. ..alaaa..tak habis pun 10 ringgit. main video games baru dua ringgit. pekena roti dan teh tarik baru berapa sangat. kadang kadang aku ajak Nizam lepak tidur kat rumah kakak aku kalau aku tak lepak rumah dia. Nizam masa ni baru form 6.

aku jadi macam tu sebab aku takde kawan atau takde girlfriend. lastnya masa Nizam nak consentrate study dan aku sorang sorang jugak ke sana sini. aku mengorat memang tak reti masa tu. aku memang takde girlfriend masa tu. ada awek kat kampung dia masa tu dah hilang senyap sunyi macam tak dengar khabar berita  je. aku pun sedar yang jiwa aku ni kesepian.

so aku pun buat macam biasa je. masa tu pun aku hanya kerja temporary. tapi sebenarnya aku risau jugak bila aku belum dapat offer mana mana company. kerja aku kat the Star tu jawatan sementara je 3 bulan. tapi akhirnya aku punya rezeki untuk terus kerja kat the Star, dan aku diserapkan dari dept marketing ke dept Personnel.dan ada lah dalam 3 bulan kerja under probation akhirnya aku disahkan jawatan pada hujung tahun tu juga. aku baru rasa confident sebab dah kerja tetap.

masa ni aku memang rasa seronok kerja.aku rasa aku sudah diterima rang kat dept aku yang sebelum ni aku kerja kat dept marketing dulu diorang macam tak suka aku dan pandang rendah kat aku aje. bila dah kerja dept Personnel ramai orang kenal aku dari pangkat tukang sapu sampailah Regional Manager Utara, Penang.

ye jiwa aku masih sunyi lagi sebab takde kawan. lastnya aku cuba berbaik dengan seorang awek yang kerja dept EDP. mulanya memang aku tak tahu apa apa pasal dia. lastnya aku tahu jugak yang dia tu OKU bila aku check file dia . tapi dia cuma ada masalah pertuturan dan jugak cara dia berjalan. hati aku pun lebur jadi debu. lebur sebab aku sebenarnya nak buat dia awek aku. aku memang berkenan dengan dia. dia cantik dan ciri ciri awek yang aku suka kat awek ada kat dia. lastnya aku terpaksa  jauhkan diri dari dia sebab aku takut aku terus jatuh cinta kalau teruskan. sebab dia seorang yang baik.

nama dia Razlynn..setiap petang masa nak balik aku nampak dia tunggu kat pondok guard. aku pun dengan ramah tanya dia tunggu siapa. dia cakap dia tunggu driver dia ambik dia. haaaa kauuu.... tunggu driver tuuuu...memang betul dia tak tipu. ada satu Mercedes ambik dia tiap tiap petang. rupanya dia anak orang kaya. aku pun terciduk. kalau aku nak buat dia awek pun takkan setaraf dengan dia dan tak sedarjat dengan dia. huhhh...nasib...

satu hari masa aku singgah kedai kaset kat PJ Oldtown dan aku terperasan ada satu awek tu dia nak beli kaset tapi dia macam susah nak bagi tahu kat kawan aku tokey kedai kaset tu. Ahchoo. lastnya lepas dia beli kaset tu aku tanya Ah choo.

Ah choo 
apasal dia susah mau kasi tahu you kaset apa dia nak beli.
oh itu budak perempuan ke..
dia regular customer jugak 
dia duduk area sini 
anak orang kaya maa..
ye? habis kenapa macam tu
oh dia ada problem pertuturanlah 
dia macam bisu lah 
tapi dia sihat macam biasa.
apasal dia mahu beli kaset macam mana dia mau dengar?
haiiyaa kawan dia bisu bukan pekak...

aku pun teringat kat awek kat dept EDP tu yang nama dia Razlynn tu... 

apa kaset dia beli Ah choo?
dia beli kaset instrumental The Rippingtons

aku pun buat keputusan untuk beli kaset tu dan hadiahkan pada Razlynn...

windflowers - akedemi SAGA - warisan wanita terakhir

aku masa ni dah berhenti kerja Proton sebab masalah peribadi. aku dapat kerja sampai lebih aje...tapi sempat juga dapat gaji ...cuma nak ambik gaji tu aku kena pergi ke Proton ambik cheque.
masa tu pun aku dah dapat kerja kat the Star. okeylah dah ada kerja. tapi susah jugak nak dapat kerja tu. seelum tu pun aku dapat kerja kat Perodua Rawang. gila jauh aku nak kerja kat situ. aku kena duduk Rawang kalau aku nak kerja Perodua. so, aku bertekad untuk cari kerja kat PJ atau area KL aje. syukur dapat jugak walau masa tu hanya temporary je kerja handle PJ Half Marathon.

so, aku pun pergi ke Proton untuk ambik cheque. 200 pun duit juga...aku sampai je kat Proton. ambik cheque kat HR dan angkat kaki. ada jugak terjumpa kawan masa kerja Proton. kenal lagi diorang kat aku. walau aku kena buang kerja. aku berhenti kera sebab masalah MC atau keatangan aje bukan ada masalah berat ke.

masa aku tunggu bas kat depan PHN Hcom tu aku boleh duduk sebelah awek yang naik masa kat Akedemi Saga tu. dia macam orang kampung baru datang kotaraya. aku pun tegur dia kata nak pergi bank Mayank kat Shah Alam. sama lah macam aku jugak. dia memang macam blur tak tahu nak buat apa sebab masa tu kat Maybank tu ramai orang nak belisaham ASB Waasan. so aku tolong dia bukak akaun. nama dia Borlela Asmuni orang Sungai Besar.so. aku ajak dia lepak kat Tasik Shah Alam tu. nasib baik dia sudi. so akupun macam dating dengan dia. aku mana pernah dating pun. memang tak tahu nak cakap apa.aku teringat lirik lagu Teachers Pet. 

"tapak tangan mu akan ku genggam akan ku sentuh ketika sayu"

aku pun genggam tangan dia dan dia kata dia tak biasa. tapi dia tak marah aku pegang tangan dia hahaha apaaa laaa...lepas tu dia teringat nak balik sebab diakata dia duduk dengan mak saudara dia. aku tak teringat pulak nak ajak dia jalan jalan. dia tak tahu nak balik naik bas dan aku pun tahan axi dan mintak driver tu hantar kat akedemi Saga. driver tu senyum aje tak tahu kenapa.aku sempat minta number contact dia...

aku pun ingat dia dah lupa kat aku . tap tiba tiba aku dapat call kat ofis. dia yang call. aku pun syok masa tu dah ada girlfriend baru. happy aje hidup aku. bila bali rumah je aku ajak kawan kawan lepak maingames kat kedai games. dan minum teh tarik sampai malam pukul1.memang hidup aku maam dah happy.

tapi satu hari aku dapat panggilan dari kampung yang mengatakan opah aku meninggal dunia. so aku dapat cuti 3 hari. lepas aku balik ke KL balik aku contact Lela. tapi orang kat kilang tu kata dia dah berhenti kerja. apa dahhh...nasibbb

windflowers - guardian - warisan wanita terakhir

pasal awek ni aku tak cerita lagi sebab aku rasa tak berapa nak  berkesan sangat. masa tu aku baru start kerja Proton Shah Alam.dengan Along.aku dan Along kerja shift. masa tu tinggal kat rumah abang Din abang ipar aku. menyewa bilik dengan Along. rutin aku dan Along masa tu sebelum subuh dah nai bas dari PJ Oldtown ke Puchong. masa mula erja naik bas ajelah. memang berat naik bas hari hari namun apa pilihan yang kitorang ada. aku mula start kerja bulam Mei rasanya.

so, dalam masa kerja tu kitorang memang selalu balik lambat kalau shift siang. sampai kadang kadang pukul 8 lebih baru sampai ke rumah dari Proton. maklumlah naik bas dari Shah Aam. dengan jammed...dengan sesaknya . masa tu tahun 1994 mana ada highway sangat semau jalan double line aje.

kalau aku baliik ngam ngam pukul 8 malam aku singgah kat kedai mamak depan klinik untuk pekena sup kambing dan nasi lemak. makan sup kambing itu aku rasa buat badan segar semula leas kerja dan harungi jammed masa nak balik rumah tu.

bila dah bau kambing aku pun rasa nak beli pewangi bilik. aku singgah kat Guardian dan aku masuk je aku nampak satu awek kerja situ macam Vanida Imran pelakon tu. masa tu aku memang takde girlfriend. aku try usha tapi dia tak layan hihihi...

dia tinggal arean PJ Oldtown jugak sebab aku nampak dia berjalan baliik ke Jalan Templer. kat situ rasanya ada flat masa tu. aku boleh nampak dari rumah melaui lorog lorong . dia berjalan balik.

windflowers - lagun biru 2

perpisahan itu selalu terjadi 
kepada makhluk yang bercinta 
sungguh sedihnya rasa 
apabila ianya terjadi 

kat dalam facebook baru baru ni ada satu kisah viral pasal kuih pau.sebenarnya ntah apa apa punya viral adalah satu kakak ni post kuih pau hangus dia dalam satu page di facebook. logik ke kuih pau hangus sebab kuih pau cara masaknya kukus aje pakai air. bukan di goreng atau dipanggang. so, kakak ni pun kena kecam dengan netizen. sampai dia buat report polis...apoooo? tu maknanya dalam facebook tu ramai manusia FAKE dan apa yang mereka tulis dalam tu mostly hanya nak Likes dan banyakkan Followers.

macam aku punya erita ni adalah cerita asal REAL dan ianya terjadi pada diri sendiri cuma aku tokok tambah bagi sedap cerita lah. biasalah story teller. kena jujur takleh menipu orang tahu kita menipu.
macam cerita kuih pau aku ni. aku menyorot kembali kesianmbungan aku punya cerita terdahulu sebelum ni title lagun biru atau Love Is Blue.aku rasa tak payah ye aku nak story permulaan kisah ni . aku teruskan sahaja ye kat mana mana.

aku pun mula mengenal dia..Yati ..aku kenal hidup dia, aku kenal family dia, aku tahu apa yang buat dia gembira, aku tahu apa yang buat dia sedih. masa tu dia tolong mak dia buat kuih pau untuk sara hidup keluarganya. keluarga dia ada masalah sebab ayah dia berhenti askar sebab ada masalah medical. selalunya kerja askar mesti stress sampai berhenti kerja.

Yati selalu menghantar kuih pau ke rumah aku petang petang dan aku ambik kesempatan itu untuk berbual dan bersembang dengan dia. kitorang berbual pasal pelajaran dan kadang kadang pasal family.Yati bercita cita nakduduk asrama kerana dia kata duduk kat rumah tu jiwa dia tak tenteram. berulang kali aku tanya bila masa dia rasa jiwanya tentram? dia kata bila bersama aku. duduk dipangkin kayu bawah pokok manggis sambil menghirup udara petang sebelum pulang.


dan bila masa dia perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran dia tidak lagi menghantar kuih pau seperti kebiasaannya. yang mengganti menghantar kuih pau pula ialah adiknya yang bernama Tinit.nama sebenar aku tak ingat.tapi sejak itu aku memang dah tak jumpa dia. sehinggalah satu hari aku sudah mahu berpindah sebab rumah aku  yang renovate tu dah siap.

hari tu sempat jugak Yati ke rumah aku setelah diberitahu oleh Tinit yang aku akan berpindah. Masa aku tengah memuatkan segala barang dalam lori ak ternampak Yati dan Tinit ari jauh. sampai sahaja akulihat keadaan Yati. aku terkejut tengok dia kurus dan mukanya tak bermaya.

awak tak sihat ke Yati
takdelah saya sihat
cuma saya sedih 
sebab awak nak pindah tinggalkan saya...

aku tunduk...tak tahu nak cakap apa...memang nampak airmuka Yati macam sedih dan kesal. namun wajahnya di lindung oleh rambutnya yang menutupi sebelah matanya...bila aku renung rupanya ada airmatanya yang mengalir.. aku nak pujuk macam mana aku tak tahu. aku kecik lagi mana tahu nak pujuk perasaan orang.

selepas aku pindah tu aku dah tak dengar lagi pasal Yati. aku pernah jugak bertanya khabar pada ma aku yang selalu jugak ke kampung menziarahi saudara. khabar terbaru aku terima Yati sudah pun belajar di asrama kerana dapat markah yang cemerlang daam peperiksaan. maka Yati berjaya dengan cita citanya nak masuk sekolah asrama.

cerita pasal Yati hilang terus dari pengetahuanku dari 1983 hingga 1993.memang tak ada apa yang membauat aku untuk mengingati pasal kenangan masa keciktu sehinggalah pada satu hari aku yang bekerja kontark dengan PLUS . aku singgah makan kat gerai opah saudara aku.yang tinggal sebelah rumah Yati dulu. dan aku tak sangka Tinit adik Yati ada disitu menegur aku dan bersalam sambil mencium tangan aku. aku terpinga pinga kerana tak pernah sampai ke situ rasa hormat orang kat aku.

Tinit bercerita selepas aku pindah Yati macam merajuk ...siang malam dia hanya mahu menumpukan pada pelajarannya. dan dia masuk sekoah asrama.melanjutkan pelajaran di Universiti sehinggalah dia dapat bekerja sebagai PTD di Sabah. dan Tinit juga bagi tahu Yati akan berkahwin dan menagajak aku e majlis kendurinya di Tapah kerana mereka sudah tinggal di Tapah dn mempunyai kedai runcit di sana. aku pun tak tahu nak cakap apa masa tu aku cakap kat Tinit cuma kirim salam je kat Yati.

windflowers - lagun biru 1


aku dah tulis figura dua orang perempuan yang memberi efek pada hidup aku. ni ada sorang lagi yang bagi efek jugak walau masa tu aku masih sekolah rendah.

masa tu aku kena pindah ke rumah opah aku sebab nak renovate rumah lama aku yang dah usang. mungkin ada sedikit rezeki masa tu sebab aruah ayah aku ada share dengan tokey lombong namanya haji Hassan dari kampung batu masjid Temoh. ayah aku memang selalu berurusan dengan pejabat tanah dan galian kerana kerjanya sebagai jurukurtanah dan pembuat plan.

okey , sambung pasal sorang budak perempuan ni.sebenarnya saudara aku jugak sebab kampung tu boleh katakan semua clan Rao kat situ. aku ni punyalah orang senang kenal siapa dan anak siapa. hinggakan kalau aku jalan dari belakang pun orang kampung tu boleh kenal aku siapa walau dari jauh.

so, bila aku tinggal menginap kat kampung tu aku pun berkawanlah dengan seorang budak perempuan ni namanya Yati dia tua setahun dari aku. masa tu aku darjah tiga masa tu tak silap aku. kawan kawan lain kat kampung tu macam Min,Along dan adik Yati ,Tinit namanya

aku selalu ke sekolah dengan Yati sebab perjalanan dari rumah ke sekolah cuma sejauh 1 setengah kilometer. aku memang suka kawan dengan Yati sebab dia cantik. rambutnya paras bahu.dan selalu dibiarkan menutup sebelah matanya. pandangan matanya redup. dan matanya kuyu. aku tak tahu mungkin mengantuk ke apa. senymannya bersahaja dan sangat manis walau dia sedang memikirkan sesuatu.

kalau aku nak gambarkan dia ada sikit iras iras artist omputeh Brooke Shields tu...cantik gilerr lah kala macam tu kan? tapi macam tu lah sikit sikit...dan ada satu hari tu ada kenduri kahwin kat area rumah aku dan dia pulak datang dengan adiknya. dan entah sebab apa aku tak ingat dia bermalam kat rumah aku hari tu. dan sebelum nak ke rumah kenduri tu sebelah malamnya. dia sempat membersihkan dirinya. dan masa aku kat dapur aku tercium bau sejenis shampoo ni. shampoo zaman tu lah. Clairol Herbal Essence.

bila dia dah bersiap aje...dia ajak aku terus ke rumah kenduri. aku rasa macam keluar dating pulak malam tu dengan dia sebab aku duduk dekat dia. makan dengan dia dan tercium bau shampoo clairol herbal essence tu . aku pun cakap kat dia sambil makan nasi kenduri tu.



Yati sedap bau syampoo ni..
awak wangi lah Yati...
kenapa? 
awak nak cium saya ke?

boleh pulak dia kata macam tu kat aku? aku ni bersunat pun belum..hahahahaha...so, kisah aku dengan Yati sebenarnya ada sad ending tapi takpelah...entry ni aku tulis happy ending saja....

windflowers - figura - wardina saffiyah


adik - mengintai dari tirai kamar
aku tak berapa kenal pun dengan awek ni tapi dia duduk area Pantai Dalam. aku jumpa kat kampung masa menguruskan pengkebumian aruah bapak aku . aku tahu rupanya dia anak tiri pada opah saudara aku yang duduk kat KL.aku pun tak tahu macam mana nak cerita. tapi macam susah aje nak kenal. aku pun tengok dari jauh ajelah. aku tahu dia siapa tapi dia tak tahu aku siapa. dah lah muka cun mana nak pandang aku nii masa tu gii kerja pun naik bas. opah saudara aku tu dulu duduk kampung aje dalam tahun 1992 aku tahu dia berumahtangga dapat orang KL dan masa aku tengah huru hara tahun tu aku sempat nampak opah saudara aku ambik bas kat stesen bas ekspress kedai restoran cina tu. so dah berapa tahun? dari tahun 1992  ke tahun 1997. dah 5 tahun baru tahu opah saudara duduk Pantai Dalam KL. kerja kantin angkasapuri RTM.

fisah - rindu serindu rindunya 
fisah - budak kerja taska kat Pantai Dalam.masa aku baru kerja kat UMEs dan tinggal kat rumah bujang aku cuma naik bas aje pergi kerja. aku selalu tunggu bas kat depan jalan tu. ada satu taska tempat budak budak asuhan.aku mulanya takde rasa nak tackle dia...tapi sebab kawan rumah bujang tu dah cabar aku. diorang kata..
"syeikh awek yang selalu tunggu bas dengan kau tu cantik..manis je senyum...trylah syeikh..."
aku pun hairan budak ni asyik duduk depan porch taska tu kat buaian bila aku balik kerja pukul 6 macam tu. aku pun senyum ajelah aku nak tegur tak tahu nama.tapi satu petang aku nekad nak tegur dia dan aku bagi radio transistor - gift Radio Division tu...aku bagi name card (sendiri buat pakai vanilla card haha) aku sekali lah...
aku pun tunggulah dia call aku..tunggu punya tunggu..takde...awek cun kan mana nak panang aku ni? aku pun dah rasa dia tak nak layan aku...lastnya masa nak balik kerja ada satu call masuk dari operator nasib baik aku ada kat depan. rupanya fisah call...aku intak operator transfer kat line dalam...so, aku pun jadi abang angkat dia. tapi tak lama daam bulan Mac aku kenal...bulan April dia balik kampung. aku pun tak tahu bila masa dia balik kampung. yang aku heran tu anak jiran sebelah rumah yang bagi tahu aku fisah balik kampung sebab nak kahwin. anak jiran aku ni memang family dia letak kat taska tu lepas habis sekolah.
 nak cerita apa ye pasal Fisah? dia memang berbeza dari awek awek yang aku pernah kenal. asal dari Pendang Kedah. masa tu kat TV tengah top pelakon Wardina berlakon kat drama Spanar Jaya. aku perasan lah aku abang Is...hahahahaa...


misha - cinta tak perlu dipaksa
misha -awek kerja Utusan Audio tingkat 2 aku tak kenal sangat tapi dia je tanya aku masa tunggu bas balik rumah rupanya satu hala juga sebab dia duduk kat flat Bangsar tu. kak Mahani satu dept aku yang perkenalkan aku kat misha ni. memang cunnn...muka macam Wardina Saffiyah kauuu...
yang herannya rupanya awek cantik ni sebenarnya tak sombong ye..aku ingat diorang sombong sebab perasan cantik...tu la pasal tak kenal mana boleh kata orang camne hahaha...

windflowers - figura - amy mastura


masa ni aku baru start kerja kat Personel Dept kat the Star. aku kira macam budak kampung aje masa ni...ye lah selama ni kerja kilang aje. tetiba dapat kerja ofis walau pun jawatan kerani aje.masa aku kerja kat marketing dept. boss dia perempuan nama Iris tu kutuk aku sebab dressing aku masa tu macam tak formal lah...macam tak kemas lah...baru start kerja nak buat camne.bukan ada duit nak beli baju dan seluar baru masa tu . aku punya baju ke, kasut ke apa ke... semua pinjam dari abang ipar aku dan adik angkat abang ipar aku. punya menggelebeh , besar, dah bukan saiz aku memang nampaklah macam baju pinjam.

bila dah masuk dept baru lepas aku pun ditendang oleh Marketing dept sebab dah habis contract kerja temporary clerk yang menguruskan event - PJ Half Marathon . nasib baiklah aku diserapkan ke dept Personel.belilah baju kat reject shop macam kejung aje baju dan seluar tu macam terlebih kanji. dah lama pakai dari pagi sampai ke petang kedut sana kedut sini. material murah kan...bau ketiak pun aku tak tahu lah...haahaha...

so, masa aku dah ada duit sikit ada senior aku tu Zul ajak beli kasut  Camel. sedangkan aku punya kasut Lee Cooper. aruah dah kasut aku tu bila ada kaum curi masa aku lupa nak bawak masuk rumah. beli kasut Camel setokin Camel kat Pertama kompleks. beli cheap sales baju Johnmaster kat Yaohan OUG dengan Enel budak menyewa bilik kat rumah dan kerja bank Hong Leong. PJ Oldtown .

barulah ada awek satu dept Personell tegur masa tu. nama dia Zuraida orang Teluk Intan. aku baiklah dengan Zu selain Norma, Ina dan staff Personell lain tu pegawai. Ina macam anak mami. Norma pulak kecik comel aje. tapi Zu solid dan boleh meleleh airliur tengok dia...aku cerita kat Zul pasal body Zu sebab aku duduk sebelah meja Zu. kadang kadang Zu pakai skirt pendek.nampak peha Zu gebu putih melepak tu. tergoda iman aku. Zu ni kalau nak digambarkan maam siapa ye. muka macam Amy Mastura tapi body solid macam Ning Baizura . ada sekali tu Zu duduk terkangkang masa pakai skirt. aku pun usya ajeeee...Lastnya Ina perasan aku pandang Zu. hahahaha. Zu cakap selamba aje...

"alaaa..nak pandang pandanglah bukannya luak.rezeki mata dia le  "

hahaha...


Zu sungguhpun macam tu dia ni bukan awek yang senang di dekati atau di ayat. dia dah ada boifren kerja hotel Merlin ke Hilton ke macam tu. pakwe dia pakai kereta Honda bullet tu. setiap petang ambik Zu balik kerja. bila aku cakap kat Zul...dia marah pulak kat aku..rupa rupanya Zul ada hati kat Zu. tapi Zu tak layan sebab Zul dah kahwin. nasiblah Zul.

so, aku pun bila dah agak lama kerja dan disahkan jawatan kat Personell dept. aku berterimakasih kat Zu yang banyak tolong aku berbeza dengan Rani dan Ina yang Zul bagi tahu mereka berdua bertaruh aku takkan confirmed dan mungkin dilanjutkan tempoh percubaan atau lagi teruk dibuang kerja. adoi punyalah busuk hati 2 ekor beruk ni. tapi depan aku mulut manisss kat belakang kutuk aku..diorang dua ekor nilah suka complain kat pegawai kata aku tak boleh buat kerja.. memang type kaki bodek beruk dua ekor ni.

tapi diorang berdua terkejut beruk bila boss aku Mr Rajah bagi surat confirmation. dan suruh Ina beli tiket annual dinner untuk aku boss belanja sebab nak raikan aku punya confirmation. aku rasa dua ekor ni mesti jeles giler lah...yang gembira dengan pengesahan jawatan aku tu ialah sapa lagi kalau bukan Zu. Zu siap minta aku belanja dia lagi. aku pun belanja diorang tu KFC satu bucket sebelum balik hari aku dapat surat confirmed tu.

masa malam dinner tu pulak aku ikut Jolene ke Federal Hotel. KL. Jolene siap belikan aku deodorant lagi sebab dia mungkin selalu terbau ketiak aku masam kot hahaha... bila sampai je kat majlis tu aku yang masa aku kerja dari dept marketing lagi aku bercampur dengan budak grafik artist. aku pun bikin gempak bila aku menari dalam majlis dinner tu. semua orang terkejut selepas tu tak sangka budak kampung tahu menari mengalahkan satu senior kat Advertising dept nama dia Tengku Zarak. diorang membandingkan Tengku Zarak yang macam John Travolta tu dengan aku. aku bantai menari dengan sorang staff grafik bangsa Serani nama Angeline yang pakai seksi giler..hahahaha

balik je dari dinner tu kitorang satu dept Personnel yang tak nak balik rumah lagi singgah lepak kat Uncle Chillis kat PJ Hilton. masa tu ada Ning Baizura menyanyi kat situ. dalam suasana romantik tu candle light tu aku duduk sebelah Zu dan aku kata kat Zu.Aku sempat bagi ucapan wish untuk semua dan untuk Zu especially sebab semua wish untuk tahun baru dan azam baru sebab masa tu dah hujung tahun. 

Zu... 
Thanks for everything. 
You are the most sweetest things ever came and happened in my life. 

Zu dengar sampai mengalir airmata. Zu cakap dia tak sangka aku macam tu punya sweet dan romantic dia kata kalau dia takde pakwe dah lama dia nak buat aku pakwe dia. dan sejak hari tu Zu memang baik sangat dengan aku. aku sedar tapi aku tahu dia dah ada pakwe yang lagi okey dan berharta dari aku. buat apa aku nak kacau line .hahaha...lagi pun masa tu aku baru kenal satu awek kampung nama Maslina.

windflowers - figura - karisma kapoor


sorrilah terpaksa tampal gambar si Govinda sekali...sebenarnya nak gambar Karisma aje tapi gambar sebelah tu lebih seiras dengan awek yang jadi kisah entry ni...kenapa aku tulis pasal pelakon Hindustan pulak ni? follow je cerita ni dulu okey...kakakakaa...well, only time will heal the wounds ..masa untuk aku hidup dalam  frust frust dah berlalu...malas aku nak fikir pasal orang yang menjahanamkan hidup aku macam Maznah dan Ina - Kuala Krai tu...

aku start hidup aku dari zero balik masa aku kerja UMES @ Utusan Media Sales tu. aku masuk dept. Radio Division. dept atau anak syarikat Utusan Melayu yang menguruskan iklan radio RTM . boss dia encil Zul Dolah tu sampai kutuk aku sebab style aku macam puak Taliban katanya.iye lah masa tu aku tengah kering dan pokai. duit pun harap gaji first je nak terus survive. mana nak beli baju baru ke apa ke. pakai aje baju lusuh kusam lama reject shop tu. sebelum dapat kerja kat UMES aku kerja store dan keja servis aircond. aje...nak survive punya pasal aku jual TV set aku dan radio stereo hifi aku murah murah kat Thor dan sorang boss Public Bank betul betul belakang ofis UMES kat Right Angle seksyen 14 PJ. aku walk in kat Public Bank sebelum aku dapat offer kat UMES.tapi boss Public Bank siap call City Link. Jasvinder Kaur HR Citylink pun kata aku berhenti tak tender notice. aku tak tahu apa lagi Jasvinder tu kutuk aku lagi busuk hati betul kan HR macam tu....macam nak balas dendam tak bagi kita senang kat tempat baru. sedangan SRM@ AC Nielsen pun aku berhenti macam tu jugak tapi SRM punya HR kak Sal tu memang kelasss...memang profesional. lastnya walau tak dapat offer kerja aku jual TV set aje kat boss Public Bank tu.

okey kat mana menyelitnya figura Karisma Kapoor ni ka? well, dalam tahun 1996 MSC dah diancarkan kat Cyberjaya. so bermulalah era internet - supercoridor sampai anak pompuan Benggali jual capati kat Kinrara pun nak belajar kat Cyberjaya ambik kursus Multimedia. so, zaman tu memang zaman MIRC - chat room kat cyber cafe atau CC. mana yang dah ada kemudahan internet kat ofis  memang bestlah lepak sembang free tak payah bayar. aku pun terjebak jugak. so aku chat dengan satu awek ni bila habis kerja. agak lama chat kat MIRC lastnya dapatlah number telefon dia. lastnya aku call ajak date. first time aku cakap dalam telefon punyalah merdu suara dia. nama dia Linda. duduk Klang.dia student ITM Shah Alam bahagian art and design - fabrik. memang best lah dah ada awek. penampilan aku yang dulunya macam Ben Laden atau Taliban kata boss Zul Dollah tu lastnya dia kata dah berubah dah rupa Yassin Brothers. barulah nampak macam orang muda sampai semua nak rekemen aku awek pulak.

Linda ni asalnya orang Tapah Road, aku first jumpa dia personally  lagi cantik dari dalam gambar. aku tengok macam pelakon Hindustan - Karisma Kapoor. serius..gaya dia dan suara dia...  memang aku dah rasa dialah pengganti ex awek aku yang kecewakan aku dua ekor tu. satu buat Biru Mata Hitamku dan sorang lagi ...Kita Terpaksa Bermusuhan

takde perasaan lansung diorang tu kat aku dan sanggup jahanamkan hidup aku. tapi sebenarnya aku ada dua orang lagi awek yang aku rasa boleh jadi bakal pasangan hidup. salah seorangnya wife aku sekarang lah . hahaha...well nanti lah cerita kalau ada masa lagi dua orang ni.kat entry lain okey.

dengan Linda ni pun ada kisahnya tersendiri. dia memang baik tapi yang tak bestnya dia punya ex boifren selalu kacau dia.walau dah break tapi Linda nak break pun sebab boifren dia tu ada masalah ketagihan . dadah ke ice ke ganja tak tahulah aku. kadang kadang Linda kata  dia kena tampar dan di kasari tapi  aku malas lah nak jadi hero. cuma aku cakap kat Linda dia tak boleh biarkan ex bf dia buat maam tu kat dia. kalau keadaan teruk sangat dia kena report polis.

berkawan dengan Linda tiba tiba hadir kawan Linda satu kampung dari Tapah Road nama Ina. yang Ina ni aku pass kat kawan aku Nizam. Ina ni pulak suka cerita pasal Linda kat Nizam. aku pun pening...lastnya ada satu masa tu Linda mintak pinjam dalam rm500 kat aku. aku tanya apasal. Linda kata dia punya duit yuran apa entah. dia kata mak dia dah bagi duit tu tapi ex boifren dia mintak. aku nak kesian jadi tak kesian. dan paling teruk kawan ofis aku cakap kalau nak bagi pinjam boleh tapi kena one night stand lah. aku tak sanggup pulak ambik kesempatan buat macam tu kat Linda walau aku mana ada duit nak bantu sampai rm500 aku hulur rm100 je buat belanja study dia.. lepas tu Linda tak contact aku dah sebab dia kata biar dia settle masalah dia sendiri tak nak libatkan aku.

Linda memang hilang macam tu aje...takde khabar berita. dalam tahun 2000 macam tu aku hantar kad raya kat dia.dia balas kad jemputan kahwin pulak. dan 10 tahun lepas tu aku jumpa dia kat Facebook dalam tahun 2010 . ternyata dia dah berpisah dengan suaminya dan ada anak seorang. Linda tetap anggun macam dulu cuma dia dah jadi guru kerja kat Putrajaya. sampai situ aje cerita Linda.

windflowers - figura - roseyatimah -


Limau manis condong ke paya,
Boleh buat ampaian kain;
Mulut manis kepada saya,
Hati kasih kepada yang lain.


Roseyatimah - figura yang satu ini memang aku minat akan lakunannya dalam filem filem Melayu lama. dia hanya berumur 15 tahun pada mula asal dia berlakon dalam cerita Lancang Kuning di samping seniman tersohor Nordin Ahmad.  walau bukan sebagai watak heroin atau watak utama tapi lakonannya sungguh mengesankan.

sebab aku rasa terpikat dengan kelembutannya aku pernah memberitahu pada salah seorang kawan perempuan yang aku kenal. yang aku rasa aku tertarik pada dia.satu ketika dulu semasa aku masih terlalu naif dengan hidup kotaraya.

Ina...muka Ina macam muka mak saudara saya
alaaa..Az...Ina tahu Az nak bermanja dengan Ina kan...
Ina...Az bukan anak orang kaya
Ina tahu Az dah berkira kira nak memiliki Ina secara sahkan Az?

memang sebiras muka Ina tu dengan muka seniwati ni. bila akufikir balik siapa mak saudara yang aku maksudkan tu aku baru teringat seorang maksaudara aku tu memang macam tu style dia. anak maksaudara aku memang member kamcing aku lah. bila dia marah anak dia dia marah aku sekali.

kisah kisah seterusnya korang scroll down lah entry aku lama lama..


windflowers - figura - isabella


Isabella? - dah lama aku cari iklan Honda Hurricane ni. sebab apa...sebab muka model dia seiras dengan muka sapa? muka siapa lagi muka Jannah @ Maznah la...Jannah...dengan muka nya ada macam klassik sikit dan tambah ada sikit gigi depan jongang sikit. tapi cantik hahahha...masa ni dia pun baru umur 15 tahun baru form two. aku pulak baru 19 tahun...

iklan Honda Hurricane ni keluar dalam TV dalam tahun 1990. aku tak kenal siapa model ni. tapi memang ada iras macam pelakon Indonesia iaitu Nia Dicky Zulkarnain yang berlakon Isabella tu.



dia ada juga iras macam pelakon cantik 80 an yang bernama Dewi Jaqueline di mana dia berlakon bersama Badul dalam filem Pagar Pagar Cinta.


dan jugak seorang model yang menjadi pelakon bernama Nuraina Emir. malangnya dia mendapat nahas pada tahun1993 semasa kemalangan di Rawang Selangor.




windflowers - siapa dia sebelum daku/ tak kenal maka tak cinta

jenuh aku fikir nak publish ke tak story ni...jenuh bukan sebab apa...sebab aku adalah tulis kisah retro ni kat Facebook ada yang suka dan ada jugaklah yang pandang rendah kesah retro aku ni. aku tulis untuk kepuasan sendiri bukan untuk kepuasan orang lain. dan aku terfikir jugak nak publish atau aku baca sendiri. aku fikir punya fikir apa aku nak susah pasal orang kan? aku happy sudah...

lagu ni mengingatkan aku pada kisah retro masa aku baru berumur 12 tahun? darjah enam? ye...betul...aku sering lewati sebuah rumah ni. rumahnya entah berapa meter aje dari rumah aku. memang lagu ni tengah popular masa tu...aku selalulah dengar lagu ni terpasang bila aku balik dari sekolah kat tingkap bilik rumah tu. penghuni rumah tu aku rasa hanya dua orang sahaja iaitu seorang perempuan tua yang aku sendiri tak selalu nampak da dan jugak seorang anak perempuannya yang aku rasa masa tu umur dia 17 tahun.


aku lalu kat tepi rumah dia ni melepasi anak parit dan sebelah rumah dia ada macam kilang buat bungkah parit kecik tu. itu aku rasa kepunyaan pakcik dia. pakcik dia seorang cina dan aku rasa bapak dia pun cina sebab tu muka dia macam cina. nama dia Juliana. mak dia orang melayu. melayu pantai timur. rasanya Terengganu. susah masa tu orang lar nak duduk tinggal kat kampung aku di Perak tu. mungkin ada sebab sebab tersendiri.



 selain dari kilang bungkah simen ni...ada jugak mereka bela ayam belanda atau ayam kluk kluk tu. masa ni lah aku selalu nampak Juliana ni bagi makan ayam dia petang petang. bising aje ayam ni kalau ada orang lalu.

"Mat ..Nanti bagi tau kakwa ye suruh datang rumah lepas maghrib ni nak pergi mengaji sama kat rumah cik esah Jabar.."

kakak aku kawan dengan Juliana ni. masa tu kakak aku ambik SRP rasanya. aku selalu je lalu kat sebelah tingkap tu tengok dia makan nasi dan lauk tahu dan jugak air teh cina dalam cerek. dia memang makan style cina. lastnya baru aku tahu mak dia tak sihat. tapi mak dia menjadi taukeh kepada kilang buat bungkah batu tu. mungkin itu yang diwarisinya.. Juliana tetap macam orang Islam cuma style bapak dia tu lebih sikitlah kot.

aku rasa habis aje dia ambik SPM mungkin maknya nak balik kampung ke Terengganu. sebab rumah tu dah disewakan orang lain sebelum jadi kedai buku.




windflowers - jannah - third stage


part one -
macam deja vu aku jumpa orang yang nama Jannah ni dua kali...sekali kat kotaraya Petaling Jaya...dia seorang gadis bangsa Pattani yang datang ke Malaysia atas program menyelamatkan muslim Pattani kat selatan Thailand. nama siam dia Popreddi Annuso. nama islam dia Nurul Jannah/ kakak sepupu aku kerja dengan NGO so Jannah menumpang berlindung kat rumah dia sementara urusan jabatan Kebajikan Masyarakat menempatkan dia kat mana mana asrama. aku terkejut juga bila first jumpa dia berjubah labuh macam ustazah. aku ingat dia dah pangkat kakak kakak rupanya baru umur 14 tahun. muda gilerrr...
tak banyak cerita pasal Jannah kat PJ ni...aku pun bukan layan dia sangat. tapi dia macam nak dekat dengan aku. dia bosan masa tinggal kat rumah makcik saudara aku tu. dan kakak sepupu punyalah sporting suruh aku bawak Jannah jalan jalan. aku masa tu memang tak pernah ada awek pun. tak tahu aku nak bawak ke mana lastnya aku bawak makan makan ke tempat kerja aku kat Hotel PJ Hilton sebab aku ada kupon makan sedap. tapi tak guna juga sebab Jannah tak makan apa apa selain nestum dan buah buahan...
Jannah sibuk pasal aku ada gf ke takde. lastnya masa aku call Michelle kat kampung dia pun nak sembang dengan Michelle. dan ada satu masa Jannah cakap kat aku jangan makan sisa...aku tak faham masa tu apa maksud Jannah. lastnya bila aku dah balik kampung baru aku faham. 

part two -
bila aku dah bosan kerja Hotel kat PJ aku balik kampung. lagi pun aku masih muda masa tu baru umur 19 tahun. maksudnya aku boleh cari kerja lain lagi. aku ingat nak tenangkan diri sekejap kat kampung. lepas tu baru datang KL balik cari kerja lain. entah kenapa aku balik terjumpalak dengan geng lama masa sekolah tu dia pun takde kerja sebab dia ambik SPM return. so, aku dan kawan aku ni nama Nazh pun jadi penganggur sementaralah kat kampung. rutin kami lepak main gitar dan dengan lagu rock omputeh masa tu. aku pulak kerja jual jambu aje sementara takdekerja tetap. kawan aku yang jual burger tu dah kerja kat MAS di Subang Airport. so tinggal lah aku kerja jual jambu je.kerja masuk pukul 5 pteang balik pukul 6 pagi. shift malam sebab shift siang awek yang kerja.

so, masa ni aku memang tak fikir apa..simpan rambut panjang dan dengar lagu thrash.orang memang pandang serong lah kat kitorang.tapi as lomg aku dan Nazh tak buat perkara tak elok sudah.masa ni aku dengan Michelle punya hubungan dah suam suam kuku je. aku pun sedar Michelle ada pilihan dia sendiri sebab kitorang lain bangsa.

dan kisahnya aku terjumpa sekali lagi dengan gadis yang bernama Jannah....

bersambung....


windflowers - michelle - sweet child o' mine

Michelle...
ma belle
These are words that go together well
My Michelle
Michelle, ma belle
Sont les mots qui vont tres bien ensemble
Tres bien ensemble....

 lama tak menulis blog masa sejak musim wabak N-COVID 19 melanda...so idea nak menulis pun rasa malas nak sentuh pasal wabak ni...aku rasa nak tulis lain dari isu wabak ni...
jom kita telusuri zaman zaman kita yang manis masa kita masih remaja...aku meniti zaman remaja pada akhir 80 an dan awal 90 an...yang paling sweet ialah masa mula kenal cinta...masa tu aku ni nerds memang takde masalah nak ber awek awek ni kat sekolah...yang aku taju masa sekolah tu rasanya lukis kartun kot...dan aku suka dengar muzik...tak kira muzik aa semua aku layan. dan bila sudah habis sekolah menamatkan form five dan exam SPM...aku tak buat apa seentara menunggu result SPM...

okey aku ada jugak pen pal ..entah camne semasa aku sekolah hari tu tak sengaja hantar surat berkenalan menerusi majalah  Galaxy ke URTV aku tak ingat...sorang  kat Ipoh sorang kat Kelantan...so masa takde buat apa tu..menulis surat le aku kat diorang...oh ye aku kenal dengan budak kelantan tu sebab aku ada sorang kawan nama dia Dhamen dia asal Kelantan...dialah yang perkenalkan ...

long distance relation memang boring dengan takde boleh jumpa atau call....so satu hari aku dapt kerja tolong member jual burger kat pekan. mulai hari tu aku pun terdedahlah kat dunia realiti kehidupan...masa assist member tu radio kecik kitorang tu main lagu oldies aje...kat dalam TV pun masa tu program series TV pun ala oldies macam NAM Tour Of Duty..Wonder Years...China Beach..pelik kitroang lagu lagu kat radio hit masa tu lagu macam The Beatles yang remake tapi penyanyi baru nyanyi...lagu Venus...lagu Locomotion...bla bla bla...

so aku sempat kenal sorang amoi ni yang very ssweet sebab dia suka singgah kedai beli burger...dia pun kerja supermarket berdekatan gerai burger kitorang ...dia manis baik dan suka senyum...selalu aku je yang jumpa sebab time tu member aku balik rumah mandi dan datang balik lepas maghrib. sebab member aku bukak gerai pukul 2 petang aku masuk pukul 5 petang...dia memang manis seorang gadis bangsa cina yang baru habis periksa SRP kat sekolah menenah aliran china. dengan umur baru 15 tahun tu dia nampak tinggi macam model dan muka dia macam penyanyi Sara Loo...sebenarnya aku kenal dia dari kecil lagi sebab rumah dia pun berdekatan dengan kampung aku...kampung berdekatan taman perumahan..cuma takdelah nak berkawan masa kecik...

nama you siapa?
Michelle...
senyummm...

haha...
macam nama orang puteh saja
ya lor...
tapi sweet...
sudah lama kerja supermarket ke?
baru saja cuti ni
senyummm lagiii...

ye betul juga...
you pun masih sekolah lagi kan?
ya lor...
tapi kalau Saturday saya pegi kelas typist
bagus lah you Michelle
oh...
abang nak buat apa lepas result SPM
senyum dan main rambut pulak...

haa...
ohh tak tahu lagi tengok result berapa dapat
(dia panggil aku abanggg..)

aku sempat menjalinkan hubungan dengan Michelle tapi hanya sebagai kawan biasa sahaja...pernah jugaklah aku belanja dia KFC sebab aku lulus SPM . dapt jugak lah number telefon dia dan ajak sembang kalau boring...family dia sangat sporting..dan terus berkawan dengan dia walaupun aku tahu tak kemana pun hubungan kitorang. yang aku dapat tahu bila aku kerja merantau kat KL dia dah ada boyfriend. dan kali terakhir aku nampak dia masa aku dah balik kerja kat kampung semula dalam tahun 1993 masa tu dia kerja kat kilang ubat nyamuk sebagai secretary dan masa aku minum kapagi kat gerai aku nampak dia makan mee kari kat tingkap rumah dia.sebab kedai tu dekat dengan rumah dia.

thats all...habis citer pasal Michelle...macam lagu The Beatles - Michelle

windflowers - crush masa kecik


best tulis cerita kat sini asal ada idea aku akan curahkan kat blog ni. cerita pulak tak ikut kronologi...mengjangkau sana menjangkau sini.tapi kalau followers blogger aku tentu tahu kisah apa dalam ni. kisah macam windflowers macam bunga yang kena tiup angin tu...

banyak kisah bertitik tolak dari kehidupan aku sebagai budak sekolah rendah dan sekolah menengah...sebagai budak baru pindah duduk kat rumah opah jauh dari pekan jumpa budak perempuan yang ada keluarga yang bermasalah. sempat memahami hatinya seketika. hubungan tak berapa direstui oleh famili aku pulak. aku pun tak tahu kenapa. aku kan masih kecik masa tu. itu Yati...dia akhirnya berjaya dengan cita citanya dan menjadi pegawai PTD dan bertugas kat Sabah.

selalu jumpa dengan gadis atau budak perempuan type macam ni masa aku masih muda. aku cukup aware kat sekeliling aku. itu sebabnya. macam Juliana yang tinggal kat kilang buat simen konkrit batu bata tu. ibunya Melayu - Terengganu bapaknya cina Bidor.  selepas tu rumah tu ditinggalkan dan disewakan   juga pada keluarga bermasalah. takdelah bermasalah macam mana sebab suami isteri sudah tak ada erti duduk sebumbung mungkin kerana anak anak masih suruh jangan berpisah nungkin sebab sebelah suami dia aa sakit mental sikit. light disorder lah...masih tahu berbelanja...tapi hidup seorang. sedangkan sebelah isteri terpaksa mencari duit sendiri dengan menjual kuih.samalah apa lagi yang orang perempuan yang takde berpelajaran nak buat selain jual kuih.nama famili tu famili makcik Jah...dia ada anak nama Oly yang agak tomboy. yang suka ajak aku meronda rumah kawan dia kat simpang 3.

aku jumpa Oikuan masa aku kecik lagi sebab kitorang duduk di kawasan atau area yang sama Jalan Sungkai. bapak Oikuan tu ada satu woksyop motor kat rumah dia.   selain Oikuan dia ada beberapa adik beradik yang aku kenal gitu gitu aje. ..tak rapt pun dan bila dah masuk remja aku baru jumpa dia balik itu yang keluar lagu sweet child o mine - guns n' roses tu.

nak cerita pasal gadis nama Lela...first aku kenal Lela Shahbudin dia ni jiran sekampung. dialah suka main dengan Oikuan kat rumah aku masa rumah aku masih rumah atas. Oikuan masa tu ada seorang lagi adik beradik perempuan. yang aku ingat Lela , Oikuan main kat depan rumah bawah pokok rambutan main bunga jarum kaler merah tu . bunga siantan kot. macam tu lah...pasal Lela pulak last aku jumpa dia masa dia pergi rombongan ke Lumut  dalam tahun 1985.

Lela Yusof kawan masa sekolah rendah. rasanya darjah berapa aku tak ingat. tapi masa tu masih kelas kat atas bangunan macam berek polis bukit kepong tu kat Sekolah Kebangsaan Bidor. masa tu taman kat Lembah tu yang sekarang klinik Yusof tu bapa Lela tu bawak jentolak tu untuk ratakan tanah sebab nak buat taman kat Lembah tu. aku  ingat lagi Lela ni happy go lucky je  macam dalam cerita anime Naruto watak dia macam watak Rin kawan Obito dan Kakashi. aku dan Lela kawan je. dan dia selalu datang awal dan kitorang letak beg kat bawah pokok rhu dan aku main kejar kejar dengan dia...cuma aku dan dia best kan?

masa duduk kat rumah atas jugak aku kenal dengan satu budak perempuan ni. aku kongsi buku dengan dia. masudnya buku teks yang bergilir gilir baca.bila tiba masa dia dia datang rumah aku dengan pakai kain batik dan baju kedah tu. bayangkan budak perempuan darjah 2 macam tu pakai macam tu. aku pulak masa tu suka melukis kartun kung fu. apa lah...nama dia Normala anak cikgu Zakaria.dia tinggal menyewa rumah Juliana kat depan jalan besar tu.

masa aku darjah 6 macam tu ada jugak aku terminat kat sorang budak ni. dia adik kawan aku je. well, kakak aku yang sulung dapat beli rumah kat taman perumahan - awam jalan sungkai. so, kawan aku ni pun dapat jugak rumah kat situ diorang asal Jeram Mengkuang aku rasa atau BMT. nama kawan aku tu Tajahar dan nama adik dia Ina. aku selalu pergi rumah kakak aku ni. dan selalu jumpa Ina tu. dan bersembang sebab rumah sebelah menyebelah sembnag macam tu aje. korang tahu apa aku sembang dengan Ina tu? hahaha... sembang pasal perasaan dan sunyi dan sepi. apa punya topik entah.

masa berlalu dan aku jumpa Ina balik masa tu aku datang rumah kakak aku sebab kenduri anak saudara aku meninggal Hafiz anak number 3 dalam tahun 1996 . masa tu pulak aku baru je lepas frust sebab awek aku kahwin lain. so, jumpa balik Ina ni sebab dia datang kenduri. Ina was fine...tinggi lampai kulit cerah. nak apa lagi memang boleh jadi pengganti  Maznah. kedua belah pihak dah suka. tapi yang slacknya masa tu dah ada orang merisik dia.aku sembang dengan Ina pun bawah lampu jalan depan rumah dia. Ina cakap ada orang merisik tapi Ina tak suka orang tu. dia banyak kali cakap dia suka kat aku kat kakak aku. aku rasa macam nak ambik atau potong jalan aje rasanya kalau aku pinang Ina tu. itulah yang aku rasa masa tu lepas orang potong jalan aku .macam kisah selipar hilang kat masjid lah...orang rembat selipar kita lepas tu kita nak rembat selipar orang pulak. kalau aku kahwin dengan Ina masa tu mungkin aku akan stay kerja the Star sampai sekarang. sebab masa tu aku memang ada duit dalam tangan sebanyak 5k. masa tu kalau dah ada 5k dah boleh kahwin dah. tambah aku akan dapat lagi bonus dalam tahun tu selama 5 bulan. kalau aku kira semua tu hampir 10k lah aku ada.








Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)