Sunday 15 April 2018

windflowers - siapa dia sebelum daku/ tak kenal maka tak cinta

jenuh aku fikir nak publish ke tak story ni...jenuh bukan sebab apa...sebab aku adalah tulis kisah retro ni kat Facebook ada yang suka dan ada jugaklah yang pandang rendah kesah retro aku ni. aku tulis untuk kepuasan sendiri bukan untuk kepuasan orang lain. dan aku terfikir jugak nak publish atau aku baca sendiri. aku fikir punya fikir apa aku nak susah pasal orang kan? aku happy sudah...

lagu ni mengingatkan aku pada kisah retro masa aku baru berumur 12 tahun? darjah enam? ye...betul...aku sering lewati sebuah rumah ni. rumahnya entah berapa meter aje dari rumah aku. memang lagu ni tengah popular masa tu...aku selalulah dengar lagu ni terpasang bila aku balik dari sekolah kat tingkap bilik rumah tu. penghuni rumah tu aku rasa hanya dua orang sahaja iaitu seorang perempuan tua yang aku sendiri tak selalu nampak da dan jugak seorang anak perempuannya yang aku rasa masa tu umur dia 17 tahun.


aku lalu kat tepi rumah dia ni melepasi anak parit dan sebelah rumah dia ada macam kilang buat bungkah parit kecik tu. itu aku rasa kepunyaan pakcik dia. pakcik dia seorang cina dan aku rasa bapak dia pun cina sebab tu muka dia macam cina. nama dia Juliana. mak dia orang melayu. melayu pantai timur. rasanya Terengganu. susah masa tu orang lar nak duduk tinggal kat kampung aku di Perak tu. mungkin ada sebab sebab tersendiri.



 selain dari kilang bungkah simen ni...ada jugak mereka bela ayam belanda atau ayam kluk kluk tu. masa ni lah aku selalu nampak Juliana ni bagi makan ayam dia petang petang. bising aje ayam ni kalau ada orang lalu.

"Mat ..Nanti bagi tau kakwa ye suruh datang rumah lepas maghrib ni nak pergi mengaji sama kat rumah cik esah Jabar.."

kakak aku kawan dengan Juliana ni. masa tu kakak aku ambik SRP rasanya. aku selalu je lalu kat sebelah tingkap tu tengok dia makan nasi dan lauk tahu dan jugak air teh cina dalam cerek. dia memang makan style cina. lastnya baru aku tahu mak dia tak sihat. tapi mak dia menjadi taukeh kepada kilang buat bungkah batu tu. mungkin itu yang diwarisinya.. Juliana tetap macam orang Islam cuma style bapak dia tu lebih sikitlah kot.

aku rasa habis aje dia ambik SPM mungkin maknya nak balik kampung ke Terengganu. sebab rumah tu dah disewakan orang lain sebelum jadi kedai buku.




No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)