Sunday 15 April 2018

windflowers - lagun biru 1


aku dah tulis figura dua orang perempuan yang memberi efek pada hidup aku. ni ada sorang lagi yang bagi efek jugak walau masa tu aku masih sekolah rendah.

masa tu aku kena pindah ke rumah opah aku sebab nak renovate rumah lama aku yang dah usang. mungkin ada sedikit rezeki masa tu sebab aruah ayah aku ada share dengan tokey lombong namanya haji Hassan dari kampung batu masjid Temoh. ayah aku memang selalu berurusan dengan pejabat tanah dan galian kerana kerjanya sebagai jurukurtanah dan pembuat plan.

okey , sambung pasal sorang budak perempuan ni.sebenarnya saudara aku jugak sebab kampung tu boleh katakan semua clan Rao kat situ. aku ni punyalah orang senang kenal siapa dan anak siapa. hinggakan kalau aku jalan dari belakang pun orang kampung tu boleh kenal aku siapa walau dari jauh.

so, bila aku tinggal menginap kat kampung tu aku pun berkawanlah dengan seorang budak perempuan ni namanya Yati dia tua setahun dari aku. masa tu aku darjah tiga masa tu tak silap aku. kawan kawan lain kat kampung tu macam Min,Along dan adik Yati ,Tinit namanya

aku selalu ke sekolah dengan Yati sebab perjalanan dari rumah ke sekolah cuma sejauh 1 setengah kilometer. aku memang suka kawan dengan Yati sebab dia cantik. rambutnya paras bahu.dan selalu dibiarkan menutup sebelah matanya. pandangan matanya redup. dan matanya kuyu. aku tak tahu mungkin mengantuk ke apa. senymannya bersahaja dan sangat manis walau dia sedang memikirkan sesuatu.

kalau aku nak gambarkan dia ada sikit iras iras artist omputeh Brooke Shields tu...cantik gilerr lah kala macam tu kan? tapi macam tu lah sikit sikit...dan ada satu hari tu ada kenduri kahwin kat area rumah aku dan dia pulak datang dengan adiknya. dan entah sebab apa aku tak ingat dia bermalam kat rumah aku hari tu. dan sebelum nak ke rumah kenduri tu sebelah malamnya. dia sempat membersihkan dirinya. dan masa aku kat dapur aku tercium bau sejenis shampoo ni. shampoo zaman tu lah. Clairol Herbal Essence.

bila dia dah bersiap aje...dia ajak aku terus ke rumah kenduri. aku rasa macam keluar dating pulak malam tu dengan dia sebab aku duduk dekat dia. makan dengan dia dan tercium bau shampoo clairol herbal essence tu . aku pun cakap kat dia sambil makan nasi kenduri tu.



Yati sedap bau syampoo ni..
awak wangi lah Yati...
kenapa? 
awak nak cium saya ke?

boleh pulak dia kata macam tu kat aku? aku ni bersunat pun belum..hahahahaha...so, kisah aku dengan Yati sebenarnya ada sad ending tapi takpelah...entry ni aku tulis happy ending saja....

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)