Sunday 15 April 2018

windflowers - figura - amy mastura


masa ni aku baru start kerja kat Personel Dept kat the Star. aku kira macam budak kampung aje masa ni...ye lah selama ni kerja kilang aje. tetiba dapat kerja ofis walau pun jawatan kerani aje.masa aku kerja kat marketing dept. boss dia perempuan nama Iris tu kutuk aku sebab dressing aku masa tu macam tak formal lah...macam tak kemas lah...baru start kerja nak buat camne.bukan ada duit nak beli baju dan seluar baru masa tu . aku punya baju ke, kasut ke apa ke... semua pinjam dari abang ipar aku dan adik angkat abang ipar aku. punya menggelebeh , besar, dah bukan saiz aku memang nampaklah macam baju pinjam.

bila dah masuk dept baru lepas aku pun ditendang oleh Marketing dept sebab dah habis contract kerja temporary clerk yang menguruskan event - PJ Half Marathon . nasib baiklah aku diserapkan ke dept Personel.belilah baju kat reject shop macam kejung aje baju dan seluar tu macam terlebih kanji. dah lama pakai dari pagi sampai ke petang kedut sana kedut sini. material murah kan...bau ketiak pun aku tak tahu lah...haahaha...

so, masa aku dah ada duit sikit ada senior aku tu Zul ajak beli kasut  Camel. sedangkan aku punya kasut Lee Cooper. aruah dah kasut aku tu bila ada kaum curi masa aku lupa nak bawak masuk rumah. beli kasut Camel setokin Camel kat Pertama kompleks. beli cheap sales baju Johnmaster kat Yaohan OUG dengan Enel budak menyewa bilik kat rumah dan kerja bank Hong Leong. PJ Oldtown .

barulah ada awek satu dept Personell tegur masa tu. nama dia Zuraida orang Teluk Intan. aku baiklah dengan Zu selain Norma, Ina dan staff Personell lain tu pegawai. Ina macam anak mami. Norma pulak kecik comel aje. tapi Zu solid dan boleh meleleh airliur tengok dia...aku cerita kat Zul pasal body Zu sebab aku duduk sebelah meja Zu. kadang kadang Zu pakai skirt pendek.nampak peha Zu gebu putih melepak tu. tergoda iman aku. Zu ni kalau nak digambarkan maam siapa ye. muka macam Amy Mastura tapi body solid macam Ning Baizura . ada sekali tu Zu duduk terkangkang masa pakai skirt. aku pun usya ajeeee...Lastnya Ina perasan aku pandang Zu. hahahaha. Zu cakap selamba aje...

"alaaa..nak pandang pandanglah bukannya luak.rezeki mata dia le  "

hahaha...


Zu sungguhpun macam tu dia ni bukan awek yang senang di dekati atau di ayat. dia dah ada boifren kerja hotel Merlin ke Hilton ke macam tu. pakwe dia pakai kereta Honda bullet tu. setiap petang ambik Zu balik kerja. bila aku cakap kat Zul...dia marah pulak kat aku..rupa rupanya Zul ada hati kat Zu. tapi Zu tak layan sebab Zul dah kahwin. nasiblah Zul.

so, aku pun bila dah agak lama kerja dan disahkan jawatan kat Personell dept. aku berterimakasih kat Zu yang banyak tolong aku berbeza dengan Rani dan Ina yang Zul bagi tahu mereka berdua bertaruh aku takkan confirmed dan mungkin dilanjutkan tempoh percubaan atau lagi teruk dibuang kerja. adoi punyalah busuk hati 2 ekor beruk ni. tapi depan aku mulut manisss kat belakang kutuk aku..diorang dua ekor nilah suka complain kat pegawai kata aku tak boleh buat kerja.. memang type kaki bodek beruk dua ekor ni.

tapi diorang berdua terkejut beruk bila boss aku Mr Rajah bagi surat confirmation. dan suruh Ina beli tiket annual dinner untuk aku boss belanja sebab nak raikan aku punya confirmation. aku rasa dua ekor ni mesti jeles giler lah...yang gembira dengan pengesahan jawatan aku tu ialah sapa lagi kalau bukan Zu. Zu siap minta aku belanja dia lagi. aku pun belanja diorang tu KFC satu bucket sebelum balik hari aku dapat surat confirmed tu.

masa malam dinner tu pulak aku ikut Jolene ke Federal Hotel. KL. Jolene siap belikan aku deodorant lagi sebab dia mungkin selalu terbau ketiak aku masam kot hahaha... bila sampai je kat majlis tu aku yang masa aku kerja dari dept marketing lagi aku bercampur dengan budak grafik artist. aku pun bikin gempak bila aku menari dalam majlis dinner tu. semua orang terkejut selepas tu tak sangka budak kampung tahu menari mengalahkan satu senior kat Advertising dept nama dia Tengku Zarak. diorang membandingkan Tengku Zarak yang macam John Travolta tu dengan aku. aku bantai menari dengan sorang staff grafik bangsa Serani nama Angeline yang pakai seksi giler..hahahaha

balik je dari dinner tu kitorang satu dept Personnel yang tak nak balik rumah lagi singgah lepak kat Uncle Chillis kat PJ Hilton. masa tu ada Ning Baizura menyanyi kat situ. dalam suasana romantik tu candle light tu aku duduk sebelah Zu dan aku kata kat Zu.Aku sempat bagi ucapan wish untuk semua dan untuk Zu especially sebab semua wish untuk tahun baru dan azam baru sebab masa tu dah hujung tahun. 

Zu... 
Thanks for everything. 
You are the most sweetest things ever came and happened in my life. 

Zu dengar sampai mengalir airmata. Zu cakap dia tak sangka aku macam tu punya sweet dan romantic dia kata kalau dia takde pakwe dah lama dia nak buat aku pakwe dia. dan sejak hari tu Zu memang baik sangat dengan aku. aku sedar tapi aku tahu dia dah ada pakwe yang lagi okey dan berharta dari aku. buat apa aku nak kacau line .hahaha...lagi pun masa tu aku baru kenal satu awek kampung nama Maslina.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)