Sunday 15 April 2018

windflowers - figura - karisma kapoor


sorrilah terpaksa tampal gambar si Govinda sekali...sebenarnya nak gambar Karisma aje tapi gambar sebelah tu lebih seiras dengan awek yang jadi kisah entry ni...kenapa aku tulis pasal pelakon Hindustan pulak ni? follow je cerita ni dulu okey...kakakakaa...well, only time will heal the wounds ..masa untuk aku hidup dalam  frust frust dah berlalu...malas aku nak fikir pasal orang yang menjahanamkan hidup aku macam Maznah dan Ina - Kuala Krai tu...

aku start hidup aku dari zero balik masa aku kerja UMES @ Utusan Media Sales tu. aku masuk dept. Radio Division. dept atau anak syarikat Utusan Melayu yang menguruskan iklan radio RTM . boss dia encil Zul Dolah tu sampai kutuk aku sebab style aku macam puak Taliban katanya.iye lah masa tu aku tengah kering dan pokai. duit pun harap gaji first je nak terus survive. mana nak beli baju baru ke apa ke. pakai aje baju lusuh kusam lama reject shop tu. sebelum dapat kerja kat UMES aku kerja store dan keja servis aircond. aje...nak survive punya pasal aku jual TV set aku dan radio stereo hifi aku murah murah kat Thor dan sorang boss Public Bank betul betul belakang ofis UMES kat Right Angle seksyen 14 PJ. aku walk in kat Public Bank sebelum aku dapat offer kat UMES.tapi boss Public Bank siap call City Link. Jasvinder Kaur HR Citylink pun kata aku berhenti tak tender notice. aku tak tahu apa lagi Jasvinder tu kutuk aku lagi busuk hati betul kan HR macam tu....macam nak balas dendam tak bagi kita senang kat tempat baru. sedangan SRM@ AC Nielsen pun aku berhenti macam tu jugak tapi SRM punya HR kak Sal tu memang kelasss...memang profesional. lastnya walau tak dapat offer kerja aku jual TV set aje kat boss Public Bank tu.

okey kat mana menyelitnya figura Karisma Kapoor ni ka? well, dalam tahun 1996 MSC dah diancarkan kat Cyberjaya. so bermulalah era internet - supercoridor sampai anak pompuan Benggali jual capati kat Kinrara pun nak belajar kat Cyberjaya ambik kursus Multimedia. so, zaman tu memang zaman MIRC - chat room kat cyber cafe atau CC. mana yang dah ada kemudahan internet kat ofis  memang bestlah lepak sembang free tak payah bayar. aku pun terjebak jugak. so aku chat dengan satu awek ni bila habis kerja. agak lama chat kat MIRC lastnya dapatlah number telefon dia. lastnya aku call ajak date. first time aku cakap dalam telefon punyalah merdu suara dia. nama dia Linda. duduk Klang.dia student ITM Shah Alam bahagian art and design - fabrik. memang best lah dah ada awek. penampilan aku yang dulunya macam Ben Laden atau Taliban kata boss Zul Dollah tu lastnya dia kata dah berubah dah rupa Yassin Brothers. barulah nampak macam orang muda sampai semua nak rekemen aku awek pulak.

Linda ni asalnya orang Tapah Road, aku first jumpa dia personally  lagi cantik dari dalam gambar. aku tengok macam pelakon Hindustan - Karisma Kapoor. serius..gaya dia dan suara dia...  memang aku dah rasa dialah pengganti ex awek aku yang kecewakan aku dua ekor tu. satu buat Biru Mata Hitamku dan sorang lagi ...Kita Terpaksa Bermusuhan

takde perasaan lansung diorang tu kat aku dan sanggup jahanamkan hidup aku. tapi sebenarnya aku ada dua orang lagi awek yang aku rasa boleh jadi bakal pasangan hidup. salah seorangnya wife aku sekarang lah . hahaha...well nanti lah cerita kalau ada masa lagi dua orang ni.kat entry lain okey.

dengan Linda ni pun ada kisahnya tersendiri. dia memang baik tapi yang tak bestnya dia punya ex boifren selalu kacau dia.walau dah break tapi Linda nak break pun sebab boifren dia tu ada masalah ketagihan . dadah ke ice ke ganja tak tahulah aku. kadang kadang Linda kata  dia kena tampar dan di kasari tapi  aku malas lah nak jadi hero. cuma aku cakap kat Linda dia tak boleh biarkan ex bf dia buat maam tu kat dia. kalau keadaan teruk sangat dia kena report polis.

berkawan dengan Linda tiba tiba hadir kawan Linda satu kampung dari Tapah Road nama Ina. yang Ina ni aku pass kat kawan aku Nizam. Ina ni pulak suka cerita pasal Linda kat Nizam. aku pun pening...lastnya ada satu masa tu Linda mintak pinjam dalam rm500 kat aku. aku tanya apasal. Linda kata dia punya duit yuran apa entah. dia kata mak dia dah bagi duit tu tapi ex boifren dia mintak. aku nak kesian jadi tak kesian. dan paling teruk kawan ofis aku cakap kalau nak bagi pinjam boleh tapi kena one night stand lah. aku tak sanggup pulak ambik kesempatan buat macam tu kat Linda walau aku mana ada duit nak bantu sampai rm500 aku hulur rm100 je buat belanja study dia.. lepas tu Linda tak contact aku dah sebab dia kata biar dia settle masalah dia sendiri tak nak libatkan aku.

Linda memang hilang macam tu aje...takde khabar berita. dalam tahun 2000 macam tu aku hantar kad raya kat dia.dia balas kad jemputan kahwin pulak. dan 10 tahun lepas tu aku jumpa dia kat Facebook dalam tahun 2010 . ternyata dia dah berpisah dengan suaminya dan ada anak seorang. Linda tetap anggun macam dulu cuma dia dah jadi guru kerja kat Putrajaya. sampai situ aje cerita Linda.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)