Thursday 31 December 2020

retro - suara kita


Okey untuk menutup lembaran tahun 2020 tahun pandemik Covid19 Ni Aku sudahi dengan catatan kehidupan Aku Sewaktu Aku Masih bersemangat lagi mengejar cita cita Dan impian hidup Aku. Menghalalkan hubungan dengan si dia dengan memilikinya secara sah.
 
Kalau Ada siapa Dalam friendlist Rasa cerita Aku ni rubbish...well, you are all free to press Unfriend button. So cerita atau catatan Aku Tak Akan lagi keluar kat wall atau notification korang. Just unfriend me. I have no issue...peace...
 
Aku buat masa ni tahun 1994 lah. Aku balik bercuti kat kampung walau Aku tahu dah takde APA lagi kat kampung. Aku cuti dalam seminggu nak menyambut tahun baru kat kampung. Approved pulak Tu cuti Aku. Mungkin Aku start kerja Bulan June dulu tak Pernah apply cuti Heheehe. masa ni Aku Masih Lagi kerja kat company newspaper omputeh Tu.
 
Aku Masih macam Aku baru baru Merantau mencari rezeki datang KL. Aku takde kemewahan pun Yang Aku bawak balik macam orang lain. Iya lah baru je kerja tetap tak Hampir pun setahun. Tak sempat nak mengumpul duit lagi.
 
Terlalu banyak peristiwa berlaku Dalam hidup Aku Dalam tahun 1994 ni.peristiwa aku jatuh Dan bangun. Awal tahun 1994 Rumah Kena Serang masa pagi Hari Raya pertama sebab konflik saudara mara. Berebut harta. Kena pressure dengan kawan satu sekolah masa kerja kat Proton sebab dengki. Kena dengan anak saudara sendiri Yang Sama Sama kerja kat Proton entah APA problemnya? mungkin dia pun kena pressure jugak kot . 
 
Semangat aku pun down sebab asyik rindu kat si dia Yang Dah balik Utara Dan kerja kat Penang. Lost contact. Akhirnya Aku asyik Ponteng kerja Dan kena buang kerja kat Proton. 
 
Bila dah kena buang kerja nasib baik HR officer rekemen kerja kat perodua Rawang. So Aku kena Pergi usya sendiri walau Aku Tak tahu tempat Tu kat mana. pekan Rawang Aku Tahulah.Perodua memang tak tahu. Sampai Rawang Aku Naik bas ke Sungai buaya. Aku Jalan kaki Dari main road sungai buaya semata mata nak mintak kerja kat perodua sebab dah kena buang kerja kat Proton. Aku dapat kerja Tu tapi Aku kena Buat keputusan nak kerja Perodua ke tak.. kalau Aku kerja Perodua aku kena stay kat Rawang. mereputlah Aku kat Rawang.
 
Lastnya Aku Tolak offer Perodua Tu walau nak mintak kerja Tu Aku kena bersusah payah . Aku Tak nak lari Dari masalah Aku Di PJ. Kalau Aku duduk Rawang maknanya Aku kalah dengan masalah Aku Yang Aku cipta sendiri. Aku bertekad jugak stay kat PJ Dan kena Cari kerja kat PJ. 
 
Akhirnya ada rezeki Aku dapat kerja kat The Star. So itulah catatan perjalanan Aku Sementara masa Tu semangat Aku Masih menyala untuk memiliki si dia. APA Yang Aku buat semua ni adalah semata mata nak memiliki dia Dan menghalalkan dia jadi Milik Aku.
 
So, Aku terjumpa lah bakal SIL konon kat kampung masa bercuti tu...jumpa kat pasaraya masa nak Beli syampu Vidal Sasoon.Hahaha.. Dia ni nak Kata sombong tak...nak Kata peramah pun tak. Dan masa Tu Ada saudara dia dekat rumah Tu pun berniaga kuih depan sekolah. Betapa mereka pun bukan lah orang Kaya atau orang ado ado sangat kalau nak dibanding dengan Aku. 
 
Bila rindu Makin menyesak hati Dan fikiran aku. Aku pun tanya dengan mak Aku. APA Masih Ada peluang kah lagi untuk aku memiliki Gadis pojaan hati Aku. Mak Aku cakap kalau Ada jodoh tak ke mana. So, Aku peganglah Kata Kata mak Aku walau Aku nampak macam dah takde APA apa lagi Yang Aku nak Jadikan Pegangan. Aku berserah aje tapi Dalam masa Yang Sama Aku Akan usaha mengumpul belanja Dan memperbaiki taraf hidup Aku.
 
Lewat sehari Aku nak balik ke KL . Masa Aku nak ke Kedai Beli tiket bas ekspress nak balik KL esoknya. Aku terserempak dengan dia Dari jauh.aku Tanya mak Aku. Dia Ada kat kampung ke. Kebetulan. Dia pun balik bercuti Di kampung aku. So...Aku dah nak balik KL. Mungkin Tak sempat Aku nak jumpa walau sekejap.
 
Tapi Mungkin kalau Aku main redah je Pergi jumpa. Aku mungkin Ada peluang lagi. Tapi Aku Tak pergi. Aku cuma kirim salam aje melalui mak Aku. Aku Rasa itulah Kali terakhir Aku nampak dia.kenapa Aku Tak pergi jumpa dia Dan melepaskan peluang keemasan ni. Entah...Aku mungkin bukan jenis romantik kot.
 
Sebelum Aku bergerak tu. Aku mainkan lagu ni kat beranda. Suara Kita - Wings
 
ku kejar engkau disana
kulambai wajah serupa
selalu aku terbayang
selalu aku terkenang....

Wednesday 30 December 2020

retro - weathered & broken


 Weathered and Broken
Tq 2020...
So Long...
Don't Dream It's Over...๐ŸŒž๐ŸŒž๐ŸŒž๐ŸŒž

"Kau dipaksa lupakan aku
Dengan rela kau menurut
Ku terpaksa lepaskan mu
Walau sayangku bertaut"

it's about time.
Aku Rasa cukuplah sudah Aku menulis tentang kisah Broken Aku Tu...sekarang Dah nak berlabuh 2020.betul..mungkin sebab Aku banyak masa free time Covid19 ni sebab Tu Aku banyak menulis pasal Broken ni...Aku post kat Tiktok pun pasal broken jugak. Pasal Tu sebab Aku terhanyut dengan Broken.

So Aku Rasa sekarang Aku dah hanyut ke muara dan Bertemu air laut. Sementara Menunggu masa senja ni. Baik aku muhasabah Diri aje Dari ingat pasal broken Yang sudah jauh meninggalkan Aku.

Aku dah tua dah Dari abang bro sekarang Dah jadi uncle bro... walau tak setua uncle Dalam gambar tu.uncle Tu dah veteran.Masa sebelum senja ni aku Harus Cari Cinta hakiki. Cinta kepada pencipta Aku. Itu Yang Aku patut fikir Dan buat. Bukan tulis story pasal broken lagi.

Tq pada kawan Yang memahami Diri Ini. Memang masa masa Aku layan broken Takde siapa Yang faham Dan mereka JUDGE Aku Tak boleh move on. Aku dah lama move on tapi Aku ni penulis...itulah Yang Aku tulis. Aku macam korang juga cuma Aku punya feel Tu deep dia lebih sebab Aku penulis.

Maafkan Aku Wahai EX...maafkan aku menulis kembali kisah lama Kita. Itu semua hadir tanpa Aku pinta kerna seringkali bila Aku Terdengar lagu lagu nostalgia kita...tempat kau Di Dalam Hati Aku siapa pun tak nampak . Tempat Kau Dalam Hati Aku Deep Deep Down...pasal Tu walau berpuluh tahun ingatan aku pada Kau Masih fresh . Aku tahu Kita ditakdirkan untuk tidak bersama walaupun Hanya sebagai kawan cuma. Kau Hanya singgah sekejap aje Dalam hidup Aku.

Ok...Aku promise Lepas ni dah takde dah story broken Yang korang jumpa kat fb Aku ni lagi. That's it. It's over.... Dulu dalam kepala atau Aku dah buat lagu, dah buat blog. Dan dah buat cerpen...manuskrip novel pun dah Ada. Nak buat YouTubers pasal broken ...tapi Aku sudah sedar. Ada perkara Elok Kita biarkan aje berlalu Dan tak payah nak ingat dah. Dah takde makna semua Tu jika Aku saja Yang mengingati.

No more story story broken.cukuplah APA Yang Aku dah tulis kat fb ni...Kita bukak lembaran baru. Biarlah Aku ISI masa masa tua Aku nanti dengan perkara perkara Yang berfaedah. Cari bekalan Di Sana nanti. Doakan Aku gaisss..๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

Macam biasa kalau Ada Dalam friendlist Aku Rasa FB Aku ni rubbish sila Unfriend Aku. For me Nothing personal just social media.

Adiรณs Amigos
Muchas Gracias

Happy New Year 2021 gaiss...

Friday 18 December 2020

retro - new leaf clover


NEW LEAF CLOVER
Circ - 1997

Biru Mata Hitamku
Jan - April
Well masa ni Aku dah pindah balik ke Kinrara. Aku ambik keputusan resign kerja kat Citylink. Aku dapat kerja kat PJ state. Sampai bila Aku nak Tinggal kat rumah panjang Di lembah subang. Kat situ Aku beku. Aku macam tak kenal dunia luar. Aku Hanya Aku Dan motor kapchaiku. Dan sebab motor kapchai Jugaklah Yang memaksa Aku blah dari situ. Bila Aku serumah dengan roommate Yang psiko rembat motor aku yan takde roadtax jalan jauh jauh.. Kawan Yang Aku Pernah kenal masa kerja proton. Siang jadi orang biasa Malam jadi orang depress macam nak bunuh diri.masalahnya Sama macam Aku. Awek kawin lain. So Aku jauhkan Diri Dari orang takde tujuan hidup macam ni.
Aku start kerja baru sebagai computer operator kat tingkat 10 menara MPPJ Tu.dalam seminggu Aku kerja Aku terkejut bila terjumpa Seorang Yang Aku Pernah kenal masa kerja the Star. Tapi dia dah tak macam dulu. Aku Rasa macam dia tak pandang Aku dah masa Tu. Mungkin dia tengok Aku selekeh aje masa Tu. aku akur dengan keadaan situasi tu. so aku hanya memandang dia dari kejauhan aje. walau terlintas jugak nak tegur dan berbual bicara walau seketika.
Kerja kat situ Aku sebagai IT support. So banyak lah repair networking. Dan selalunya komputer staff perempuan. Yang jadi data keyed in clerk.
Ada jugaklah yang menghulurkan salam perkenalan kat aku yang selekeh tu...bayangkanlah dengan kapchai bulat c70 tu aku parking kat sebelah kereta Satria. dengan helmet span pun dah takde. Hahahaha...aku tak peduli asalkan aku dapat pergi kerja dan balik kerja sudah. masa tu aku terpaksa tolak semua bunga bunga ni sebab aku tahu kalau aku layan jugak kesannya kat aku amatlah parah ...so terpaksalah aku tolak semua nya...walau aku jugak ada perasaan...

Kita Terpaksa Bermusuhan
May - July
Aku sempat kerja kat menara MPPJ Tu Dalam 3 Bulan aje. sebab apa aku resign aku pun tak sure...sebab semua staffkat situ ramai perempuan. mungkin aku tak biasa ke entah...so aku resign buat ke sekian kalinya.
Bila Aku dah bosan Aku mulalah ambik MC Dan ponteng kerja. Memang semangat takde masa ni. Aku try pulak kerja maintainance kat syarikat aircond . Kerja memang outstation aje masa ni. Aku Mula Mula Okey je. Tapi Aku jadi down bila dapat khabar pasal ex Aku Yang Dah Ada cahayamata.
Aku jadi down balik.aku takde semangat. Aku Rasa macam nak hidup Dengan mati tak mahu. Aku berterusan meratap merintih nasib aku pagi petang siang malam. Aku jadi Kecewa Yang amat sangat. Sampai aku tak peduli dah alam yang Indah Ini. Aku kena denda masa buang puntung rokok kat Central Market KL.masa Tu Aku ponteng kerja. Duit denda nak bayar macam mana. Nasib baik Ada 2 orang kawan Aku ni Yang Masih percaya pada orang Yang takde tujuan hidup lagi macam Aku masa Tu. Ahchoo Kedai kaset PJ Oldtown Dan Mamat AC Nielsen. Sorri aku reveal nama korang sebab hanya koranglah kawan baik aku masa Tu. Duit denda DBKL Tu rm200. mamat bagi pinjam rm100 Dan ahchoo bagi pinjam rm100.
dengan Mamat aku sempat mandi bunga dengan bapak dia. Hahahaha... boleh pulak adik pompuan mamat minat kat aku masa tu..gilerrr...
sepatah cakap mamat
"bukan orang tak suka ko... ko yang tak suka diri ko sendiri"

Izinku Berundur
start from November
Masa ni pun Aku start lagi kerja baru kat Syarikat Iklan Di PJ. Aku Rasa cukup cukuplah Aku asyik tukar kerja. Sebab syarikat baru ni Aku Rasa Okey. Dan baru aje Aku kerja Dalam seminggu Aku masuk hospital sebab kena denggi. Ada Dalam seminggu jugak Aku kat hospital. Yang melawat Aku Hanya kawan aku si Mamat Yang masa Aku kerja kat MPPJ Tu.
So Lepas aje Aku sembuh Dari sakit keluar hospital. Aku pun pindah ke Pantai Dalam. Duduk rumah bujang. Tak lama Aku mendapat khabar ayah Aku sakit Dan dia terlantar di hospital. Ayah Aku akhirnya Pergi jua.
Aku bagai ditampar Oleh kenyataan.aku kena terima hakikat.aku Harus bangkit semula Sama macam Aku bangkit masa Aku kena kat Proton dulu.
So...Aku pun Tekad bangkit. Yang bukan Aku punya atau bukan Milik Aku Tetap bukan Milik Aku. Dan barang Yang Lepas tak Harus Aku ingat lagi. Biarlah ia Tinggal jadi kenangan Dalam hidup Aku

Thursday 17 December 2020

retro - life goes on

LIFE GOES ON
Circ - 90an

Sejak kebelakangan ni Aku Sering tengok Dalam sosial media banyak sangat ISU tak boleh move on situ Masih ingat pada mantan Kekasih lama. Tak Kira Yang baru saja break atau dah lama.
Banyak cerita kat twitter Dan kat tik tok. Banyak cerita pasal tak boleh move on.
Samalah Aku pun Masih belum Move On. Tapi bezanya. Aku Tak boleh MoveOn tapi Aku terima hakikat Dan redho Dan Aku berpijak di bumi Yang nyata. Yang jadi masalah Tu sebab tak mahu terima kenyataan. Memang susah nak lupa cerita lama. Tapi Kita ni hidup Dalam realiti bukan Dalam media sosial ni Yang cuma rekaan. Semuanya sudah takdir gaisss...

Asyik layan story jiwang aje kan gaiss...so, Aku tulis sikit pasal kawan, sahabat atau teman...
Sebenarnya takde APA Yang Aku nak tulis pun.story Aku Sama je macam kisah orang lain. Tapi takpelah sebab fb ni Aku punya Dan Aku Rasa best menulis so Aku tulis lah.

Sepupu 1 - muka macam Faizal Hussien
So, mana nak start ye...ok Yang ni sepupu sebelah bapak aku. ok Aku start kawan masa aku muda remaja. Aku attached betul dengan sepupu Aku ni sejak kecil. Satu kampung Dan rumah pun dekat dekat.umur sebaya...dengan dia
Aku mengharungi zaman ribena Hingga zaman remaja. Banyak kenangan pahit Manis Aku dengan dia. Salah satu Yang Tak terlupakan ialah masa Sama Sama merantau kat Ipoh tahun 1992 Yang mana kisah hidup aku bermula dari situ.
Aku Dan Dia memang sejak dari Sekolah Sama sama. Jadi penganggur Sama Sama. Jadi mat rock Sama Sama. Kena kutuk orang kampung Sama Sama. Mengurat Sama sama. Lepak KL Sama Sama walau Masih takde kerja masa tu. Pernah jugak minat awek Yang Sama berSama Sama...
Dan selepas satu tragedi atau krisis menimpa keluarga hubungan Kami mula renggang.maka Aku pun Berpisah dengan dia bawak haluan masing masing. Dan sebab fb Aku jumpa dia balik. Walau tak rapat macam dulu tapi it's Okey...dia Ada life dia dan aku Ada life Aku.

Sepupu 2 - muka macam Rhitrik Roshan
Yang ni sepupu sebelah mak aku.umur dia muda 5 tahun dengan aku. Aku pun attached dengan dia sejak Aku jadi penghuni Kota. Dari zaman Aku Mula bertatih mencari rezeki duduk merantau di kota.Dari tahun 1990 lagi aku dah menumpang rumah dia . Dari rumah setinggan, rumah panjang Dan akhirnya rumah flat. Punya Jauh perjalanan pengembaraan Aku Tu Kan.
Walau Ada tahun Aku lepak kat Ipoh tahun 1992 Dan tahun Aku frust menonggeng balik kampung 1996. Tapi Lepas Tu Aku datang ke KL balik.start from zero balik dengan sokongan dia Dan family dia.
Aku Menumpang rumah dia sampailah Aku duduk bujang Dan pindah kat Pantai Dalam KL. Hingga Aku dah berkahwin pun Masih Lagi rapat dengan dia. Aku Dan Dia. Kerja Di syarikat Yang Sama. Dari syarikat kat PJ sampai pindah kat HQ di KL.
Banyak peristiwa Dan krisis Aku dengan dia. Adatlah. Bumi mana Yang Tak ditimpa hujan. Lautan mana Yang Tak bergelora. Namun usia mengajar Kami Akan kematangan. Itu semua biasa uuntuk menempuh hidup berbagai cabaran.
Dan sekarang ambik vss pun Sama Sama. Cuma..ya lah Kami sibuk dengan Urusan masing masing Lepas ambik vss.

Sunday 13 December 2020

retro - kuubati lukaku sendiri


Ku Ubati Lukaku Sendiri
Circ - 1993
๐Ÿˆ๐Ÿˆ๐Ÿˆ๐Ÿˆ

Umpama seekor kucing Yang merawat sakit Dan lukanya sendiri. tahun Ini 1993 Aku merawat Lukaku sendiri Setelah konflik Dan turbulence melanda Dalam hidupku angkara mereka Yang cemburu, irihati Dan dengki dengan Aku Dan keluargaku. Namun apakah Yang mereka dengkikan? Kesenangan ? Jauh benar Dari erti kesenangan atau kemewahan...

Namun itulah waktunya aku mula kenal erti kebahagiaan Dan kenal cita cita Dan Cinta...walaupun Hanya seketika namun waktu itulah saat saat yang paling Manis Pernah terjadi Dalam hidupku. Setelah itu turbulence pun melanda.

Jangan Tanya bagaimana my others part of heart Yang satu lagi merawat Luka hatinya kerana Aku sendiri tak tahu APA jadi pada dirinya walaupun Kami berdekatan.Yang Aku tahu dia Dan hidupnya mengikut peredaran masa.

Aku Sedar waktu itu siapa Aku dimatanya...Aku Tak mengharap namun Hatiku Masih Seperti Yang dia kenal Sewaktu Aku mengDeclare Kami sepasang Kekasih walau Hanya Dalam sekeping kad...Dan Aku tahu dia pun Masih tahu Aku masih sayang padanya...walaupun Aku menyepikan Diri Dan menjatuhkan diri. Aku Sedar Kini Cinta itu bukan Hanya Kata Kata kosong. Akan Aku buktikan perasaan Aku bukan Hanya sebutan dibibir

Dan Aku fikir Jauh Dalam Hati. Jika dia ditakdirkan Milikku dia pasti Milikku.Itulah Yang menjadi peganganku saat itu. Aku Akan berjuang habis habisan untuk memilikinya.

Saturday 12 December 2020

retro - jangan potong que

Jangan Potong Line atau Potong Que
And it's Not For You To Judge
Circ - 1996
๐Ÿฅ€๐Ÿฅ€๐Ÿฅ€๐Ÿฅ€๐Ÿฅ€๐Ÿฅ€

"Nak Ku nangis tak Berairmata
Nak Ku rayu pada Siapa
Setelah Aku Serahkan Cinta
Engkau Cari Kekasih Yang lain
Biar Aku Membawa Diri
Dengan Hati Yang Kecewa..."

Pernah juga Di waktu Aku hanyut Dan Hampir Tenggelam Dalam Arus kekecewaan dulu. Ada Yang menawarkan Diri sebagai pengganti. Namun apakah maknanya. Mencari pengganti bukan Seperti mengharapkan Yang patah Kan tumbuh semula.

Tak mungkin sebab Yang mahu dijadikan pengganti. Bila Aku mengerti Ada Yang Menanti Dan mengharap mahu bersama. Takkan Aku nak jadi Batu penghalang Dan merampas cita cita hati insan Yang sebelah lagi. Aku sendiri pun Terluka sebab aturan Dan rancangan antara keluarga. Tanpa menyedari Ada Insan Yang Akan Terluka.

So, Aku undur Diri biarlah orang lain potong jalan bukan Aku. Aku dah Rasa berapa Deritanya orang potong jalan. Perkara jodoh ni bukan satu pertandingan kalah Dan menang.

Namun Kini jika Masih Ada rezeki Bertemu semula jangan anggap Aku ni pengacau ke...APA ke...sebab dulu siapa Yang kacau atau ganggu impian orang lain kalau bukan Kau juga Yang mahu memisahkan Dan menunjukkan pada semua orang kaulah jaguh memiliki Pujaan hati orang lain.

Andai masa Tu Kau fikir nasib orang macam Aku tentu Kau Cari orang lain. Bersepah Bunga kat Dalam dunia ni tapi Pujaan hati orang jugak Kau nak try.

Pernah tengok cerita Hindustan Kuch Kuch HOTA He atau cerita Dhadkaan ? Kena gentleman macam Salman Khan atau Sunil Shetty Dalam filem Tu..

Tuesday 8 December 2020

retro - beradu suratan


BERADU SURATAN
Circ - 1994 - 1995 - 1996

tempoh 3 tahun - 1994 - 1995 - 1996 ialah tempoh aku beradu dengan suratan aku...dalam tempoh ni aku memang tak dapat khabar berita pun dari dia. namun aku sabar aje. aku teruskan niat aku. kumpul belanja...stabilkan ekonomi...stabilkan kewangan...walau takdelah berapa stabil..tapi aku dah ada kerja tetap.

aku kerap jatuh bangun tukar kerja dari kerja kilang ke kerja ofis mulanya temporary dan berkat sabar aku masuk permanent. akhirnya aku dapat durian runtuh bila kompeni tempat aku kerja dapat keuntungan dan mula mengeluarkan saham pada staff...aku pun dapat maka simpanan aku pun bertambah...

namun kegembiraan aku tak lama ...aku fikir aku sudah hampir pasti berjaya memilikinya. namun akhirnya aku kecewa bila apa yang aku rancangkan tidak menjadi. rupanya selama aku berjuang untuk menghalalkan hubungan aku dan dia. jodoh dia sudah pun di aturkan oleh kaum keluarganya.

maka duit yang aku nak buat memilikinya aku boros belanja dan aku ambik keputusan study part time kat ITM dan ambik kursus sijil aje. jadilah...dari takde apa apa...

IRONISnya pernah dulu aku pun nak study tapi tak jadi dan berulang lagi aku dapat study tapi masih tak dapat memilikinya. Ya mungkin itu sudah suratan nasibku. memang aku kecewa...namun aku redha

Sunday 6 December 2020

retro - one day in your life II


One Day in Your life II
Circ - 1994
๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Penghijrahan dari Yang baik ke lebih baik. Memang Aku dah selesa pada mulanya untuk kekal berbakti pada orang tua. Untuk menjaga makan minum mereka Dan menjaga sakit pening mereka. Namun hjauh disudut hati Aku Masih punya cita cita. Cita cita untuk memperbaiki tahap kehidupan. APA mungkin Aku boleh bersabar lagi kerana jika Ku fikir Aku sudah Jauh ketinggalan.
Titik mula Yang menggerakkan Aku supaya berhijrah untuk ke sekian kalinya...

1 - Di sini jiwaku sepi. Aku mungkin nampak tabah cekal sabar namun Aku penat. Aku jadi penat kerana Aku sudah tak mampu lagi hidup terlalu sepi. Di sini jiwaku sepi kerana ditinggalkan tanpa Kata Kata Yang dapat Aku Jadikan Pegangan. Hanyalah Yang Ada cuma satu harapan. Harapan Yang Tak pasti.

2 - Di tengah tengah keriangan Umat Islam mrnyambut syawal Yang suci Aku dikejutkan peristiwa pahit awal pagi aidilfitri 1994. Aku Sangkakan Tiada lagi Krisis melanda ...namun semuanya diluar kuasa Kita Dan pengetahuan Kita. hanya kerana diberikan kesenangan harta Di dunia Dan kesombongan manusia. Maka Seorang manusia beranggapan dia lebih baik Dari manusia Yang lain.

retro - one day in your life I


 One Day In Your Life I
Circ - 1992
๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Perjalanan Hidup Kita sudah Tertulis sejak azali lagi. Mana mungkin Kita mahu mengelak dari melalui satu satu tahap atau frasa Dalam hidup Kita. Tu namanya Qada' & Qadar

Kadang kadang perjalanan itu perit, sukar,perih...tapi percayalah itulah Yang menjadikan Diri Kita sekarang Ini.

Kisah hidup Kita takkan Pernah sama...Aku takkan mampu berada ditempatmu Dan Kamu takkan mampu berada ditempatku.

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Memang tak mungkin selamanya kita mahu hidup
Dalam Kenangan. Tapi Kita belajar sesuatu Dari masa silam Dan Sejarah hidup Kita. Mungkin Kita nak mengubah sejarah jika kita mampu mengundur masa. Tapi itu semua takkan terjadi. Kita Ada fitrah Kita sebagai manusia. Dan Kita manusia lemah Dan Hina.

move on seadanya...Kita tak boleh Dan tak Kan mampu memadam kenangan. Ia kekal didalam hati. Otak kita takde fungsi delete.

One Day In Your Life
๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Abang...APA ertinya Cinta pandang pertama?
Oh...kalau nak jelaskan satu satu memang tak terjelaskan dengan Kata Kata
Abis Tu?
Kalau nak tahu juga
abang kena nyanyi satu lagu
Jap abang nak ambik gitar
Ok
Lagu apa...
Lagu Qiara Pernah dengar?
Hanya Padamu

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
Oh camtu ke Lagunya
Faham tak lirik dia
Tak berapa bang saya tak fokus
Saya asyik tengok abang aje
Exactly...
APA?

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน
Cinta Tu tak mungkin
Akan terjelas dengan Kata Kata
Hanya perasaan Dan pengertian
Dalam Hati
Dari Sudut pandangan
Dari Sudut Suasana slow emotion
Saling Menanti saatnya
Kita meluahkan ayat masing masing
Macam sekuntum Bunga Yang berkembang
Disinari mentari pagi...
Sewaktu senyuman paling Manis
Yang Kita Akan rakamkan
Dan tak mungkin terlupakan

๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน๐ŸŒน

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)