Tuesday 29 June 2021

retro - kedai runcit 1


aku mula kenal kedai atau mula ikut mak aku pegi kedai masa umur aku 7 tahun macam tu. aku ikut mak pergi pasar kat kampung aku pekannya nama pekan Bidor. jom test berapa lama memory aku boleh ingat ye...

aku ikut mak aku jalan kaki ke kedai..seingat aku dulu masa kat pekan atau pasar Bidor tu ada satu kedai namanya kedai Agong iaitu kedai runcit yang aku mula mula kenal. kedai Agong ni dua kali berpindah lokasi lokasinya akumula mula kat pasar dan lokasi terakhir kat kedai gunting lorong jual airbatu panjang di stesen teksi.  ingat dah. tapi masa tu pemandangan aku selalu terjumpa van Ninja Turtle Wolkswagon tu. dalamdia penuh permainan. haitu yang first aku ingat. lepas tu aku ikut mak aku beli ikan dan sayur dan satu jualan yang aku suka ialah sengkuang calit dan tahu sambal yang cina jual. dan kalau orang melayu aku suka beli apam balik. 

masa aku dah nak masuk darjah satu mak aku belikan aku kasut sekolah dan baju sekolah..nama kedai tu Lee Sang. baju sekolah ada kasut sekolah pun ada. kalau kat kedai Lee Sang takde mak aku bawak aku ke kedai adik beradik sebelah kedai Agong. kat kedai ni memang banyak jual mainan tapi aku masa tu mana pandai nak mintak. kat rumah memang takde mainan apalagi kereta besi tu. aku kenal kereta besi masa aku darjah 2 ..best main kereta besi ni rupanya.nak beli memang taklah. mainan aku ada macam askar plastik tu adalah agaknya. dan start pandai beli jajan aku dah tahu kat mana nak beli patung patung mainan ultraman tu dan patung doraemon yang aku kumpul bila beli jajan. selain kedai chetty ada satu kedai lain dekat sebelah kedai gunting rambut maidin yang aku selalu ikut mak. kedai ni pun ada khidmat hantar barang.

bila dah tahu membeli di kedai aku pergi sendiri kedai tu dekat dekat dengan rumah macam kedai Achong, kedai chetti, kedai cina sebelah kedai chetti tu ada jual getah pemadam yang wangi. kedai dollah banjar .tapi barang barang yang lengkap selalunya kat kedai chetti dan senang sebab kita cuma beli dan isteri chetti akan hantar pakai basikal dia. hahahaha...dan ada satu lagi kedai kat barisan tu nama dia kedai Achong. Achong ni femes sebab dia paka seluar pendek dan saiz besar dan bila orang lain pakai seluar pendek macam seluar tu diorang cakap seluar Achong. kedai achong femes sebab sekolah rendah aku yang baru pindah berdekatan sekolah menengah kat belakang kedai Achong dan tentunya jadi pot tempat budak sekolah menengah yang ponteng kat situ. 

dulu aku pernah tinggal sekejap kat kampung rumah opah aku yang depan dia ada jirat cina. tapi aku  okey je sebab jirat cina tak seram lansung. lainlah kubur Hindu..itu memang seram...sekolah pun masa tu masih kat Jalan Paku. sekolah aku dekat dengan satu pentas opera cina. memang kalau ada show kitorang tengok free je masa tu. kedai runcit kat situ tak banyak aku tahu adalah satu dua kedai jalan simpang tu ada satu kedai melayu nama kedai tu kedai dollah lompong. kat situ aku beli kari rempah cap tarbus.  kalau kat kedai chetty aku beli kari cap motokar. dan ada satu jenis susu 3 segi jenama cap junjung. 

so bila aku dah pindah balik kat rumah aku yang renovate tu aku mula belajar naik basikal dan bapak aku akan suruh aku pergi kedai beli rokok. so aku memang tahulah kedia sekelilig kampung dan kedai runcit berdekatan. aku naik basikal pun di area kampung aje masa tu tak beani lagi ke pekan naik basikal.

antaranya kedai Ahleng kat jalan Sungkai..memang kedai ni faveret orang kampung aku sebab dekat dan banyak barang. selain itu barisan kedai Ahleng tu ada gerai makan Melayu yang jual mee rebus dan abc. memang cenggini rasanya best in the world. abc 1.20 sen je dan mee rebus pulak 1.50 kalau pegi kedai ahleng memang tak sah tak singgah kedai gerai tu nama gerai pakcik liyeh. 

kalau satu kampung tu punya kedai runcit pulak start dari kedai mamak di taman syed mahadzar ..aku pulak suka pegi kedai kat rumah opah aku kedai india dan ada satu kedai melayu namanya kedai wak sarip dan kedai dia cuma kat tingkap aje. masuk dalam sikit lagi adakedai runcit oakcik liyeh abc tadi. tapi aku jarang beli situ. so itulah kedai kedai yang aku selalu pergi masa aku dari umur 10 tahun sampai 12 tahun. masa ni aku tak ligat ke pekan lagi maklumlah baru pandai naik basikal. masa tu kalau naik basikal ke pekan kena tahan dengan polis kata diorang sebab bahaya budak budak takde pengawasan orang dewasakan. okey nanti aku sambung lagi macam mana aku meneroka kedai kedai kat area Bidor  ni bila aku dah sekolah menengah pulak.

 

Saturday 26 June 2021

lonely planet - jawapan yang kelabu II

 

okey habis cerita pasal si nopal..ehhh pasal zila dan Jannah masa aku menumpang kat rumah mak saudara aku dalam tahun 1990 ke 1991 macam tu. zila kahwin dengan ustaz dan Jannah aku tak tahu kahwin dengan siapa. so dalam tahun 1992 aku merantau ke Ipoh dan pada awal 1993 aku datang balik merantau ke KL menumpang lagi rumah mak saudara aku tu. masa tu umur aku sudah 22 tahun macam tu.

kali ni aku datang macam nak terus stay kat rumah mak saudara aku sebab aku ada krisis dengan ayah aku.aku merantau balik ke KL pun sebab ayah aku halau aku dari rumah. so dengan hati dan jiwa yang kosong aku pun lepak kat hostel kilang. kerja kilang selagi ada overtime aku pulun sebab aku dah takde matlamat hidup lagi melainkan ntuk diri aku sendiri aje. kisah cinta dengan awek aku pun dah berkubur tanpa nisan.

aku pun terumbang ambing dalam realiti hidup. sebab aku asyik kerja aje aku kena demam panas. dan bila aku dapat cuti aku tak terfikir kat mana lagi aku nak pergi kecuali kat rumah mak saudara aku nak menumpang kasih mereka. memang mak saudra aku dan sepupu seppu aku semuanya baik aku takkkan lupakan sampai bila bila. aku pun menumpang lagi kat situ. kali ni aku macam nak pulihkan semangat aku yang nak hidup macam takde arah haluan.

so aku pun berenti kerja kilang dan cari kerja kat area rumah mak saudara aku tu. mula mula memang susah nak dapat kerja dah hampir putus asa aku dibuatnya takkan nak kerja kilang lagi kot. so aku trylah kat satu farmasi nasib baik dapat.aku pun kerja sebagai storekeeper kat farmasi Georgetown

masa ni rumah mak saudara aku jadi tempat ramai budak sekolah agama lepak. sebab sepupu aku yang dulu semua pergi ke sekolah agama belajar pondok. so bila cuti diorang lepak rumah mak saudara aku. kakak kakak sepupu aku semuanya dah berkahwin. termasuklah zila kan...tapi bawah zila tu ada sorang lagi sepupu perempuan aku. dia ni punya ligat sampai mak saudara aku hantar kampung sebab takut jadi liar dan susah nak kawal kat KL. masa kat kampung dia memang ligat jugak. maksud aku sepupu aku ni bukan ligat jahat tapi ramai orang suka dan jatuh hati kat dia sebab dia cantik. entah macam mana antara adik beradik dia dia yang paling cantik muka macam awek arab dengan mata berwarna biru. 

kat kampung aku tu pernah ustaz sekolah agama turut dia sebab dia tidur rumah aku masa cuti hari minggu. rumah aku rumah mak saudara dialah sebab mak aku dan mak dia adik beradik. itu pun ustaz boleh jeles kau...aku masa tu banyak masalah sendiri dan takde masa aku nak ambik tahu pasal dia. memang dia jadi idaman setiap pakwe kat kampung aku tu. cuma aku je buat bodo...

so lepas aku datang KL balik menumpang rumah mak saudara aku tu dia pun habis belajar sekolah agama. aku macam biasa tak ambik tahu sangat ..aku pun sedarlah aku siapa kan...tapi dia bukan taste aku sebenarnya. berbanding dengan zila kakak dia aku suka zila lagi. dia ni cantik tapi aku tak minat hahahaha...nama dia Linda...

so, dia ni pulak ada peminat dari sekolah agama abang abang dia. aku pun jadi posmen sebab tinggal rumah tu. entah macam mana kaklong pun macam salah faham bila aku bagi surat dan aku bagi bunga kat Linda ni bila kawan aku mintak tolong bagi. padahal aku takde kena mengena dengan hubungan cinta dia ke apa...sama je kat kampung ramai peminat. satu hari dia dan kawan dia double date dengan sorang tu budak sekolah agama yang terer tomoi. aku terjumpa diaorang masa nak balik tu dan kebetulan budak yang date dengan dia terus pergi bisnes burger dan Linda ni pun jalan dengan aku dan kawan dia zura jalan dengan sham. sebenarnya aku minat zura lagi. 

so semua orang nampaklah aku jalan dengan Linda dan diorang ingat aku ada affair dengan linda. sedangkan yang ada affair dengan linda namanya Mahzan kawan aku jugak. kaklong pun slow talk dengan aku macam masa aku dan zila dulu. aku sedar diri dan aku takkan buat apa yang orang tak suka. sejak hari tu aku kurang lepak kat rumah mak saudara aku dan aku selalu berulang pulak kat rumah kakak aku no 2 yang tinggal kat PJ Oldtown. kakak aku ni baru aje kahwin tahun lepas. so dia memang sorang sorang ajelah kat situ so aku selalu lah melawat kakak aku. kakak aku pulak cakap kat aku suruh aku balik kampung aje jaga family. aku serba salah sebab mengenangkan aku kena halau dari rumah. 

kakak aku cakap lupakan ajelah pasal tu. berbaik baiklah dengan orang tua dan jaga diorang sebab kakak aku dulu jaga diorang dan lepas dia kahwin takde siapa yang nak tengok family aku tu macam mana ada duit belanja ke apa ke. so hati aku pun lembut. aku lepak kat rumah mak saudara pun suruh aku balik jaga keluarga.bila mak saudara aku yang aku anggap macam mak sendiri tu cakap macam tu hati aku jadi tambah lembut. memang aku ni anak dan yang aku musuhi tu ayah aku. anak tetap anak dan ayah tetap ayah.tak kira salah siapa.

masa aku nak balik sehari sebelum hari raya tu linda jumpa aku. linda tanya aku nak balik dan tak datang lagi ke. aku cakap iyalah aku nak jaga family kat kampung dan tak nak fikir pasal KL lagi. linda pun macam sedih linda cakap dia pun ada hati kat aku. aku cakap takpelah linda aku sedar aku ni siapa. upa takde dan harta pun takde. aku cakap carilah orang yang sepadan. lagipun aku macam tak percaya linda ada hati kat aku. linda kata yang selalu tanya pasal aku zura kawan dia tapi lama lama dia pulak suka kat aku bila dia cerita pasal aku kat zura. pelik kan..macam tu pun ada. maknanya semua kisah aku dia tahulah...hihhi...mungkin dari kesian kat aku kot datang perasaan suka tu... agaknyalah...

so maknanya dah dua kali aku tolak dengan cara baik akan maksud orang yang suyka kat aku. bukan sebab apa sebab aku sedar diri...kannn...dah lah menumpang buat cara menumpang kan...

okey adios...muchas gracias....

lonely planet - jawapan yang kelabu I

aku rasa aku pernah tulis pasal aku menumpang kat rumah mak saudara aku kat KL tu..sebenarnya bukan kat KL tapi kat Selangor...to be more specific kat Petaling Jaya. well aku mula menumpang rumah mak saudara aku pada hujung tahun 1989. aku masa tu memang hilang arah sebab tak dapat masuk lower six walaupun result SPM aku okey...biasalah quota sekolah sana sini ...so yang lagi teruk dari aku punya result dapat pulak masuk lower six...dah pakai kabel kan? so aku pasal takde kabel dan takde sapa nak pandang masa tu. aku tercicirlah...ada jugak kawan senasib ajak ke sekolah swasta tapi kena bayarlah segala yuran. so bila aku frust aku pun ambik keputusan merantau ke kota mengadu nasib. 

mungkin sebab tak cukup kuat lagi jiwa aku nak stay kat KL lama lama..aku kerja sekejap aje dan bila dah nak sambut raya aje aku balik kampung terus berenti. aku rasa banyak kalio aku datang menumpang rumah mak saudra aku ni. memang tak terbalas jasa mak saudara aku dan sepupu aku yang baik anggap aku macam keluarga sendiri. aku pun tolonglah mana yang aku mampu . aku hulurlah sekeping dua kalau aku dapat gaji. 

yang jadi cerita nya kali kedua aku merantau dalam tahun 1990 macam tu aku follow kawan aku cari kerja kat hotel di Ampang lastnya bila dah habis bajet tapi masih tak dapat kerja. aku terpaksa menumpang lagi kat rumah mak saudara aku dan mencari kerja. aku pun dapat kerja kat Hilton PJ. kerja biasa aje tapi adalah dapat tip tu sebabjadi waiter. nak jadi cerita aku ada sepupu perempuan tu sebaya dengan aku. dia kerja lepas SRP sebab tak pass dan adik beradik ramai. so dia kerja sejak umur 16 tahun. 

dia boleh tanya aku pulak satu hari tu..."Mat ..kau suka tak perempuan badan macam aku?" terkejut jugaklah aku bila tiba tiba aje dia tanya aku macam tu. aku tahu dia ni jenis go getter...dia mungkin suka kat aku tapi seganlah takkan perempuan nak cakap kan. so dia suruhlah aku belanja dia makan KFC satu hari. aku pun ajak dia dan masa date tu dia ni memang kasar orangnya. tapi masa menyeberang jalan dia pegang tangan aku pulak. aku geli geleman pulak. masa tu aku dahlah cekeding sedangkan dia solid molid. 

"ye aku suka awek body solid macam penyanyi Wann tu dan macam kau Zila..." itu jawapan aku masa makan tu aku terus teranglahkan. memang aku suka yang solid molid. dia pun tersenyum. dan dia buat macam macam nak tarik perhatian aku rasanya. salah satunya masa aku rehat habis kerja kat bilik bawah tu..tiba tiba aku terjaga tersedar dia ada sebelah aku baring. aku terkejut dan saspen. dia kata dia terlampau penat balik kerja dan bilik atas ada orang pasal tu dia baring kat sebelah aku. 

lepas tu ada kakak dia yang paling tua slow talk dengan aku. entah dari mana punca dia cakap kat aku. dia pun cakap. "Mat kahwin saudara ni elok tapi kalau boleh dielakkan lagi bagus"  aku jadi hairan apa bendalah kaklong ni cakap... aku mana ada nak kahwin sekarang lebih lagi apa harta pun takde. "sebab aku respek kat kaklong tu aku iyakan ajelah apa dia cakap.

lepas tu Zila tak layan aku dah dan selalu dia lari lari bila nampak aku. aku pulak lagi tak tahu nak buat apa. aku sedar diri menumpang jangan nak buat hal kakakakaka...nak jadi cerita pulak masa tu ada seorang refugee dari Pattani datang shelter kat rumah mak saudara aku tu.dia ni muslim dan dia diletak dibawah jagaan kakak saudara aku yang kerja JAKIM. so sebelum ada hostel awek Pattani ni menumpang jugaklah kat rumah mak saudara aku tu. aku rasa family mak saudara aku nak matching kan aku dengan awek Pattani tu. padahal masa tu aku baru 19 tahun dan awek Pattani tu pulak baru 14 tahun tapi badan dia macam Zila. cuma dia pakai tudung labuh sedangkan Zila agak seksi walau bertudung.

aku pun baiklah dengan awek pattani nama Jannah tu...memang aku suka kat dia tapi kalau nak kahwin memang tak betul lah...sepanjang dia kat rumah mak saudara aku tu hubungan kitorang memang baik. aku hormat dia dan dia hormat aku..kisah Zila dia dah macam jarang kat rumah..bila dia balik lambat dia tidur rumah kawan dia aje..hemmmmm  

sebelumaku balik kampung dan berhenti kerja sebab tak dapat cuti raya. aku sempatlah berdating dengan Jannah ni kat kedai buah dan kedai buku. aku bawak dia jalan jalan sebab dia cakap nak jaan tapi takde siapa nak teman. padahal sepupu aku ada aje perempuan.masa sembang sembang minum kat mamak. dia mintak air buah sebab dia tak makn mee goreng dan hanyua makan buah aje. 

dia tanya aku ada gf ke. aku jawap ada cuma gf aku tu cina bukan Melayu. lepas tu ,masa aku lepak bergayut dengan gf cina aku tu dia pun nak sembang sekali sebab dia pandai cakap cina. so bersembanglah dia dengan gf aku yang nama Oikuan yang duduk kat kampung aku tu. kadang kadang dia sembang ngan aku dia cakap " abang gf abang mungkin cantik tapi abang jangan makan sisa"  lagilah aku pening takkan gf aku cakap dia dah takde dara lagi masa diorang berdua sembang. kalau iya pun apa kena mengena dengan aku Oikuan setakat gf aje dan takkan jadi awek pun. 

so, masa dia nak pergi hostel JAKIM tu dia salam dengan aku dan cium tangan aku. aku terkejut ni memang betul nak kahwin dengan aku ni. sedangkan aku masih tak tentu hala lagi. kalaulah aku jadi kahwin dengan dia entah aku tak tahu nak cakap apa. hahahahaha...dia ada tulis sesuatu kat dalam diari aku tapi dalam bahasa siam. so aku tanya kawan aku kat btempat kerja yang berbangsa siam. kawan aku cakap dia tulis kat situ dia sayang kat aku. dia kata seminit pun dia tak nak lepas pandang aku dia harap aku akan jadi milik dia. macam tu dia tulis kat diari aku.


Monday 21 June 2021

lonely planet - ratuku / gerimis mengundang

 


bila aku menyepi macam tu aku pun buat hal sendiri ajelah...aku sering sorang sorang aje sampai aku ajak kawan lelaki tengok wayang sedangkan diorang ada awek. so ada sorang member ni dia bagi aku satu number awek suruh call. aku saja je try call.entah macam mana berkenalanlah aku dengan sorang awek ni . sorang awek Kelate yang kerja kat Kontena Nasional. nama dia Haslina dan panggil Ina aje...

mula mula aku cuma berhubung dalam telefon aje. satu hari dia sendiri cakap kita dah lama jugak berkawan tak nak jumpa ke. aku pun heran jugak dia yang nak jumpa aku. aku rilek je. dia mula bagi gambar katau dan aku bagi gambar kat dia. lastnya dating first time kat KL. aku tak tahu masa tu apa aku nak anggap Ina ni. tapi bila aku dengan Ina dia memang take care sangat kat aku. umur Ina sebaya Jannah rasanya...Ina ni lemah lembut dan muka dia macam penuh keibuan. aku asa macam manja dengan Ina . dia macam manjakan aku. aku rasa selmat dengan Ina. sepatutnya dia kena rasa macam tu dengan aku kan.

aku terus terang kat dia. aku memang jujur kat Ina. aku cakap aku masih menyimpan harapan pada Jannah kat penang tu walau akkpernah jumpa Jannah. aku caap masa tu aku ada kawan dengan mas walau nampak aku ambik kesempatan aje kat Mas. Ina memahami dan Ina kurang cerita pasal dia. yang Ina cerita ..iya dia pernah ada kawan lelaki. itu aje...aku tanya macam mana dengan kawan lelaki dia sekarang. dia kata takde contact dah. 

aku rasa hubungan kitorang dah sampai 3 bulan macam tu...satu hari Ina ajak aakku jumpa dan rupa rupanya dia nak mintak putus sebab dia nak bertunang. aku tak sangka Ina sanggup buat aku macam tu. aku rasa macam ak berharga aje masa Ina kata. kita berkawan cara baik dan berpisah pun cara baik. dan keluar ayat klise nanti aku akan jumpa lagi baik dari dia.  dann dia kata dia doakan aku bahagia. 

malam tu aku dn Ina lepak kat taman flat Sungai Way tu sampai dia kata dia nak naik atas rumah dia. dan dia tinggalkan aku. aku pun mengerti bahawa dia tak memerlukan aku lagi dalam hidupnya. aku pun berlalu dan balik rumah. au tak tahu nak describe aku rasa macam mana masa tu. aku rasa frust tapi tak sangatlah nak sedih  sedih. 

so dalam pada tu aku still kerja macam biasa dan aku takkan jatuh sebab seorang perempuan seperti Ina. mak aku kat kampung asyik call aku tanya aku pasal Jannah. sebaab mak aku kata dia nak tanya paasal Jannah kat kakak Jannah. aku tahu mak aku macam ada firasat . tapi nak buat macam mana sebab masa t aku masih mengira duit tak cukup lagi dalam tangan kalau nak tanya atau merisik. aku kena tunggu at least masa tu dikhabarkan aku dapat saham satu lot dan hujung tahun tu dapat bonus. so, aku mintak mak aku rileks dulu dan tanya bila ada duit dalam tangan macam dalam bulan Oktober macam tu. 

so bila aku rasa dah cukup duit dan boleh merisik aku suruh mak au merisik. mak aku pun pergi merisik. the moment of truth - lam,aran atau risikan aku di tolak oleh kkakak Jannah.kakak Jannah cakap Jannah hendak ditunangkan dengan sepupu nya  so..kecewa lah aku dan terseksalah aku hidup menderita. takde jodoh aku dan Jannah rupanya. 

so aku kembali dengan hidupku kat ofis macam biasa aku meamng down aku memang frust. kat luar aku macam biasa tapi bila aku balik kerja aku menangis kat dalam bilik aku.waktu 3 bulan yang berbaki dalam tahun tu jadi tak bermakna. duit yang aku kumpul pun tak bermakna. aku rasa sia sia aje aku setia pada Jannah selama ni.dia bukan untukku. dia milik orang lain.

aku pun idup macam dalam mimpi...maka muncullah seorang awek masa aku tengah frust tu. dia datang interview dan aku tak tahu nak buat gentleman kat siapa lagi. aku buat gentleman macam aku buat kat Jannah...macam aku buat kat mas dan aku buat kat Ina. memang semua gentleman yang aku ada aku layan kat ai. semua budiman aku bagi kat Mai nama dia Maizatul.

so Mai pun terpikat kat aku, aku bukan setakat layan baik kat Mai semua orang yang aku rasa aku nak layan aku layan baik baikmacam kat Isma dan Noraini budak advertising...Melor budak temporary. budak marketing nama Fishah...semua aku baik sampai diorang kata aku playboy. padahal dalam hati aku frust menonggeng diorang tak tahu.   

the END

lonely planet - Pasti/Kau Dan Aku

lagu lagu bertemakan ingin kembali ..ingin sambung semula terus berterusan menghiasi corong corong radio maa tu tak kira lah lagu melayu atau lagu omputeh. yang aku heran tu masa aku frust dulu kat radio bukan main banyak lagu frust. lagu frust sedih namate semua keluar. masa aku rileks tak ingat awek ni dan uma ingat nak sara family pun yang keluar lagu lagu macam Pilgrims, Carburetor Dung dan lagu lagu alternatif macam Pearl Jam ke, Radiohead ke Soundgarden ke...

tapi bilamasa aku tengah rasa ragu ragu nak teruskan ke tak sedangkan dia Jannah entah takde khabar berita...lastnya aku pasrah...maksud pasrah akuserahkan aje segalanya pada Allah...kalau ada jodoh aku dengan Jannah mesti dia jadi milik aku. so aku trylah mengubat kesepian hati aku. aku tak tipu aku trylah mengorat awek...mula mula aku mengorat awekkerja  Georgetown Pharmacy dekat rumah kakak aku kat Oldtown tu...tapi masa tu aku cuma pergi ke kedai George town beli minyak cap kapak je. dan beli panadol. sebab kedai Georgetown tu dekat dengan satu gerai mamak jual sup. makan setiap malam sebelum balik aku singgahlah kat kedai mamak tu mengis perut yang kosong...sebab bila balik aje aku dan Along terus berehat dan tidur. tak ke mana pun aku dan awek Georgetown yang ada iras Vanida Imran tu...masa tu akuusahkan nak mengorat nak tengok awek pun aku malu dan segan...

dan tu masa aku masih kerja Proton...bila aku dah tak kerja Proton dan masa aku dah tulis surat kat Jannah tapi takde balasan aku agak down jugak masa tu. tapi aku kuatkan semangat takkan aku nak jatuh lagi sama macam aku kat Proton. takkan berulang kali kedua aku jadi bodoh hanyut dengan perasaan aku sendiri. sedangkan aku dah ada kerja tetap kat the Star. terpulang pada aku aje sedangkan kerja dan jaminan dah ada. so aku tabahkan hati. untuk tak rasa down..ialah..kena cari peneman sepi walaupun hati aku 100 peratus masih kat Jannah. 

masuk tahun ke dua aku kerja kat  the Star aku dah mula bergaya orang kerja pejabat. pakai seluar slack dan baju kemeja aje hari hari. memang tahun tu aku mula adapt environment sekeliling. aku mula simpan rambut panjang walau aku kerja ofis. tapi rambut panjang yang kemas lah...aku akan ke salu rambut setiap enam bulan sekali untuk rebonding rambut aku hahaha...sampai macam tu aku jaga penampilan aku. aku takde lah hensem mana tapi style tu ada laaa... 

mulanya aku selalu balik kampung dan aku selalu terjumpa satu gadis yang pada pandangan aku macam rupa heroin Hindustan Kajol sikit sikit...aku masa tu konfiden sikit sebab dah melalui proses keyakinan diri kat the Star. sudah  tahu berkawan dan bergaul dengan kawan perempuan...so aku pun siasat rupanya anak saudara kepada kawan kakak aku. nama dia Maslina tinggal dekat kampung nak pergi jalan Tapah di Bidor. dia selalu kat area kampung aku sebab dia ada seorang kawan nama Jan dan seorang lagi Zila kat kampung aku. so senanglah aku mintak number telefon kat Jan atau Zila. dirang baru aje habis periksa SPM . so memang eloklah masanya kan...

dengan Mas aku kawan memang macam pakwe makwe...aku selalu call dia..tulis surat hantar kad raya dan akhirnya dating....memang asyik lah berkawan dengan Mas...cuma aku je takut komitment bila Mas cakap dia dah bagi tahu mak dan ayah dia apasal aku dan dia. aku jadi macam tkut pulak nak terus kawan nanti camne pulak takkan aku nak kahwin dengan mas...huhuhu...Mas ni cepat sangat pulak sedangkan dia baru 18 tahun...aku masa tu 24 tahun...

Mas okey je sebenarnya takde cacat ela sempurna sebagai seorang gadis nak jadi calun isteri. tapi camne dengan Jannah? aku mula slow down dengan Mas. aku jarang jarang tulis surat dan jarang jarang jumpa dia dah. da pun dah ke Penang kerja kat sana. punyalah sama tempat kerja dia dengan jannah kan...so, aku pun slow down sampai mas asyik call aku aje cakap rindu kat aku. aku terpaksa sebab aku takmenipu Mas. sedangkan hati aku masih kat Jannah...

so, aku biarkan aje Mas kat Penang tu...adalah sekali sekali Mas call aku. Mas cakap aku permainkan perasaan dia. bila dah kena tuduh macam tu aku rasa macam ada jalan keluar walau sebenarnya aku perlu masa dalam hubungan aku dengan Mas. kalau dia sanggup tunggu aku dan Jannah samada okey tak okey...ni dia dah bagi tahu family sedangkan aku anggap kawan aje...dan aku tak pernah janji apa apa kat dia.

 terpaksalah aku menyepikan diri...maafkan aku Mas...bukan sebab aku tapi sebab aku....lagipun kau masih muda...

lonely planet - Without You/Never Forget You


without you -
kalau dalam period 1992 aku kat Ipoh simbol atau gambarnya Medan Kidd dan period ke 2 aku kat kampung gambar jalan keretapi. kalau tahun 1993 tu letak gambar kompas juruukur macam hiatus atau jeda....aku tak jumpa lagi. nilah dia jarak waktu dan masa masa aku tempuhi sewaktu aku dan dia menjalani percintaan dan seketika aku masih lagi berharap agar dia kembali pada aku.

lagu lagu yang top masa tu pun memainkan peranan . cara tu lah aku boleh gambarkan yang perasaan aku tak pernah berubah kat dia. tetap mengharapkan dia kembali pada aku. aku tetap tak putus asa masa tu sebab pada aku selagi dia masih takde siapa yang melafazkan nikah tu kat dia selagi tu aku masih ada peluang. tapi iyalah kalau dah takdir camne ye tak . akhirnya cerita aku dan dia terbukti takde jodoh. dia kahwin lain. tapi cerita ni tetap aku tulis kat blog aku ni. aku sebenarnya nak tulis novel tak jadi. tulis skrip drama youtube tak jadi. tulis lagu tak jadi...lastnya aku asyik menulis ajelah kat sini. tapi aku rasa aku akan buat e-book kisah cinta masa remaja aku ni.  aku nak taruk title dia Duhai Kekasih Kekasih...

1994 - korang bayangkan masa aku tunggu akan Jannah ni kembali pada aku masa tu top lagu kumpulan Spring macam Bourgenvilla, Butakah Cinta, Sepi Tanpa Cinta dan lagu Slam - buat seorang kekasih, malam dan semalam, dan masuk album Slam ke 2 tu Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Manisnya Rindu, Nur Kasih...semua lagu lagu tu macam kena pada aku. aku asyik dengar aje lagu lagu tu sepanjang hidup aku di perantauan . aku kerja kat Proton pada mulanya dan aku habiskan masa cuti hari minggu dengan menghabiskan masa sorang sorang kat kedai video games sebab hidup aku terlalu sepi takde kawan.

sehingga sampai satu tahap tu aku rasa sangat down sebab tu aku pun cari dia tak jumpa. aku balik kampung mintak alamat dia kat Penang tapi tak dapat. bukan tak dapat cuma aku segan nak mintak kat kakak dia. so, aku mula rasa down sebab aku takut dia lupakan aku. aku pun takde semangat kerja sampai aku ponteng kerja. sebenarnya aku pun ada masalah kat tempat kerja tapi tambah lagi masalah tu memang down habis rugi aje HR Proton nak offer aku kerja pejabat di unit Treasury selepas aku disahkan jawatan. takde rezeki aku kat Proton tapi aku teruskan jugak demi cita cita aku memiliki Jannah... pojaan hatikooo...

never forget you - aku bertahan sebab aku masih punya cita cita dan matlamat aku cekalkan hati dan akhirnya rezeki aku kerja kat the Star Publication. aku berazam akan bekerja sungguh sungguh untuk mencapai cita cita aku. ye masa aku baru start kerja the Star pun macam macam dugaan..kerja aku tu pun cuma temporary aje dan selepas tamat kontrak aku kena cari kerja lagi. aku carilah kerja dapat kat syarikat Airod Subang masa aku masih dalam kontrak tu. tapi Airod cakap eloklah kerja kat the Star sebab kat the Star lagi macam macam benefit berbanding Airod. 

so,  selepas 3 bulan aku tamat kontrak aku di offer kerja tetap masuk dept HR. aku pun terfikir memang rezeki aku kaerja kat the Star. aku ingat aku kena cari kerja lain. dah rezeki aku kat situ. aku pun balik bercuti kat kampung sebab ada tempoh aku masuk kerja dalam seminggu macam tu. aku balik sekejap kat kampung. mermang takde sesiapa pun masa tu kat kampung. Jannah memang kat Penang. aku tak putus asa aku try jumpa kakak Jannah dan mintak alamat Jannah kat Penang. aku tak jumpa kkakak dia tapi aku jumpa anak saudara dia Chek. dapatlah alamat dia tapi bukan alamat kat Penang. alamat dia kat kampung dia Kulim. 

aku try menulis surat kat Jannah. aku rasa ada jugak aku tulis sampai 3 kali tapi satu pun takde balasan. aku pun frust sebab macam takde harapan dah. aku frust tapi aku tetap bertekad aku tak kira dia balas ke tak surat aku. aku akan cari duit dan kumpul duit untuk memiliki dia. dan lepas aku start kerja selama 3 bulan aku pun disahkan jawatan sebagai kerani HR. aku yang takde apa nak buat aku pun balik kampung hujung tahun tu dalam bulan Disember. 

aku memang tak harap pun jumpa Jannah. tapi entah macam mana aku nampak macam kelibat dia kat rumah kakak dia. yang herannya aku tak nak pergi jumpa dia? kenapa? aku tak tahu. esok harinya aku terus bertolak ke kota sebab cuti aku hanya sampai 31 Disember aje. 

aku hanya mampu memendam perasaan aje nak jumpa aku macam rasa dia tak suka aku lagi macam tu. dan aku takut dia dah ada pakwe. aku memang tak suka kejutan. itu aku..I really dont like suprise...aku takut nanti dia cakap dia dah ada boifren baru. aku taknak kehilangan dia sebegitu awal. so aku pun hilangkan diri aku macam tu aje..itulah sikap aku selama ni. aku takut akan kehlangan dia aku takut hidup aku akan menderita kalau dia dah ada kawan baru.

aku pun teruskan hidup aku walau tanpa dia ..tanpa aku tahu dia kat mana..tengah buat apa...dengan siapa..itu semua aku tak fikir...aku fikir aku cuma nak cari duit aje nak jadikan dia isteri aku.       

 

Thursday 10 June 2021

metamorfosis - without prejudice 2

 

Where did your heart go?
Did you put it on a train?
Did you leave it in the rain
Or down in Mexico?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

October 1992 - bila agak lama aku mengurung diri tu dan aku rasa dah masa aku bangkit balik dari semua kesedihan. aku dan Jannah dah takde apa apa. orang pun dah tak cerita pasal kitorang sebab ada kisah lagi meletup dai kisah kad Valentine aku bagi Jannah tu. kisah jiran dekat rumah aku Ana anak pak Yak minum racun nak bunuh diri sebab family tak suka kat pakwenya. dan tolak hasrat mereka nak kahwin.  

masa ni aku dapat offer dari pusat Giat Mara kat Slim River untuk ambik kursus selama setahun. aku memang happy jugak sebab tu aku minta mak aku untuk pergi Slim River. interview . aku dapat kursus tu tapi aku kena tinggal kat Slim River. kena sewa bilik hostel  dalam rm30 sebulan. aku man ada duit. aku rasa kecewa sebab tergendala cita cita aku. takkan aku nak mintak kakak aku pulak kan. tapi aku ada jugak cerita kat kakak sulung aku. tapi kakak sulung aku pun susah.

masa pun berlalu ...aku dah terusir dari rumah aku sebab bapak aku dah tak boleh tengok muka aku lagi kot kat rumah tu. so satu hari lepas aku balik dari sungai ambik buluh untuk dijadikan para terapkan pinggan kenduri tu. masa tu aku nak makan kat luar so aku dengar bising bising dari dalam rumah. aku tak tahu apa biji butirnya. tapi yang aku dengar suara bapak aku cakap kalau dah rasa besar rasa bagus keluar berambus dari rumah tu. aku masa tu baru nak makan. aku rasa mungkin dia tak suka aku Along dan Acoi macam beriya iya nak jalankan atau nak uruskan majlis perkahwinan kakak aku yang dia kata tak nak ambik tahu dan tak nak masuk campur.

lastnya itulah nasib aku. aku kena halau dari rumah sendiri. makan pun tak lalu rasanya. aku pun masuk ambik kain baju aku dan aku tak tahu nak pergi mana. lastnya opah aku suruh aku tinggal kat rumah dia sebab ada bilik asing dengan penyewa rumah dia. aku rasa sedikit sebanyak opah aku yang jadi dalang menghuru harakan keluarga aku.. itu hal dia lah kan...

aku pun menapak dari rumah menuju rumah opah aku. malam tu aku bersendiri dan Along hantar nasi malam tu. sedih aku dengan nasib aku. entah apalah lepas ni. penyewa rumah opah aku tu ternyata sombong orangnya. aku senyum masa aku nak mandi kat bilik air dia buat tak tahu aje. dia ingat aku ni orang tak baik kot. apa nak buat. redha ajelah. esoknya kakak sulung aku suruh aku tinggal rumah dia buat sementara. aku ikut ajelah. aku tak buat apa apa tapi kakak aku suruh aku datng rumah untuk uruskan perkahwinan kakak aku nombor 2 tu.  

aku pun buatlah apa yang patut...aku datang aku kemas keliling rumah...aku tebas rumput kat depan rumah tu. dan entah kenapa masa aku sibuk sibuk tu datang 4 ekor betina ni macam mengendap apa aku buat. betina kawan maksu Minah..wah Linda, makcik Besah, makcik Jah dan makcik Meera.., konon nak ambik rambutan kat rumah wah Linda tu.  cakap kuat kuat nak bagi aku dengar ahhh apa yang di sibuknya ke ke hulu ke hilir takde masa aku nak fikir. yang aku nampak dan tersenyum dengan aku masa lalu tu kak Nong ambik anak dia balik sekolah dan adik Bakri nama Yati kerja kat Kopnita tu senyum kat aku. ada jugak orang yang tak pandang serong kat aku. aku nampak jgak Jannah ambik anak saudara dia..tapi apa nak buat tengok aje dari jauh.  

rutin aku masa tu ...siang aku kerja kat rumah dan malam aku lepak kat rumah kakak sulung aku. aku ikut aje apa kakak aku suruh. kalau bosan aku ke pekan pulak atau ke rumah kawan aku Shaharuddin kat kampung jalan Bruseh. aku termenung kat tangki tu. aku jerit masa orang takde. dan dah senja aku balik rumah kakak sulung aku. 

yang hairannya masa ni ramai pulak kawan kawan aku cari aku. so diorang jumpa aku kat rumah kakak aku tu. semuanya simpati dengan aku dan ada yang bayar hutang lama diorang dengan aku dan takpun diorang bagi aku duit sikit. aku tak pernah cerita pun kisah aku kat siapa siapa. tapi mana diorang tahu kisah aku? tak mungkin mak aku bagi tahu. aku rasa memang orang follow up pasal aku agaknya walau dah lama kisah aku tu. ayangkan aje..maksu minah dan makcik mariah tu siapa. kalau setiap kali dia jumpa orang mesyuarat kat dewan asyik cerita pasal aku je. kat kawan kawan dia... walaupun dah nak masuk tahun baru dan dah hujung tahun masih ada lagi orang tanya pasa kad Valentine kat mak aku. hahaha...sibuk sangat nak jaga tepi kain orang kan...semua ada agend aje sebenarnya..nak menutup kisah anak sendiri atau kisah sendiri so buatlah cerita pasal aku atau orang lain. itu aje agendanya...

tibalah masa kenduri kahwin kakak aku...  3 JANUARI 1993 . AHAD pukul 12.00 TENGAHARI sampai pukul 3 PETANG. masa kenduri tu bahenol dan kawan kawannya takde. persatuan Wanita Umno dan Kemas...buat rombongan ke kilang kicap Tamin kuala Kangsar. semua yang memfitnah aku buat cerita pasal aku memang takde masa kakak aku kenduri tu. eloklah kot...aku pulak mencurahbaktilah dari pagi sampai ke petang. Jannah aku nampak jugak ke sana ke sini bawak bunga telur. sedangkan aku uruskan nasi dan lauk kenduri. sesekali terserempak dengan dia face to face. aku hanya mampu menghadiahkan senyuman tanpa niat apa apa. usai habis kerja aku pun aku duduk nak makan sebelum balik. masa tu aku nampak Jannah terlari lari balik rumah. aku kehairanan dan tiba tiba semua orang yang aku kenal macam Acoi dan kak ros datang dekat aku dan mereka memperkata tentang Jannah. kakros cakap Jannah menangis sebab kak Noriah usik dia. aku tak faham...lepas makan aku balik rumah kakak aku.

esoknya aku datang lagi ke rumah sebab nak basuh periuk belanga kenduri dan pulangkan barang kenduri ke rumah kak Noriah dan maksu Minah.  demi aku sampai rumah maksu Mnah bawak tungku dapur dan periuk belanga je aku bagi salam. aku tahu Jannah seorang sebab maksu Minah dan yang lain belum balik dari rombngan tu. aku terdengar seseorang berlari lari dari atas rumah ke dapur membuka pintu. 

sebab aku baru je habis basuh periuk belanga denga anak saudara aku Along aku hanya pakai seluar short pendek dan baju singlet. entahle aku rasa aku seksi pulak macam tu. dengan kulit aku ni cerah hampir 80 peratus badan aku terdedah . aku rasa macam George Michael penyanyi utama kumpulan duo Wham nyanyi lagu Wake Me Up Before You Go Go pun ada ...hahahaha

Jannah pun tersenyum kat aku macam dia seronok dan happy jumpa aku. takde kata kata cuma senyuman manis dia. aku rasa dia nak lepas rindu kat aku. orang yang dia rindu pun rindu kat dia. dari bulan Mei taun lepas baru berpeluang jumpa face to face...aku rasa ikatan cinta macam nak berputik kembali je walaupun selama ni disirami racun sepahit hempedu namun kasih sayang tetap segar secerah mentari pagi. Memang Jannah masih sayang kat aku. 

aku pun try nak break the silence. aku tegur dia ..nak letak mana tungku dapur tu sedangkan aku tahu kena letak kat tempat aku ambik. dia pun senyum dan suruh letak tempat aku ambik. memang masing masing tahu hanya nak memecah kesunyian. Jannah pun pandang aku atas bawah...dan tersenyum...ni aku tulis satu dialog yang aku tak pernah tulis sebelum ni kat mana mana entry...

"abang Met ni kulit cerah lah... kulit putih merah merah..." aku naik segan jugak dia cakap macam tu... ada ke dia tengok aku dan terus cakap macam tu. aku pun menonggeng nonggeng kat bawah rumah letak periuk belanga. dia masih tengok aku. rindu betul dia kat aku. tiba tiba Along datang dan jannah pun masuk rumah dan tutup sebelah pintu. hemmmm kacau daun betul Along ni...

metamorfosis - without prejudice 1

Time can never mend
The careless whisper of a good friend
To the heart and mind
If your answer's kind
There's no comfort in the truth
Pain is all you'll find...

 

 Mei 1992 - setelah balik dari Ipoh dan buat keputusan tinggal kat kampung sementara itulah mulanya aku punya jarak waktu yang lama aku menyepi diri dari Jannah dan cintanya...aku berkurung diri dalam rumah macam dalam penjara. malu nak tunjukkan diri kat siapa siapa...tapi bila Jannah datang hari minggu mengaji. aku keluar bawak diri pergi hujung kampung duduk lama lama...aku termenung aku menangis...kat tepi parit..tepi sungai...tepi lombong...tak siapa tahu aku menangis melainkan diri aku sendiri...

aku mengurung diri dalam rumah..aku lepak memerap kat dalam bilik... makan minum pun tak terurus... nasib baik mak aku faham aku...mak aku selalu masak maggi dan buatkan aku air milo. aku menyediri pagi petang siang malam. kalau Nazri balik aku keluar lepak rumah dia bermalam kat rumah dia sebab mak ayah dia pergi Mekah. kalau aku lapar dalam pukul 3 pagi aku cari apa yang boleh makan. dan aku masa tu stress sebab bapak aku asyik nak marah marah dan memang dia pun stress. memang susah nak jumpa dah walau satu rumah. entah apa puncanya aku tak sure. aku selalu keluar memancing guna kail dia dan dia patahkan pulak. aku tak tahu kenapa. so hiduplah aku macam tu nak makan sanggup memanjat palang bilik dan nak keluar sanggup gergajikan besi tingkap supaya tak terserempak dengan bapak aku tu.

aku masa tu hilang punca..nasib baik mak aku tak putus asa dengan aku...nama pun mak kan..dia tahulah apa jadi kat anak dia...dia yang back up aku depan makcik Ba dia yang back up aku depan mak Nazri maksu Minah , makcik Pesah dan geng Wanita Kemas. kalau aku rasa badan macam lemah aje aku pergi belakng rumah dan menebas rumput lalang supaya badan aku tak lemah.

aku rasa diri aku tak berguna pada sesiapa punebab aku gagal nak ambik SPM dan aku gagal jugak nak kerja kat Proton dan sudahnya aku jadi mangsa fitnah orang. aku terperangkap dengan permainan sandiwara manusia yang penuh hasad dengki. so demi meleraikan semua kekusutan aku pun korbankan perasaaan aku. walau aku sendiri terseksa. aku putuskan semua dan aku rela dilihgat gagal supaya manusia manusia tu tak subuk hal aku lagi. aku bagi apa yang diorang nak. 

penganggur takde kerja aku, menipu duit orang aku...muka tak malu nak ngorat awek sebelah rumah aku.semuanya aku...demi aku nak jaga nama mak aku mengajar mengaji. aku jauhkan diri dari Jannah supaya takde lagi orang bercerita pasal aku dan Jannah. Jannah pun tak lama berhenti mengaji. aku tak pernah ucap kata perpisahan kat Jannah. aku hanya back off aje ...semua perasaan aku jauh aku simpan di sudut hati aku paling dalam..aku tak tunjukkan lagi walau pada dia...aku sembunyikan...supaya semua orang dapat hidup bahagia...walau jiwa aku terseksa...

tapi menurut mak aku cerita kat aku...Jannah pulak terpaksa berhenti belajar mengaji dengan mak aku. semasa nak berenti tu aku memang dah keluarlah...Jannah menangis dan memeluk mak aku dan meminta maaf kat mak aku dan kirim salam kat aku. atas apa asalasan pun Jannah tak cakap kenapa nak berhenti. dia hanya menangis dan terus mengeluarkan airmata. mak aku macam faham apa yang ada dalam fikiran Jannah. mak aku cakap banyak banyaklah bersabar dan mak aku cakap kat Jannnah yang aku masih sayang lagi kat dia...walau apa yang terjadi. itu mak aku cakap. kalau mak aku cakap betul betul lah...kalau mak aku cakap tak betul tak betul lah..tapi pernahke mak aku tak cakap benda yang betul kat aku? tak pernah seumur hidup aku...

well gaissss...itulah kisah nya separuh dari kisah masa aku terpaksa menyepi dari cinta Jannah. tapi ternyata cinta kami tetap kukuh gaisss...bacalah entry seterusnya...



 

 

Tuesday 8 June 2021

metamorfosis - bapisah bukannyo bacarai part 3

 

okey gais ni part last...

so aku pun balik kampung lah..aku tak tahu tak buat apa...aku try tanya bapak aku nakcari kerja kalau bapak aku ada tahu mana mana peluang kerja ..yalah dia rapat kat pejaba tanah dan galian. so aku pun follow bapak aku satu hari ke Ipoh jumpa YB ni nama dia Azman Mahalan. punya lama tunggu YB ni dah macam mintak derma aje aku dan bapak aku kat ofis tu menunggu kat lobi. so ada satu masa YB pun masuk pejabat dia ..sibuk sangat masuk ofis dia pun kitorang berdiri..pergghhh memang beza pangkat dan darjat masa tu. terhegeh hegeh aku kat depan YB tu...aku serahkan aku punya potostat sijil semua lepas tu dia suruh bagi kat kerani dia kat luar. aku dan bapak aku pun keluar...memang dia tak layan kitorang. macam tulah orang besar layan kita gaisss...aku dah kena dan aku serik nak jumpa YB ni...itulah last aku nak jumpa diorang. kalau kita takde kabel macam tulah nasib kita.

so, bapak aku dah tolong aku walaupun takde apa apa peluang kerja. aku faham aku punya sijil semua tu tentu masuk tong sampah. lainlah kalau aku ni ada kabel dari ketua kampung ke dari dato mana mana ke...so, aku buat keputusan cari ajelah apa apa kerja pun. janji halal. first aku ajak Along anak saudara aku cari kerja. Along pun masa tu baru habis ambik SPM(V) dia tahun 1992. kitorang pun cari kerja area Jalan Sungkai tu. akau redah je masuk kilang mana yang ada. kerja memang adalah tapi kerja ofis memang takde kosong. yang ada cuma kerja tukang kebun. buruh kasar. hahahaa...

aku sempat apply satu kilang ubat nyamuk dan aku jumpa crush lama aku amoi tu Oikuan. aku yang dah takde apa apa dengan dia. aku buat macam biasa je. tapi itulah kan yang ada kosong cuma tukang kebun dan buruh kasar. aku try lagi dengan Along kat satu kilang buat pasu hiasan Bikamik. usahawan tembikar dari Kuala Kangsar. so kat situ aku jumpa sorang tu namanya Saleh. Saleh kata memang ada kosong tapi bos takde nak interview. lastnya lepas interview aku dan Along dapat kerja tu. kerjanya buat pasu tembikar lah. macam cerita Ghost tu. yang ada Demi Moore dan Patrick Swayze berlakon tu.hahaha..

tapi yang hairannya...aku tak boleh buat kerja tu...semua skill aku takde entah kemana. aku pun terkejut masa sekolah aku score sabjek Lukisan? aku pun kena tukar bahagian mold atau uli tanah liat. sedih pulak rasa dah macam buruh kasar je kerja. so aku pun bila dapat gaji first aku tak datang kerja dah. aku berenti. aku cari kerja lain. aku pergi register kat pejabat Buruh Tapah. nak rekemen rekemen takde sapa nak rekemen kan...betul cakap opah aku tu.dulu.usahkan nak ngorat awek atau gf..nak mintak kerja pun orang pandang rendah kat kita kalau kita orang miskin. so aku tunggu ajelah pejabat buruh panggil aku interview.

sebelum tu sempat jugak aku apply kerja BSN sebab ada orang cakap ada kosong. aku siap jumpa crush lama masa sekolah iaitu Mahfuzah yang jadi kerani teller situ. dia pun terkejut tengok aku dan Nazri. dia kata borang takde dah habis. dia suruh aku datang rumah dia. pelik betul Mahfuzah ni suruh datang rumah pulak. aku terus tak jadi apply kerja tu. lain macam suruh datang rumah apa hal. hahahaha...Nazri cakap Mahfuzah tu dia nak try aku lah tu. aku rasa macam pelik aje hahaha... 

lepas tu ada pulak sorang jiran kampung nama kakros cakap ada kerja kosong sebagai kuli sukat tanah. hemmm...kerja ukurtanah sama macam kerja bapak aku le tu. tapi ni ada tokey sedangkan bapakaku kerja freelance. samalah kerjanya macam bapak aku. so kakros suruh aku jumpa sorang tu nama Man. rupanya dia kawan sekolah aku masa sekolah rendah dulu nama sebenar dia Din. dan dia ni pulak suami pada kawan aku masa sekolah menengah dulu nama Amy. aku takdelah baik sangat dengan Amy. dan lastnya aku ikutlah man kerja tu sebvagai kuli sukat tanah. ada sorang tokey tu bekas pesara kerja juruukur kat Tapah. dan rupanya tokey tu bapak kawan aku jugak Tan Bee Lin....dan ada sorang lagi pekerja tokey tu anma dia Mat Noor jugak kawan aku masa sekolah rendah.

aku masuk kerja tak tahu apa apa...walau itu memang kerja bapak aku selama dia menyara keluarga. itulah hikmahnya. aku dapat kerja tu dan aku faham macam mana selama ni bapak aku kerja. bermula darikerja kuli aku pun slow slow belajar macam mana nak ambik rantai dan teropong pakai kompas. aku rasa aku memang ada bakat kerja ni sebab memang ada mengalir dalam darah aku kerjaya seorang land surveyor. dan aku sibuk dengan kerja aku dan Man dan Matnoor samapi takde masa nak fikir pasal bekas kekasih sebelah rumah tu.  biarlah dia dengan hidup dia. aku dah tercapai cita cita nak sara dan bela nasib eluarga aku. walaupun pendapatan tak sebanyak mana asalkana rezeki halal dan berkat aku sabar ajelah.

aku memang selekehlah kerja ni. aku pergikerja naik basikal dan berpakaian seorang kuli sukat. selekeh dan takde apa apa. aku sedar masa tu orang pandang rendah kat aku. takpe aku buat aje apa yang patut aku buat sudah. satu hari aku terjumpa maksu minah kat pekan masa aku dan kawan kawan minum pagi kat kedai mamak. maksu minah tanya ku kerja apa. aku tak jawap dan cuma senyum aje. itulah respons aku sampai kawan aku nama Matnoor tu tanya kenapa aku tak jawap. lastnya aku bagitahu kat Matnoor aku rasa terhina.sebab itu aku tak jawap cuma senyum aje.

aku memang sedar maksu Minah pandang hina kat aku. sebab pagi pagi aku keluarkan basikal nak pergi kerja dia lalu depan rumah bawak kereta nak hantar suami dia ke stesen bas kerja kat Slim River sebagai assistant DO. aku jadi tawar hati sebab dulu pun aku mintak reemen kat suami dia tu Acu Din nak sambung form six kat Tanjung malim . tapi dia suruh jumpa DO tu sendiri. samaah kan..kita orang miskin sapa nak tolong...

ada satu hari tu aku balik awal sebab aku cedera masakerja kat ladang ternak itik di desa damai. aku pun naik basikal dengan  kaki luka kena paku . aku pun lalu kat depan masjid..aku nampak kelibat jannah kat tepi jala rumah besar tu dengan basikal dia. tapi ada sorang mamat pulak atas motor yang sembang. sedih dan sayu aku rasa masa tu. sedih sebab dia dah ada kawan baru..sayu sebab masa tu aku punya keadaanlah...dengan bau busuknya berpeluhnya..aku nampak Jannah tapi mungkin dia tak perasan aku lalu naik basikal.sedh ooooo masa tu...balik tu lepas bersihkan diri aku pun ajak anak saudara pergi klinik. balik klinik aku lepak kejap depan rumah ada orang bagi salam. rupanya Jannah nak bagi laksa. Jannah tanya kenapa kaki aku berbalut. aku cakap takpelah dah nasib .apa nak buat. lepas tu dia macam sedih menangis bila aku cakap macam tu dan balik rumah. aku pun hairan...apalah yang dia fikir? dia kesian kat aku agaknya...

so masuklah dekat hujung tahun bulan Oktober macam tu aku start kerja sukat tu dari bulan Julai...dah 3 bulan aku kerja dan aku rasa selesa. akadang kadang ada jugak pejabat Buruh suruh pergi interview sana sni. ada yang dapat ada yang tak dapat. tapi aku sabar aje aku tetap kerja sampai aku dapat kerja sesuai baru aku berenti kerja sukat tu.

bulan Oktober kaka aku balik kampung sebab nak melahrkan anak pertama dia. dia buat kenduri dan masa tu maksu Minah pundatang tolong sebab dia jiran aku kan. aku pun bla maksu Minah datng tolong takkan nak sombong. aku dan maksu Minah pun menggoreng ayam kat luar. tak sangka  Jannah pun datang. dan terus duduk kat aku yang tengah goreng ayam tu. maksu Mnah pu hairan kenapa jannah duduk dekat dekat aku. jannah macam lepas rindu kat aku je masa tu. aku pun macam tak percaya Janah muncul depan mata aku. jiwa aku yang selama ni merindukan dia....hati yang asyik terngat kat dia..dan tiba tiba dia datang bagaikan mimpi.

indah sungguh pertemuan  aku dan Jannah petang tu. aku asyik berpandangan demnngan Jannah macam tak percaya dia datang. dia pun asyik tersenyum happy kat aku. itulah hari yang paling bahagia aku rasa. aku terlupa pada kisah pahit antara aku dan dia masa tu. aku sempat bergurau dengan dia. dia pun asyik ketawa je...

sayangnya...kebahagiaan tu tak lama...melihat aku dan Jannah macam seronok dan happy maksu Minah pun suruh Jannah balik ebus laksa sebab adik angkat dia polis nak datang petang tu. so aku sedarlah walau Jannah suka dan sayang kat aku yang tak suka kat aku maksu Minah tetap tak suka kat aku. betul lah kata opah aku dulu orang m,iskin siapa nak...baik memang baik namun tak usah haraplah orang nak jadikan kita adik ipar...nasib nasib...

tapi walau macam tu aku tetap nekd sebab aku tahu Jannah sayang lagi kat aku. walau maksu Minah paksa dia suka kat orang tu suka kat orang ni. Jannah tetap sayang kat aku...so dengan itu aku jadikan pegangan selagi Jannah tidak dimiliki siapa siapa secara sah aku tetap akan berjuang untuk memilikinya. walau apa pun terjadi. namun jika sudah takde jjodoh aku akan terima takdirnya namun  aku takkan mengalah sebelum berjuang...

okey gaisss...tamat kisah aku dan Jannah tahun 1993...kalau aku rajin aku akan menlis lagi sampai sudah kesah nio..hahahaha..nak jumpa Jannah masa ni dia dah pun bahagia dengan family dia...aku pundah ada family sendiri. dan takdir tak mengizinkan aku bertemu dengan dia walaupun sudah bertahun tahun lamanya. inilah kali terakhir aku jumpa dia pada tahn 1993 gaisss...sekarang dah tahun 2021...hahahaha...

okey gaisss...selamat berPKP 2.0...dan semoga kita semua berada dalam selamat dan sejahtera...dan semoga wabak covid ni akan berakhir dan kita menjalani hidup macam biasa. amin.

metamorfosis - bapisah bukannyo bacarai part 2


okey mana nak start ye citer ni...

part I - aku pun merantau lagi ke kotaraya kali ni membawa hati yang luka...terusir dan di usir sampai dua kali...nak jumpa bekas kekasih pun tak sempat jumpa walaupun aku tahu dia masih sayang kat aku. itu ajelah bekal buat aku merantau. merantau kali ni memang mengadu nasib diri terbuang...

aku pun startlah kerja kat kilang Shah Alam tu. Chungwah Plastic Tube namanya.dekat dengan kilang Carlsberg tu..kat Batu 3. aku duduk hostel macam orang lain satu batch yang datang dengan bas dari kampung. so aku pun try lah mix dengan semua orang sebab aku tahu aku sebatang kara je masa tu. dapat pulak satu bilik 4 orang 1 orang teluk Intan labu kubong dan 2 orang lagi mana entah kuala kurau kot...terpaksalah sesuaikan diri. dan untuk tak rasa bosan aku try main sepak takraw walau tak reti...main bola tampar macam tu walau aku punya spek pun dah pecah. aku main redah je...satu malam aku pecahkan banyak tube TV sebab aku tak nampak kerja dalam gelap. spek aku patah masa kat kampung aku terpijak.

aku kerja aje selagi ada masa. aku tak pedulikan diri aku. sakit ke demam ke...panas ke...dalam kepala aku. aku cuma nak cari duit aje.aku bantai overtime takde cuti walau sehari...kira aku kerja 16 jam sehari. 8jam malam 8 jam siang. kalau ada overtime pun aku ambik aje tak kira dah.

so minggu yang ke dua badan aku mula sakit sakit. aku demam panas. nak makan pun takak rasa pahit. aku pun usha pergi klinik dan klinik bagi cuti . nasib baik masa tu gaji dah keluar.aku dapat dalam seribu lebih jugak.so dalam kepala aku aku rasa nak berehat sekejap. kalau aku berehat kat kilang memang takde sape nak jaga lah camtu. aku terfikir nak lepak rumah mak saudara aku kat PJ. selama ni pun aku pegi situlah kalau aku ada problem. 

so aku lepak kat rumah mak saudara aku untuk kasi sihat. mak saudara aku pun faham. aku tak cerita lebih lebih. aku cakap aku nak menumpang sementara aku tak sihat tu. dalam dua minggu jugak lah aku menumpang. mak saudara aku dan sepupu aku memang take care aku sampai aku sihat. aku pun keluarlah duit apa yang patut aku bagi duit belanja kat mak saudra aku. 

bila dah lama tak kerja tu aku memang resmi berhentilah kan...so, lepas sihat aku pun try cari kerja. sebelum dapat kerja aku tolong sepupu aku dan kawannya bisnes burger. dalam seminggu macam tu aku dapat kerja kat kedai farmasi Georgetown. aku masuk kerja dalam bulan Mac macam tu sebagai storekeeper. 

part II - okey dah habislah kat PJ tu dan aku rasa macam dah tak best nak kerja kenapa tak tahu. aku betul betul rasa jiwa kosong...aku kerja balik kerja dan aku buat apa yang aku nak buat. aku dapat je duit gaji aku belanaj apa aku nak. kadang kadang aku bosan aku ke video games..bayangkan satu hari habis 10 ringgit untuk video games saja. kalau dah 10 hari dah seratus...sebulan dah 300...gaji aku sebulan 400 ringgit aje...aku banyak boros berbelanja. aku tinggal kat rumah mak saudara segan jugak kan. aku balik kerja aje aku makan meerubus mamak sekali makan 3 pinggan.aku tak tahu apa yang jadi kat diri aku. aku lansung tak ingat kat Jannah. walaupun orang asyik tanya aku ada awek ke takde. masa tu kat rumah mak saudara aku ramai budak pondok lepak sebab cuti sekolah. 

aku pun macam nak cari apa yang hilang dari diri aku...lastnya aku ziarah kakak aku yang dah kahwin tu kat PJ Oldtown. memang rupa rupanya mak aku asyik tanya aku kat kakak aku tu. aku rasa sedih. nak balik aku dah kena halau. masa tu bulan puasa. aku masih lagi terfikir aku nak balik kampung ke tak raya nanti. kakak aku suruh balik sebab mak rindu aku. aku masih lagi rasa tak perlu balik kampung sampailah satu masa tu esoknya dah nak raya dan aku takde tiket bas nak balik. sebab tiket bas habis. aku termenung ..sorang sepupu nama Ijot cakap slowtalk kat aku. baliklah..dan mak saudara aku pun cakap baliklah. aku rasa sayu..aku pun kemas kan apa yang patut dan balik naik bas ganti ganti...

sampai aje kat kampung aku yang memang takde ready apa apa nak sambu raya.pinjam seluar sekolah sepupu nama Nizam dan baju melayu pun yang masa sekolah dulu. aku ada gambar tapi entah mana pegi. memang aku kurus kering masa tu. anik gambar kat depan rumah pokok kelapa. 

so, aku berbaik balik dengan bapak aku aku lupakan aje apa yang berlaku sebelumnya. aku sempat nampak Jannah masa sebelum hari raya tu. petang tu kebetulan Nazri pun ada aku lepak kat jambatan tu. Jannah macam tak peduli pun aku masa tu.masa tu aku memang cengkung macam kurus kering giler...tak tahu kenapa...

masa hari raya aku lepak aje kat rumah ...entah macam mana opah aku pun ada. aku lepak dengan opah aku sebab abang ipar aku bawak mak ayah aku jalan jalan raya kat Tapah Road dengan kakak aku. aku pun tak faham opah aku sembang pasal maksu Minah dan Jannah..opah aku macam sindir aku..dia cakap aku ni orang miskin takkan orang tu nak aku. aku terkejut. opah aku boleh cakap macam tu kat aku. aku terfikir oapah aku ni ada dengar sapa sapa cakap pasal aku ke? aku pening sebab opah aku ni bukannya betul sangat tapi dia ingat apa orang cakap kat dia.sebelum ni dia kat rumah makcik saudara aku tu dan lepas raya turn bapak aku pulak jaga opah aku. so ni mungkin dari perbualan maksaudara aku tu .

aku pun pening kepala dan selepas raya aku balik ke kotaraya dan sambung kerja. aku memikirkan apa yang opah aku cakap tu dan bagi aku down. aku jadi takde semanagt nak kerja dan jugak kakak aku suruh aku balik kampung aje jaga mak ayah sebab dah takde siapa nak jaga lagi. kalau bukan aku. aku memang serba salah. kalau kat kampung aku nak kerja apa? jual jambu? jadi guard kilang?

dan aku sempat lepak dengan Nazri kat rumah dia kat KL . dia macam tu jugak. aku pun tak tahu apa dia buat. mungkin hidup disponsor abang abang dia dan mak dia.tapi duduk kat KL . kalau duduk kat kampung orang tahulah dia tak kerja kot. entahlah sekarang aku fikir diri aku je. dan aku fikir pasal mak ayah aku kat kampung. aku tak nak sia siakan diorang. kali ni aku nak tebus balik apa yang adi sebelum ni.

so dengan berat hati aku pun berenti kerja dan balik kampung. nekad nak duduk kampung dan sara mak ayah aku walau apa pun jadi. pasal cinta ku dah lupakan sebab Jannah pun macam dah berubah hati. dan kata kata opah aku tu cukup terkesan pada aku. siapa nak kat aku n orang miskin. dan aku tahu Jannah tahun ni periksa SPM dan aku takkan ganggu dia. 

aisey gaissss...ada part 3 lah gaisss...okey bersambung lagi gaissss...

   

Monday 7 June 2021

metamorfosis - bapisah bukannyo bacarai part 1


well gaisss...setelah ada krisis dengan orang tua aku pada hujung tahun 1992 sad but true macam cerita prof Hamka tu aku terusir dari rumah sendiri dan dari kampung sendiri... aku pun angkat kaki ke kotaraya lagi...aku masa tu memang takde duit dan takde apa apa dah..aku memperjudikan nasib aku je pergi kerja kat kilang tube TV kat Shah Alam. nasib baik ada hostel dan ada kopun makan...so tercampaklah aku kat situ. aku tak punya apa apa dah lagi masa tu...aku harus tabah untuk terus hidup...

bayangkan kau kena halau dari rumah atas sebab apa pun kau tak tahu. aku ni usahkan nak melawan nak angkat kepala pun tak pernah kat orang tua...aku ceritalah sikit macam mana seksanya aku masa tu. selepas aku balik je dari lepak kat Ipoh kerana gagal hidup merantau kat sana. gagal dalam cita cita dan cinta. so aku pun baliklah kampung untuk aku redakan kisah aku kena fitnah tu dulu. aku kena fitnah tipu duit orang kat Ipoh. yang fitnah bukan siapa siapa mak saudara aku juga. 

panjang kisah dia aku nak cerita. dan yang jadi tambah sedih hidup aku lagi terpaksa mengakhirkan kisah cinta aku yang baru nak berputik dah kena simbah racun oleh orang kampung. pelik aku...apalah mereka jeleskan aku dan awek aku tu...sedangkan aku tak pernah kacau hidup diorang. pun panjang kisahnya...sudahnya aku pun huraikan segala kekusutan tu. aku korbankan perasaan dan lupakan semuanya cita cita hancur berderai cinta pun hancur berkecai...

aku banyak menghabiskan masa menjauhkan dan mengasingkan diri aku dari pandangan orang..supaya semua orang  lupa akan kisah aku. so sementara tu yang aku boleh buat bawak diri ke hujung kampung...duduk sorang sorang...tepi sungai...tepi jalan keretapi...siapa yang nak kawan dengan aku lagi dah masa tu...nasib baik aku dapat kerja guard dekat kilang kelapa sawit. masuk awal pagi subuh dan balik pun di ini hari jalan kaki. so mungkin sebab tu banyak tuduhan aku terpaksa terima kalau balik malam jalan kaki dari kilang sejauh 2 kilometer ikut jalan kampung...aku orang ingat aku buat perkara tak elok ke.  

korang tahu tahun ni semua lagu lagu yang hits kat radio semua lagu lagu frust tak kira lagu melayu atau lagu omputeh seolah olah mengerti perasaan aku berdukalara....pelik kan boleh ada satu lagu country tu titlenya  - Sometimes Love Just Ain't  Enough  & Don't Let The Sun Go Down On Me & Have You Ever Needed Someone So Bad - dan lagu lagu lain pun sama macam seiring dengan perasan aku masa tu.

ada satu masa tu aku terserempak juga dengan Jannah masa aku balik jalan menyusuri jalan kampung masa tu Taman Bidor Jaya kat kilang sawit tu baru je start construction...aku balik shif siang so aku jalan kaki ikut jalan kampung. aku baru sampai depan sekolah tu aku nampak Jannah...orang yang selama ini aku menghindar dan menyorok kalau jumpa. habis tu kalau terjumpa takkan nak buat muka masam atau nak buat tak tahu...so masa tu dia sorang basikal dia. aku tanya lah apasal...

" kenapa Jannah? ada apa yang patah? rantai putus? "

"takde apa yang patah ke putus ke abang Emmett...yang patah cuma hati saya ..abang Emmett baru balik keja ke..."

oh okey...abang nak singgah kejap kedai Sakuntahala ni..nak beli maggi...Jannah balik dululah ye..."  

ujarku sambil menolak untuk kelihatan bersama kerana aku sendiri tak tahu apa status kitorang masa tu. aku pun rasa dia dah habis dah tempoh masa bertenang dia lepas dia taklagi belajar mengaji al quran dengan mak aku..mungkin dia dah terima yang aku dan dia macam takde apa apa...sebab dia nampak macam kuat je hati dia...itulah yang aku harapkan..aku tak nak seret dia sekali dengan masalah hidup aku. biarlah semuanya aku tanggung sendiri. memang aku berpura pura nak lupakan dia..aku menipu diri aku sendiri namun demi kebaikan semua orang tak mengapalah...

dan ada sebuah kisah yang mungkin membuat orang lain lupa pada kisah kami berdua. kisah seorang gadis yang kebetulan kawan aku dan tinggal pun berdekatan dengan rumah aku. Ana yang ada kes minum racun sebab kecewa cinta. sebab kekasih dia ditolak keluarganya lebih lagi ayahnya. rasanya dia minum racun round up tu...nasib baik Ana selamat takde apa apa dan masuk hospital .

aku pun dah tak duduk rumah aku masa tu..aku dah tinggal menumpang kat rumah kakak aku yang sulung. rasanya semua orang tahu kot aku kena halau tu.sampai kat rumah awam pun ada orang bercerita pasal aku. kat rumah awam aku peduli apa...aku asing kat situ...aku buat dono aje...aku menumpang sekejap kat rumah kakak aku tu sementara tunggu offer kerja mana mana...sebab asal aku menumpang dia masa tu aku kena stay kat kampung sebab nak uruskan kerja kahwin kakak aku number 2 masa tu.  

terserempak lagi dengan Jannah masa kenduri kahwin berlansung. aku nampak dia kuat dan cekal. aku pun rasa okeylah...takut jugak kalau dia frust sampai jadi macam Ana ke...mintak simpang le kata orang kan...Ana tu dah kerja dan sebaya aku. sedangkan Jannah baru je 16 tahun...aku buat macam takde apa apa..aku cool aje sampai masa aku pulangkan barang kenduri macam pinggan mangkuk dan tungku dapur kat rumah dia. dan mak aku cakap kat aku masa datang menziarah kat rumah kakak sulung aku dengan pengantin baru.

"Met..tadi masa pergi rumah jiran dekat rumah tu..Jannah kirim salam..dia cakap minta maaf sebab tutup pintusebelah tu sebab dia malu masa Along ada."

"haaa..kirim salam...jannah cakap macam tu? maknanya dia masih sayang saya lagi ke mak? "

"ya lah dia sayang kat kau...sabar Met...kalau ada jodoh tak ke mana..."

kata kata mak aku memberikan aku harapan baru. rupanya Jannah masih sayang kat aku walaupun aku menghindar dari dia. menyepikan diri dari dia. menjauhkan diri dari dia. aku tak tahu apa yang buat dia kuat macam tu., mungkin dia memang seorang perempuan yang cekal hatinya. mungkin dia faham akan keadaan diri aku yang hidup tak tentu arah haluan lagi ni. kalau macam tu bertuahnya aku sebab kami masih jadi kekasih walau banyak halangan menimpa kami berdua. bapisah bukannya bacarai...

dah dekat 2 minggu aku stay menumpang rumah kakak sulung aku tu...dia takdelah cakap apa apa pun...tapi biasalah...maksud aku mungkin dia pun merasa terbeban masa aku menumpang rumah dia. aku perasan sebab bila aku duduk rumah aje semua oraqng keluar. maknanya kehadiran aku tak diperlukan kat rumah tu. so pandai pandailah aku bawak diri...carilah kerja dan aku kena angkat kaki dari situ secepat mungkin. 

sebenarnya aku ada pilihan masa tu. sebelum aku dapat kerja kat Shah Alam tu. aku dapat surat offer dari Pusat Giat Mara Slim River. aku dah pun pergi interview dalam bulan October sebelum aku kena halau tu. aku diminta untuk mendaftarkan diri sessi 1993 pada 1 Dec 1992 . maksudnya aku masih ada masa depan lagi. aku tak cerita pun kat siap siapa kecuali kat sorang awek gerai kat taman perumahan awam rumah kakak sulung aku tu. aku termenung kat gerai dia satu malam tu dan dia tegur kenapa. aku pun terceritalah masalah aku kat dia sebab aku tengok dia baik hati. dia punya baik sampai nak bagi aku pinjam duit sementara aku tak dapat elaun. nama dia Zaharah anak saudara taukey kedai asal Kelantan. tak sangka kan masa masa aku macam tu masih ada lagi awek yang nak mengetuk pintu hati aku. sampai Nazri pun hairan aku ni senang buat hati awek cair masa tu. mungkin sebab muka aku penuh keikhlasan dan kejujuran. 

dan bila masanya tiba..aku pun angkat kaki tanpa sempat jumpa Jannah. sebab aku sedar masamasa macam tu memang tak sesuai untuk aku dan dia bertemu dan bersua. dia kena jaga hati kakak dia yang sering dicucuk orang belakang rumah dia mak kawan aku Azhar. mungkin mak Azhar ada hati kat Jannah ...dan aku kena jaga airmuka mak aku sebagai guru mengaji al Quran. hubungan aku dan dia menjadi buah mulut orang kampung aje nanti...walau sampai cerita ni di tulis orang orang yang bawak mulut tu aku masih ingat siapa. 

ni list nama orang yang fitnah aku masa tu...ada yang masih hidup dan ada yang sudah tiada...sorilah ye... makcik Mariah - mak saudara aku 1 - ipar duai abang Nazri - yeop dan family di Ipoh ( ni lah punca ), Nazri, kakak Jannah - maksu Minah, mak saudara aku 2 - makngah Tun, makcik Besah, makcik Ba,wah Linda yang anak dia bf Ana. makcik Meera , makcik Jah, makcik Bi Isa, ..sebab mak mak diaorang ni sampai menjangkit ke anak diorang memandang rendah kat aku..sampai zaman fb sekarang pun diorang punya bahasa macam diorang bagus sangat. macam suzana anak makcik Meera, buan anak makcik Bi sama aje kan?

okeylah nanti aku sambung part 2 kisah aku masa mencari rezeki mencuba nasib di kota setelah kisah cinta aku mendapat ujian yang hebat dari semua sudut. walaupun macam tu aku percaya ada jalan terbentang di hadapan kami. walaupun aku difitnah orang Ipoh tu...dipisahkan oleh kakaknya..di jadikan buah mulut orang kampung sebab aku mengaku dia kekasih aku. aku di halau orang tua aku hidup tak tentu arah haluan.aku . semua tu aku persetankan sebab aku tahu Jannah masih sayang kat aku lagi. walau aku tak pernah berjanji apa apa pada Jannah tapi aku tahu macam mana aku rasa kat Jannah macam tulah Janah rasa kat aku. sebuah kepercayaaan pada satu ikatan cinta suci...dan kami cuma hanya mampu berdoa...agar hubungan kami mencapai matlamatnya...

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)