Thursday 10 June 2021

metamorfosis - without prejudice 2

 

Where did your heart go?
Did you put it on a train?
Did you leave it in the rain
Or down in Mexico?
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

October 1992 - bila agak lama aku mengurung diri tu dan aku rasa dah masa aku bangkit balik dari semua kesedihan. aku dan Jannah dah takde apa apa. orang pun dah tak cerita pasal kitorang sebab ada kisah lagi meletup dai kisah kad Valentine aku bagi Jannah tu. kisah jiran dekat rumah aku Ana anak pak Yak minum racun nak bunuh diri sebab family tak suka kat pakwenya. dan tolak hasrat mereka nak kahwin.  

masa ni aku dapat offer dari pusat Giat Mara kat Slim River untuk ambik kursus selama setahun. aku memang happy jugak sebab tu aku minta mak aku untuk pergi Slim River. interview . aku dapat kursus tu tapi aku kena tinggal kat Slim River. kena sewa bilik hostel  dalam rm30 sebulan. aku man ada duit. aku rasa kecewa sebab tergendala cita cita aku. takkan aku nak mintak kakak aku pulak kan. tapi aku ada jugak cerita kat kakak sulung aku. tapi kakak sulung aku pun susah.

masa pun berlalu ...aku dah terusir dari rumah aku sebab bapak aku dah tak boleh tengok muka aku lagi kot kat rumah tu. so satu hari lepas aku balik dari sungai ambik buluh untuk dijadikan para terapkan pinggan kenduri tu. masa tu aku nak makan kat luar so aku dengar bising bising dari dalam rumah. aku tak tahu apa biji butirnya. tapi yang aku dengar suara bapak aku cakap kalau dah rasa besar rasa bagus keluar berambus dari rumah tu. aku masa tu baru nak makan. aku rasa mungkin dia tak suka aku Along dan Acoi macam beriya iya nak jalankan atau nak uruskan majlis perkahwinan kakak aku yang dia kata tak nak ambik tahu dan tak nak masuk campur.

lastnya itulah nasib aku. aku kena halau dari rumah sendiri. makan pun tak lalu rasanya. aku pun masuk ambik kain baju aku dan aku tak tahu nak pergi mana. lastnya opah aku suruh aku tinggal kat rumah dia sebab ada bilik asing dengan penyewa rumah dia. aku rasa sedikit sebanyak opah aku yang jadi dalang menghuru harakan keluarga aku.. itu hal dia lah kan...

aku pun menapak dari rumah menuju rumah opah aku. malam tu aku bersendiri dan Along hantar nasi malam tu. sedih aku dengan nasib aku. entah apalah lepas ni. penyewa rumah opah aku tu ternyata sombong orangnya. aku senyum masa aku nak mandi kat bilik air dia buat tak tahu aje. dia ingat aku ni orang tak baik kot. apa nak buat. redha ajelah. esoknya kakak sulung aku suruh aku tinggal rumah dia buat sementara. aku ikut ajelah. aku tak buat apa apa tapi kakak aku suruh aku datng rumah untuk uruskan perkahwinan kakak aku nombor 2 tu.  

aku pun buatlah apa yang patut...aku datang aku kemas keliling rumah...aku tebas rumput kat depan rumah tu. dan entah kenapa masa aku sibuk sibuk tu datang 4 ekor betina ni macam mengendap apa aku buat. betina kawan maksu Minah..wah Linda, makcik Besah, makcik Jah dan makcik Meera.., konon nak ambik rambutan kat rumah wah Linda tu.  cakap kuat kuat nak bagi aku dengar ahhh apa yang di sibuknya ke ke hulu ke hilir takde masa aku nak fikir. yang aku nampak dan tersenyum dengan aku masa lalu tu kak Nong ambik anak dia balik sekolah dan adik Bakri nama Yati kerja kat Kopnita tu senyum kat aku. ada jugak orang yang tak pandang serong kat aku. aku nampak jgak Jannah ambik anak saudara dia..tapi apa nak buat tengok aje dari jauh.  

rutin aku masa tu ...siang aku kerja kat rumah dan malam aku lepak kat rumah kakak sulung aku. aku ikut aje apa kakak aku suruh. kalau bosan aku ke pekan pulak atau ke rumah kawan aku Shaharuddin kat kampung jalan Bruseh. aku termenung kat tangki tu. aku jerit masa orang takde. dan dah senja aku balik rumah kakak sulung aku. 

yang hairannya masa ni ramai pulak kawan kawan aku cari aku. so diorang jumpa aku kat rumah kakak aku tu. semuanya simpati dengan aku dan ada yang bayar hutang lama diorang dengan aku dan takpun diorang bagi aku duit sikit. aku tak pernah cerita pun kisah aku kat siapa siapa. tapi mana diorang tahu kisah aku? tak mungkin mak aku bagi tahu. aku rasa memang orang follow up pasal aku agaknya walau dah lama kisah aku tu. ayangkan aje..maksu minah dan makcik mariah tu siapa. kalau setiap kali dia jumpa orang mesyuarat kat dewan asyik cerita pasal aku je. kat kawan kawan dia... walaupun dah nak masuk tahun baru dan dah hujung tahun masih ada lagi orang tanya pasa kad Valentine kat mak aku. hahaha...sibuk sangat nak jaga tepi kain orang kan...semua ada agend aje sebenarnya..nak menutup kisah anak sendiri atau kisah sendiri so buatlah cerita pasal aku atau orang lain. itu aje agendanya...

tibalah masa kenduri kahwin kakak aku...  3 JANUARI 1993 . AHAD pukul 12.00 TENGAHARI sampai pukul 3 PETANG. masa kenduri tu bahenol dan kawan kawannya takde. persatuan Wanita Umno dan Kemas...buat rombongan ke kilang kicap Tamin kuala Kangsar. semua yang memfitnah aku buat cerita pasal aku memang takde masa kakak aku kenduri tu. eloklah kot...aku pulak mencurahbaktilah dari pagi sampai ke petang. Jannah aku nampak jugak ke sana ke sini bawak bunga telur. sedangkan aku uruskan nasi dan lauk kenduri. sesekali terserempak dengan dia face to face. aku hanya mampu menghadiahkan senyuman tanpa niat apa apa. usai habis kerja aku pun aku duduk nak makan sebelum balik. masa tu aku nampak Jannah terlari lari balik rumah. aku kehairanan dan tiba tiba semua orang yang aku kenal macam Acoi dan kak ros datang dekat aku dan mereka memperkata tentang Jannah. kakros cakap Jannah menangis sebab kak Noriah usik dia. aku tak faham...lepas makan aku balik rumah kakak aku.

esoknya aku datang lagi ke rumah sebab nak basuh periuk belanga kenduri dan pulangkan barang kenduri ke rumah kak Noriah dan maksu Minah.  demi aku sampai rumah maksu Mnah bawak tungku dapur dan periuk belanga je aku bagi salam. aku tahu Jannah seorang sebab maksu Minah dan yang lain belum balik dari rombngan tu. aku terdengar seseorang berlari lari dari atas rumah ke dapur membuka pintu. 

sebab aku baru je habis basuh periuk belanga denga anak saudara aku Along aku hanya pakai seluar short pendek dan baju singlet. entahle aku rasa aku seksi pulak macam tu. dengan kulit aku ni cerah hampir 80 peratus badan aku terdedah . aku rasa macam George Michael penyanyi utama kumpulan duo Wham nyanyi lagu Wake Me Up Before You Go Go pun ada ...hahahaha

Jannah pun tersenyum kat aku macam dia seronok dan happy jumpa aku. takde kata kata cuma senyuman manis dia. aku rasa dia nak lepas rindu kat aku. orang yang dia rindu pun rindu kat dia. dari bulan Mei taun lepas baru berpeluang jumpa face to face...aku rasa ikatan cinta macam nak berputik kembali je walaupun selama ni disirami racun sepahit hempedu namun kasih sayang tetap segar secerah mentari pagi. Memang Jannah masih sayang kat aku. 

aku pun try nak break the silence. aku tegur dia ..nak letak mana tungku dapur tu sedangkan aku tahu kena letak kat tempat aku ambik. dia pun senyum dan suruh letak tempat aku ambik. memang masing masing tahu hanya nak memecah kesunyian. Jannah pun pandang aku atas bawah...dan tersenyum...ni aku tulis satu dialog yang aku tak pernah tulis sebelum ni kat mana mana entry...

"abang Met ni kulit cerah lah... kulit putih merah merah..." aku naik segan jugak dia cakap macam tu... ada ke dia tengok aku dan terus cakap macam tu. aku pun menonggeng nonggeng kat bawah rumah letak periuk belanga. dia masih tengok aku. rindu betul dia kat aku. tiba tiba Along datang dan jannah pun masuk rumah dan tutup sebelah pintu. hemmmm kacau daun betul Along ni...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)