Tuesday 29 June 2021

retro - kedai runcit 1


aku mula kenal kedai atau mula ikut mak aku pegi kedai masa umur aku 7 tahun macam tu. aku ikut mak pergi pasar kat kampung aku pekannya nama pekan Bidor. jom test berapa lama memory aku boleh ingat ye...

aku ikut mak aku jalan kaki ke kedai..seingat aku dulu masa kat pekan atau pasar Bidor tu ada satu kedai namanya kedai Agong iaitu kedai runcit yang aku mula mula kenal. kedai Agong ni dua kali berpindah lokasi lokasinya akumula mula kat pasar dan lokasi terakhir kat kedai gunting lorong jual airbatu panjang di stesen teksi.  ingat dah. tapi masa tu pemandangan aku selalu terjumpa van Ninja Turtle Wolkswagon tu. dalamdia penuh permainan. haitu yang first aku ingat. lepas tu aku ikut mak aku beli ikan dan sayur dan satu jualan yang aku suka ialah sengkuang calit dan tahu sambal yang cina jual. dan kalau orang melayu aku suka beli apam balik. 

masa aku dah nak masuk darjah satu mak aku belikan aku kasut sekolah dan baju sekolah..nama kedai tu Lee Sang. baju sekolah ada kasut sekolah pun ada. kalau kat kedai Lee Sang takde mak aku bawak aku ke kedai adik beradik sebelah kedai Agong. kat kedai ni memang banyak jual mainan tapi aku masa tu mana pandai nak mintak. kat rumah memang takde mainan apalagi kereta besi tu. aku kenal kereta besi masa aku darjah 2 ..best main kereta besi ni rupanya.nak beli memang taklah. mainan aku ada macam askar plastik tu adalah agaknya. dan start pandai beli jajan aku dah tahu kat mana nak beli patung patung mainan ultraman tu dan patung doraemon yang aku kumpul bila beli jajan. selain kedai chetty ada satu kedai lain dekat sebelah kedai gunting rambut maidin yang aku selalu ikut mak. kedai ni pun ada khidmat hantar barang.

bila dah tahu membeli di kedai aku pergi sendiri kedai tu dekat dekat dengan rumah macam kedai Achong, kedai chetti, kedai cina sebelah kedai chetti tu ada jual getah pemadam yang wangi. kedai dollah banjar .tapi barang barang yang lengkap selalunya kat kedai chetti dan senang sebab kita cuma beli dan isteri chetti akan hantar pakai basikal dia. hahahaha...dan ada satu lagi kedai kat barisan tu nama dia kedai Achong. Achong ni femes sebab dia paka seluar pendek dan saiz besar dan bila orang lain pakai seluar pendek macam seluar tu diorang cakap seluar Achong. kedai achong femes sebab sekolah rendah aku yang baru pindah berdekatan sekolah menengah kat belakang kedai Achong dan tentunya jadi pot tempat budak sekolah menengah yang ponteng kat situ. 

dulu aku pernah tinggal sekejap kat kampung rumah opah aku yang depan dia ada jirat cina. tapi aku  okey je sebab jirat cina tak seram lansung. lainlah kubur Hindu..itu memang seram...sekolah pun masa tu masih kat Jalan Paku. sekolah aku dekat dengan satu pentas opera cina. memang kalau ada show kitorang tengok free je masa tu. kedai runcit kat situ tak banyak aku tahu adalah satu dua kedai jalan simpang tu ada satu kedai melayu nama kedai tu kedai dollah lompong. kat situ aku beli kari rempah cap tarbus.  kalau kat kedai chetty aku beli kari cap motokar. dan ada satu jenis susu 3 segi jenama cap junjung. 

so bila aku dah pindah balik kat rumah aku yang renovate tu aku mula belajar naik basikal dan bapak aku akan suruh aku pergi kedai beli rokok. so aku memang tahulah kedia sekelilig kampung dan kedai runcit berdekatan. aku naik basikal pun di area kampung aje masa tu tak beani lagi ke pekan naik basikal.

antaranya kedai Ahleng kat jalan Sungkai..memang kedai ni faveret orang kampung aku sebab dekat dan banyak barang. selain itu barisan kedai Ahleng tu ada gerai makan Melayu yang jual mee rebus dan abc. memang cenggini rasanya best in the world. abc 1.20 sen je dan mee rebus pulak 1.50 kalau pegi kedai ahleng memang tak sah tak singgah kedai gerai tu nama gerai pakcik liyeh. 

kalau satu kampung tu punya kedai runcit pulak start dari kedai mamak di taman syed mahadzar ..aku pulak suka pegi kedai kat rumah opah aku kedai india dan ada satu kedai melayu namanya kedai wak sarip dan kedai dia cuma kat tingkap aje. masuk dalam sikit lagi adakedai runcit oakcik liyeh abc tadi. tapi aku jarang beli situ. so itulah kedai kedai yang aku selalu pergi masa aku dari umur 10 tahun sampai 12 tahun. masa ni aku tak ligat ke pekan lagi maklumlah baru pandai naik basikal. masa tu kalau naik basikal ke pekan kena tahan dengan polis kata diorang sebab bahaya budak budak takde pengawasan orang dewasakan. okey nanti aku sambung lagi macam mana aku meneroka kedai kedai kat area Bidor  ni bila aku dah sekolah menengah pulak.

 

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)