Saturday 26 June 2021

lonely planet - jawapan yang kelabu II

 

okey habis cerita pasal si nopal..ehhh pasal zila dan Jannah masa aku menumpang kat rumah mak saudara aku dalam tahun 1990 ke 1991 macam tu. zila kahwin dengan ustaz dan Jannah aku tak tahu kahwin dengan siapa. so dalam tahun 1992 aku merantau ke Ipoh dan pada awal 1993 aku datang balik merantau ke KL menumpang lagi rumah mak saudara aku tu. masa tu umur aku sudah 22 tahun macam tu.

kali ni aku datang macam nak terus stay kat rumah mak saudara aku sebab aku ada krisis dengan ayah aku.aku merantau balik ke KL pun sebab ayah aku halau aku dari rumah. so dengan hati dan jiwa yang kosong aku pun lepak kat hostel kilang. kerja kilang selagi ada overtime aku pulun sebab aku dah takde matlamat hidup lagi melainkan ntuk diri aku sendiri aje. kisah cinta dengan awek aku pun dah berkubur tanpa nisan.

aku pun terumbang ambing dalam realiti hidup. sebab aku asyik kerja aje aku kena demam panas. dan bila aku dapat cuti aku tak terfikir kat mana lagi aku nak pergi kecuali kat rumah mak saudara aku nak menumpang kasih mereka. memang mak saudra aku dan sepupu seppu aku semuanya baik aku takkkan lupakan sampai bila bila. aku pun menumpang lagi kat situ. kali ni aku macam nak pulihkan semangat aku yang nak hidup macam takde arah haluan.

so aku pun berenti kerja kilang dan cari kerja kat area rumah mak saudara aku tu. mula mula memang susah nak dapat kerja dah hampir putus asa aku dibuatnya takkan nak kerja kilang lagi kot. so aku trylah kat satu farmasi nasib baik dapat.aku pun kerja sebagai storekeeper kat farmasi Georgetown

masa ni rumah mak saudara aku jadi tempat ramai budak sekolah agama lepak. sebab sepupu aku yang dulu semua pergi ke sekolah agama belajar pondok. so bila cuti diorang lepak rumah mak saudara aku. kakak kakak sepupu aku semuanya dah berkahwin. termasuklah zila kan...tapi bawah zila tu ada sorang lagi sepupu perempuan aku. dia ni punya ligat sampai mak saudara aku hantar kampung sebab takut jadi liar dan susah nak kawal kat KL. masa kat kampung dia memang ligat jugak. maksud aku sepupu aku ni bukan ligat jahat tapi ramai orang suka dan jatuh hati kat dia sebab dia cantik. entah macam mana antara adik beradik dia dia yang paling cantik muka macam awek arab dengan mata berwarna biru. 

kat kampung aku tu pernah ustaz sekolah agama turut dia sebab dia tidur rumah aku masa cuti hari minggu. rumah aku rumah mak saudara dialah sebab mak aku dan mak dia adik beradik. itu pun ustaz boleh jeles kau...aku masa tu banyak masalah sendiri dan takde masa aku nak ambik tahu pasal dia. memang dia jadi idaman setiap pakwe kat kampung aku tu. cuma aku je buat bodo...

so lepas aku datang KL balik menumpang rumah mak saudara aku tu dia pun habis belajar sekolah agama. aku macam biasa tak ambik tahu sangat ..aku pun sedarlah aku siapa kan...tapi dia bukan taste aku sebenarnya. berbanding dengan zila kakak dia aku suka zila lagi. dia ni cantik tapi aku tak minat hahahaha...nama dia Linda...

so, dia ni pulak ada peminat dari sekolah agama abang abang dia. aku pun jadi posmen sebab tinggal rumah tu. entah macam mana kaklong pun macam salah faham bila aku bagi surat dan aku bagi bunga kat Linda ni bila kawan aku mintak tolong bagi. padahal aku takde kena mengena dengan hubungan cinta dia ke apa...sama je kat kampung ramai peminat. satu hari dia dan kawan dia double date dengan sorang tu budak sekolah agama yang terer tomoi. aku terjumpa diaorang masa nak balik tu dan kebetulan budak yang date dengan dia terus pergi bisnes burger dan Linda ni pun jalan dengan aku dan kawan dia zura jalan dengan sham. sebenarnya aku minat zura lagi. 

so semua orang nampaklah aku jalan dengan Linda dan diorang ingat aku ada affair dengan linda. sedangkan yang ada affair dengan linda namanya Mahzan kawan aku jugak. kaklong pun slow talk dengan aku macam masa aku dan zila dulu. aku sedar diri dan aku takkan buat apa yang orang tak suka. sejak hari tu aku kurang lepak kat rumah mak saudara aku dan aku selalu berulang pulak kat rumah kakak aku no 2 yang tinggal kat PJ Oldtown. kakak aku ni baru aje kahwin tahun lepas. so dia memang sorang sorang ajelah kat situ so aku selalu lah melawat kakak aku. kakak aku pulak cakap kat aku suruh aku balik kampung aje jaga family. aku serba salah sebab mengenangkan aku kena halau dari rumah. 

kakak aku cakap lupakan ajelah pasal tu. berbaik baiklah dengan orang tua dan jaga diorang sebab kakak aku dulu jaga diorang dan lepas dia kahwin takde siapa yang nak tengok family aku tu macam mana ada duit belanja ke apa ke. so hati aku pun lembut. aku lepak kat rumah mak saudara pun suruh aku balik jaga keluarga.bila mak saudara aku yang aku anggap macam mak sendiri tu cakap macam tu hati aku jadi tambah lembut. memang aku ni anak dan yang aku musuhi tu ayah aku. anak tetap anak dan ayah tetap ayah.tak kira salah siapa.

masa aku nak balik sehari sebelum hari raya tu linda jumpa aku. linda tanya aku nak balik dan tak datang lagi ke. aku cakap iyalah aku nak jaga family kat kampung dan tak nak fikir pasal KL lagi. linda pun macam sedih linda cakap dia pun ada hati kat aku. aku cakap takpelah linda aku sedar aku ni siapa. upa takde dan harta pun takde. aku cakap carilah orang yang sepadan. lagipun aku macam tak percaya linda ada hati kat aku. linda kata yang selalu tanya pasal aku zura kawan dia tapi lama lama dia pulak suka kat aku bila dia cerita pasal aku kat zura. pelik kan..macam tu pun ada. maknanya semua kisah aku dia tahulah...hihhi...mungkin dari kesian kat aku kot datang perasaan suka tu... agaknyalah...

so maknanya dah dua kali aku tolak dengan cara baik akan maksud orang yang suyka kat aku. bukan sebab apa sebab aku sedar diri...kannn...dah lah menumpang buat cara menumpang kan...

okey adios...muchas gracias....

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)