Thursday 10 June 2021

metamorfosis - without prejudice 1

Time can never mend
The careless whisper of a good friend
To the heart and mind
If your answer's kind
There's no comfort in the truth
Pain is all you'll find...

 

 Mei 1992 - setelah balik dari Ipoh dan buat keputusan tinggal kat kampung sementara itulah mulanya aku punya jarak waktu yang lama aku menyepi diri dari Jannah dan cintanya...aku berkurung diri dalam rumah macam dalam penjara. malu nak tunjukkan diri kat siapa siapa...tapi bila Jannah datang hari minggu mengaji. aku keluar bawak diri pergi hujung kampung duduk lama lama...aku termenung aku menangis...kat tepi parit..tepi sungai...tepi lombong...tak siapa tahu aku menangis melainkan diri aku sendiri...

aku mengurung diri dalam rumah..aku lepak memerap kat dalam bilik... makan minum pun tak terurus... nasib baik mak aku faham aku...mak aku selalu masak maggi dan buatkan aku air milo. aku menyediri pagi petang siang malam. kalau Nazri balik aku keluar lepak rumah dia bermalam kat rumah dia sebab mak ayah dia pergi Mekah. kalau aku lapar dalam pukul 3 pagi aku cari apa yang boleh makan. dan aku masa tu stress sebab bapak aku asyik nak marah marah dan memang dia pun stress. memang susah nak jumpa dah walau satu rumah. entah apa puncanya aku tak sure. aku selalu keluar memancing guna kail dia dan dia patahkan pulak. aku tak tahu kenapa. so hiduplah aku macam tu nak makan sanggup memanjat palang bilik dan nak keluar sanggup gergajikan besi tingkap supaya tak terserempak dengan bapak aku tu.

aku masa tu hilang punca..nasib baik mak aku tak putus asa dengan aku...nama pun mak kan..dia tahulah apa jadi kat anak dia...dia yang back up aku depan makcik Ba dia yang back up aku depan mak Nazri maksu Minah , makcik Pesah dan geng Wanita Kemas. kalau aku rasa badan macam lemah aje aku pergi belakng rumah dan menebas rumput lalang supaya badan aku tak lemah.

aku rasa diri aku tak berguna pada sesiapa punebab aku gagal nak ambik SPM dan aku gagal jugak nak kerja kat Proton dan sudahnya aku jadi mangsa fitnah orang. aku terperangkap dengan permainan sandiwara manusia yang penuh hasad dengki. so demi meleraikan semua kekusutan aku pun korbankan perasaaan aku. walau aku sendiri terseksa. aku putuskan semua dan aku rela dilihgat gagal supaya manusia manusia tu tak subuk hal aku lagi. aku bagi apa yang diorang nak. 

penganggur takde kerja aku, menipu duit orang aku...muka tak malu nak ngorat awek sebelah rumah aku.semuanya aku...demi aku nak jaga nama mak aku mengajar mengaji. aku jauhkan diri dari Jannah supaya takde lagi orang bercerita pasal aku dan Jannah. Jannah pun tak lama berhenti mengaji. aku tak pernah ucap kata perpisahan kat Jannah. aku hanya back off aje ...semua perasaan aku jauh aku simpan di sudut hati aku paling dalam..aku tak tunjukkan lagi walau pada dia...aku sembunyikan...supaya semua orang dapat hidup bahagia...walau jiwa aku terseksa...

tapi menurut mak aku cerita kat aku...Jannah pulak terpaksa berhenti belajar mengaji dengan mak aku. semasa nak berenti tu aku memang dah keluarlah...Jannah menangis dan memeluk mak aku dan meminta maaf kat mak aku dan kirim salam kat aku. atas apa asalasan pun Jannah tak cakap kenapa nak berhenti. dia hanya menangis dan terus mengeluarkan airmata. mak aku macam faham apa yang ada dalam fikiran Jannah. mak aku cakap banyak banyaklah bersabar dan mak aku cakap kat Jannnah yang aku masih sayang lagi kat dia...walau apa yang terjadi. itu mak aku cakap. kalau mak aku cakap betul betul lah...kalau mak aku cakap tak betul tak betul lah..tapi pernahke mak aku tak cakap benda yang betul kat aku? tak pernah seumur hidup aku...

well gaissss...itulah kisah nya separuh dari kisah masa aku terpaksa menyepi dari cinta Jannah. tapi ternyata cinta kami tetap kukuh gaisss...bacalah entry seterusnya...



 

 

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)