Tuesday 28 May 2019

metamorfosis - why do we fall? - part 3


summarize - apasal panjang sangat cerita ni sampai ada part 3. memang panjang proses metamorfosis aku ni. bermula dari berhenti kerja lepas tu balik kampung. lepas tu datang KL balik. kerja kat kilang cat.Camel Paint pindah kat rumah panjang depoh lrt. kerja kurier City Link. lepas tu dapat kerja kat SRM @ AC Nielsen - PJ State. masih tak boleh handle frust masa tu lagi. asyik tukar kerja. orang pun dah tak konfiden kat kita. rasa down yang teruk. kemurungan macam Joker. takde semangat. berubat mandi bunga dengan bapak member. lastnya dapat kerja okey kat Utusan Media Sales. baru aje kerja seminggu dah masuk hospital Assunta PJ sebab kena demam denggi. lepas baik dari penyakit tu pindah tinggal sewa rumah bujang kat Pantai Dalam KL. dan yang paling mengharukan dari semua ni bapak aku meninggal dunia pada bulan Dec 1997.

okey aku duduk kat KInrara balik lepas aku ada masalah dengan kawan aku yang menyewa sekali dengan aku. lagi pun aku dah dapat kerja kat SRM @ AC Nielsen sebagai computer operator. kerja ni memangberlainan dari kerja HR yang aku buat kat the Star dulu. so, aku memang bersemangat balik nak kerja. aku terpaksa tinggalkan Lembah SUbang sebab aku tak tahu nak buat apa dengan kawan aku tu. biarlah dia ...pandai pandai dia lah nak hidup. aku tengok dia macam tak nak dibantu. aku dah bantu tapi dia macam menyusahkan aku balik.

aku pun pindah ke Kinrara semula. aku cakap kat abang ipar aku . aku dapat offer kerja kat PJ state pasal tu aku menumpang balik rumah dia. lagipun aku dah ada sikit duit aku bayarlah sewa bilik dan air api an aku gunakan. nasib baik abang ipar aku okey dan faham. alaaa...hulur duit fahammmm leeee...

well, aku kerja dept yang paling ramai perempuan kerja.aku rasa aku dan sorang lagi tu nama Mamat aje lelaki kat dept tu sebagai Computer Operator. yang lain kerja diorang key in data borang research dalam sistem. aku dan Mamat tu pulak akan perbetulkan mana mana journal yang diorang tersilap masuk kan data.so, kalau aku dua orang aje buat kerja tentu kerja tu berlambak. kat sini kalau aku nak claimed overtime hari hari pun boss tak kisah janji kerja settle. aku pulak tak larat nak kerja macam takde life. yang paling best ept HR dia kakak pegawai tu nama kak Sal memang baik sangat dengan aku. kalau terjumpa aje dia tentu tanya kerja ok ke tak ok.

satu hari masa aku nak masuk lif kat Menara MPPJ tu aku terselisih dengan satu awek yang aku rasa kenal. aku pun tanya .dia diam. lastnya aku tanay kak Sal. memang kak Sal cakap dia dulu kerja kat the Star. nama dia Maizatul. kerja kat dept Media. cuma dulu dia free hair. sekarang dia pakai tudung dan sangat anggun. tapi apa gunanya dia buat dekkk aje dengan aku. dulu masa kat the Star adalah aku ngorat dia. aku pun buat cool aje bila terserempak dengan dia.

rupa rupanya jiwa aku ni macam ada taman. aku cepat tersentuh bila bab awek awek ni. aku teringat balik kat awek lama aku yang dah kahwin tu . masa aku call kampung mak aku cakap dia dah bersalin anak pertama. aku dianda kesedihan balik. aku hilang tumpuan pada kerja. lastnya aku selalu ponteng kerja dan akhirnya aku resign. walau aku masih takde apply mana mana. aku pun hairan kenapa serapuh itu jiwa aku.

so, untuk teruskan hidup aku pun apply aje apa kerja yang aku dapat, aku dalam state down and depression balik di mana aku dah tak pedulikan diri aku balik. aku sempat kerja macam macam company masa ni antaranya BRG tempat stored baju brand POLO. kat company service aircond. kerja outstation aje sepanjang masa. dan lastnya kerja kat  Better Living satu Internet Website Developer. dan aku try jugak mintak keja kat Smart Shop TV3 tu. tapi tak dapat . ada sorang kawan sekolah aku kerja situ nama dia Tor. dia pun tak dapt rekemen aku. dia contact aku rupanya nak jual insurans dan suruh aku jual insurans.

lastnya aku walk in interview  kat Utusan Media Sales seksyen 14 PJ. dalam masa seminggu kakak Yati HR call aku kata ada kerja vacant sebagai computer operator sistem AP akaun kat adio Division. aku pun jadi warga UMES sejak hari itu. baru aje seminggu aku kerja aku saspek denggi sebab demam sampai 3 hari. aku pun masuk hospital. selama seminggu duduk hospital akhirnya aku sembuh. syukur. aku pun pindah ke Pantai Dalam nak cuba hidup berdikari dan sudah nak lupakan semua kisah hidup sedih aku yang lampau tu. tak nak ingat dah pasal awek ke ex awek ke. ex kekasih ke...semua tu jadi racun dalam hidup aku. aku kembali bertekad untuk menebus semua kesilapan yang aku lakukan.

metamorfosis - why do we fall? - part 2


part 2 ni aku nak cerita sikit pasal aku kerja dan tinggal kat Lembah Subang depo LRT kat tempat pelupusan sampah tu diorang nak develop flat perpindahan setinggan area Petaling Jaya. so aku pun tinggal menyewa kat rumah panjang mak saudara aku. okeylah pergi kerja dan balik kerja  pun boleh jalan kaki. ofis HQ dia kat Taman Mayang. aku buat kerja masa kat the Star dulu tapi aku punya position - Personel Assistant. aku siap ada staff lagi masa tu. lepas tu siap diorang bagi aku kursus lagi kat HRDC KL. aku aje tak berapa serius kerja. mungkin sebab scope kerja sama macam aku masa kat the Star dulu. kerja kerja HR ..key in cuti dan uruskan claim medical. so aku jadi bosan dan banyak buang masa lepak kat dept admin dengan awek executive chinese look nama Faridah tapi panggil dia Pat. sempatlah sembang dan ajak dia keluar makan kat restaurant Glenmarie tu.

di samping tu ada sorang kawan yang aku kenal masa kerja Proton - Shah Alam tu. nama dia Jefri. aku yang pelawa dia tinggal satu rumah dengan aku sebab dia dapat kerja kat City Link juga. dia ni aku tak tahu tahap kemurungan dia. siang macam okey. tapi bila malam dia berubah jadi kembara malam. dia macam sedih sangat  nak tidur malam malam. dia pun keluar. dia ke mana entah aku tak tahu. dia jangan dia cari ganja sudah. lepas tu masa tu aku baru aje beli motor second hand - kapcai c70 tu. dia gasak sampai ke mana aku tak tahu. lepas tu sepupu aku yang jual motor tu kat aku soundlah. motor tu dah lah motor balai polis punya. kalau untuk pergi kerja balik kerja no problem. tapi kalau  kena gasak atau kena tahan polis susah mau cerita.


metamorfosis - why do we fall? - part 1


dalam cerita Batman ada scene masa bapak Batman @@ Bruce Wayne tu ambik Batman yang jatuh dalam perigi. bapak Batman kata

Why We Fall?
Batman tak boleh jawap
bapak Batman kata
We Fall So That We Can Get Up Again

dan masa bapak dan mak Batman matikena tembak perompak. Batman bertukar jadi dark. akhirnya Batman mengembara seluruh duia sebab nak menghilangkan rasa EGO dia.

1997 - masa ni aku baru je berenti dari kerja kat the Star? kenapa berenti? sebab dah takde semangat nak kerja dah. frust menonggeng.awek kawin lain. rasa nak melingkupkan diri ni tapi nasib baik aku ni masih boleh berfikir waras lagi.

balik kampung sekejap cari ketenangan sekejap. tapi kampung pulak dilanda banjir. lepas banjir bertekad nak naik dan bangun dari semua kepahitan. telan kepahitan tu semua. kita bukan hidup untuk orang yang kecewakan kita. bermulalah tagline I WILL SURVIVE aku.

perkara pertama yang aku buat macam style Batman lah...kerja sebagi buruh tuang cat kat Jalan Tandang. bukan apa masa tu satu sen takde dalam simpanan. duit gaji kena beku oleh lahanat top management - the Star. kalau tidak mungkin aku dah kerja asst. peribadi CEO kat AM Corp. Tasik Jaya tu. so, duit takde nak pergi kursus kat Bangi pun macam kansel. lagi lahanat top management call AM Corp kata aku berhenti sebab diberhentikan padahal aku dah tender resignation.

so, aku kerja lah kat Camel Paint Jalan Tandang tu. kalau tak cukup duit nak balik naik bas dari Jalan Tandang ke Kinraar aku sanggup jalan kaki aje. oh ye dulu tahun 1997 jalan Kinrara - Puchong hanya double line aje kiri kanan. belum ada highway lagi.itu pemandangan tahun 1997.

agak dalam sebulan aku kerja dapat gaji aje aku tukar plan. aku rasa elok aku tinggal kat rumah mak saudara aku. berbanding kat rumah kakak aku sebab abang ipar aku asyik perli aje ada barang rumah hilang. walau bukan aku buat aku fahamlah dia tak suka aku tinggal tak bayar sewa atau apa pun.kira menyusahkan mereka sahaja.

so, aku pun try cari kerja kat rumah mak saudara aku dulu sebelum pindah. alhamdulillah dapat kerja kat kurier City Link.

bersambung.....




Wednesday 22 May 2019

Deja Vu - sinonim captain marvel


sinonim captain marvel dengan ex aku...sama macam captain marvel ...ex aku banak urusan hidup dia sendiri sekarang.. captain marvel sibuk uruskan galaxy galaxy lain...sampai dalam facebook pun aku tak jumpa idia...aku ada jugak search nama dia...mungkin dia guna nama lain macam Vers ke...

baru baru ni aku balik kampung sembang dengan kakak aku...dia kata ada jumpa dengan ex aku masa sebelum maksu minah meninggal dunia tu ada buat kenduri dan dia ada datang...kakak aku cakap ex aku tu dah gemuk dah tapi still cantik....orang cantik walau gemuk tetap cantik...hemmm...

aku pun menyusur masa masa silam dengan kenangan ex aku...aku tak tahu apa cerita dia lepas putus cinta dengan aku...dan bagaimana hidup dia...memanglah dia dah ada hidup dia sendiri danm takde kena mengena dengan hidup aku. tapi aku nak sangat tahu pasal hidup dia selama ini...selama ini...

aku pernah jugak nak menulis pasal ex aku dan buat novel...kerana kisah kisah tu memang sesuai aku buat novel kalau tak buat televovel..aku pernah sembang dengan aruah Tembakau pasal aku nak buat novel...Tembakau kata cerita tu kena masukkan idea boombastik selain kisah benar untuk jadi novel yang meletop. aku memang dah tak tahu nak masukkan apa punya element boombastik tu...aku tak terfikir dah...kalau setakat lagu lagu tu boleh jugak ubah arrangement dia kasi sedap balik lagu dia...kalau novel ni kena masukkan unsur unsur macam movie Captain Marvel tu lah agaknya...macam Vers yang mengalami hilang ingatan dan terperangkap kat dunia lain dan akhirnya dia menyiasat siapa diri dia dan kisah silam dia? macam tu kot...

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)