Monday 31 May 2021

metamorfosis - I Still Believe

gambar hiasan sahaja

dalam tahun 1996 aku tak ingat bulan berapa...aku rasa dalam bulan Mei macam tu aku bercuti ke Pangkor dengan kawan aku yang sama kerja dengan aku Latip.. dia memang orang Pangkor dan ditemani oleh dua orang lagi kawan bangsa cina Frankie dan Alex ....tujuan aku ialah mencari ketenangan hati sebab frust awek kawin lain...so aku pun macam nak mengubat hati yang luka berdarah tak nampak tu maka aku jalan jalan makan angin ke Pangkor.

sodih geng...mana tak sedih semua impian hancur musnah macam tu saja. apa silapnya kat dia atau kat aku sendiri. tapi aku puas hati sebab aku dah berusaha mengumpul duit nak kahwin dengan dia dan untuk halalkan dia jadi milik aku tapi apakan daya takde jodoh dengan dia. dengan hati yang sedih macam takde ingat apa apa dah kecuali merintih nasib diri yang tak setuah dia yang dah kahwin dan bahagia aku yang menderita...

so, aku pun bawak hati ke Pangkor...mungkin dengan melihat keindahan dunia ciptaan tuhan ..hati aku akan terubat jua...dan di sana dia menjadi dari seorang gadis ke seorang isteri milik orang lain dan bukan milik aku. saban pagi bila aku lihat embun jatuh menitis aku tahu diri aku sudah dilupakan dan dilempar jauh dari ingatan dia dan demi hari berganti hari. namun sinaran suria pagi ditempat aku tak seindah di tempat dia...

dan bila malam menjelma aku menangis sendiri dalam hati...apakah nasib aku selepas ini aku sendiri tak tahu. so untuk tidak memikirkan sangat pasal dia yang dah bahagia aku pun cuba sibukkan diri aku. walau hanya menipu diri sendiri...namun apa boleh aku buat lagi...sudah suratan nasibku...

kerja aku pun jadi berantakan gaiss..aku dah takde semangat lagi nak kerja...aku dah jadi seorang yang putus asa...aku tak lagi bersem,angat nak buat apa pun. walau masa tu aku ambik part time study sijil komputer kat ITM . itu aje yang aku tinggal dalam hidup aku. aku mesti habiskan study aku at least dapat sijil walau tak sehebat orang lain. at least ada jugaklah kan...

dan tak lama lepas tu aku pun resign dari kerja aku. aku down yang teruk..aku kena sound dan kena warning boss aku sebab kerja dah jatuh prestasi dari hari demi hari. dan ada jugak diorang kata mungkin aku akan diberhentikan jika aku tak ubah sikap aku. so, aku pun dah give up..so aku pun resign..

tapi nasib baik gaisss..aku dapat habiskan study aku dan dapat sijil ITM aku. aku pun applylah kerja dan dapat gaiss...malangnya tempat kerja aku pulak tak bagi berhenti dan bila aku buat tak tahu aje . aku di berhentikan sebab langgar kontrak. aku pun tak gfaham gaisss..aku dah resign tapi diorang kansel resign aku. bila aku tak datang kerja diorang berhentikan aku pulak. 

punyalah dengki diorang kat aku...itulah salah satu dugaan gais...masa dioang suka aku diorang tatang aku masuk dept diorang. bila dah tak suka diorang buat aku macam kucing kurap gaisss...tapi takpe gaisss...rezeki bukan ditangan manusia rezeki ditangan tuhan gaisss...

aku pun balik kampung...lagi teruk gaisss...kampung aku banjir...satu tamparan hebat pada aku..masa tu memang takde masa aku nak layan perasaan lagi dah...aku kena bangkit dari semua kepedihan ini gaisss...dan situlah aku bermla balik dari zero...aku kembali ke kota mencuba nasib aku...

dan aku percaya gaisss...setelah hujan ribut taufan mesti ada sinaran mentara dan kalau lebih baik lagi ada pelangi...dan aku ingat satu perkara dalam hidup ni masa aku baru datang kerja kat KL dulu masa kerja kilang Proton pun aku macam dah kecewa dan putus asa sekejap. tapi masa tu aku masih bersemangat sebab  aku ada tujuan dan matlamat. sekarang matlamat hidup aku dah takde...namun aku kuatkan juga gaisss...aku percaya gaisss pada satu ungkapan bijak bistari...

"jika kau jatuh kerana manusia...bangkitlah kerana tuhan mu..sebab tuhan mu takkan membiarkan hambanya jika hambanya meminta belas kasihan dariNya..."



Friday 14 May 2021

power ballads - waiting to happen


lagu ni memang aku takleh lupa sebab aku dengar masa aku bingung dengan nasib aku. masa tu aku baru balik bersahur dengan kawan aku kat luar. aku menyewa bilik kat rumah kedai kat medan kidd Ipoh. aku tinggal dengan sepupu. setelah tak berapa lama aku kat Iph dengan dia. dia tetap dengan gaya hidup dia dan aku dengan gaya hidup aku. entah macam mana yang asalnya aku nak kerja sambil belajar. tapi satu satu masa aku tergendala. rancangan aku tergendala sebab aku kecewa dipermainkan cinta. 

aku pun tak tumpukan lansung pasal study dah masa tu. akucuma kerja part time aje sebagai pump attendant stesen minyak. aku sedih dengan keadaan aku masa tu. sebab cinta pun segi tiga antara aku awek dan sepupu aku tu. aku pun mengundur diri. takkan aku nak compete dengan sepupu aku tu. walau bermasam muka tapi aku terima hakikatnya bila awek tu Puti namanya mengaku dia ada perasaan kat sepupu aku tu dan hanya anggap aku macam abang dia. 

so, aku pun bawak diri...kerja pum minyak dan makan kat gerai. kat gerai pulak ada awek minat kat aku walaupun aku tak minat kat dia. aku pun fikir apakah kebodohan yang aku buat kat Ipoh ni. aku takpernah jadi bodoh macam tu selama ni. dan akhirnya aku call kampung dan dapat tahu ada surat offer dari Proton suruh datang interview. so, aku pun bagi tahu kat kawan aku yang aku percaya selain sepupu aku. diorang kata inilah masanya aku berpijak di alam nyata dan bukan hidup dalam angan angan aku. so aku dengar nasihat kawan aku yang nama dia aku lupa tapi kerja driver bas ekspress. 

aku balik dari kerja dalam pukul 11 macam tu tengok sepupu aku pun takde. dia enjoy mana entah.itu hal dialah. aku tak campur. so aku on radio pasang kaseet Marillion ni dan layan fikiran aku jauh jauh...aku berfikir nasib diri aku. tapi yang herannya aklu boleh terfikir pasal awek pulak. aku terfikir pasal awek gerai yang baik tu. tapi aku tak minat dia. setakat jadi adik angkat bolehlah. dia ada ajak aku datang birthday dia kat rumah dia tapi masa tu aku kena pergi Shah Alam hadiri temuduga. so aku fikir aku akan belikan hadiah dia esok sebelum aku balik kampung aku transit nak pergi Shah Alam nanti. 

so pagi tu dalam pukul 10 aku ke bandar cari hadiah dan kad birthday. hadiah macam coklat cadbury kotak besi tu je. dan jugak kad birthday. aku main ambik je kad asal cantik. so aku beli tiket bas balik kampung petang tu pukul 3 lepas solat Jumaat. rumah dekat je dengan stesen bas. medan kidd kan? 

balik tu aku tengok kad tu bukan kad birthday melainkan kad Valentine. ah sudah.takkan aku nak bagi kad tu kat awek yang aku anggap hanya adik angkat? so aku ambik keputusan bagi hadiah coklat aje. kad tu aku simpan je. petang sebelum berangkat balik ke kampung aku singgah gerai awek tu dan bagi hadiah coklat. dan aku naik bas ekspress balik kampung. 

so aku pun sampai kampung malam tu dan akan bertolak pulak hari ahad minggu nanti sebab aku punya interview hari Isnin. so ada dua harilah kat rumah aku di kampung. pagi Sabtu memang aku tak buat apa masa tengah sarapan tu ada orang bagi salam. aku ingat siapa rupanya anak murid mak aku belajar mengaji. aku pun tengok rupanya awek sebelah rumah je nama dia Jannah. dulu aku pernah ngurat dia tapi masa tui dia baru 14 tahun. tapi selepas 2 tahun dia memang meningkat remaja. aku terpaku dengan keayuan wajahnya. bila dia slow motion menyelak rambut dia yang jatuh menutup mukanya dan tersenyum amak terpanahlah aku dengan panah asmara pagi tu. tak kusangka rupanya gadis pujaan aku berada di depan mata. 

dan aku tak sanggup lagi menipu diri sendiri menolak perasaan jatuh hati kat dia. so apa yang aku buat. ahhh..aku terfikir pada kad Valentine yang aku tersilap beli tu. inilah masanya...yaaa..inilah masanya aku mengaku pada dia yang aku dah jatuh cinta pada dia. maka selepas aku tulis kad dan aku bagi kad tu kat dia lepas dia habis mengaji dan nak balik. dia tersenyum dan mengucapkan terimakasih. aku rasa lega sebab dah luahkan hasrat hati aku melalui sekeping kad. 

so keesokkan harinya aku pun ke Shah Alam untuk interview Proton hari Isnin dan aku meumpang kat rumah mak saudara aku sehari. itulah ceritanya...bagaimana aku bagi kad Valentine kat Jannah atau Maznah.  



Sunday 9 May 2021

power ballads - when I see you smile

 

gambar tu Elizabeth Tan...penyanyi baru ...saja aku bayangkan Elizabeth tan tu macam Oikuan...amoi atau gadis yang pertama mencuri hati aku walaupun dia amoi. aku tahu takkan ke mana kalau affair dengan a,oi lainlah kita kaya atau nak orang kaya. tapi aku dah terminat nak buat camne...

menyingkap kisah Oikuan dalam hidup aku sama macam kisah Maznah jugak. Maznah aku kenal masa dia masih gadis hingusan tingkatan satu. Oikuan pulak aku kenal masa aku masih kecik lagi sebab dia tinggal kat area rumah aku aje. ye masa kecik aku sikit pun tak minat kat Oikuan...dan sama macam Maznah..aku tengok Maznah selekeh je masa form 1.

aku jumpa Oikuan balik dalam tahun 1988. masa tu SPM delay sebab ada banjir kat pantai timur. so masa macam tu memang dah tak boleh dah study. so kitorang lepak ajelah kat pekan. masa tu tempat lepak faveret kat satu kawasan lapang depan Klinikar. (kedai atau woksyop tayar) sorang member the Great (namanyer Murad)  dia ni lain sikit dan unik. dia punya minat kat amoi dan menjangkit kat aku. bukan sebab apa the Great ni dah ramai awek reject dia dan aku sendiri pulak segan dengan awek Melayu ni yang aku rasa pandang rupa dan harta.so the Great ada misi nak bagi buku autograf dia kat Oikuan. dia suruh aku dan Nazh ditugaskan untuk bagi kat Oikuan buku dia. dan turut sama masa tu ialah Madi Malmsteen. so kami bertiga pun petang tu jadi badut pergi rumah Oikuan depan mainroad tu. aku dah lama tak jmpa dia dan masa jumpa tu aku tangkap cintan pulak kat Oikuan. aku bagi tahu Nazh. Nazh kata tulis surat kat Oikuan. sama jugak masa aku cakap kat Nazh aku suka kat Maznah...Nazh suruh ngorat je...tapi aku tak sangka Nazh pun ada hati kat Oikuan bila dah 20 tahun baru Nazh bagi tahu dia tak pass pun surat aku kat Oikuan. dan bila Oikuan tak balas aku ingat dia reject aku. pasal Maznah? mungkin Nazh pun ada hati jugak kat Maznah mana tahu?

so aku pun hilang cerita pasal Oikuan masa tu. aku ambik SPM dan sebelum dapat result SPM aku kerja kebun dengan bapak Nazh. hari minggu. malam nya pulak aku tolong Murad bisnes burger. masa tu Oikuan baru habis SPM rasanya.beza umur aku dan Oikuan 2 tahun aje. so Oikuan selalu lalu kat gerai burger dan aku pun selalu terperasan dia lalu jalan kaki sebab sekolah dia dekat pekan. so dia selalu tersenyum manis kat aku. itu yang aku hairan. kalau dia reject aku kenapa dioa suka senyum kat aku. aku tanya the Great. the Great kata trylah ngurat mana tahu dia nak layan. the Great bagi aku no. telefon Oikuan dan aku try call. memang Oikuan baik. dia penat penat pun layan aku call dia. family dia pun sporting. Oikuan kata dia kenal aku sebab masa kecik pernah bermain dan berbasikal di sekitar kampung tu. oh dia dah kenal aku patutlah.  aku bagi dia buku autograf aku dan aku minta gambar dia. dia tak tulis apa apa tapi dia bagi gambar. baiknya hati dia kan...gambar yang dia bagi aku gambar pakai seluar jeans besar dan baju long sleeve putih. sopan gambarnya. berbeza dengan gambar seksi pakai skirt yang dia bagi kat Nazh dan the Great. maknanya dia hormat aku dan tahu aku ni budak baik.entah? agaknya?

selepas dapat result aku pun ke bandar KL nak mencuba nasib mencari rezeki kat kota raya. masa tu masih kawan lagi dengan Oikuan. aku habiskan duit telefon Oikuan aje. so aku pun layan lah Oikuan walau dia sembang pun tak faham. sekali tu aku macam nak bagi tahu dia aku suka kat dia. bila dia habis sekolah aje dia kerja kat Supermarket. aku balik kampung dan aku pun pergi jumpa dia kat Supermarket. dia pun apa lagi tak layan lah aku. aku rasa macam crook  dalam cerita Melayu je..dahlah tak hensem jadi crook pulak.  dan selepas dia dah kerja kat Tapah sekolah memandu dia macam dah malas nak layan aku dah. aku pun sedar diri dan lepas tu aku dah tak ganggu Oikuan lagi. dan tak lama kakak aku bagi tahu Oikuan dah ada bf sebab bf dia hantar dia ke klinik sebab kaki dia patah. so aku rasa dah sepatutnya aku undur diri. so, masa ni aku pulangkan balik gambar dia pada satu hari raya puasa 1991. hubungan aku dengan Oikuan macam aku ni slow sangat nak bagi tahu isi hati aku kat dia. tapi Oikuan ada jugak berkirim salam kat aku melalui kakak aku bila dia jumpa kakak aku kat klinik. walaupun Cina tapi dia tahu budi bahasa. itulah Oikuan. ingat tak gambar yang dia bagi kat aku. dia hormat aku walaupun tak minat aku.

habis cerita pasal Oikuan dalam tahun 1993. aku nampak Oikuan masa breakfast dengan boss aku dan kawan kawan sekerja aku kat kedai Along member satu tingkatan masa SPM . Oikuan masa tu tengah makan Mi sup agaknya ...hahahaha..aku nampak dia kat tingkap rumah dia yang menghadap kedai Along bawah jambatan tu. sebelum tu aku ada jumpa Oikuan kat ofis kilang ubat nyamuk masa aku cari kerja kosong. malu jugak jumpa Oikuan tapi aku dan dia dah takde apa apa. apa nak malukan lagi ye tak....sebab aku balik kampung nak jaga orang tua aku dan tolong menyara mereka berdua. masa ni aku memang tak fikir sangat pasal awek dah. aku hanya fikir nak bantu family aje. masa tu kisah Oikuan berakhir dfan kisah maznah pun macam nak berakhir jugak sebab tahun 1993 Maznah periksa SPM dan lepas tu dia balik kampung dia kat utara dan kerja kilang kat Penang. tinggallah aku sorang sorang kesepian kat kampung aku Bidor.

Thursday 6 May 2021

power ballads - skodeng fb ex


 ya aku pernah skodeng facebook ex aku...aku rasa awal tahun ni ke hujung tahun lepas sebab aku friend dengan anak saudara dia. anak saudra dia yang kecik sekali. dia ada 2 anak saudra. yang besar tua dari dia setahun. yang kecik tu umur dalam berapa aku tak tahu lah. tapi anak saudar dia yang kecik ni seingat aku memang membesar dengan asuhan dan jagaan dia dari kecik lagi. tempah masa dia stay dengan kakak dia sejak 1987 sampai 1993 macam tu.  

anak saudara dia nama Heri . Heri ni manalah kenal aku. tahun 2000 aje aku dah takde kat Bidor dah. dah jarang balik Bidor. tahun 90an aje aku selalu berulang alik ke kampung sebab masa tu masih bujang. dah kahwin ni kuranglah sikit balik kampung.

so, Heri tanyalah aku ni siapa kawan dengan makcik dia yang mana satu ada 2. aku cakaplah kawan makcik dia yang nama Yati. takdelah aku nak cerita banyak sangat. nanti nampak sangatlah pulak kan. so aku pun gigih cari gambar dia kat facebook Heri. memang takde. aku gigih lagi cari mutual friend nama ex aku. mana tahu ada facebook dia. so aku scroll gambar Heri yang ada. mana tahu dia tag nama sapa sapa ke. memang susahlah nak cari.lastnya aku tanya lah Heri facebook diorang berdua tu takde ke. ada dia bagi facebook Yatie yang tak aktif. dan facebook ex aku Heri kata pakai nama suami dia. patutlahhhh...

korang bayangkan gaisss..macam mana aku nak jumpa...memang dia menyorok atau tak nak orang cari dialah macam tu. takpe aku ni user facebook dan lama ..aku tahulah camne nak cari...so lepas aklu susah susah check satu satu friend Heri. aku terjumpa nama satu ni mutual friend dengan Acoi anak saudara aku. dan aku bukak facebook dia. ada gambar Rapid KL Penang. mana aku tahu pasal Rapid Penang ni? dulu tahun 2010 aku dapat khabar ex aku punya husband ada insiden kena samun masa bawak bas Rapid. cerita habis macam tu saja. aku tak follow up masa tu.

so memang aku  nampak jejak jejak Rapid Penang, kilang Kobe Penang. semua tu dan akhirnya membawa aku pada satu akaun Facebook yang namanya Ahmad Nuri. memang aku gunakan segala apa yang aku tahu pasal FB nak detect ni semua. dapatlah aku satu gamba rmasa sambutan raya Rapid Penang tu. adalah gambar famili Ahmad Nuri ni. aku memang tak ingat dah muka ex aku camne. 

seorang lelaki yang takdelah hensem. rendah pulak tu. pakai spek jugak. dan takde style lansung. mungkin ada penyakit kot. sebab dia pakai selipar aje. baju pun tak masuk tight in.sedangkan yang pasangan dia perempuan yang berbadan besar XXXL . tapi muka dia masih okey walaupun lengan dah macam besar betis. aku rasa itulah ex aku. memang takde dah macam ex aku masa muda. anak empat orang katanya. tak kisahlah dia macam mana sekarang kan aku pun bukan macam dulu dah sama sama dah berubah dah...dah lebih 20 tahun gaisss...

so, aku tengoklah muka Ahmad Nuri tu.kalau nak banding dengan aku lah. aku rasa nak kata aku hensem pun aku tak tahu lah. nak kata dia hensem pun memang taklah. so macam mana nak cakap? so ini ke manusia yang merampas ex aku dan menghancurkan semua cita cita aku? memang tak sepadan dengan ex aku. kalau tak keterlaluan aku cakap. aku lagi sepadan dengan ex aku alau takde jodoh. 

tapi gaisss..itu semua takdir dan suratan kuasa Allah. jodoh dia buruk ke hensem ke cantik ke lawa ke. Allah yang mengaturkannya. kan gaisss...dan dia aku tengok dah bahagia dengan hidup dia. tak perlu aku dah lagi. aku ada jugak try request friend dengan akaun Ahmad Nuri tu. memang takde resspon gaisss...sedangkan anak saudra aku Acoi tu boleh pulak dia accept jadi friends. awal Januari 2019 masa tu kakak dia meninggal dunia. so sampailah ke tarikh ni. aku masih tak dapat pun jadi friend ex aku. aku tengok akaun dia pun tak aktif. 

aku bukan apa. cuma nak say Hai aje...dan tanya khabar tak lebih dari itu. okey gaissss...

Monday 3 May 2021

power ballads - mentari muncul lagi

 


well..dah banyak citer pasal ex kan gaisss...

okey aku cerita satu kisah pasal mylady sekarang ni...tapi tu pun ada sangkut paut dengan ex jugak walau dia dah jadi milik orang lain. so lamanya setahun jugaklah aku hidup merana sebab ex jadi milik orang. hidup aku masa tu macam dalam mimpi...umpama mimpi dalam mimpi

so cukuplah aku cerita hidup aku menderita kan..dia kahwin orang lain..cukup setahun dia dah ada anak pertama..aku? aku menderita lagi..hidup masih tak keruan...kerja asyik berhenti...matlamat hidup takde...tapi akhirnya selepas dugaan hebat. aku masuh hospital kena denggi dan ayah aku meninggal dunia. sejak itu aku mula insaf dan tak nak mensia siakan hidup aku lagi. aku cekal hadapi semuanya dan akhirnya aku bertemu dengan jodohku ..mylady sekarang...aku bukan nak cerita pasal percintaan aku dan mylady. aku rasa tak perlu sebab kisah aku dan mylady takde nilainya di dunia ni. biarlah antara aku dan mylady aje yang tahu. its my secret kan...

so masa aku kahwin dengan mylady ni ada cerita lah...so mylady ni orang Selatan tanah air..negeri Johor...memang aku nak cari jauh beza dengan ex aku tu. biar tak siapa boleh compare. dan mylady ni student University. dah rezeki aku..bukan aku cari pun student University. dah jodoh namanya kan. 

okey masa hari kenduri perkahwinan aku kat kampung iaitu kat kampung aku di Perak. aku ingat kenduri menyambut aku dan mylady aje aje. rupanya ada rezeki aku dan mylady. semua saudara aku tolong menolong buat kenduri. nak kata grand takdelah grand tapi mak mak saudara dan bapak saudara semua datang. ada pak saudra aku yang memasak lauk kenduri tu yang mahal tu. aku ingat kenduri kaum keluarga aje tapi rupanya siap pasang dua kemah ...kira ratusan orang jugaklah datang. 

dan yang paling aku terkejut dan hairan...kakak kepada ex aku begitu sibuk menolong kenduri aku . aku haian sebab apa..memang lah ex aku tak datang. mungkin dia datang pun dia sembunyi kot. aku manalah nak ingat lagi masa tu kat orang yang dah bahagia. aku fikirkan hari bahagia aku pulak.kan?

so kakak ex aku ni maksu minah. seolah olah dia nak take care majlis aku tu. dari meyambut kedatangan rombongan pihak lelaki. sampai lah menetukan tempat duduk  rombongan perempuan tu. aku teringat masa kakak aku mkahwin dulu ex akulah yang jadi extra rombongan lelaki bila kereta rombongan lelaki tu parking depan rumah dia. ex aku siap bawak dulang hantaran lagi ke rumah aku.

so, kakak ex aku ni take care sangat. aku tak tahu apa yang bermain dalam kepala dia. aku cuma senyum dan berterimakasih ajelah sebab dia sudi tolong dan bersusah payah mengaturkan makanan pengantin dsemua tu. aku terfikir jugak . kalau ex aku datang macam manalah agaknya dia tengok aku. aku rasa macam semua orang...dihari bahagia tentu nak gembira kan. nilah hari bahagia aku..aku dah lup[akan semua yang lalu. aku dah terima hakikat masa tu. jodoh aku dengan orang lain bukan dengan ex aku. tapi tu lah terfikir kenapa kaka ex baik sangat hari tu...


Sunday 2 May 2021

faith no more - king for a day - part two

 

 

so lepas aku bergelut dengan problem aku dengan Along dan problem aku kat Proton. aku memang kena berhentilah sebab ponteng kerja. masalahnya aku ni terlampau baik dengan orang...sampai orang ambik kesempatan. sampai orang pijak kepala. bukan aku tak tegas. tapi aku ni jenis tak nak cari masalah. lepas tu tentu jadi masalah pada aku.

aku pun menganggurlah dah takde kerja. so aku kena pindah kat bawah sebab bilik tu abang ipar nak sewakan.. nasiblah Along pun dah lepak kat rumah bapak saudara dia...dan aku tak tahu apa cerita dia. aku pulak aku terpaksa terima takdir dah takde rezeki kerja kat Proton. aku ambik keputusan akan stay kat PJ walau apa pun terjadi biarlah aku susah dari aku nak balik kampung. pandai pandailah aku cari kerja. HR Proton punyalah baik sebab diorang kata aku memang takde masalah pun kerja aku kena berhenti pun sebab tak inform ofis kalau tak aku masih diorang tak berhentikan. ...cuma aku hilang semangat nak kerja sebab jiwa kosong...so HR Proton rekemen aku kerja kat Perodua Rawang. memang bertambah jauh lah dari Petaling jaya nak kerja kat Rawang. kalau dapat mesti kena stay kat rawang. dan Rawang tu? macam pekan koboi aje...selama 2 hari aku usha kilang Perodua kat Rawang tu. dan rezeki orang jujur dan tak susahkan siapa siapa...aku memang dapat kerja tu. tapi bila aku fikir aku memang tak boleh stay kat Rawang. mereput nanti aku kat Rawang. ada sorang kawan sekolah kerja kat Perodua sama macam Ahmad Tarmizi iaitu Oney atau Jalil.baik jugak Jalil nak carikan aku rumah sewa tapi aku dah serik dengan kawan kawan ni. takut terjadi kali keberapa entah asyik kena tikam belakang dengan kawan aje.  

so aku pun carilah kerja kat area PJ. KL dengan maisham aku cari mkerja tu sampai ke airport subang aku dan Maisham cari kerja. bagus jugak Maisham ni. bagi semangat kat aku. 

lastnya aku dapat offer dari the Star Publication. kerja handle event PJ Half marathon skompeni suratkhabar omputeh. takpe sebab aku punya English memang okey. bolehlah setakat speaking dan faham bahasa English.  aku kerja kat marketing dept sebagai temporary clerk dari bulan June samapai September aku punya kontrak . takpelah kalau ada rezeki cari lagi kerja tempat lain.

tapi dah rezeki lepas aje aku habis kontrak HR offer aku masuk kerja kat HR sebab ada kekosongan. dah rezeki aku kerja the Star. walau masa kat marketing dept macam macam hal aku terpaksa tempoh tapi HR suka kat aku so aku dapat kerja kat HR. so seleepas aku confirm akan masuk kerja bulan September. so lepas aku resign dari marketing bulan Augus tu aku balik kampung dan aku cari lagi buat kesekian kalinya alamat ex gf aku kat Penang sana. akhirnya dapat anak saudara dia nama Chek yang bagi. aku pun start menulis surat kat ex gf aku. tapi dah berpucuk surat aku kirim takde balasan. aku tak putus asa . aku teruskan niat aku nak cari kerja kumpul duit dan pinang dia.

itulah masa kat HR pun ada jugak yang tak berapa suka kat ku tapi adatlah. adfa orang suka ada orang tak suka.  kita tak dapat puaskan hati semua orang. yang penting kita buat terbaik dan aku mmemang buat terbaik lepas aku confirm atau disahkan jawatan oleh big boss yang suka attitude aku.Mr Rajah. dialah yang confirmkan aku dan belanja aku tiket annual dinner hujung tahun. saedangkan staff macam Ina dan Rani pulak bet aku tak confirm dan aku nampak surat extend aku probation lagi tiga bulan. maknanya big boss yang confirmkan aku. seba aku memang buat kerja walau aku tahu aku buat kerja orang lain jugak. aku di tempatkan kat event dan project syarikat sebab itu kelebihan aku. 

so aku handle projek corporate syarikat macam event income tax, event blood donation dan event buat IC baru. tapi ada yang dengki tak bagi aku kerja tu dan dia bagi kerja uruskan production staff macam pekerja kilang. so aku buat aje...masa ni apa aje aku buat memang tip top. sampai kadang kadang aku banyak detect kerja pegawai aku Francis yang suka culas buat kerja. ada satu kes pasal staff ditorial yang kerja tak sampai setahun tapi dapat bonus sampai 5 bulan. tu aku report kat pegawai aku dan bukan pada big boss. so mangkuk Francis ni pun rasa tergugat atau terancam sebab aku dah boleh detect kerja dia. so dia pressure aku dan ambik staff baru perempuan cina. so semua kerja aku nak di bagi kat perempuan cina ni. 

aku pun kerja ofis boy aje sejak itu. dan aku memang bosan lah. aku kerja sambil lewa dan  banyak kerja salah sana sini. itulah akhirnya aku kat HR the Star. akhirnya aku resign kerja sebab dapat offer dari AM Corp Mall. dengar aje aku dapat offer . Francis t terus cancel cuti aku dan mintak aku datang kerja walau dia tahu aku dah tender resignation. aku punya cuti dah approved tapi Francis celaka tu tarik balik. so jadi kes aku langgar kontrak kerja. jahat dan busuk hati lah Francis tu.

gaji aku dibekukan. dan aku masa tu kat kampung. aku nak datang kerja offer kat AM Corp Mall tak dapat sebab takde modal yang ofisnya training kat Bangi .sebelum ditempatkan kat ofis PJ AM corp Mall PJ. jawatan aku HR Assistant masa tu. dah takde rezeki lagi...dan masa tu pun aku frust menonggeng sebab ex gf aku kahwin dengan orang lain. setelh kakak dia tolak lamaran aku mentah mentah. 

berakhirlah kisah aku dan ex gf aku dan cita cita aku yang hancur berkubur nak memiliki ex gf aku tu..okey gaissss...

Saturday 1 May 2021

faith no more - king for a day - part one

 

gambar atas tu album Faith No More - King For A day yang aku beli masa aku dah stabil kerja kat the Star dalam tahun 1995. aku siap beli first stereo compo KENWOOD aku kat Courts Mammoth. ni maknanya aku dah memang stabil masa tu. kerja dah tetap. tapi aku bukan nak cerita pasal tu niaku nak cerita perjalanan kerja aku masa kat Proton dan kat the STAR. jom baca...

masalah kat Proton - plant shutdown dalam bulan June sebab ada insiden staff operator kat production .mungkin management nak settle kes perbicaraan dan siasatan socso semua. so kitorang dapat cuti 10 hari gaji jalan.memang bestlah dapat cuti sebab aku dan Along baru aje start kerja. apa lagi balik kampunglah. so, bila balik kampung aku ambik peluang cari alamat ex gf aku kat kakak dia. masa tu aku masih lagi kerja atau baru mula kerja. aku memang takde lah motor atau kereta. aku macam biasa naik basikal je. so aku selalu terjumpa kakak ex gf akuni. aku memang nak tanya pasal ex gf aku. tapi setiap kali jumpa aku memang terkunci mulut nak tanya pasal ex gf aku tu. setahu aku ex gf aku tu balik kampung dia kat Kedah dan kerja kilang kat Penang. itu aje yang aku tahu.

masalah teringat ex gf - so, aku tak tahu nak buat apa lagi. tak dapat pun alamat dan aku rasa down sangat. aku ingat bila aku dah ada kerja tetap ni aku dapat sambung balik hungan aku yang terputus tahun lepas tu. aku pun asyik termenung sampai mak aku tanya kenapa. aku cakap lah kat mak aku yang aku rindu sangat kat ex gf aku. asyik teringat aje...mak aku cakap sabar kalau ada jodoh tak kemana.

masalah dengan senior Ahmad Tarmizi - so lepas 10 hari tu aku balik ke Proton kerja macam biasa tapi aku punya semangat sangat down. aku kerja macam sambil lewa aje sampai kawan satu kampung aku ni nama dia Ahmad Tarmizi satu sekolah dengan aku.  kebetulan satu line kerja Trim and Final . tapi dia dah senior lah, mungkin dia masuk dengan Ai hari tu. aku tak tahu apa agenda dia tapi dia banyak komplen kerja aku tak betul kat Foreman. pelik sungguh aku. kalau kerja yang silap tu bukan part aku sorang je tapi part salah semua orang. tapi dia pejam mata kat orang lain . salah kerja aku dia highlight pulak.    

so sebab tu aku tak boleh fikir dah. aku jadi tertekan nak kerja...aku takde semangat. aku start ponteng kerja. macam biasa aku keluar kerja kalau shift siang aku lepak rumah kak azah kat Sunway dan kalau aku shift malam aku lepak kat rumaah mak saudara aku kat Seapark PJ. macam tu lah aku ponteng. Ahmad Tarmizi kawan satu tingkatan masa SPM..sepatutnya sebagai kawan dia back up aku dan tunjuk semua tu bukan salah aku sorang je. tapi dia asyik cakap diorang respek aku sebab tu diorang cakap dengan dia pasal kerja aku banyak problem. aku sempatlah tanya kat Foreman sebab aku baik dengan Foreman. Foreman cakap biasalah baru kerja takkan nak nilai terus tak perform. lepas tu Foreman cakap aku takde problem lain macam operator lain yang isap ganja ke hidu gam aje. lagi pun Foreman cakap ada HR nak rekemen aku kerja kat Treasury. aku terbayang yang Ahmad tarmizi jeles sebab aku pernah cerita kat dia ada HR nak rekemen aku masuk dept Treasury. aku terlalu bersangka baik yang dia pun tumpang seronok kalau aku masuk Treasury. tapi rupanya hati manusia tak sama. rambut aje sama hitam.

masalah dengan Along - dengan anak saudara ni aku kat kampung baik sangat. boleh berlebih kurang dengan dia. tak sangka bila dah kerja kat KL dah banyak campur dengan orang...dia boleh jadi musuh pulak. bukan musuh betul cuma kalau dulu dia ikut je cakap aku. tapi bila dah ramai kawan dia boleh berlagak tunjuk pandai kat aku dan aku dapat tahu ada bapak saudara dia sebelah ayah dia. masa dia selekeh kat kampung dulu mana ada bapak saudara dia tu nak ambik tahu pasal dia. aku bapak saudara dia nilah yang ambik tahu pasal dia. so bapak saudara dia ajak dia duduk tinggal sama kat Subang Jaya. masa tu memang dia tak tahu pasal Subang Jaya ke KL ke so aku kesianlah temankan jugak lah dia ke rumah bapak saudara dia yang kerja jual kereta tu. so bapak saudra dia tak layan aku dan sorang sepupu aku Nizam yang datang. dia layan Along aje sebab Along cakap kitorang yang nak ikut sangat. perghhhh...plot twist ...so aku dah kurang ambik tahu dah pasal Along...dia hal dia dan aku hal aku.

lastnya aku kena buang kerja dengan Proton.mana taknya dah tiga hari berturut turut ponteng. maka hari yang ke empat aku datang kerja. masa tu aku mana tahu sangat pasal term and condition . aku main langgar aje cuti ponteng dan tak inform dept aku dan HR. so aku kena panggil HR hari tu cakap aku dah kena buang kerja. so...berakhirlah masa depan yang cerah dengan Proton. aku kena lupakan semuanya...so, bayangkan kalau aku masuk ke dept Treasury dan aku dapat alamat ex gf dan ex gf jalin kembali macam lagu SLAM? dah tentu masa depan aku cerah dengan ex gf aku tu.apa nak buat takde rezeki. aku balik rumah dan aaku tak tahu nak buat camne. apa aku nak bagi tahu kat abang ipar aku yang rekemen aku kerja kat Proton. apa aku nak cakap kat mak aku kat kampung aku dah berenti kerja Proton. macam mana aku nak hadapi masalah yang aku create sendiri ni. 

bersambung gaiss...

 

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)