Sunday 2 May 2021

faith no more - king for a day - part two

 

 

so lepas aku bergelut dengan problem aku dengan Along dan problem aku kat Proton. aku memang kena berhentilah sebab ponteng kerja. masalahnya aku ni terlampau baik dengan orang...sampai orang ambik kesempatan. sampai orang pijak kepala. bukan aku tak tegas. tapi aku ni jenis tak nak cari masalah. lepas tu tentu jadi masalah pada aku.

aku pun menganggurlah dah takde kerja. so aku kena pindah kat bawah sebab bilik tu abang ipar nak sewakan.. nasiblah Along pun dah lepak kat rumah bapak saudara dia...dan aku tak tahu apa cerita dia. aku pulak aku terpaksa terima takdir dah takde rezeki kerja kat Proton. aku ambik keputusan akan stay kat PJ walau apa pun terjadi biarlah aku susah dari aku nak balik kampung. pandai pandailah aku cari kerja. HR Proton punyalah baik sebab diorang kata aku memang takde masalah pun kerja aku kena berhenti pun sebab tak inform ofis kalau tak aku masih diorang tak berhentikan. ...cuma aku hilang semangat nak kerja sebab jiwa kosong...so HR Proton rekemen aku kerja kat Perodua Rawang. memang bertambah jauh lah dari Petaling jaya nak kerja kat Rawang. kalau dapat mesti kena stay kat rawang. dan Rawang tu? macam pekan koboi aje...selama 2 hari aku usha kilang Perodua kat Rawang tu. dan rezeki orang jujur dan tak susahkan siapa siapa...aku memang dapat kerja tu. tapi bila aku fikir aku memang tak boleh stay kat Rawang. mereput nanti aku kat Rawang. ada sorang kawan sekolah kerja kat Perodua sama macam Ahmad Tarmizi iaitu Oney atau Jalil.baik jugak Jalil nak carikan aku rumah sewa tapi aku dah serik dengan kawan kawan ni. takut terjadi kali keberapa entah asyik kena tikam belakang dengan kawan aje.  

so aku pun carilah kerja kat area PJ. KL dengan maisham aku cari mkerja tu sampai ke airport subang aku dan Maisham cari kerja. bagus jugak Maisham ni. bagi semangat kat aku. 

lastnya aku dapat offer dari the Star Publication. kerja handle event PJ Half marathon skompeni suratkhabar omputeh. takpe sebab aku punya English memang okey. bolehlah setakat speaking dan faham bahasa English.  aku kerja kat marketing dept sebagai temporary clerk dari bulan June samapai September aku punya kontrak . takpelah kalau ada rezeki cari lagi kerja tempat lain.

tapi dah rezeki lepas aje aku habis kontrak HR offer aku masuk kerja kat HR sebab ada kekosongan. dah rezeki aku kerja the Star. walau masa kat marketing dept macam macam hal aku terpaksa tempoh tapi HR suka kat aku so aku dapat kerja kat HR. so seleepas aku confirm akan masuk kerja bulan September. so lepas aku resign dari marketing bulan Augus tu aku balik kampung dan aku cari lagi buat kesekian kalinya alamat ex gf aku kat Penang sana. akhirnya dapat anak saudara dia nama Chek yang bagi. aku pun start menulis surat kat ex gf aku. tapi dah berpucuk surat aku kirim takde balasan. aku tak putus asa . aku teruskan niat aku nak cari kerja kumpul duit dan pinang dia.

itulah masa kat HR pun ada jugak yang tak berapa suka kat ku tapi adatlah. adfa orang suka ada orang tak suka.  kita tak dapat puaskan hati semua orang. yang penting kita buat terbaik dan aku mmemang buat terbaik lepas aku confirm atau disahkan jawatan oleh big boss yang suka attitude aku.Mr Rajah. dialah yang confirmkan aku dan belanja aku tiket annual dinner hujung tahun. saedangkan staff macam Ina dan Rani pulak bet aku tak confirm dan aku nampak surat extend aku probation lagi tiga bulan. maknanya big boss yang confirmkan aku. seba aku memang buat kerja walau aku tahu aku buat kerja orang lain jugak. aku di tempatkan kat event dan project syarikat sebab itu kelebihan aku. 

so aku handle projek corporate syarikat macam event income tax, event blood donation dan event buat IC baru. tapi ada yang dengki tak bagi aku kerja tu dan dia bagi kerja uruskan production staff macam pekerja kilang. so aku buat aje...masa ni apa aje aku buat memang tip top. sampai kadang kadang aku banyak detect kerja pegawai aku Francis yang suka culas buat kerja. ada satu kes pasal staff ditorial yang kerja tak sampai setahun tapi dapat bonus sampai 5 bulan. tu aku report kat pegawai aku dan bukan pada big boss. so mangkuk Francis ni pun rasa tergugat atau terancam sebab aku dah boleh detect kerja dia. so dia pressure aku dan ambik staff baru perempuan cina. so semua kerja aku nak di bagi kat perempuan cina ni. 

aku pun kerja ofis boy aje sejak itu. dan aku memang bosan lah. aku kerja sambil lewa dan  banyak kerja salah sana sini. itulah akhirnya aku kat HR the Star. akhirnya aku resign kerja sebab dapat offer dari AM Corp Mall. dengar aje aku dapat offer . Francis t terus cancel cuti aku dan mintak aku datang kerja walau dia tahu aku dah tender resignation. aku punya cuti dah approved tapi Francis celaka tu tarik balik. so jadi kes aku langgar kontrak kerja. jahat dan busuk hati lah Francis tu.

gaji aku dibekukan. dan aku masa tu kat kampung. aku nak datang kerja offer kat AM Corp Mall tak dapat sebab takde modal yang ofisnya training kat Bangi .sebelum ditempatkan kat ofis PJ AM corp Mall PJ. jawatan aku HR Assistant masa tu. dah takde rezeki lagi...dan masa tu pun aku frust menonggeng sebab ex gf aku kahwin dengan orang lain. setelh kakak dia tolak lamaran aku mentah mentah. 

berakhirlah kisah aku dan ex gf aku dan cita cita aku yang hancur berkubur nak memiliki ex gf aku tu..okey gaissss...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)