Friday 14 May 2021

power ballads - waiting to happen


lagu ni memang aku takleh lupa sebab aku dengar masa aku bingung dengan nasib aku. masa tu aku baru balik bersahur dengan kawan aku kat luar. aku menyewa bilik kat rumah kedai kat medan kidd Ipoh. aku tinggal dengan sepupu. setelah tak berapa lama aku kat Iph dengan dia. dia tetap dengan gaya hidup dia dan aku dengan gaya hidup aku. entah macam mana yang asalnya aku nak kerja sambil belajar. tapi satu satu masa aku tergendala. rancangan aku tergendala sebab aku kecewa dipermainkan cinta. 

aku pun tak tumpukan lansung pasal study dah masa tu. akucuma kerja part time aje sebagai pump attendant stesen minyak. aku sedih dengan keadaan aku masa tu. sebab cinta pun segi tiga antara aku awek dan sepupu aku tu. aku pun mengundur diri. takkan aku nak compete dengan sepupu aku tu. walau bermasam muka tapi aku terima hakikatnya bila awek tu Puti namanya mengaku dia ada perasaan kat sepupu aku tu dan hanya anggap aku macam abang dia. 

so, aku pun bawak diri...kerja pum minyak dan makan kat gerai. kat gerai pulak ada awek minat kat aku walaupun aku tak minat kat dia. aku pun fikir apakah kebodohan yang aku buat kat Ipoh ni. aku takpernah jadi bodoh macam tu selama ni. dan akhirnya aku call kampung dan dapat tahu ada surat offer dari Proton suruh datang interview. so, aku pun bagi tahu kat kawan aku yang aku percaya selain sepupu aku. diorang kata inilah masanya aku berpijak di alam nyata dan bukan hidup dalam angan angan aku. so aku dengar nasihat kawan aku yang nama dia aku lupa tapi kerja driver bas ekspress. 

aku balik dari kerja dalam pukul 11 macam tu tengok sepupu aku pun takde. dia enjoy mana entah.itu hal dialah. aku tak campur. so aku on radio pasang kaseet Marillion ni dan layan fikiran aku jauh jauh...aku berfikir nasib diri aku. tapi yang herannya aklu boleh terfikir pasal awek pulak. aku terfikir pasal awek gerai yang baik tu. tapi aku tak minat dia. setakat jadi adik angkat bolehlah. dia ada ajak aku datang birthday dia kat rumah dia tapi masa tu aku kena pergi Shah Alam hadiri temuduga. so aku fikir aku akan belikan hadiah dia esok sebelum aku balik kampung aku transit nak pergi Shah Alam nanti. 

so pagi tu dalam pukul 10 aku ke bandar cari hadiah dan kad birthday. hadiah macam coklat cadbury kotak besi tu je. dan jugak kad birthday. aku main ambik je kad asal cantik. so aku beli tiket bas balik kampung petang tu pukul 3 lepas solat Jumaat. rumah dekat je dengan stesen bas. medan kidd kan? 

balik tu aku tengok kad tu bukan kad birthday melainkan kad Valentine. ah sudah.takkan aku nak bagi kad tu kat awek yang aku anggap hanya adik angkat? so aku ambik keputusan bagi hadiah coklat aje. kad tu aku simpan je. petang sebelum berangkat balik ke kampung aku singgah gerai awek tu dan bagi hadiah coklat. dan aku naik bas ekspress balik kampung. 

so aku pun sampai kampung malam tu dan akan bertolak pulak hari ahad minggu nanti sebab aku punya interview hari Isnin. so ada dua harilah kat rumah aku di kampung. pagi Sabtu memang aku tak buat apa masa tengah sarapan tu ada orang bagi salam. aku ingat siapa rupanya anak murid mak aku belajar mengaji. aku pun tengok rupanya awek sebelah rumah je nama dia Jannah. dulu aku pernah ngurat dia tapi masa tui dia baru 14 tahun. tapi selepas 2 tahun dia memang meningkat remaja. aku terpaku dengan keayuan wajahnya. bila dia slow motion menyelak rambut dia yang jatuh menutup mukanya dan tersenyum amak terpanahlah aku dengan panah asmara pagi tu. tak kusangka rupanya gadis pujaan aku berada di depan mata. 

dan aku tak sanggup lagi menipu diri sendiri menolak perasaan jatuh hati kat dia. so apa yang aku buat. ahhh..aku terfikir pada kad Valentine yang aku tersilap beli tu. inilah masanya...yaaa..inilah masanya aku mengaku pada dia yang aku dah jatuh cinta pada dia. maka selepas aku tulis kad dan aku bagi kad tu kat dia lepas dia habis mengaji dan nak balik. dia tersenyum dan mengucapkan terimakasih. aku rasa lega sebab dah luahkan hasrat hati aku melalui sekeping kad. 

so keesokkan harinya aku pun ke Shah Alam untuk interview Proton hari Isnin dan aku meumpang kat rumah mak saudara aku sehari. itulah ceritanya...bagaimana aku bagi kad Valentine kat Jannah atau Maznah.  



No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)