Wednesday 31 March 2021

infatuation - Luka Itu Indah


aku mengalami luka di hati bila kakak awek aku tuduh aku mengintai rumah diorang. aku hairan kenapa aku yang dia tuduh. bukannya dia tak mtahu sikap aku.tak pernah buat perkara macam tu. lastnya anak dia yang kena tangkap mengintai masa senja maghrib. kena tangkap kena pukul.kena soal siasat.

aku pun sedih.walaupun aku kerja tak tentu arah tapi takkan aku nak mengendap.tu kerja budak yang tak cukup akal dan lalok. sedangkan aku hisap rokok pun tak. sape punya idea lah yang cakap aku ngendap tu. mesti orang yang tak suka aku. sedangkan kat situ ada dua budak lelaki orang sebelah rumah dia pun ada anak lelaki bujang namanya Nurul Azhari. aku tak marah aku cuma sedih aje...

sejak itulah hubungan aku dengan kakak awek aku tu macam dingin je. aku pun dah jarang ambik tahu pasal adik dia...tapi entah macam mana dia hadir kembali kat dalam idup aku bila dia belaja mengaji dengan mak aku. Allah dah bukakan jalan yang suci untuk hubungan suci kitorang. selama ni sejak awal pertemuan aku dan dia dikaitkan dengan hubungan yang baik tu. bukan hubungan sebab kes mengendap ke apa...tapi memanglah akan ada yang dengki.aku mana kenal siapa yang dengki kat aku. kadang kadang kawan baik sendiri pun kita tak tahu apa dalam hati dia. 

so, bila aku ikut Nazri merantau ke Ipoh. sebab aku nak ambik SPM sekali lagi. sebab aku sedar dengan kelulusan aku tu mana nak dapat kerja bagus. sedangkan cita cita aku nak memiliki gadis yang cantik. takkan aku nak buat skandal ke apa ke nak cemarkan hubungan suci kitorang ni. aku kena jaga nama baik keluarga. dan jugak nama dia.

atapi sepanjang kat Ipoh aku ingat kat dia aje. so aku pun declare aku cinta kat dia dengan kad Valentine. hebohlah satu kampung dengan manusia manusia yang dengki. termasuklah mak saudara sendiri dan jugak kakak dia sendiri. tapi aku teruskan aje hinggalah aku difitnah tipu duit orang kat Ipoh.

kecoh aku punya cerita jadi buah mulut orang kampung sampai mak aku suruh slow sikit akan hubungan aku dengan dia. aku nak slow camne lagi...sampai orang tak tanya dah apasal aku kat mak aku? lastnya Allah balas kejap tu jugak kalau dulu aku kena tuduh mengendap lastnya anak dia yang kena tangkap mengendap. lepas tu kecoh cerita aku dn kad Valentine sampai ke dewan orang tanya mak aku. lastnya ada anak geng yang bawak cerita tu sendiri ada kes bila awek dia minum racun nak bunuh diri. awek tu orang kampung aku jugak dan berjiran aje dengan aku. so hilang terus kisah aku dan awek aku.

so aku pun layan luka hati aku dan awek aku layn luka hati dia. aku tak tahu apa perasaan dia sedangkan orang semua tahu aku kena halau dari rumah aku oleh bapak aku. tapi walau macam tu awek aku ada jugak kirim salam kat aku. bila mak aku melawat aku yang tinggal menumpang sementara kat rumah kakak sulung aku. aku pun tak lama duduk situ lepas habis urusan kenduri kahwin kakak aku. aku pun angkat kaki bawak diri ke KL merantau mengadu untung nasib. masa tu aku tak fikir apa dah. tinggallah semua kenangan pahit. kalau ada rezeki aku jumpa lagi awek aku tu.

tapi kakak aku yang baru kahwin tu ada hubungi aku kat KL dia kata mak aku asyik tanya aku aje. so, aku pun lembut hati.takpelah aku ni anak dan bapak aku tu bapak. salah macam mana pun aku tetap anak. aku pun balik kampung setelah kerja kat KL sampai pertengahan tahun. 

aku balik kampug dan buat kerja kampung. aku ada jugak terserempak dengan ex aku tu. dia dah tak sama macam dulu. dia dah takde nak senyum atau tegur aku. aku pun masa tu kerja kampung aje. aku berazam nak tolong keluarga aku dan sara keluarga aku. itu aje hajat dalm hati aku. pasal awek ex aku tu aku buang jauh jauh walau aku masih sayang kat dia. aku kerja masa ni kerja kuli sukat tanah. memang orang pandang rendahlah kat orang kerja kuli macam aku. aku tak kisah asalkan berkat.

cuma itulah...ada jugak kakak awek aku tu tanya masa terjumpa kat pasar. dia tanya aku kerja apa.ku hanya senyum. dan aku tak jawap pun. ku tahu aku hina dimata dia. dan entah macam mana apa yang selama ini aku ingat dan idam idamkan. akhirnya aku jumpa jugak dengan awek ex aku bila kakak aku buat kenduri menyambut kelahiran anak pertama. dia datang dan kakak dia datang. masa tu memang yanga da kitorang bertiga. aku ,awek ex aku dan kakak dia.

kitorang buat kerja kenduri goreng ayam kat luar rumah. akhirnya kakak dia suruh dia balik rumah rendam lkaksa sebab adika ngkat polis nak datang petang. perghhhhh..signal tu untuk aku nak bagi tahu supaya jangan kacau adik dia lagi dah. aku punsenyum

aku sedih sebenaranya. aku pernah jugak nampak dia kat pekan dengan satu lelaki entah siapa kat depan masjid. tapi aku terpaksa akur. aku masa tu anya seorang pemuda selekeh. kerja kuli. so masa aku balik rumah satu hari kaki aku kena paku masa kerja kat rumah itik desa damai. aku naik basikal dan terserempak dengan awek aku dan lelaki tu. awek aku buat tak nampak. aku pun sedar aku hina aku terus je menghindar dari mendekati diorang. aku balik aje terus ajak anak saudara aku ke klinik ambik injeksen  sebab takut ada jangklitan ke apa. masa lepak petang tu awek aku datang bagi laksa. 

dia tengok kaki aku berbalut. dia tanya kenapa. aku cakap dah nasib aku. kena paku masa kerja. dia macam sedih dan menangis. apasala tak tahu. sambil bagi laksa. aku cakap terimakasih ingat jugak kat aku dan mak aku. lagi dia nangis...terus balik...

so, luka itu indah gaissss...itulah last aku jumpa dia...dan ceritanya berterusan bagi aku sampailah akhirnya kisah aku dan dia full stop bila dia kahwin . dan pinagan aku ditolak oleh kakak dia. memng takde jodoh kan gais...

so, dah bertahun tahun hilang kisah aku dan dia. dia ada family aku pun dah ada family...tiba tiba ada berita kakak dia meninggal dunia. kitorang terpisah sejak 1996 sampai 2019 gais. dan dia jumpa kakak aku . sayangnya tak anya pun khabar aku gaisss...

luka lama gaisss...luka itu indah gaisss...





infatuation - antolgi kispen sephia


Antologi Kispen Sephia

Ombak ~ A.Samad Said

Ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.

~ A.Samad Said

*Lukisan ni Aku lukis sejurus selepas peristiwa terserempak ex crush kat pekan pada tahun 1994. Samalah situasinya. Masa Tu result SPM baru keluar

infatuation - reject removed replace


Aku sejak PKP covid 19 ni Aku suka lepak kat media sosial Tiktok. Macam macam Ada kat situ yang negatif Ada yang positif pun ada.sebenarnya Tiktok ni Sama BIG macam Facebook Dan Insta. tapi pasal China yang develop apps ni pasal Tu Donald Trump haramkam Tik Tok kat USA.  

Reject Removed & Replace...Sama aje maksud 3 ayat Tu...sapa sapa kena reject atau removed Dan Di replace Kan perasaannya Sama...sedihnya Sama...frustnya Sama.

Aku memang Banyak Kali kena reject ...Dan pedih kena reject macam Kita tak perasaan Kita kena reject sebab Ada ayat ayat klise dia...Yang paling popular ayat ni...

ayat reject - awak terlalu baik untuk saya 

ayat minta putus - awak akan jumpa dengan gadis yang lebih baik dari saya..

Tempoh kena reject adalah paling best sebab bekas awek Kita Yang hipokrit tadi. Akan Cari ruang untuk jalin hubungan baru diorang dengan pilihan diorang. 

Perghh...masa tu Kau tengok ajelah bekas awek Kau happy Dan bahagia dengan couple baru dia. Dia takkan Ada Rasa belas Sedikit pun kat Kau. Dia anggap hati Kau Yang dia lukakan Tu adat Bercinta.

Pergggghhh... 

 

bersambung ....



infatuation - berkorban apa saja

 


Babak Hang Tuah & Tun Teja

Watak
Hang Tuah : part 1
Tun Teja : part 2

Scene 1
🎬Situasi di taman diraja

2 : Dah lamakah tuan

menanti kita hang tuah?
1 : Lama jugak tuan puteri
(mengangkat sembah) saya hampir
hampir balik sangkakan tuan
puteri tidak dapat datang.
2 : Kalau terpaksa menempuh mulut
meriam sekalipun,kita mesti datang.
Ayah kita nak menghantar kita ke
terengganu pada hari esok.Kita
tidak mahu.Kita tidak suka kahwin
dengan megat panji alam itu.
1 : Jadi,
2 : Kita ada satu jalan,tetapi..
Tuah mesti menolong kita.
Ingat tuah sudah berjanji malam semalam
1 : Benar tuan puteri,
2 : Tuah,mari kita lari malam ini juga.
Kemana saja,asalkan kita
boleh bersama sama.
1 : Sungguh sungguhkah

cakap tuan puteri ni.
2 : Sungguh benar,kita
tidak berolok olok.
Tuah..Mahukah tuah membawa kita lari?
1 : Untuk tuan puteri,saya bersedia
kemana saja.Tapi,kita mesti
berangkat pada malam ini juga.
2 : Boleh,dimanakah kita berjumpa nanti?
1 : Ditepi sungai,kerna kita nak
berlayar jauh.Lebih baik tuan puteri
membawa dang Ratna bersama sama.
2 : baiklah
1 : tuan puteri,cermat cermatlah
sedikit tuan puteri.Celaka padahnya
kalau bertarung sebelum melangkah.
2 : (berlalu pergi)

Scene 2
🎬Situasi di dalam kapal pelayaran

1 : Jangan bimbang tuan puteri.Dah
sejauh ini,takkan orang orang
pahang ingin mengejar kita lagi.
2 : Dulu kita selalu mendengar
kisah tuah dari ayah.Diceritakan
tuah berani,tuah gagah,tuah diutus
kesana kemari dan macam macam
lagi.Dari semenjak itu,kita mula
mengejar tuah.Kadang kadang kita
cuba membayangkan,macam mana rupanya
tuah.Macam mana tingkah laku dan budi
bahasa tuah.Dan sekarang,kita telah
bertemu muka.Takkah hairan tuah?
1 : Iya tuan puteri.
2 : Panggilah teja saja.
1 : Tak boleh tuan puteri.
2 : Kenapa tak boleh?
1 : Sebab ada satu rahsia

yang tersembunyi.Jikalau saya
terangkan,sudah tentu tuan puteri murka.
2 : Apa rahsianya tuah?
1 : Tuan puteri,sebenarnya kedatangan

saya ke pahang ini ialah untuk mengambil
tuan puteri menjadi permaisuri sultan
melaka.Sebab baginda tersangat
teringgin memperisterikan tuan puteri.
2 : Saya tidak percaya
bergitu niat tuah.
1 : Saya berkata benar tuan puteri.
Tuan puteri,pada mulanya saya tau
bagaimana perasaan tuan puteri terhadap
saya.Tapi tuan puteri juga harus
tahu,hidup saya cuma satu tujuan
saja.Iaitu berbakti kepada raja saya.Di
dalam tubuh saya,hanya mengalir
satu perasaan saja.Iaitu taat setia
kepada baginda.Ampunilah saya tuan
puteri.Kerna menperdayakan tuan puteri.
2 : Mana ada lagi tempat dalam hati

saya untuk sultan itu.Kerna hati saya

sudah penuh dengan memuja kau saja tuah.
1 : Itu mudah saja tuan puteri.
Saya boleh berikan tuan puteri sireh
jampi.Makanlah malam ini.Besok
tuan puteri akan lupakan saya.
2 : Tak mau tak mau,saya tak
mau melupakan tuah(menangis)
1 : Itulah saja satu jalan tuan puteri.
Makanlah,jikalau tuan puteri
sungguh sungguh kasihkan saya.
2 : Kalau saya tidak mahu makan?
1 : Saya akan menangung
kesal seumur hidup.
2 : Berkorban apa saja,harta ataupun
nyawa.Mintaklah sireh itu.Simpan
gelang ini baik baik tuah.Inilah
tanda tempat terpendamnya hati
saya.Disinilah tempat kuburnya kasih
sayang tun teja pada hang tuah.

infatuation - fitri

 

dia ni muncul masa aku berkawan baik dengan sorang budak newbies kat ofis aku. nidzam dia masuk dept aku dan awalnya aku tak berapa layan sangat pun.aku setakat baik gitu gitu aje. sebab pengalaman mengajar aku nak buat baik dengan orang berpada pada. tapi entah macma mana dia ikhlas nak berbaik dengan aku. dia kat dept aku macam ada tugasan penting nak buat sistem invoicing KOSMO paper baru syarikat aku. 

aku pulak cuma buat invoicing yang dah sedia ada suratkhabar dan majalah.aku hanya keani biasa aje. disebabkan dia orang baru dan hormat orang lama so aku terima dia jadi kawan. memang lama lama hubungan jadi rapat. sampai orang lain pun ada yang cemburu jugaklah. tapi biasalah kelemahan nidzam ni pada perempuan. disebabkan ada seorang staff perempuan tu nama wan rozita yang dia minat so aku mula renggang dengan dia. aku tak berapa suka dengan wan rozita ni. so aku tak join dah dengan nidzam.hubungan kitorang habis renggang disebabkan wan rozita.

sebelum itu aku dan suzaila macam rekemen satu awek ni kat nidzam. awek kat media sosial dan entah macam mana melekat pulak kat nidzam. kitorang pun layan aje awek ni nama Fitri satu kampung dengan nidzam. macam cerita tu aku ada masalah dengan nidzam dan aku dah tak jadi kawan dia dah. nidzam pulak baik dengan dzul. lastnya nidzam bawak fitri datang kerja kat KL sebab ada masalah kat tempat kerja fitri kat Johore.   

so happylah hidup nidzam..dan nidzam berhenti kerja dan jadi pegawai kat Bank Rakyat. sebab ada kerabat dia kerja situ. so senanglah dia kerja dia cuma ambik pengalaman aje kerja kat syarikat aku. panjang mukadimah ye pasal fitri ni...sebab asalnya aku memang anti kat fitri. aku lansung tak layan fitri ni. aku anggap fitri musuh aku. 

fitri ni orangnya cantik . muka ada iras Memey Suhaiza. tapi aku tolak semua tu sebab aku dah jadi musuh nidzam. dan tentunya takkan berbaik dengan fitri. tapi kawan kawan cakap fitri ni baik. dan memang dia tak sombong dengaan aku. dia anggap aku macam kawan seofis lain walau aku tak layan dia. dia tak peduli pun aku tak suka dia. dia asyik pinjam majalah dengan aku. walau dia tahu aku tak suka dia. 

sampai satu masa aku surrender...sebab dia baik dengan aku walau aku benci dia...ya lah aku ada masalah dengan nidzam bukan dengan dia. tapi pasal kerja dia lorat jugak dengan aku. kalau tak tele report monthly aku walau 10 sen dia mengadu kat bos dia Samjohan. lastnya aku cakap kat dia kalau aku silap cakap aje kat aku aku betulkan. sejak tu aku okey dengan dia.  

memang dia baik..sampai bila dia baik dengan aku ada sorang lagi staff yang ada hati dengan dia iaitu  Am dan Shah jeles bila dia baik dengan aku. aku yang ego dan keras hati ni fitri boleh lembutkan...perggghhh...macam mana tu?


infatuation - no leaf clover


aku heran jugak...apakah takde perasaaan lansung kat hati manusia bernama ex aku tu...masih aku ingat lagi kata kata kakak aku masa dia pergi kenduri aruah rumah kakak kepada ex aku tu kat kampung. dia ada datang iyalah kan sebab kakak dia meninggal dunia. 

kakak aku cakap dia ada dan tegur kakak aku masa kenduri tahlil tu. dan dia sikit pun tak tanya pasal aku atau sebut nama aku....takkanlah dia lupa kat aku bila tengok kakak aku. aku pun dah lama cari dia kat media sosial sejak 2010 lagi masa tu aku dapat tahu suami dia ditimpa musibah kena samun dalam bas Rapid. setahu aku masa aku masuk merisik dia tahun 1996 dulu kakak dia cakap bakal suami dia kerja pilot TUDM Butterworth. ni dah kerja pilot Rapid Penang pulak.

so, aku tak kisahlah semua tu...benda dah lepas...tapi memang aku tak dapat jumpa pun dia kat media sosial. macam dijaga rapi agar tak dapat aku sentuh dan dengar akan apa apa pasal dia. semua macam berahsia. yang aku tahu aku sempat tinggalkan kenangan dalam hidup dia yang aku rasa dia tentu tak boleh lupa. contohnya kisah kad Valentine...pasal kad tu dia tentu ingat pada aku sebab tak semua kisah cinta orang ada kad Valentine. 

kisah dalam lagu lagu atau semua lagu slow rock masa tu memang kena dengan kisah cinta aku dan dia..bertemu, bercinta dan berpisah...lagu slow rock 90an. masa tu pun dia masih ambik SPM. nanti orang tanya apa kenangan masa sekolah? tentu kisah aku ada sekali? dan kisah aku dan dia bersambung macam ada episod...episod terakhir ialah masa dia dah habis sekolah dan aku masuk merisik dia.dan lamaran aku di tolak mentah mentah...

aku pun hairan...semua tu nostalgia...orang yang takde kenangan pasal lagu tu pun ingat lagu lagu top masa tu. kecualilah dia hilang ingatan pada aku...so dia pun hidup dengan hidupnya aku pun hidup dengan hidup aku. dan bila ada program macam Gegar Vaganza semua tu keluar balik lagu lagu lama ni kat program Astro. dan di masa yang sama naik kisah sedih Suffian Suhaimi dan Elfira Loi dan aku ras imej Suffian Suhaimi memang macam imej aku. dan cerita Suffian Suhaimi memang sama macam kisah aku...

aku sedar dan faham dia ada hidup dia dan aku tahu hidup dia bahagia...aku pun ada hidup aku sendiri...dan aku bukan nak minta lebih. asalkan dia tanya aje kakak aku masa jumpa kat kenduri aruah tu. dia tanya macam ni cukuplah...

"abang Mat apa khabar? dia kat mana sekarang kakwa?"

itu pun cukuplah...aku akan move on setelah sekian lama aku simpan kisah aku dan dia dalam hidup aku..akan aku lepaskan semua kisah dia...yang sering aku tulis dalam blog dan dalam media sosial...sebab kisah aku dan dia sebenarnya aku nak ceritakan kat dia tapi kalau dah takde kemungkinan berlaku aku akur dan mengundur diri asalkan dia noticed my existence...thats all I ask oh Allah...

infatuation - sentuhan (friendzone)


Pilu menyentuh hati
Aku dikejutkan oleh sentuhan cinta luka
Bagaikan taufan kau hempas cintaku
Sehingga aku terapungan

Sentuhan cintamu sayang
Panasnya membakar dihati
Hari-hari yang berlalu
Menyentuh sepi

Aku rindu
Sentuhan cintamu
Aku rindu
Sentuhan cintamu

Aku masih begini terkenang dirimu
Tiada pernah aku membenci
Bagaikan pantai sepi merindukan sentuhan ombak
Begitulah kasihku padamu sayang

Aku rindu
Sentuhan cintamu
Aku rindu
Sentuhan cintamu...

infatuation - significant other


maka dengan berakhir aje bulan Februari ni maka berakhirlah nostalgia cinta silam...so masuk bulan Mac come back to reality...walau pun masih nostalgia apa yang aku tulis ni aku alami satu masa dulu namun relevan dengan semua orang aku rasa...

kes 1 - setiap masa ada saja pengkhianatan...dan tentunya fake friends...yang ironicnya....oang yang kita tolong itulah yang selalunya akan tikam belakang kita balik. orang yang selama ni takde sapa pandang...takde siapa peduli..kita pun dengan ikhlas hati pun tolonglah orang ni...so kita bawak dia keluar dari lingkungan hidupan dia yang seddihhh tu...kita bina semangat dia supaya anggap diri dia sama macam orang lain. bila dah dia bersemangat dan berani dengan dunia luar dan manusia yang rakus kat luar...tiba tiba aje dia berubah ...dengan orang yang sudah kenal dia...dengan orang yang sudah dengar cakap dia...dia ambik keputusan untuk tikam belakang orang yang kutip dia dari lembah kehinaan...atau lembah kesepian yang takde sekor manusia pun peduli dia...mungkin dia rasa menang sebab tikam belakang orang yang pernah tolong dia...

kes 2 - imej aje islamik tapi masih materialistik - semua orang tahu rezeki Allah yang bagi tapi itulah takut nanti takde peluang nak dapat peluang yang menguntungkan atau masih lagi ada prinsip win win situation...ikhlas ke laut...ada dua orang  kawan rapat aku sanggup tinggalkan aku atau singkirkan aku smata mata sebab orang yang berstatus owner syarikat kitarsemula atau owner syarikat sampah...nak berbaik sangat dengan owner tu dan geng owner tu dan sanggup tinggalkan aku yang dah takde apa apa masa tu.

sorang ni masa susah ke sana ke sini dengan aku bila dah dapat kerja dia left grup aku ...yang sorang lagi pulak kata tak nak bermusuh dengan sesiapa...biasalah aku punya geng bukan nak bermusuh cuma pendapat lain lain biasalah...dan aku removed orang yang aku rasa toksik dalam grup. dan diorang dua orang ni pulak left grup. bukan tikam belakang ke namanya. ?

lepas tu mamat toksik yang aku removed tadi buat grup baru tapi ahli lama. ni dah kira sailang  grup namanya. so dua kawan aku yang left grup tu dimasukkan dan aku pun dimasukkan sekali. ni macam ambik alih admin lah macam tu. aku senyaplah..sebab aku rasa aku takde suara dah dalam tu.tapi kawan aku dua orang yang left grup bukan main aktif lagi...so aku rasa tak guna aku ada dalam grup hipokrit dan aku masih hidupkan grup lama. 

so kes 2 tu dua orang ni dah mengkhianati kepercayaan aku kat diorang ...dan yang kes 1 tu pulak aku beri madu dibalas tuba...yang bestnya 3 orang ni kawan baik aku bukan fake friends...so, berkawanlah baik macam mana pun kalau hati masih ada keinginan pada materialistik...dan nafsu nak dikenali dan nak dipuji puji...takde makna akan perhubungan baik dah sekian lama...Allah dengar  dan Allah tahu apa yang diorang cakap atau buat belakang kita... wallahualam...

infatuation - kena friendzone


sewaktu PKP atau zaman pandemik covid bermula sejak Jan 2019 ...aku yang tak bekerja lagi sebab klena vss hanya menghabiskan masa kat rumah. bayangkan bagaimana keadaannya...takde kerja..takde pendapatan...nasib baik ada duit skim pengeluaran EPF bagi golongan yang terkesan sebab pandemik...so adalah duit poket aku mwalaupun aku takde kerja.

makin lama makin teruk wabak pandemik ni...sebab masih takde vaksin masa tu...so tewrpaksalah menjalani norma baru dalam kehidupan...untuk flattening the curve maka kerajaan alaysia terpaksa mengadakan langkah PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan iaiutu stay home and stay safe. kehidupan terpaksa macam tu bukan kat Malaysia saja tapi kat seluruh dunia macam tu. tahulah kita oprang Islam ni...kiamat dah dekat...hemmmmm...

so bila kena stay at home dan ada yang work from home...maka aku punya jadual tidur pun berubah sampai aku tak boleh tidur malam...aku hanya tidur bila aku mengantuk aje...so sepanjang malam aku asyik layan FB aje...bila dah layan FB so aku kenal lah siapa siapa yang tak tidur malam macam seorang nurse ni dia shift malam. nama dia entah lupa aku...aku kenal kat We Chat...dia kerja kat hospital Shah Alam tu Medical Nursing Apa Entah...kenal dalam bulan November 2019..tapi tu lah lastnya kena friendzone...sebab aku ni bukannya orang bujang...so dia tak peduli lah aku...

semuanya bermodalkan aku memperkenalkan aku ni seorang penulis blog dan aku cerita pasal blog aku kat diorang..sejak tahun 2010 lagi aku aktif menulis blog...dan aku stop menulis blog sebab kegemilangan bloggers pun ada akhirnya bila orang lebih minat manjadi youtubers pada awal tahun 2015..so dunia blog pun malap sejak Youtubers ambik alih...

sorang lagi aku kenal dah lama tapi sejak PKP kitorang selalu sangat berchatting...dia macam dah percaya kat aku ...memang best...semua cerita luar dalam aku cerita kat dia dan aku macam dah suka kat dia...dia kerja macam bisnes makanan..apa saja jenis makanan dia buat...katering agaknya macam tu...so, dia memang selalu ada masa sebelah malam sebab tak tidur sebab prepare makanan untuk bisnes atau order. 

best kawan dengan dia...dia percaya aku...dia cerita pasal diri dia kat aku..orangnya cantik jugak macam muka Jepun sikit...tapi bila aku dah rasa macam aku dah dapat tackle dia...dia pun macam tak layan aku...aku sedar aku ni bukan bujang lagi. so aku turutkan aje ....iyalah apa kita nak paksa orang kawan dengan kita. suka dialah nak kawan ke nak bolayan ke...

so aku kena Friendzone...sakit sungguh perasaan kena Friendzone ni... hemmmmm...

infatuation - slipknot layan Visa


tajuk tu dapat bila aku post lagu kat FB aku ..lagu aku ambik dari Youtube lagu Visa tapi entah kenapa keluar lagu Slipknot...hahahahah...mungkin youtube punya salahlah kot...

bukan apa aku suka layan lagu Visa sejak aku mat jiwang lagi.iaitu sejak 1993 tu aku memang beradu suratan dengan nasibku...selama 3 tahun aku memperjudikan nasib aku mengharapkan kasih bertaut kembali setelah putus terpaksa...aku sedar memang takde nampak akan tanda tanda dia akan kembali namun aku tak putus asa ...maknanya aku layan frust masa aku sepi kesepian ditinggalkan dan dilupakan ex kekasihku ...aku masih berharap dia kembali pada aku dengan doa doa aku dalam setiap sujudku.

so aku masih masih mengharapkan kembalinya dia walaupun terpisah jauh...tu aku dengar layan lagu Visa sebab lagu lagu Visa macam sama macam cerita cinta aku yang sedih...selama 3 tahun sejak 1993, 1994,1995... aku layan akhirnya aku frust jugak bila ex aku kahwin lain pada tahun 1996...

dan nostalgia kembali pada tahun 2019 bila Sham Visa masuk program ASTRO Gegar Vaganza ..Maka terinagtlah aku balik kat Ex aku tu bila lagu lagu Visa di keudarakan kembvali kat stesen radioi bila populariti Sham Visa naik balik sebab ramai yang kata muka dia iras watak Tony Stark - Robert Downey Jr yang berlakon jadi Iron Man superhero Marvel tu..


Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)