Monday 4 February 2019

review movie - AlLITA Battle Angel


aku tengok aje sedutan atau trailer movie ni aku dah tertarik nak tengok movie ni...sebabnya walaupun cerita ni futuristik fantasi tapi ada nilai kemanusiaan dalamnya.dan jugak sebab heroin yang berlakon watak Alita ni cute macam Nad Zainal hehehe... 

petang tadi dalam pukul 3 aku tengok dengan anak aku kat TGV Bandar Bukit Raja. tiket mahal giler rm17 sorang..tapi aku tengok panggung penuh sampai ke seat bawah...ramai giler orang tengok cerita ni...aku tak tahu mana diorang dapat tahu trailer ni...kat Facebook atau kat  mana ntah la.

oleh kerana cerita ini berlatar belakangkan tahun 2036 macam tu ke aku dah lupa ...ia menceritakan tentang satu penempatan antara bidang kejuruteraan sebuah kota di atas langit dan sebuah bandar di bawahnya. Bandar dibawahnya menjadi sumber segala makanan dan segala bentuk tenaga untuk kota di atas langit. mula mula ceritanya mengisahkan sorang doktor atau pakar medic  bernama doktor Ido di sebalik timbunan timbunan sampah yang dibuang. dia terjumpa serpihan badan Alita ni dari kepala ke bahu dan di dapati masih berfungsi. Alita ni ialah wira cyborg walaupun di awal penceritaan doktor Ido tak bagi tahu Alita.

seterusnya lepas Alita dihidupkan semula ia memberi kebahagiaan pada doktor Ido kerana sebelum ini dia kehilangan anak perempuannya. dan badan robot yang direka dan dimajukannya untuk anak perempuannya yang lumpuh dimuatkan pada badan Alita...

Akhirnya bila Alita tahu siapa dirinya ialah seorang cyborg maka dia bercita cita untuk naik ke kota di atas langit. untuk itu dia harus menjadi juara satu permainan yang bernama motor ball iaitu permainan yang akan memperjudikan nyawa namun kerana Alita seorang wira cyborg yang mempunyai ketahanan dan mahir menggunakan teknik pertempuran ketenteraan Panzer Kunst dan dialah satu satunya yang tinggal terakhir dalam kaum cyborg dengan kekuatan luarbiasa dia makin layak untuk memasuki pertandingan saringan ke dua tersebut di kota atas langit.

sub plot lain lain macam Alita jumpa kawan baru dia nama Hugo watak boyfriend Alita yang akhirnya mati sebab nak naik ke kota atas langit juga. plot Alita jumpa dengan geng geng pemburu pembunuh cyborg yang didalangi oleh seorang sangat berkuasa di kota atas langit bernama Nova. Nova seperti menguasai semua tindak tanduk orang orang yang hidup di bandar bawah.  

Cerita ini diadaptasi dari komik anime Jepun tahun 1990. Produser filem yang sama pernah menghasilkan filem AVATAR dan TITANIC iaitu Landon ke apa ntah...hahaha malas aku nak google...Di arahkan oleh seorang pengarah berbangsa Mexico iaitu Robert Rodriguez...aku pernah tengok cerita cerita arahan beliau macam cerita SIN CITY yang banyak yang ber genre dark noir...so para para pelakon memang tak berapa dikenali kecuali seorang pelakon wanita yang membawa watak bekas isteri doktor Ido iaitu Jennifer O'connor. memang cerita sebegini mempunyai peminatnya sendiri tapi aku tak sangka dia dapat masuk mainstream sebab genre nya dark noir...

apa pun aku tak puas hati kerana cerita ni masih macam episod pengenalan dan Alita masih kena bertanding untuk layak masuk permainan motor ball di kota atas langit.

aku bagi 4 bintang lah pada movie ni...sebab time Hugo nak naik ke kota atas langit tu aku sakit perut nak buang air ke toilet tapi dapat jugak tengok adegan last.... hahahaha

adios amigos
muchas gracias...

Friday 1 February 2019

review lagu - Never Gonna Let You Go If You In My Arms Again


dua lagu ni aku dengar masa aku ambik grab car...drivernya pulak amoi...aku tak rasa nak bersembang tapi aku layan lagu ni dan humming aje...aku dengar amoi tu pulak pun humming jugak...aku tanya tahu ke lagu lama ni...dia kata tak tahu penyanyi tapi dia pernah dengar cover oleh penyanyi cina...

never gonna let you go
lagu nyanyian sergio mendes ni macam penyanyi penyanyi latin yang power dan romantik...giorgio moroder, glenn medeiros, santa esmeralda...etc... lagu lagu ni pernah jadi music score siri tv...macam lagu ni aku tak ingat siri tv apa. yang aku pernah dengar ialah lagu Nothing Gonna Change My Love For You nyanyian glenn medeiros dalam siri tv Streethawk...



if you're in my arms again
lagu nyanyian peabo bryson ni memang terkenal dalam teledrama novela omputeh macam lagu ni dalam siri tv 8o-an . The Bold & The Beautiful...aku dulu follow cerita cerita macam ni...cerita cerita omputeh ni...bukan apa memang bestlah kalau layan dari mula....

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)