Thursday 20 December 2018

review movie - Aquaman & Bumblebee



review movie kali ni aku buat 2 movie sekali harung...sebab movie ni aku repeat tengok sampai 2 kali...jangan tanya kenapa hahaa...

okey first movie Aquaman ...movie ni aku suka sebab ada tajuk Aqua macam bintang astrologi aku Aquarius...so...dah nama Aquaman tentu ceritanya dalam air dalam laut...Aquaman ni superhero DC Comics sama macam Superman dan Batman...so cerita dia lebih kurang sama lah ...superhero yang ada kelebihan yang datang dari situ boleh buat itu ini....nak kata aku enjoy sangat tu ak lah tapi cerita Aquaman ni sangat detail macam aku jugaklah banyak sangat plot dia megikut naratif cerita yang sangat detail......entah apalah aku nak cerita pasal movie ni yang paling best? mungkin watak Aquaman yang agak cool la...si Arthur Curry yang bersikap agak irritate pada walnya dia tak suka nakj join orang atau nak buat apa yang dia tak suka...sama macam watak dalam Naruto tu...Shikamaru yang pemalas dan tak nak buat apa apa kalau boleh walau pada hakikatnya dalam Naruto dia punya IQ paling tinggi...ha macam tu lah...

macam Aquaman ni jugak unpredictable aku ingat iya iya lah dia tak nak duduk dalam laut jadi raja kat Atlantis...rupanya nak jugak...apa la...sembang lebih Aquaman ni....hahahaha...macam siapa ye? hahaaa...

so...aku punya bosan cerita ni detail sangat sampai aku berdengkur sekejap masa dia lawan dengan adik dia yang nak jadi Ocean Master tu....berdengkur hahahaha...

JENG JENG JENGGGGG!!!!!!




okey review movie yang seterusnya...BUMBLE BEE...
siapa yang tak suka watak BUMBLE BEE dalam Transformers? watak yang robot tapi beremosi...yang ada macam serupa manusia...ada masa dia happy ada masa dia sedih? kalau dia jadi robot autobot yang tengah berlawan dia mengingatkan aku pada aksi kungfu Bruce Lee yang pakai baju suit jumper kuning tu...sebab dia memang laju dan tangkas lawan dengan robot decepticons...dan jugak weapon dia PLASMA GUN yang sangat power sebab kalau dia selalu pakai dia habis kuasa Energon dalam badan dia...

pelakon lain? Hailee Steinfield dan John Cena...
Hailee ni aku rasa takdelah best sangat berlakon macam biasa biasa je,,,cuma yang best sebab muka Hailee ni macam Fauziah Latiff masa muda hahaha...John Cena? dia ahli gusti WWF tapi dah berusia ni dia berlakon lah...John Cena memang sesuailah berlakon jadi marine corps ke tentera USA ke....cam tulah...BUMBLE BEE ni seorang soldier sahaja dalam rankingTransformers yang di tugaskan utuk menjaga bumi...ada scene masa John Cena agent Burns ni tabik hormat kat BUMBLE BEE sebab lawan bermati matian dengan robot Decepticon untuk menyelamatkan bumi dan juga masa menyelamatkan Hailee...

yang paling best cerita ni latarbelakang 80's so...music score dia banyak masa aku masih remaja belasan tahun ....to be exactly umur aku masa tu 16 tahun nak ambik SRP...Hailee pun melakon kan watak umur dia 18 tahun baru lepas SPM hahaha...so, lagu lagu yang jadi OST ni banyaklah aku ingat dan minat...aku masa tu fesyen pun pakai macam trend masa tu ala Hong Kong seluar carrot shape dan suka baca buku Smash Hits dari USA...aku dapat baca sebab ada sepupu belajar oversea dan masa dia balik dia bawak semua tu...memang kuat pengaruh masa tu sampai tiru feshen rambut Morten Harket AHA...menjadi pulak tuuu...hahahah...

memang sebelum ni ada Transformers 5 yang agak malap jugak sebab enah tak tahulah kenapa...padahal belanja buat sequel sebelum ni entah berapa juta...tapi sambutannya suam suam aje...so, bila keluar sequel spin off BUMBLE BEE ni memang meletoplah...so memang BUMBLE BEE hero sebenar semua kanak kanak sezaman nya...

perlu aku statekan kat review ni macam mana BUMBLE BEE kehilangan suaranya untuk berkomunikasi...BUMBLE BEE asalnya ada suara tapi entah macam mana amsa dia turun kat bumi dan ada robot decepticons yang follow dan robot tu lah yang merosakkan suara atau kotak komunikasi BUMBLE BEE sampai tak boleh bersuara...so, BUMBLE BEE terpaksa menggunakan stereo radio untuk berkomunikasi dengan Hailee dan yang lain...rasanya dalam sequel Transformers akhirnya BUMBLE BEE dapat balik kotak suaranya bila autobots yang macam doktor rawat suara dia...


apa lagi nak cerita? oh ye scene yang paling beremosi tu masa last BUMBLE BEE nak berpisah dengan Hailee - Charlie kat jambatan San Francisco ...tapi masa tu BUMBLE BEE pulak cool aje tak de mood sedih...

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)