Thursday 28 November 2019

review movie - Ejen Ali The Movie


nak review jugak ke? sikit je okey.. movie ni aku follow dari setengah jam yang pertama aku memang syok sangat sebab apa...bila Ali dalam dilemma dan join geng kawan mak dia yang hidup gelandangan dulu aku terbayang kan movie ni dah sama standard plot cerita dia macam movie Joker dan Maleficent... mengangkat watak jahat jadi watak putih... memang sesuai dengan jiwa aku watak Ali di DARK kan... Tapi tetiberrr je plot twist pulak dah aku rasa tak syok.. Ali jadi baik dan Ali join geng MATA balik. Tapi dah movie anime category P13 takkan nak ikut selera aku kannn... Hihi hi.. dahle watak ejen Zain feveret aku cuma ada scene flashback aje..

movie macam ni penuh nilai moral dari awal cerita sampai ke akhir. Aku tak tahu apa lagi yang social Influencer yang berlambak kat Facebook tunggu untuk galakkan public pegi tengok movie ni. Agaknya nak tunggu job review berbayar datang le tu. But this is more than that. This movie is BIG. Tak keterlaluan kalau aku cakap unsur murni dalam movie ni sedikit sebanyak boleh repair gejala sosial remaja awal belasan kita kalau kena gaya👍👍👍👍

itu je yang aku boleh review , kalau lebih lebih nanti spoiler lak hahaha... sebab korang kena saksikan sendiri movie ni baru puas hati...kualiti grafik ke, music score ke tu memang melebihi jangkauan kita. Dahsyat hasil kerja anak tempatan wehh.. paduu babe!!! apa lagi jomle kita box office kan movie anime hasil kerja anak tempatan Malaysia ni.


bayangkan korang tengok movie Batman, Rajnikanth, Avangers, Joker, Maleficent, Naruto... Matrix, Final Fantasy atau apa saja yang korang terfikir ada. semua unsur unsur tu ada dalam movie EJEN ALI ni.

apa yang disajikan oleh produksi Wau Animation memang menjangkaui dan melebihi 1 juta%  dari harga tiket yang kita bayar tu. paduuuu babe!!!

Jom Support Animasi Tempatan
Kasi Box Office!!! 


❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️



#
#ejenalithemovie
#wauanimation
#animeMY
#kitajagakita

sebab apa ada TAG ada icon love bagai ni? sebab ni aku copypaste dari akaun Facebook aku...sama jugak kan? review jugak namanya...Hihihi...Tq baca gaisss...

Saturday 23 November 2019

review lagu - Wann And Only


hey cik abanggggg... bermenari bossanova...
hahahaha...siapa yang tak pernah dengar lagu ni?budak kecik pun tahu lagu ni...okey...tak pernah ye aku nak buat entry macam ni macam aku minat sangat kat Wann ni...aku minat suara dia je...katalah apa sahaja tentang suara Wann ...suara meneran ke suara sesak nafas ke....pada aku Wann punya suara tetap original dan takde siapa boleh tiru macam suara Ella...suara Ella husky jugak tapi dia nyanyi lagu Rock. macam Wann bagilah apa saja genre dia tetap nyanyi dengan trademark suara dia tu. bakat macam ni gifted dan cuma ada pada sesetengah penyanyi saja iaitu suara berkarakter macam Siti Nurhaliza, Sheila Majid, Jamal Abdillah, Saleem, Rahmat, Alleycats yang bila korang dengar je lagu korang dah boleh agak atau tahu siapa penyanyi nya atau semua lagu yang penyanyi tu lagukan akan ada feel penyanyi tu.

okey panjangnya mukadimah aku nak review lagu je dan kaitkan dengan masa aku dengar lagu ni...lagu pertama Wann yang aku dengar dan feel ialah lagu saduran dia dari drama Hong Kong tahun 1980an. Men In The Net. sebab Wan punya syarikat rakaman SRC - tu kepunyaan taukey Cina macam David Teoh tu la...so nak memperkenalkan penyanyi macam tu lah dulu. nyanyi lagu saduran macam Siti Nurhaliza dan Nuraniza Idris. okey jom review lagu...


Men In The Net - album lagu saduran drama Hong Kong - sekian lama aku cari lagu saduran nyanyian Wann ni...aku terjumpa kat Blog Wann dan ada cloud apps diorang upload lagu ni. tak dapat aku nak download hahaha..so, baru hari ni aku jumpa. aku start dengar Wann lagu ni lah walau sebelum tu Wann dah release 1st dan 2nd album dia. sebab masa ni aku dengar masa aku baru je datang merantau ke KL dari kampung selepas habis sekolah ambik SPM. keputusan aku okey tapi aku tak dapat melanjutkan pelajaran sebab aku bukan orang senang. aku terpaksa akur. jadilah masa tu ada SPM aje kan...tapi sebab takde pengalaman aku takkan dapat kerja bank atau apa pun. aku kena lah start dari bawah dulu kumpul pengalaman. ada rezeki sambunglah belajar balik macam tu aku fikir. apa yang aku tahu pasal KL masa ni. memang aku macam jakun lah masa tu. kerja aku tu pulak kerja Security Guard aje. Mahmood Security . aku duduk flat campur dengan warga security guard kat Jalan Ang Seng kuarters KTM tu. ada pulak kubur masa tu kat situ. aku balik aku ternampak macam apa entah berbalut putih bergoyang goyang kat atas pokok sampai aku rasa nak demam . aku lari ke post guard aku tu sebab kat seberang jalan aje...rasa macam tak sedap aje aku terus balik rumah tak kerja malam tu aku kena jaga post Petronas - Jalan Liku Bangsar  tapi sebab aku takut jugak aku terus balik flat. esoknya aku kena transfer ke PJ kat Kodak Malaysia depan sekolah (P) Assunta PJ. nak cerita aku duduk pondok guard dan malam malam dah takde orang aku pasang le radio transistor kecik. lagu Wann ajelah  asyik disiarkan je malam malam oleh DJ. Huhuhuhu...



Joget Siapa Dia - album ke 3 Ewa Ewa - aku datang balik ke KL lepas aku tengok kat kampung takde siapa siapa pun. kawan kawan semua merantau atau sambung belajar kat ITM atau Form Six sekolah kerajaan. aku rasa ketinggalan lagi. aku tak tahu nak apply kerja best takde pengalaman. so dapat kerja kerja fast food macam KFC dan Mc Donald aje lah masa ni. aku kerja kat satu pusat rekeasi di Hotel Syabas PJ. siap ada kolam renang tu. hari tu aku tengok macam ada penyanyi aje kat situ. sebab ada reporter. buat shooting daaa...aku intai intai tengok memang Wann lah yang shooting gambar tepi kolam. sebab aku kerja waiter aku pun buat buat bawak talam ke apa ke hahahaha...so I really  meet Wann in person. (artist ke 2 aku meet in person ialah Ning Baizura kat Hotel PJ Hilton)  takde apa aku nak cakap dah. memang Wann artist meletop tak ingat masa tu kan...dan rasanya dia buat pre-release 3rd album dia. sempat aku mintak satu kaset tu kat dia lepas jawap soalan tu lah dia tanya macam mana kenal penyanyi Wann...aku cakap aku kenal sebab album pengenalan lagu saduran drama Hong Kong tu . memang aku kena puji dengan producer dia John Goh apa daaa...aku megah gila lahhhh...tapi aku bengang kaset tu kena curi. SIAL betul lah siapa curi masa tu aku duduk rumah sewa bujang kat kampung setinggan PJ.
lagu Joget Siapa Dia dari Wann ni ciptaan siapa entah aku tak sure..nak tau korang boleh tengok inlay insert kat album ye...memang menjadi dan lagu joget yang sama level dengan lagu ni ialah lagu Joget Sayang Di Sayang - Anita Sarawak . dengar je rentak dua lagu ni memang terasa nak berjoget...hahaha...

Biarlah Aku Pergi - album Nostalgia 1 - tak lama aku duduk merantau..ye lah kerja pun macam tu kan...macam takde masa depan je kerja tu. kejap security kejap waiter. aku rasa macam aku boleh dapat kerja lagi best dari itu. balik kampung sekejap. masa ni ada kawan kat kampung senasib macam aku. so rutin kitorang lepak , main gitar, dan ngurat awek. bukan buang masa tapi masa tu kitorang masih belasan tahun lagi. nampak natural lah kalau takde kerja tetap. tapi kitorang kerja jugak . kerja apa kerja jual jambu batu tepi jalan le. masa tu jalan Highway PLUS belum buat lagi. so kerja tu ambik shift malam yang memang untuk orang lelaki punya shift. teman kitorang masa tu hanya radio transistor kecik dan majalah Variasari atau buku seram Tamar Jalis. lagu Wann pun banyak disiarkan oleh DJ masa tu lagu lagu macam ni lah. lagu nostalgia P Ramlee. sebab senang masuk telinga dan music arrangement dia padu di samping suara Wann yang kena dengan lagu lagu tu. sampai dato Sheila Majid pun release album dia masa tu lagu lagu nostalgia P Ramlee. lagu lagu macam ni memang senang kita dengar kat majlis kahwin ke. mesti DJ dia pasang lagu Selamat Pengantin Baru tu kan...berbanding lagu Bossanova tu aku suka lagi lagu Biarlah Aku Pergi ni. taste masing masing kan...aku paling suka imej Wann rambut pendek ni...sesuai dengandia masa tu...lagi satu lagu dalam album ni yang aku suka ialah lagu - Perwira ...sebab masa lepak kat rumah member layan lagu thrash Metallica. lagu ni ada orang pasang. aku terkejut bila dengar sapa pulak yang dengar lagu ni kuat kuat kat tingkat bawah masa tu pukul 3 petang. rupanya bapak member aku yang pasang kaset daaa...layannnn...


Ingatan Manis Di Bulan September - album tribute Sharifah Aini - okey rasanya ni album final sebelum Wann menumpukan sepenuh masa menjadi surirumah tangga kat Singapore. sebab beat lagu Ingatan Manis Di Bulan September ni mengingatkan kita pada beat lagu Bossanova dan ada satu lagi lagu yang power dan padu Wann bawak iaitu lagu Mawar Putih Untuk Mama ...nak feel dengar lagu lagu dari album tribute ni masa korang balik kampung dan balik KL balik...macam balik Perak ke...balik Kedah ke...balik Johor ke...balik Ganu ke...memang feel nyanyian Wann ni. aku rekemen hihihi...

banyak lagu sedap dari album Wann first album sampai tribute album ni... takkan aku nak review semua hahaha...album pertama dan kedua boleh dikatakan semua lagu memang sedap atau killer album... album ke tiga Wan meningkat popularitinya dalam bidang seni. dan seterusnya beberapa album release untuk Wann memeriahkan bidang seni. Wann kekal dominasi penjualan album sebelum muncul penyanyi macam Siti Nurhaliza menghiburkan rakyat Malaysia di radio dengan lagu lagunya nyanyiannya.

sebab sekarang ni Wann ada masuk Gegar Vaganza 2019...sampai entry ni di tulis sudah masuk separuh akhir...lagu lagu yang ditugaskan pada Wann ada yang okey dan ada yang tak berapa okey. sebab Wann boleh bawak semua genre lagu kecuali lagu BBNU yang masa kini dia kurang sikitlah kan. tapi korang bayangkan kalau dia bawak lagu yang aku tulis kat atas tu mesti boleh overshadow penyanyi lain. yang aku tak puas hati dia diberi lagu Engkau Laksana Bulan tu tak berapa sesuai duet. kalau lagu solo yang nak buat duet dengan Aris Ariwatan tu macam lagu P. Ramlee - Kasihnya Ibu bolehlah. aku rasa lagi menyerlah suara Wann dengan lagu tu. 

masa Gegar Vaganza minggu ke 6 tu Wann bawak lagu Uji Rashid - Saat Terakhir Ku Tatap Wajahmu memang feel cara Wann...kalau aku produser atau sponsor aku macam nak suruh Wann nyanyi lagi sebab dah rasa feel dia nyanyi lagu tu...aku rasa kalau lepas ni Wann dapat offer buat lagu tribute kat Uji Rashid pun best, mesti padu dan boleh pukul jualan album album artist BBNU.

All the best Wann and Only...

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)