Monday 25 March 2019

review movie - Captain Marvel


dulu masa aku follow cerita kartun masa kecik kecik aku ingat Captain Marvel ni seorang hero... sekarang baru aku tahu Captain Marvel ni seorang heroin. aku cuma follow superhero Marvel Comics macam Spiderman, Xmen dan lain lain tu tapi tak pernah terlayan Captain Marvel ni.
oleh sebab aku sekarang banyak masa free so aku pun pergi layan dengan anak aku tengok movie kat cinema...harga tiket bawah 10 ringgit sebab movie pukul 11 waktu orang tak pack.

mula mula awal certa dia sangatlaaaaahhhhh boringnya tak macam kisah Alita Battle Angel tu kisah dia dark noir tapi Captain Marvel ni salah seorang superhero dalam Avangers...tapi watak dia dan watak Antman memang complicated sikit sebab kalau Antman dia boleh mengembara merentasi masa yang disebut dalam movie dia...tapi Captain Marvel sudah menjadi kisah superhero alam semesta...memang power dia lebh kurang sama dengan power Thanos watak jahat dalam siri Avangers.
so, Captain Marvel ni asalnya seorang pilot bernama Carol Danvers yang bertembung dengan satu skuad UFO dari alam semesta mana entah dan daam pada dia menjalankan tugas dia terpaksa menyelamatkan seorang orang atasannya yang juga seorang makhluk berasal dari alam semesta entah kat mana. so ada dua puak iaitu puak Kree dan puak Skrull...puak Skrull ni dilihat jahat mungkin sebab penampilan diorang macam jahat..rupanya puak yang jahat ialah puak Kree yang perwatakan mereka sama macam manusia...
puak Kree dan puak Skrull berperang dan akhirnya puak Skrull kalah dan terpaksa menyembunyikan diri...entah macam mana pemburuan puak Kree sampai ke bumi dan  masa tu mereka tak dapat mengelak dari bertembak tembak dengan pilot Carol Danvers. dan akhirnya watak Carol Danvers berada dalam satu pusat training di angkasalepas puak Kree dan mereka memanggilnya Vers. Vers dipercayai telah secara tidak sengaja menyerap kuasa tenaga dari sebuah projek puak Kree. dan hasilnya Vers menjadi seorang yang mempunyai kekuatan luarbiasa. Namun Vers masih dalam keadaan hilang ingatan tentang dirinya selepas pertembungan kuasa itu. puak Kree melatih Vers dan berharap Vers tidak ingat apa apa pasal kehidupan lampaunya. Akhirnya Vers membuat keputusan untuk menyiasat masa silamnya dan turun ke bumi mengikut kata kata dari seorang puak Skrull yang dia temui.
Vers terus menyiasat dan bertemu dengan Nick Fury pengasas Avangers dan Nick Fury pula pada masa itu hanyalah seorang pegawai bawahan biasa bagi projek projek besar AS Airforce.
dipendekkan cerita Vers dapat tahu dia adalah Carol Danvers dan bermula pulak kisah dia nak menyiasat pasal kuasa yang dia ada tu...maa ni dia belum jadi Captain Marvel lagi..bila dia dah jumpa seorang Krull yang tahu pasal masa silam dia dan kuasa yang dia miliki dan pada masa yang sama puak Kree yang memburu Carol Danvers atau Vers bertembung di sebuah tempat persembunyian puak Skrull...

maka pada masa itu barulah Vers atau Carol Danvers sedar kuasa power alamsemesta yang ada pada dirinya...so masa tu lah dia bertukar jadi Captain Marvel ...dan kuasanya power gila babas alam semesta punya power sebiji macam power Ultraman atau Superman. .

so baru lah syok tengok cerita ni yang ada aksi melampau batasan manusia...aku yang tulis entry ni pun lega sebab sepanjang aku tengok sebeum Carol Danvers jadi Captain Marvel naratif cerita dia slow giler banyak cakap cakap dan buat aku tertidur dan berdengkur dalam cinema.
diakhir cerita maka Captain Marvel berjaya menewaskan semua puak Kree dengan sekali petik jari je apatah lagi senjata senjata hebat puak Kree tak mampu mengalahkan Captain Marvel sampai ahli majlis tertinggi puak Kree cabut lari.

so, cerita habis...tapi aku tengok orang masih tak bangun aku pun jhairan...rupanya diorang tunggu apa tu satu plot cerita tambahan pasal movie yang seterusnya yang berkaitan dengan Avengers Endgame yang akan menceritakan kesudahan cerita Avengers Infinity Wars dan clue nya Captain Marvel turun ke bumi setelah dihubungi oleh Nick Fury melalui satu alat dan aku rasa mungkin Thanos akan berlawan dengan Captain Marvel daam episod Avengers Endgame...

watak yang aku lupa nak tulis ialah watak kucing bernama Goose sebab dialah yang menyebabkan Nick Fury hilang penghilatan sebelah mata dia...itu korang tengoklah movie ni sendiri ye..hahaha...


okey tq baca...adios muchas gracias...

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)