Friday 29 January 2021

retro - ganbatte kudasai


GANBATTE KUDASAI - "Tuan Takuya Kimura..?"sapa seorang gadis penyambut tetamu yang memakai busana yang menarik pandanganku.

Aku menganggukkan kepala.Lantas si gadis mempersilakan aku masuk bertemu pengurus di dalam pejabat tersebut.

"Wakil syarikat di Jepun mengarahkan tuan Takuya untuk menguruskan hal ehwal kewangan di sini dan memantau akan projek besar tersebut." jelas pengurus yang berjawatan Corporate Officer

"Begitu..Benar... " balasku mengerling gadis yang dari tadi menarik perhatianku.

"Ya..saya difahamkan bahawa melalui maklumat bahawa dari 1360 syarikat milik Nippon Asia Corps dan adalah tuan Takuya ditugaskan memantau 35 syarikat bersaham dan berkepentingan modal di sini."

"Tuan akan ditempatkan di tingkat 35 iaitu bahagian pembangunan kewangan..sila ikut pembantu saya untuk ke pejabat tuan."

"Terimakasih.." pengurus itu tunduk dan aku juga tunduk hormat pada beliau.

Baru sahaja aku keluar dari pintu aku melihat dan bunyi orang bergegas ke sana ke mari.Tiba tiba sahaja suasana di pejabat itu menjadi kelam kabut. Semua orang bergegas ke sana ke mari.

"Apa yang berlaku?" soalku pada seorang pekerja di situ.

"Ada seorang wanita ingin membunuh diri di tingkat atas 35 tuan"

"Bukankah itu pejabat aku...?"

Aduh gawat ni...kerahkan pegawal keselamatan untuk menyelamatkannya ..

Aku pun tiba di atas bumbung tingkat 35 tersebut. Aku melihat ada seorang gadis yang berpakaian pejabat berdiri di pinggir banggunan dan mungkin akan nekad terjun.Polis dan bomba sudah pun berada di tempat kejadian.

"Hey...jangan terjun dulu berbual dengan aku..."lantas aku memulakan bicara dengan si gadis
"Kau pergi...aku mahu terjun ..aku tak mahu hidup lagi.."
"Apa masalah hidupmu...semua orang ada masalah...cerita padaku..."
"Aku menanggung malu kerana aku membuat syarikat ini menanggung hutang berjuta juta..."
"Kau tak akan apa apa jika syarikat menanggung kerugian..."
"Tapi aku malu...kebanyakan kes kes melibatkan aku sebagai pengarah ..."
"Jangan bimbang aku memang datang ke sini untuk menyelesaikan masalah syarikat.."
"Encik ni siapa.."lantas si gadis melihat aku tertanya tanya.
"Aku Takuya Kimura...aku akan menyelesaikan masalah kau...tak perlu terjun ...kita berbincang lagi di dalam pejabatku"

"Ini pejabat baru tuan . Aku lantas mengeluarkan sebuah potret yang aku rasa penting dalam hidupku.Seorang lelaki yang kuat dan utuh pendiriannya. Lantas aku gantungkan ke dinding.

"Siapa orang dalam gambar itu tuan Takuya..." tanya pembantu aku gadis bernama Maizatul.

"Ohhh..itu moyangku Ichigo Kurosaki..."

Sunday 24 January 2021

retro - be strong Malaysia


This Is A Thread - WABAK - flat rumah murah itu adalah tempat yang ke 3 dia berpindah. oleh kerana sering kehilangan budget.

update 15 Mei 2020
tu sebaris ayat yang aku sempat tulis masa aku design cerita ni. tak sangka ada jugak genre thriller/panic aku dalam penulisan. sekarang ni dah 15 Mei dan sekarang kat satu dunia diserang pandemik atau wabak NCOVID 19 dan masih belumberakhir sebab belum tercipta lagi satu vaksin untuk wabak ini.

update 25 Jan 2021
sudah 2 kali Kita menjalani PKP...Kali ni kadar jangkitan mencecah 4k. Semua perancangan untuk memerangi Covid19 sudah diusahakan. Kita belum menang lagi. Only God Knows Why.

update 26 Jan 2021
announce Dari DG Noorhisham terlihat sangat sugul. macam terpaksa aje muka DG Noorhisham Tu cakap 4 Feb nanti PKP tak disambung lagi. Jika sambung ekonomi Akan lemah. Sektor pembuatan makanan Dan perubatan tidak boleh Di lockdown. Itu aje Yang support ekonomi.

update 30 Jan 2021
angka kes positif sudah naik mencank ke 5000 sehari...perkembangan ini tentunya menakutkan dan meresahkan rakyat...frontliners nampak lelah di sana sini..KKM mengeluarkan statement takkan menyambung PKP selepas 4 Feb. Berdoalah saja...BE STRONG MALAYSIA

Thursday 21 January 2021

retro - seribu bintang


SERIBU BINTANG - SATU KISAH DONGENG CINTA

Ingin ku Pergi Jauh darimu
Agar kukenal Erti rindu Ini
Ingin Aku menyelami jiwamu
Agar Ku kenal dirimu kasih
Ingin Aku membenci dirimu
Tapi kebencian Tiada padaku...

Sunday 17 January 2021

retro - till jannah


naratif kisah cinta melalui lagu...

PKP 2.0 start dari 13 Jan 2021 gaisss...so aku pun apa lagi...duduk kat depan desktop dan mula menaip cerita cerita picisan aku...

aku memang tak boleh lupa kenangan dengan Maznah atau Jannah ni ke?  aku tak tahu tapi masa anak aruah sahabat aku tulis kat grup wasap...dia siap tulis nama gelaran sahabat aku tu the Great dan nama crush nya sekali Wai Ching...masa tu sahabat aku ni SPM macam aku dan amoi tu baru 14 tahun...see...?sama tak kisah cinta dia dengan aku? dia sering bercerita pasal cinta dan pasal hidupnya sama seperti lagu lagu kesukaannya. sama lah macam aku jugak akuselalu buat lagu seperti naratif percintaan aku...

okey lets go...jom layan lagu Azan Scan

Tersisih & Nada Cinta Luka - cuma kalau aku ikutkan cerita aku dan Jannah stop pada tahun 1993 bila Jannah balik kampung dan aku tak tahu apa kisah dia selepas itu. sedangkan kisah aku pulak aku jumpa macam macam awek dari satrt aku kerja kat kampung jadi kuli ukurtanah tu...masa tu masih ada jugak yang pandang aku walaupun masa tu aku dah taknak lagi main bunga bunga jiwang jiwang ni. aku sedar dengan situasi aku masa tu. dengan kerja kuli tu..dengan harta pun takde...hanya sebuah basikal aje pergi kerja pagi petang...sampai maksu Minah nampak masa aku keluarkan basikal pagi pagi dan jugak aku masukkan basikal petang petang dalam rumah. dengan dia bawak kereta lalu depan rumah dan aku tak tahu dia tengok ke atau tak aku dan basikal aku tu. aku rasa harga diri aku terlampau rendah  masa tu dan aku buat keputusan tak akan kacau Maznah masa tu sebab masa tu Maznah ambik periksa SPM. so aku menyepikan diri aje masa tu..aku ada jugak terdengar cerita atau terserempak Maznah dah ada bf baru dan macam macam lagi. fikiran aku masa tu..siapa aku nak halang semua tu? biarlah Maznah cari kebahagiaan dia...cuma aku berdoa dalam hati masa tu kalau Maznah masih cintakan aku atau masih ada perasaan sayang kat aku...kalaulah ada...kalau tak ada apalah daya aku...

dan ada jugak insan yang cuba mengetuk pintu hati aku masa tu ...aku bila balik kerja tu selalu singgah ke pasar basah kat pekan. beli apa apa yang patut dan ada satu awek ni berniaga ayam kat situ dengan mak dia....it happens to be my classmate masa sekolah rendah punya adik. aku pun takkan kenal kalau dia tak bagi tahu. nama dia Ila adil kepada Roslina...Roslina ni budak pandai masa sekolah dan terus masuk sekolah asrama dan bila dah menengah dia terus contimue kat ITM pulak masa tu. adik dia nama Ila ni baik sangat dan mak dia pun baik sangat. aku pun hairan apasal lah diorang baik kat aku. rupa rupanya kisah dia ada melerret kat sorang budak yang tumpang rumah aku sekejap masa mak dia kerja kat gerai depan dewan penghulu tu. aku dah lupa nama budak tu. tapi budak tu cakap mak saudara dia suka kat aku. aku tak kenal sangat masa tu rupanya dia lah Ila.... kawan kakak aku nama dia kakton pun baiik dengan aku. aku rasa macam entahlah...masa masa macam tu aku takde ingat nak awek awek dah. sebab aku tahu orang pandang aku rendah sebab kerja kuli. tapi kuli kuli pun aku rasa rezeki berkat. aku boleh menyimpan lagi dan aku support family aku dan walau tak mewah tapi cukup makan minum.

masuk tahun 1994 jom layan lagu Teachers Pet

warisan wanita terakhir - walaupun sekejap aje aku dengan awek ni tapi aku dah rasa macam dia pengganti Maznah sebab dia memang aku punya taste dari hujung rambut sampai hujung kaki. kisahnya ku masa tu nak ambik slip gaji dan cheque kat Proton Shah Alam. aku pun geraklah ke sana dan lepas aku ambik cheque tu aku tunggu kat bas stop dan bas tu berhenti kat Akedemi Saga. aku tak tahu nak gambarkan kat mana tempat tu. dan ada sorang awek ni pun naik bas sama aku. dia macam awek lain je. aku mana nak tegur sangat. tapi bila bas berhenti kat PKNS Shah Alam tu dia pun turun sama. dan dia memberanikan diri tanya aku. rupanya dia nak buat akaun kat Maybank tapi dia tak biasa katanya . hemmm...kebetulan aku pun nak ke Maybank. dia macam baru first time datang ke bandar. aku ni orang baik so aku tak ambil kesempatan. aku ppun tolng dia uruskan buat buku akaun tu. dia tak cukup rm50 aku top up kan duit aku.

lepas tu aku try ajak dia minum dan lepas minum aku ajak dia lepak sekejap kat depan tasik tu. aku first time buat macam tu dalam hidup aku. namanya dating...sebelum ni setakat sembang kat rumah dan tepi jalan je.aku memang betul betul berkenan kat dia nama dia Lela. okeylah nama Lela kan...orang Sungai Besar Selangor. dan buat pertama kalinya aku pegang tangan perempuan. sama lah macam lagu tu...dia pun macam suka pulak kat aku. dia mungkin sama jugak macam aku. mulanya aku nak ajak dia tengok wayang tapi dia kata da nak balik senbab tinggal dengan mak saudara yang garang. so aku ppun merelakanlah Lela baliik dan aku tahu dia memang tak tahu nak ambik bas. so aku tahan teksi dan aku cakap kat brader teksi tu tolong hantar ke Akedemi Saga. brader tu senyum aje. sepatutnya aku hantar sekali kan mana tahu brader tu hati dia camne. aku pun bukan nak balik cepat sangat.tu lah masa tu otak playboy aku tak berfungsi...dah bukan palyboy pun kan...aku cuma bagi number telefon je kat Lela. seminggu selepas tu baru dia call. aku happy giler lepas tu aku terpaksa balik kampung sekejap sebab opah aku meninggal dan lepas tu Lela tak call lagi. aku call kilang Sankyu Shah Alam tu cakap Lela dah berhenti. adoi...huhuhu...dah dapat calon isteri dah tu... 

okey last aku cerita untuk part 1 ni...hahaha ramai gak kan ceritanya bersangkut dengan kisah Jannah...maksud aku kisah Jannah tu berakhir tanpa berita dan kisah aku ni aku hubungkaitkan dengan naratif plot konon sepatutnya aku dan Jannah kisahnya macam ni lah...okey seterusnya hubungan aku dan seoranmg awek kampung aku namanya Maslina. kalau dulu aku tak berani nak ngurat sapa sapa sebab aku kerja kuli sukat tanah aje. tapi lepas aku kerja kat the Star aku mula ada konfiden dan aku try lah hantar kad raya kat budak perempuan ni namanya Maslina. 

seksa & di sini menanti di sana menunggu - selepas hilang khabar berita dengan Lela tu. aku pun meneruskan kehidupan aku yang boring dan sepi. aku ingat dapatlah awek pengganti Jannah. rupanya hanya menjadi kenangan aku aje Lela tu. aku terpaksa teruskan hidup aku yang sepi ni sorang sorang kat bandar PJ. rutin aku kalau hari mninggu sabtu ahad ialah tidur sampai tengahari dan ke kedai video games atau pergi lepak rumah sepupu aku Nizam kat Seapark PJ. aku memang malas nak ngurat awek dan rasa give up sejak hilang khabar berita Lela tu...

pasal Maslina tu dia balas kad raya aku dan dia selalu tulis surat kat aku. lastnya satu hari aku pun kata nak jumpa dia kat kampung. dia pun cakap okey aje. aku sendiri pun tak tahu macam mana rupanya Maslina ni sebenarnya. sebab aku cuma try hantar ad raya je...dan aku tak sangka dapat balasan. camtu cerita dia. aku dapat alamat pun dari jiran kampung aku yang namanya Suzana dan anak saudaa abang ipar aku namanya Ziela. 

dan aku pun punya saspen tunggu awek nama Mas ni kat stesen bas Bidor. aku cakap aku dah ada kat stesen bas. cadang nak ajak dia date kat Tapah aje. dekat sudah iyalah aku bukan ada transport masa tu. baru kerja kat the Star. so aku pun nampaklah Mas ni dari jauh naik basikal dengan adik dia hantar. Mas ni aku tengok macam muka Hindustan pun ada. macam Kajol sikit sikit. 

aku pun ajak Mas ke Tapah...ada pulak panggung wayang kat Tapah masa tu. aku tak ingat samada aku layan tengok wayang ke tak hari tu. Mas okey...gadis manis...muda remaja..umut berapa ye dalam 18 tahun macam tu...baru lepas SPM lah...Mas macam suka aje kat aku...yang aku ni tak tahu samada aku suka ke tak kat dia? samada aku hanya mengubati kesepian aje dengan dia...kesian kan kalau hati kita masih kat orang lain...tapi hairan masa Lela tu aku betul suka kat Lela tapi tak ada jodoh.masa tu hujan kat Tapah dan kitorang kena hujan dan Mas basah. kesan dia....masuk kat kedai restoran Haji kat Tapah tu. mamak yang layan tu tersuka pulak kat Mas. bercakap dengan Mas macam menyanyi mamak tu. aku pun ketawa tengok mamak tu ajuk cakap Mas. bila mintak mee goreng dua...

mee goreng duaaaaaaaa...

cerita pasal Mas bersambung sambung tapi cukuplah aku cerita hanya pasal pengenalan aje. lepas je dating tu aku selalu lah cntact Mas. bila aku rasa hbungan dah serius sangat aku terpaksa undur diri sebab hati aku masih kat Jannah kat Penang tu. lastnya Mas pun pegi Penang kerja kat kilang sana. eloklah tu. tapi walau terpisah jauh Mas maih call aku. aku macam rasa bersalah sebab aku masih ingat kat Jannah lagi. terpaksa aku lukakan hati mas cakap aku masih ingat kat awek lama au. nasib baik dia faham tapi dia sedih lah sebab aku bagi dia frust. 

Monday 11 January 2021

retro - the Great - tiada lagi kidungmu


baru baru ni aku di kejutkan oleh satu bertita sedih...berita pemergian sahabat baik aku sejak sekolah lagi..zaman menganggur dan zaman mula nak bercinta beliaou ialah Murad atau dia sendiri menggelarkan diri dia The Graet... maksud the Great ialah falsafah dan cita cita nya...macam alexander the Great...alaupun dia aliran sains tapi dia memang banyak falsafah...kalau nak dikatakan zaman tu dialah LOLOQ kalau aku M NASIR kot hahaha...walaupun flasafah macam LOLOQ tapi penampilan dia macam ZAINAL ABIDIN HEADWIND...

zaman sekolah memang best...dia ni macam ada aura sendiri..dia memang ramai kawan cuma dia suka bersendiri dan berdikari...memang seorang yang cekal....apa pun dia buat sendiri dan tanggung sendiri...dari ponteng kelas dan mengorat awek. cuma kalau perlu sokongan dari segi berfikir dia selalu tanya pendapat aku...sebab aku ni macam the THinker masa tu...aku boleh bagi pendapat dan mungkin boleh pakai pendapat aku...tapi aku sendiri tak pakai pendapat aku...hihihi..

zaman masa kitorang ambik SPM delay sebab banjir satu Malaysia...so kitorang banyak habiskan melepak kat kedai tayar di kampung. kedai tayar ni anamnya KLINIKAR.

serius ...sedih aku mengalir airmata mengenangkan sahabat aku ni...kesihatan dia makin menyusut sejak dia masuk hospital sebab sakit kencing manis dan terpaksa operate mata dia. sejak itu dia dah tak nampak dah...aku ada jugak nak jumpa tapi banyak urusan dan tak berkelapangan.

Friday 1 January 2021

retro - moment - emmett & jannah 2021


well..dah 2021 gaissss...

macam takde rasa apa je nak sambut tahun baru. terasa 2021 hnyalah angka...cuma tahun lepas 2020 memang tahun penuh pancaroba buat mankind...memang mencabar kemanusiaan dalam tahun 2020. virus pandemik Covid 19 yang kita tak tahu asal usulnya. tiba tiba spread kat Wuhan China early Jan 2020... kita tak dapat mengelak lagi sebab virus ni merebak dengan cepat keseluruh dunia. bila kita tak mengetatkan kemasukan rakyat negara lain dari masuk ke negara kita masa tu. 

sudahnya kita terpaksa berdepan dan overcome masalah dunia ni. sampai sekarang kita masih belum menang dan terpaksa mengamalkan cara hiduup New Normal. iaitu berhati hati dan sentiasa dalam keadaan norma baru yang mengikuti SOP.. walaupun vaksin sudah di kaji dan dibangunkan namun ada juga keraguaan pihak anti vaksin yang mengatakan ini hanya agenda tertentu oleh jutawan Bill Gates dan WHO. sejauh mana benarnya tak dapatlah dipastikan. namun bila kita lihat sambutan tahun baru tanpa SOP di Wuhan China membuat kita berfikir...apakah sebenarnya?

aku bukan nak cakap atau tulis pasal wabak pandemik Covid 19 ni sangat. pada aku selagi kita berusaha untuk mengatasinya dan the rest serahkan pada Allah swt. aku nak cerita pasal golongan yan buat duit atau keuntungan masa musim pandemik ni. sebabkan orang dah kurag beriadah kat luar dan orang hanya tinggal dalam rumah. so hiburan yang ada ialah di internet. maka bila  orang asyik tengok youtube dan internet...maka sosial media menjadi salah satu yang berkembang zaman pandemik ni. ramai yang  menjadi youtubers berjaya menjadikan  sosial media sebagai sumber pendapatan mereka dari 10k hingga 200k. petuanya memberikan kontent kontent yang jadi tontonan ribuan malah jutaan manusia yang melayari internet setiap hari.contohnya SUGUPAVITRA yang perna meletup kerana memberi kontent masak memasak dari rumha dan dipercayai daam masa 2 bulan sahaja dia berjaya mendapat view sebanya 1 juta sehari. malangnya berlaku krisis dalaman dan lama kelamaan Sugupavitra hilang terus dari dunia Youtubers .

 macam dalam filem atau drama ada scene yang dianggap biasa tapi bila cakap pasal penggambaran itu membuat aku yang asalnya tak nak dah sentuh pasal kisah lama aku nak buat content dalam youtube. tapi bila aku tengook video clip Mark Adams lagu Amnesia tu. aku jadi semangat nak buat content kat dalam youtubers. aku rasa momen yang aku pernah lalui satu masa dulu ...memang best macam video clips Mark Adam tu.  tapi sebab ni aku punya momen aku letak title dia Emmett dan Janna lah...

momen 1 - emmet lepak kat satu pangkin kayu macam kat kebun atau swah padi. tempat dia melepaskan lelah mungkin dia buat kerja sawah padi atau menoreh getah. dan Jannah baru balik dari sekolah lalu. naik basikal. emmet pun tergesa gesa menyorok atau menghindar dari terserempak dengan Jannah. sebab hubungan antara emmet dan Jannah sudah berakhir. cuma emmett tak sanggup nak beri kata putus kat Jannah.so seterusnya memang emmet menghindar dari terserempak Jannah kat mana mana. kat pekan...kat hujung kampung. 

momen 2 - lagu pun dah ada...untuk buat track untuk video ni. aku nak masukkan momen masa jolok buah kelapa dan sebijik macam cerita dalam video clips yang bezanya emmet terselisih je adari kelapa masa nak jolok kelapa sebab Jannah mintak kelapa untuk buat kuih bakar atau kuih bangkit.

momen 3 - emmet balik kerja dengan bertongkat sebab kaki dia kena buluh masa kerja. dan bila berbalut Jannah datang bawak laksa.

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)