Friday 29 January 2021

retro - ganbatte kudasai


GANBATTE KUDASAI - "Tuan Takuya Kimura..?"sapa seorang gadis penyambut tetamu yang memakai busana yang menarik pandanganku.

Aku menganggukkan kepala.Lantas si gadis mempersilakan aku masuk bertemu pengurus di dalam pejabat tersebut.

"Wakil syarikat di Jepun mengarahkan tuan Takuya untuk menguruskan hal ehwal kewangan di sini dan memantau akan projek besar tersebut." jelas pengurus yang berjawatan Corporate Officer

"Begitu..Benar... " balasku mengerling gadis yang dari tadi menarik perhatianku.

"Ya..saya difahamkan bahawa melalui maklumat bahawa dari 1360 syarikat milik Nippon Asia Corps dan adalah tuan Takuya ditugaskan memantau 35 syarikat bersaham dan berkepentingan modal di sini."

"Tuan akan ditempatkan di tingkat 35 iaitu bahagian pembangunan kewangan..sila ikut pembantu saya untuk ke pejabat tuan."

"Terimakasih.." pengurus itu tunduk dan aku juga tunduk hormat pada beliau.

Baru sahaja aku keluar dari pintu aku melihat dan bunyi orang bergegas ke sana ke mari.Tiba tiba sahaja suasana di pejabat itu menjadi kelam kabut. Semua orang bergegas ke sana ke mari.

"Apa yang berlaku?" soalku pada seorang pekerja di situ.

"Ada seorang wanita ingin membunuh diri di tingkat atas 35 tuan"

"Bukankah itu pejabat aku...?"

Aduh gawat ni...kerahkan pegawal keselamatan untuk menyelamatkannya ..

Aku pun tiba di atas bumbung tingkat 35 tersebut. Aku melihat ada seorang gadis yang berpakaian pejabat berdiri di pinggir banggunan dan mungkin akan nekad terjun.Polis dan bomba sudah pun berada di tempat kejadian.

"Hey...jangan terjun dulu berbual dengan aku..."lantas aku memulakan bicara dengan si gadis
"Kau pergi...aku mahu terjun ..aku tak mahu hidup lagi.."
"Apa masalah hidupmu...semua orang ada masalah...cerita padaku..."
"Aku menanggung malu kerana aku membuat syarikat ini menanggung hutang berjuta juta..."
"Kau tak akan apa apa jika syarikat menanggung kerugian..."
"Tapi aku malu...kebanyakan kes kes melibatkan aku sebagai pengarah ..."
"Jangan bimbang aku memang datang ke sini untuk menyelesaikan masalah syarikat.."
"Encik ni siapa.."lantas si gadis melihat aku tertanya tanya.
"Aku Takuya Kimura...aku akan menyelesaikan masalah kau...tak perlu terjun ...kita berbincang lagi di dalam pejabatku"

"Ini pejabat baru tuan . Aku lantas mengeluarkan sebuah potret yang aku rasa penting dalam hidupku.Seorang lelaki yang kuat dan utuh pendiriannya. Lantas aku gantungkan ke dinding.

"Siapa orang dalam gambar itu tuan Takuya..." tanya pembantu aku gadis bernama Maizatul.

"Ohhh..itu moyangku Ichigo Kurosaki..."

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)