Sunday 17 January 2021

retro - till jannah


naratif kisah cinta melalui lagu...

PKP 2.0 start dari 13 Jan 2021 gaisss...so aku pun apa lagi...duduk kat depan desktop dan mula menaip cerita cerita picisan aku...

aku memang tak boleh lupa kenangan dengan Maznah atau Jannah ni ke?  aku tak tahu tapi masa anak aruah sahabat aku tulis kat grup wasap...dia siap tulis nama gelaran sahabat aku tu the Great dan nama crush nya sekali Wai Ching...masa tu sahabat aku ni SPM macam aku dan amoi tu baru 14 tahun...see...?sama tak kisah cinta dia dengan aku? dia sering bercerita pasal cinta dan pasal hidupnya sama seperti lagu lagu kesukaannya. sama lah macam aku jugak akuselalu buat lagu seperti naratif percintaan aku...

okey lets go...jom layan lagu Azan Scan

Tersisih & Nada Cinta Luka - cuma kalau aku ikutkan cerita aku dan Jannah stop pada tahun 1993 bila Jannah balik kampung dan aku tak tahu apa kisah dia selepas itu. sedangkan kisah aku pulak aku jumpa macam macam awek dari satrt aku kerja kat kampung jadi kuli ukurtanah tu...masa tu masih ada jugak yang pandang aku walaupun masa tu aku dah taknak lagi main bunga bunga jiwang jiwang ni. aku sedar dengan situasi aku masa tu. dengan kerja kuli tu..dengan harta pun takde...hanya sebuah basikal aje pergi kerja pagi petang...sampai maksu Minah nampak masa aku keluarkan basikal pagi pagi dan jugak aku masukkan basikal petang petang dalam rumah. dengan dia bawak kereta lalu depan rumah dan aku tak tahu dia tengok ke atau tak aku dan basikal aku tu. aku rasa harga diri aku terlampau rendah  masa tu dan aku buat keputusan tak akan kacau Maznah masa tu sebab masa tu Maznah ambik periksa SPM. so aku menyepikan diri aje masa tu..aku ada jugak terdengar cerita atau terserempak Maznah dah ada bf baru dan macam macam lagi. fikiran aku masa tu..siapa aku nak halang semua tu? biarlah Maznah cari kebahagiaan dia...cuma aku berdoa dalam hati masa tu kalau Maznah masih cintakan aku atau masih ada perasaan sayang kat aku...kalaulah ada...kalau tak ada apalah daya aku...

dan ada jugak insan yang cuba mengetuk pintu hati aku masa tu ...aku bila balik kerja tu selalu singgah ke pasar basah kat pekan. beli apa apa yang patut dan ada satu awek ni berniaga ayam kat situ dengan mak dia....it happens to be my classmate masa sekolah rendah punya adik. aku pun takkan kenal kalau dia tak bagi tahu. nama dia Ila adil kepada Roslina...Roslina ni budak pandai masa sekolah dan terus masuk sekolah asrama dan bila dah menengah dia terus contimue kat ITM pulak masa tu. adik dia nama Ila ni baik sangat dan mak dia pun baik sangat. aku pun hairan apasal lah diorang baik kat aku. rupa rupanya kisah dia ada melerret kat sorang budak yang tumpang rumah aku sekejap masa mak dia kerja kat gerai depan dewan penghulu tu. aku dah lupa nama budak tu. tapi budak tu cakap mak saudara dia suka kat aku. aku tak kenal sangat masa tu rupanya dia lah Ila.... kawan kakak aku nama dia kakton pun baiik dengan aku. aku rasa macam entahlah...masa masa macam tu aku takde ingat nak awek awek dah. sebab aku tahu orang pandang aku rendah sebab kerja kuli. tapi kuli kuli pun aku rasa rezeki berkat. aku boleh menyimpan lagi dan aku support family aku dan walau tak mewah tapi cukup makan minum.

masuk tahun 1994 jom layan lagu Teachers Pet

warisan wanita terakhir - walaupun sekejap aje aku dengan awek ni tapi aku dah rasa macam dia pengganti Maznah sebab dia memang aku punya taste dari hujung rambut sampai hujung kaki. kisahnya ku masa tu nak ambik slip gaji dan cheque kat Proton Shah Alam. aku pun geraklah ke sana dan lepas aku ambik cheque tu aku tunggu kat bas stop dan bas tu berhenti kat Akedemi Saga. aku tak tahu nak gambarkan kat mana tempat tu. dan ada sorang awek ni pun naik bas sama aku. dia macam awek lain je. aku mana nak tegur sangat. tapi bila bas berhenti kat PKNS Shah Alam tu dia pun turun sama. dan dia memberanikan diri tanya aku. rupanya dia nak buat akaun kat Maybank tapi dia tak biasa katanya . hemmm...kebetulan aku pun nak ke Maybank. dia macam baru first time datang ke bandar. aku ni orang baik so aku tak ambil kesempatan. aku ppun tolng dia uruskan buat buku akaun tu. dia tak cukup rm50 aku top up kan duit aku.

lepas tu aku try ajak dia minum dan lepas minum aku ajak dia lepak sekejap kat depan tasik tu. aku first time buat macam tu dalam hidup aku. namanya dating...sebelum ni setakat sembang kat rumah dan tepi jalan je.aku memang betul betul berkenan kat dia nama dia Lela. okeylah nama Lela kan...orang Sungai Besar Selangor. dan buat pertama kalinya aku pegang tangan perempuan. sama lah macam lagu tu...dia pun macam suka pulak kat aku. dia mungkin sama jugak macam aku. mulanya aku nak ajak dia tengok wayang tapi dia kata da nak balik senbab tinggal dengan mak saudara yang garang. so aku ppun merelakanlah Lela baliik dan aku tahu dia memang tak tahu nak ambik bas. so aku tahan teksi dan aku cakap kat brader teksi tu tolong hantar ke Akedemi Saga. brader tu senyum aje. sepatutnya aku hantar sekali kan mana tahu brader tu hati dia camne. aku pun bukan nak balik cepat sangat.tu lah masa tu otak playboy aku tak berfungsi...dah bukan palyboy pun kan...aku cuma bagi number telefon je kat Lela. seminggu selepas tu baru dia call. aku happy giler lepas tu aku terpaksa balik kampung sekejap sebab opah aku meninggal dan lepas tu Lela tak call lagi. aku call kilang Sankyu Shah Alam tu cakap Lela dah berhenti. adoi...huhuhu...dah dapat calon isteri dah tu... 

okey last aku cerita untuk part 1 ni...hahaha ramai gak kan ceritanya bersangkut dengan kisah Jannah...maksud aku kisah Jannah tu berakhir tanpa berita dan kisah aku ni aku hubungkaitkan dengan naratif plot konon sepatutnya aku dan Jannah kisahnya macam ni lah...okey seterusnya hubungan aku dan seoranmg awek kampung aku namanya Maslina. kalau dulu aku tak berani nak ngurat sapa sapa sebab aku kerja kuli sukat tanah aje. tapi lepas aku kerja kat the Star aku mula ada konfiden dan aku try lah hantar kad raya kat budak perempuan ni namanya Maslina. 

seksa & di sini menanti di sana menunggu - selepas hilang khabar berita dengan Lela tu. aku pun meneruskan kehidupan aku yang boring dan sepi. aku ingat dapatlah awek pengganti Jannah. rupanya hanya menjadi kenangan aku aje Lela tu. aku terpaksa teruskan hidup aku yang sepi ni sorang sorang kat bandar PJ. rutin aku kalau hari mninggu sabtu ahad ialah tidur sampai tengahari dan ke kedai video games atau pergi lepak rumah sepupu aku Nizam kat Seapark PJ. aku memang malas nak ngurat awek dan rasa give up sejak hilang khabar berita Lela tu...

pasal Maslina tu dia balas kad raya aku dan dia selalu tulis surat kat aku. lastnya satu hari aku pun kata nak jumpa dia kat kampung. dia pun cakap okey aje. aku sendiri pun tak tahu macam mana rupanya Maslina ni sebenarnya. sebab aku cuma try hantar ad raya je...dan aku tak sangka dapat balasan. camtu cerita dia. aku dapat alamat pun dari jiran kampung aku yang namanya Suzana dan anak saudaa abang ipar aku namanya Ziela. 

dan aku pun punya saspen tunggu awek nama Mas ni kat stesen bas Bidor. aku cakap aku dah ada kat stesen bas. cadang nak ajak dia date kat Tapah aje. dekat sudah iyalah aku bukan ada transport masa tu. baru kerja kat the Star. so aku pun nampaklah Mas ni dari jauh naik basikal dengan adik dia hantar. Mas ni aku tengok macam muka Hindustan pun ada. macam Kajol sikit sikit. 

aku pun ajak Mas ke Tapah...ada pulak panggung wayang kat Tapah masa tu. aku tak ingat samada aku layan tengok wayang ke tak hari tu. Mas okey...gadis manis...muda remaja..umut berapa ye dalam 18 tahun macam tu...baru lepas SPM lah...Mas macam suka aje kat aku...yang aku ni tak tahu samada aku suka ke tak kat dia? samada aku hanya mengubati kesepian aje dengan dia...kesian kan kalau hati kita masih kat orang lain...tapi hairan masa Lela tu aku betul suka kat Lela tapi tak ada jodoh.masa tu hujan kat Tapah dan kitorang kena hujan dan Mas basah. kesan dia....masuk kat kedai restoran Haji kat Tapah tu. mamak yang layan tu tersuka pulak kat Mas. bercakap dengan Mas macam menyanyi mamak tu. aku pun ketawa tengok mamak tu ajuk cakap Mas. bila mintak mee goreng dua...

mee goreng duaaaaaaaa...

cerita pasal Mas bersambung sambung tapi cukuplah aku cerita hanya pasal pengenalan aje. lepas je dating tu aku selalu lah cntact Mas. bila aku rasa hbungan dah serius sangat aku terpaksa undur diri sebab hati aku masih kat Jannah kat Penang tu. lastnya Mas pun pegi Penang kerja kat kilang sana. eloklah tu. tapi walau terpisah jauh Mas maih call aku. aku macam rasa bersalah sebab aku masih ingat kat Jannah lagi. terpaksa aku lukakan hati mas cakap aku masih ingat kat awek lama au. nasib baik dia faham tapi dia sedih lah sebab aku bagi dia frust. 

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)