Monday 31 May 2021

metamorfosis - I Still Believe

gambar hiasan sahaja

dalam tahun 1996 aku tak ingat bulan berapa...aku rasa dalam bulan Mei macam tu aku bercuti ke Pangkor dengan kawan aku yang sama kerja dengan aku Latip.. dia memang orang Pangkor dan ditemani oleh dua orang lagi kawan bangsa cina Frankie dan Alex ....tujuan aku ialah mencari ketenangan hati sebab frust awek kawin lain...so aku pun macam nak mengubat hati yang luka berdarah tak nampak tu maka aku jalan jalan makan angin ke Pangkor.

sodih geng...mana tak sedih semua impian hancur musnah macam tu saja. apa silapnya kat dia atau kat aku sendiri. tapi aku puas hati sebab aku dah berusaha mengumpul duit nak kahwin dengan dia dan untuk halalkan dia jadi milik aku tapi apakan daya takde jodoh dengan dia. dengan hati yang sedih macam takde ingat apa apa dah kecuali merintih nasib diri yang tak setuah dia yang dah kahwin dan bahagia aku yang menderita...

so, aku pun bawak hati ke Pangkor...mungkin dengan melihat keindahan dunia ciptaan tuhan ..hati aku akan terubat jua...dan di sana dia menjadi dari seorang gadis ke seorang isteri milik orang lain dan bukan milik aku. saban pagi bila aku lihat embun jatuh menitis aku tahu diri aku sudah dilupakan dan dilempar jauh dari ingatan dia dan demi hari berganti hari. namun sinaran suria pagi ditempat aku tak seindah di tempat dia...

dan bila malam menjelma aku menangis sendiri dalam hati...apakah nasib aku selepas ini aku sendiri tak tahu. so untuk tidak memikirkan sangat pasal dia yang dah bahagia aku pun cuba sibukkan diri aku. walau hanya menipu diri sendiri...namun apa boleh aku buat lagi...sudah suratan nasibku...

kerja aku pun jadi berantakan gaiss..aku dah takde semangat lagi nak kerja...aku dah jadi seorang yang putus asa...aku tak lagi bersem,angat nak buat apa pun. walau masa tu aku ambik part time study sijil komputer kat ITM . itu aje yang aku tinggal dalam hidup aku. aku mesti habiskan study aku at least dapat sijil walau tak sehebat orang lain. at least ada jugaklah kan...

dan tak lama lepas tu aku pun resign dari kerja aku. aku down yang teruk..aku kena sound dan kena warning boss aku sebab kerja dah jatuh prestasi dari hari demi hari. dan ada jugak diorang kata mungkin aku akan diberhentikan jika aku tak ubah sikap aku. so, aku pun dah give up..so aku pun resign..

tapi nasib baik gaisss..aku dapat habiskan study aku dan dapat sijil ITM aku. aku pun applylah kerja dan dapat gaiss...malangnya tempat kerja aku pulak tak bagi berhenti dan bila aku buat tak tahu aje . aku di berhentikan sebab langgar kontrak. aku pun tak gfaham gaisss..aku dah resign tapi diorang kansel resign aku. bila aku tak datang kerja diorang berhentikan aku pulak. 

punyalah dengki diorang kat aku...itulah salah satu dugaan gais...masa dioang suka aku diorang tatang aku masuk dept diorang. bila dah tak suka diorang buat aku macam kucing kurap gaisss...tapi takpe gaisss...rezeki bukan ditangan manusia rezeki ditangan tuhan gaisss...

aku pun balik kampung...lagi teruk gaisss...kampung aku banjir...satu tamparan hebat pada aku..masa tu memang takde masa aku nak layan perasaan lagi dah...aku kena bangkit dari semua kepedihan ini gaisss...dan situlah aku bermla balik dari zero...aku kembali ke kota mencuba nasib aku...

dan aku percaya gaisss...setelah hujan ribut taufan mesti ada sinaran mentara dan kalau lebih baik lagi ada pelangi...dan aku ingat satu perkara dalam hidup ni masa aku baru datang kerja kat KL dulu masa kerja kilang Proton pun aku macam dah kecewa dan putus asa sekejap. tapi masa tu aku masih bersemangat sebab  aku ada tujuan dan matlamat. sekarang matlamat hidup aku dah takde...namun aku kuatkan juga gaisss...aku percaya gaisss pada satu ungkapan bijak bistari...

"jika kau jatuh kerana manusia...bangkitlah kerana tuhan mu..sebab tuhan mu takkan membiarkan hambanya jika hambanya meminta belas kasihan dariNya..."



No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)