Sunday 9 May 2021

power ballads - when I see you smile

 

gambar tu Elizabeth Tan...penyanyi baru ...saja aku bayangkan Elizabeth tan tu macam Oikuan...amoi atau gadis yang pertama mencuri hati aku walaupun dia amoi. aku tahu takkan ke mana kalau affair dengan a,oi lainlah kita kaya atau nak orang kaya. tapi aku dah terminat nak buat camne...

menyingkap kisah Oikuan dalam hidup aku sama macam kisah Maznah jugak. Maznah aku kenal masa dia masih gadis hingusan tingkatan satu. Oikuan pulak aku kenal masa aku masih kecik lagi sebab dia tinggal kat area rumah aku aje. ye masa kecik aku sikit pun tak minat kat Oikuan...dan sama macam Maznah..aku tengok Maznah selekeh je masa form 1.

aku jumpa Oikuan balik dalam tahun 1988. masa tu SPM delay sebab ada banjir kat pantai timur. so masa macam tu memang dah tak boleh dah study. so kitorang lepak ajelah kat pekan. masa tu tempat lepak faveret kat satu kawasan lapang depan Klinikar. (kedai atau woksyop tayar) sorang member the Great (namanyer Murad)  dia ni lain sikit dan unik. dia punya minat kat amoi dan menjangkit kat aku. bukan sebab apa the Great ni dah ramai awek reject dia dan aku sendiri pulak segan dengan awek Melayu ni yang aku rasa pandang rupa dan harta.so the Great ada misi nak bagi buku autograf dia kat Oikuan. dia suruh aku dan Nazh ditugaskan untuk bagi kat Oikuan buku dia. dan turut sama masa tu ialah Madi Malmsteen. so kami bertiga pun petang tu jadi badut pergi rumah Oikuan depan mainroad tu. aku dah lama tak jmpa dia dan masa jumpa tu aku tangkap cintan pulak kat Oikuan. aku bagi tahu Nazh. Nazh kata tulis surat kat Oikuan. sama jugak masa aku cakap kat Nazh aku suka kat Maznah...Nazh suruh ngorat je...tapi aku tak sangka Nazh pun ada hati kat Oikuan bila dah 20 tahun baru Nazh bagi tahu dia tak pass pun surat aku kat Oikuan. dan bila Oikuan tak balas aku ingat dia reject aku. pasal Maznah? mungkin Nazh pun ada hati jugak kat Maznah mana tahu?

so aku pun hilang cerita pasal Oikuan masa tu. aku ambik SPM dan sebelum dapat result SPM aku kerja kebun dengan bapak Nazh. hari minggu. malam nya pulak aku tolong Murad bisnes burger. masa tu Oikuan baru habis SPM rasanya.beza umur aku dan Oikuan 2 tahun aje. so Oikuan selalu lalu kat gerai burger dan aku pun selalu terperasan dia lalu jalan kaki sebab sekolah dia dekat pekan. so dia selalu tersenyum manis kat aku. itu yang aku hairan. kalau dia reject aku kenapa dioa suka senyum kat aku. aku tanya the Great. the Great kata trylah ngurat mana tahu dia nak layan. the Great bagi aku no. telefon Oikuan dan aku try call. memang Oikuan baik. dia penat penat pun layan aku call dia. family dia pun sporting. Oikuan kata dia kenal aku sebab masa kecik pernah bermain dan berbasikal di sekitar kampung tu. oh dia dah kenal aku patutlah.  aku bagi dia buku autograf aku dan aku minta gambar dia. dia tak tulis apa apa tapi dia bagi gambar. baiknya hati dia kan...gambar yang dia bagi aku gambar pakai seluar jeans besar dan baju long sleeve putih. sopan gambarnya. berbeza dengan gambar seksi pakai skirt yang dia bagi kat Nazh dan the Great. maknanya dia hormat aku dan tahu aku ni budak baik.entah? agaknya?

selepas dapat result aku pun ke bandar KL nak mencuba nasib mencari rezeki kat kota raya. masa tu masih kawan lagi dengan Oikuan. aku habiskan duit telefon Oikuan aje. so aku pun layan lah Oikuan walau dia sembang pun tak faham. sekali tu aku macam nak bagi tahu dia aku suka kat dia. bila dia habis sekolah aje dia kerja kat Supermarket. aku balik kampung dan aku pun pergi jumpa dia kat Supermarket. dia pun apa lagi tak layan lah aku. aku rasa macam crook  dalam cerita Melayu je..dahlah tak hensem jadi crook pulak.  dan selepas dia dah kerja kat Tapah sekolah memandu dia macam dah malas nak layan aku dah. aku pun sedar diri dan lepas tu aku dah tak ganggu Oikuan lagi. dan tak lama kakak aku bagi tahu Oikuan dah ada bf sebab bf dia hantar dia ke klinik sebab kaki dia patah. so aku rasa dah sepatutnya aku undur diri. so, masa ni aku pulangkan balik gambar dia pada satu hari raya puasa 1991. hubungan aku dengan Oikuan macam aku ni slow sangat nak bagi tahu isi hati aku kat dia. tapi Oikuan ada jugak berkirim salam kat aku melalui kakak aku bila dia jumpa kakak aku kat klinik. walaupun Cina tapi dia tahu budi bahasa. itulah Oikuan. ingat tak gambar yang dia bagi kat aku. dia hormat aku walaupun tak minat aku.

habis cerita pasal Oikuan dalam tahun 1993. aku nampak Oikuan masa breakfast dengan boss aku dan kawan kawan sekerja aku kat kedai Along member satu tingkatan masa SPM . Oikuan masa tu tengah makan Mi sup agaknya ...hahahaha..aku nampak dia kat tingkap rumah dia yang menghadap kedai Along bawah jambatan tu. sebelum tu aku ada jumpa Oikuan kat ofis kilang ubat nyamuk masa aku cari kerja kosong. malu jugak jumpa Oikuan tapi aku dan dia dah takde apa apa. apa nak malukan lagi ye tak....sebab aku balik kampung nak jaga orang tua aku dan tolong menyara mereka berdua. masa ni aku memang tak fikir sangat pasal awek dah. aku hanya fikir nak bantu family aje. masa tu kisah Oikuan berakhir dfan kisah maznah pun macam nak berakhir jugak sebab tahun 1993 Maznah periksa SPM dan lepas tu dia balik kampung dia kat utara dan kerja kilang kat Penang. tinggallah aku sorang sorang kesepian kat kampung aku Bidor.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)