Monday 7 June 2021

metamorfosis - bapisah bukannyo bacarai part 1


well gaisss...setelah ada krisis dengan orang tua aku pada hujung tahun 1992 sad but true macam cerita prof Hamka tu aku terusir dari rumah sendiri dan dari kampung sendiri... aku pun angkat kaki ke kotaraya lagi...aku masa tu memang takde duit dan takde apa apa dah..aku memperjudikan nasib aku je pergi kerja kat kilang tube TV kat Shah Alam. nasib baik ada hostel dan ada kopun makan...so tercampaklah aku kat situ. aku tak punya apa apa dah lagi masa tu...aku harus tabah untuk terus hidup...

bayangkan kau kena halau dari rumah atas sebab apa pun kau tak tahu. aku ni usahkan nak melawan nak angkat kepala pun tak pernah kat orang tua...aku ceritalah sikit macam mana seksanya aku masa tu. selepas aku balik je dari lepak kat Ipoh kerana gagal hidup merantau kat sana. gagal dalam cita cita dan cinta. so aku pun baliklah kampung untuk aku redakan kisah aku kena fitnah tu dulu. aku kena fitnah tipu duit orang kat Ipoh. yang fitnah bukan siapa siapa mak saudara aku juga. 

panjang kisah dia aku nak cerita. dan yang jadi tambah sedih hidup aku lagi terpaksa mengakhirkan kisah cinta aku yang baru nak berputik dah kena simbah racun oleh orang kampung. pelik aku...apalah mereka jeleskan aku dan awek aku tu...sedangkan aku tak pernah kacau hidup diorang. pun panjang kisahnya...sudahnya aku pun huraikan segala kekusutan tu. aku korbankan perasaan dan lupakan semuanya cita cita hancur berderai cinta pun hancur berkecai...

aku banyak menghabiskan masa menjauhkan dan mengasingkan diri aku dari pandangan orang..supaya semua orang  lupa akan kisah aku. so sementara tu yang aku boleh buat bawak diri ke hujung kampung...duduk sorang sorang...tepi sungai...tepi jalan keretapi...siapa yang nak kawan dengan aku lagi dah masa tu...nasib baik aku dapat kerja guard dekat kilang kelapa sawit. masuk awal pagi subuh dan balik pun di ini hari jalan kaki. so mungkin sebab tu banyak tuduhan aku terpaksa terima kalau balik malam jalan kaki dari kilang sejauh 2 kilometer ikut jalan kampung...aku orang ingat aku buat perkara tak elok ke.  

korang tahu tahun ni semua lagu lagu yang hits kat radio semua lagu lagu frust tak kira lagu melayu atau lagu omputeh seolah olah mengerti perasaan aku berdukalara....pelik kan boleh ada satu lagu country tu titlenya  - Sometimes Love Just Ain't  Enough  & Don't Let The Sun Go Down On Me & Have You Ever Needed Someone So Bad - dan lagu lagu lain pun sama macam seiring dengan perasan aku masa tu.

ada satu masa tu aku terserempak juga dengan Jannah masa aku balik jalan menyusuri jalan kampung masa tu Taman Bidor Jaya kat kilang sawit tu baru je start construction...aku balik shif siang so aku jalan kaki ikut jalan kampung. aku baru sampai depan sekolah tu aku nampak Jannah...orang yang selama ini aku menghindar dan menyorok kalau jumpa. habis tu kalau terjumpa takkan nak buat muka masam atau nak buat tak tahu...so masa tu dia sorang basikal dia. aku tanya lah apasal...

" kenapa Jannah? ada apa yang patah? rantai putus? "

"takde apa yang patah ke putus ke abang Emmett...yang patah cuma hati saya ..abang Emmett baru balik keja ke..."

oh okey...abang nak singgah kejap kedai Sakuntahala ni..nak beli maggi...Jannah balik dululah ye..."  

ujarku sambil menolak untuk kelihatan bersama kerana aku sendiri tak tahu apa status kitorang masa tu. aku pun rasa dia dah habis dah tempoh masa bertenang dia lepas dia taklagi belajar mengaji al quran dengan mak aku..mungkin dia dah terima yang aku dan dia macam takde apa apa...sebab dia nampak macam kuat je hati dia...itulah yang aku harapkan..aku tak nak seret dia sekali dengan masalah hidup aku. biarlah semuanya aku tanggung sendiri. memang aku berpura pura nak lupakan dia..aku menipu diri aku sendiri namun demi kebaikan semua orang tak mengapalah...

dan ada sebuah kisah yang mungkin membuat orang lain lupa pada kisah kami berdua. kisah seorang gadis yang kebetulan kawan aku dan tinggal pun berdekatan dengan rumah aku. Ana yang ada kes minum racun sebab kecewa cinta. sebab kekasih dia ditolak keluarganya lebih lagi ayahnya. rasanya dia minum racun round up tu...nasib baik Ana selamat takde apa apa dan masuk hospital .

aku pun dah tak duduk rumah aku masa tu..aku dah tinggal menumpang kat rumah kakak aku yang sulung. rasanya semua orang tahu kot aku kena halau tu.sampai kat rumah awam pun ada orang bercerita pasal aku. kat rumah awam aku peduli apa...aku asing kat situ...aku buat dono aje...aku menumpang sekejap kat rumah kakak aku tu sementara tunggu offer kerja mana mana...sebab asal aku menumpang dia masa tu aku kena stay kat kampung sebab nak uruskan kerja kahwin kakak aku number 2 masa tu.  

terserempak lagi dengan Jannah masa kenduri kahwin berlansung. aku nampak dia kuat dan cekal. aku pun rasa okeylah...takut jugak kalau dia frust sampai jadi macam Ana ke...mintak simpang le kata orang kan...Ana tu dah kerja dan sebaya aku. sedangkan Jannah baru je 16 tahun...aku buat macam takde apa apa..aku cool aje sampai masa aku pulangkan barang kenduri macam pinggan mangkuk dan tungku dapur kat rumah dia. dan mak aku cakap kat aku masa datang menziarah kat rumah kakak sulung aku dengan pengantin baru.

"Met..tadi masa pergi rumah jiran dekat rumah tu..Jannah kirim salam..dia cakap minta maaf sebab tutup pintusebelah tu sebab dia malu masa Along ada."

"haaa..kirim salam...jannah cakap macam tu? maknanya dia masih sayang saya lagi ke mak? "

"ya lah dia sayang kat kau...sabar Met...kalau ada jodoh tak ke mana..."

kata kata mak aku memberikan aku harapan baru. rupanya Jannah masih sayang kat aku walaupun aku menghindar dari dia. menyepikan diri dari dia. menjauhkan diri dari dia. aku tak tahu apa yang buat dia kuat macam tu., mungkin dia memang seorang perempuan yang cekal hatinya. mungkin dia faham akan keadaan diri aku yang hidup tak tentu arah haluan lagi ni. kalau macam tu bertuahnya aku sebab kami masih jadi kekasih walau banyak halangan menimpa kami berdua. bapisah bukannya bacarai...

dah dekat 2 minggu aku stay menumpang rumah kakak sulung aku tu...dia takdelah cakap apa apa pun...tapi biasalah...maksud aku mungkin dia pun merasa terbeban masa aku menumpang rumah dia. aku perasan sebab bila aku duduk rumah aje semua oraqng keluar. maknanya kehadiran aku tak diperlukan kat rumah tu. so pandai pandailah aku bawak diri...carilah kerja dan aku kena angkat kaki dari situ secepat mungkin. 

sebenarnya aku ada pilihan masa tu. sebelum aku dapat kerja kat Shah Alam tu. aku dapat surat offer dari Pusat Giat Mara Slim River. aku dah pun pergi interview dalam bulan October sebelum aku kena halau tu. aku diminta untuk mendaftarkan diri sessi 1993 pada 1 Dec 1992 . maksudnya aku masih ada masa depan lagi. aku tak cerita pun kat siap siapa kecuali kat sorang awek gerai kat taman perumahan awam rumah kakak sulung aku tu. aku termenung kat gerai dia satu malam tu dan dia tegur kenapa. aku pun terceritalah masalah aku kat dia sebab aku tengok dia baik hati. dia punya baik sampai nak bagi aku pinjam duit sementara aku tak dapat elaun. nama dia Zaharah anak saudara taukey kedai asal Kelantan. tak sangka kan masa masa aku macam tu masih ada lagi awek yang nak mengetuk pintu hati aku. sampai Nazri pun hairan aku ni senang buat hati awek cair masa tu. mungkin sebab muka aku penuh keikhlasan dan kejujuran. 

dan bila masanya tiba..aku pun angkat kaki tanpa sempat jumpa Jannah. sebab aku sedar masamasa macam tu memang tak sesuai untuk aku dan dia bertemu dan bersua. dia kena jaga hati kakak dia yang sering dicucuk orang belakang rumah dia mak kawan aku Azhar. mungkin mak Azhar ada hati kat Jannah ...dan aku kena jaga airmuka mak aku sebagai guru mengaji al Quran. hubungan aku dan dia menjadi buah mulut orang kampung aje nanti...walau sampai cerita ni di tulis orang orang yang bawak mulut tu aku masih ingat siapa. 

ni list nama orang yang fitnah aku masa tu...ada yang masih hidup dan ada yang sudah tiada...sorilah ye... makcik Mariah - mak saudara aku 1 - ipar duai abang Nazri - yeop dan family di Ipoh ( ni lah punca ), Nazri, kakak Jannah - maksu Minah, mak saudara aku 2 - makngah Tun, makcik Besah, makcik Ba,wah Linda yang anak dia bf Ana. makcik Meera , makcik Jah, makcik Bi Isa, ..sebab mak mak diaorang ni sampai menjangkit ke anak diorang memandang rendah kat aku..sampai zaman fb sekarang pun diorang punya bahasa macam diorang bagus sangat. macam suzana anak makcik Meera, buan anak makcik Bi sama aje kan?

okeylah nanti aku sambung part 2 kisah aku masa mencari rezeki mencuba nasib di kota setelah kisah cinta aku mendapat ujian yang hebat dari semua sudut. walaupun macam tu aku percaya ada jalan terbentang di hadapan kami. walaupun aku difitnah orang Ipoh tu...dipisahkan oleh kakaknya..di jadikan buah mulut orang kampung sebab aku mengaku dia kekasih aku. aku di halau orang tua aku hidup tak tentu arah haluan.aku . semua tu aku persetankan sebab aku tahu Jannah masih sayang kat aku lagi. walau aku tak pernah berjanji apa apa pada Jannah tapi aku tahu macam mana aku rasa kat Jannah macam tulah Janah rasa kat aku. sebuah kepercayaaan pada satu ikatan cinta suci...dan kami cuma hanya mampu berdoa...agar hubungan kami mencapai matlamatnya...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)