Monday 21 June 2021

lonely planet - Without You/Never Forget You


without you -
kalau dalam period 1992 aku kat Ipoh simbol atau gambarnya Medan Kidd dan period ke 2 aku kat kampung gambar jalan keretapi. kalau tahun 1993 tu letak gambar kompas juruukur macam hiatus atau jeda....aku tak jumpa lagi. nilah dia jarak waktu dan masa masa aku tempuhi sewaktu aku dan dia menjalani percintaan dan seketika aku masih lagi berharap agar dia kembali pada aku.

lagu lagu yang top masa tu pun memainkan peranan . cara tu lah aku boleh gambarkan yang perasaan aku tak pernah berubah kat dia. tetap mengharapkan dia kembali pada aku. aku tetap tak putus asa masa tu sebab pada aku selagi dia masih takde siapa yang melafazkan nikah tu kat dia selagi tu aku masih ada peluang. tapi iyalah kalau dah takdir camne ye tak . akhirnya cerita aku dan dia terbukti takde jodoh. dia kahwin lain. tapi cerita ni tetap aku tulis kat blog aku ni. aku sebenarnya nak tulis novel tak jadi. tulis skrip drama youtube tak jadi. tulis lagu tak jadi...lastnya aku asyik menulis ajelah kat sini. tapi aku rasa aku akan buat e-book kisah cinta masa remaja aku ni.  aku nak taruk title dia Duhai Kekasih Kekasih...

1994 - korang bayangkan masa aku tunggu akan Jannah ni kembali pada aku masa tu top lagu kumpulan Spring macam Bourgenvilla, Butakah Cinta, Sepi Tanpa Cinta dan lagu Slam - buat seorang kekasih, malam dan semalam, dan masuk album Slam ke 2 tu Kembali Terjalin, Tak Mungkin Berpaling, Manisnya Rindu, Nur Kasih...semua lagu lagu tu macam kena pada aku. aku asyik dengar aje lagu lagu tu sepanjang hidup aku di perantauan . aku kerja kat Proton pada mulanya dan aku habiskan masa cuti hari minggu dengan menghabiskan masa sorang sorang kat kedai video games sebab hidup aku terlalu sepi takde kawan.

sehingga sampai satu tahap tu aku rasa sangat down sebab tu aku pun cari dia tak jumpa. aku balik kampung mintak alamat dia kat Penang tapi tak dapat. bukan tak dapat cuma aku segan nak mintak kat kakak dia. so, aku mula rasa down sebab aku takut dia lupakan aku. aku pun takde semangat kerja sampai aku ponteng kerja. sebenarnya aku pun ada masalah kat tempat kerja tapi tambah lagi masalah tu memang down habis rugi aje HR Proton nak offer aku kerja pejabat di unit Treasury selepas aku disahkan jawatan. takde rezeki aku kat Proton tapi aku teruskan jugak demi cita cita aku memiliki Jannah... pojaan hatikooo...

never forget you - aku bertahan sebab aku masih punya cita cita dan matlamat aku cekalkan hati dan akhirnya rezeki aku kerja kat the Star Publication. aku berazam akan bekerja sungguh sungguh untuk mencapai cita cita aku. ye masa aku baru start kerja the Star pun macam macam dugaan..kerja aku tu pun cuma temporary aje dan selepas tamat kontrak aku kena cari kerja lagi. aku carilah kerja dapat kat syarikat Airod Subang masa aku masih dalam kontrak tu. tapi Airod cakap eloklah kerja kat the Star sebab kat the Star lagi macam macam benefit berbanding Airod. 

so,  selepas 3 bulan aku tamat kontrak aku di offer kerja tetap masuk dept HR. aku pun terfikir memang rezeki aku kaerja kat the Star. aku ingat aku kena cari kerja lain. dah rezeki aku kat situ. aku pun balik bercuti kat kampung sebab ada tempoh aku masuk kerja dalam seminggu macam tu. aku balik sekejap kat kampung. mermang takde sesiapa pun masa tu kat kampung. Jannah memang kat Penang. aku tak putus asa aku try jumpa kakak Jannah dan mintak alamat Jannah kat Penang. aku tak jumpa kkakak dia tapi aku jumpa anak saudara dia Chek. dapatlah alamat dia tapi bukan alamat kat Penang. alamat dia kat kampung dia Kulim. 

aku try menulis surat kat Jannah. aku rasa ada jugak aku tulis sampai 3 kali tapi satu pun takde balasan. aku pun frust sebab macam takde harapan dah. aku frust tapi aku tetap bertekad aku tak kira dia balas ke tak surat aku. aku akan cari duit dan kumpul duit untuk memiliki dia. dan lepas aku start kerja selama 3 bulan aku pun disahkan jawatan sebagai kerani HR. aku yang takde apa nak buat aku pun balik kampung hujung tahun tu dalam bulan Disember. 

aku memang tak harap pun jumpa Jannah. tapi entah macam mana aku nampak macam kelibat dia kat rumah kakak dia. yang herannya aku tak nak pergi jumpa dia? kenapa? aku tak tahu. esok harinya aku terus bertolak ke kota sebab cuti aku hanya sampai 31 Disember aje. 

aku hanya mampu memendam perasaan aje nak jumpa aku macam rasa dia tak suka aku lagi macam tu. dan aku takut dia dah ada pakwe. aku memang tak suka kejutan. itu aku..I really dont like suprise...aku takut nanti dia cakap dia dah ada boifren baru. aku taknak kehilangan dia sebegitu awal. so aku pun hilangkan diri aku macam tu aje..itulah sikap aku selama ni. aku takut akan kehlangan dia aku takut hidup aku akan menderita kalau dia dah ada kawan baru.

aku pun teruskan hidup aku walau tanpa dia ..tanpa aku tahu dia kat mana..tengah buat apa...dengan siapa..itu semua aku tak fikir...aku fikir aku cuma nak cari duit aje nak jadikan dia isteri aku.       

 

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)