Tuesday 8 June 2021

metamorfosis - bapisah bukannyo bacarai part 3

 

okey gais ni part last...

so aku pun balik kampung lah..aku tak tahu tak buat apa...aku try tanya bapak aku nakcari kerja kalau bapak aku ada tahu mana mana peluang kerja ..yalah dia rapat kat pejaba tanah dan galian. so aku pun follow bapak aku satu hari ke Ipoh jumpa YB ni nama dia Azman Mahalan. punya lama tunggu YB ni dah macam mintak derma aje aku dan bapak aku kat ofis tu menunggu kat lobi. so ada satu masa YB pun masuk pejabat dia ..sibuk sangat masuk ofis dia pun kitorang berdiri..pergghhh memang beza pangkat dan darjat masa tu. terhegeh hegeh aku kat depan YB tu...aku serahkan aku punya potostat sijil semua lepas tu dia suruh bagi kat kerani dia kat luar. aku dan bapak aku pun keluar...memang dia tak layan kitorang. macam tulah orang besar layan kita gaisss...aku dah kena dan aku serik nak jumpa YB ni...itulah last aku nak jumpa diorang. kalau kita takde kabel macam tulah nasib kita.

so, bapak aku dah tolong aku walaupun takde apa apa peluang kerja. aku faham aku punya sijil semua tu tentu masuk tong sampah. lainlah kalau aku ni ada kabel dari ketua kampung ke dari dato mana mana ke...so, aku buat keputusan cari ajelah apa apa kerja pun. janji halal. first aku ajak Along anak saudara aku cari kerja. Along pun masa tu baru habis ambik SPM(V) dia tahun 1992. kitorang pun cari kerja area Jalan Sungkai tu. akau redah je masuk kilang mana yang ada. kerja memang adalah tapi kerja ofis memang takde kosong. yang ada cuma kerja tukang kebun. buruh kasar. hahahaa...

aku sempat apply satu kilang ubat nyamuk dan aku jumpa crush lama aku amoi tu Oikuan. aku yang dah takde apa apa dengan dia. aku buat macam biasa je. tapi itulah kan yang ada kosong cuma tukang kebun dan buruh kasar. aku try lagi dengan Along kat satu kilang buat pasu hiasan Bikamik. usahawan tembikar dari Kuala Kangsar. so kat situ aku jumpa sorang tu namanya Saleh. Saleh kata memang ada kosong tapi bos takde nak interview. lastnya lepas interview aku dan Along dapat kerja tu. kerjanya buat pasu tembikar lah. macam cerita Ghost tu. yang ada Demi Moore dan Patrick Swayze berlakon tu.hahaha..

tapi yang hairannya...aku tak boleh buat kerja tu...semua skill aku takde entah kemana. aku pun terkejut masa sekolah aku score sabjek Lukisan? aku pun kena tukar bahagian mold atau uli tanah liat. sedih pulak rasa dah macam buruh kasar je kerja. so aku pun bila dapat gaji first aku tak datang kerja dah. aku berenti. aku cari kerja lain. aku pergi register kat pejabat Buruh Tapah. nak rekemen rekemen takde sapa nak rekemen kan...betul cakap opah aku tu.dulu.usahkan nak ngorat awek atau gf..nak mintak kerja pun orang pandang rendah kat kita kalau kita orang miskin. so aku tunggu ajelah pejabat buruh panggil aku interview.

sebelum tu sempat jugak aku apply kerja BSN sebab ada orang cakap ada kosong. aku siap jumpa crush lama masa sekolah iaitu Mahfuzah yang jadi kerani teller situ. dia pun terkejut tengok aku dan Nazri. dia kata borang takde dah habis. dia suruh aku datang rumah dia. pelik betul Mahfuzah ni suruh datang rumah pulak. aku terus tak jadi apply kerja tu. lain macam suruh datang rumah apa hal. hahahaha...Nazri cakap Mahfuzah tu dia nak try aku lah tu. aku rasa macam pelik aje hahaha... 

lepas tu ada pulak sorang jiran kampung nama kakros cakap ada kerja kosong sebagai kuli sukat tanah. hemmm...kerja ukurtanah sama macam kerja bapak aku le tu. tapi ni ada tokey sedangkan bapakaku kerja freelance. samalah kerjanya macam bapak aku. so kakros suruh aku jumpa sorang tu nama Man. rupanya dia kawan sekolah aku masa sekolah rendah dulu nama sebenar dia Din. dan dia ni pulak suami pada kawan aku masa sekolah menengah dulu nama Amy. aku takdelah baik sangat dengan Amy. dan lastnya aku ikutlah man kerja tu sebvagai kuli sukat tanah. ada sorang tokey tu bekas pesara kerja juruukur kat Tapah. dan rupanya tokey tu bapak kawan aku jugak Tan Bee Lin....dan ada sorang lagi pekerja tokey tu anma dia Mat Noor jugak kawan aku masa sekolah rendah.

aku masuk kerja tak tahu apa apa...walau itu memang kerja bapak aku selama dia menyara keluarga. itulah hikmahnya. aku dapat kerja tu dan aku faham macam mana selama ni bapak aku kerja. bermula darikerja kuli aku pun slow slow belajar macam mana nak ambik rantai dan teropong pakai kompas. aku rasa aku memang ada bakat kerja ni sebab memang ada mengalir dalam darah aku kerjaya seorang land surveyor. dan aku sibuk dengan kerja aku dan Man dan Matnoor samapi takde masa nak fikir pasal bekas kekasih sebelah rumah tu.  biarlah dia dengan hidup dia. aku dah tercapai cita cita nak sara dan bela nasib eluarga aku. walaupun pendapatan tak sebanyak mana asalkana rezeki halal dan berkat aku sabar ajelah.

aku memang selekehlah kerja ni. aku pergikerja naik basikal dan berpakaian seorang kuli sukat. selekeh dan takde apa apa. aku sedar masa tu orang pandang rendah kat aku. takpe aku buat aje apa yang patut aku buat sudah. satu hari aku terjumpa maksu minah kat pekan masa aku dan kawan kawan minum pagi kat kedai mamak. maksu minah tanya ku kerja apa. aku tak jawap dan cuma senyum aje. itulah respons aku sampai kawan aku nama Matnoor tu tanya kenapa aku tak jawap. lastnya aku bagitahu kat Matnoor aku rasa terhina.sebab itu aku tak jawap cuma senyum aje.

aku memang sedar maksu Minah pandang hina kat aku. sebab pagi pagi aku keluarkan basikal nak pergi kerja dia lalu depan rumah bawak kereta nak hantar suami dia ke stesen bas kerja kat Slim River sebagai assistant DO. aku jadi tawar hati sebab dulu pun aku mintak reemen kat suami dia tu Acu Din nak sambung form six kat Tanjung malim . tapi dia suruh jumpa DO tu sendiri. samaah kan..kita orang miskin sapa nak tolong...

ada satu hari tu aku balik awal sebab aku cedera masakerja kat ladang ternak itik di desa damai. aku pun naik basikal dengan  kaki luka kena paku . aku pun lalu kat depan masjid..aku nampak kelibat jannah kat tepi jala rumah besar tu dengan basikal dia. tapi ada sorang mamat pulak atas motor yang sembang. sedih dan sayu aku rasa masa tu. sedih sebab dia dah ada kawan baru..sayu sebab masa tu aku punya keadaanlah...dengan bau busuknya berpeluhnya..aku nampak Jannah tapi mungkin dia tak perasan aku lalu naik basikal.sedh ooooo masa tu...balik tu lepas bersihkan diri aku pun ajak anak saudara pergi klinik. balik klinik aku lepak kejap depan rumah ada orang bagi salam. rupanya Jannah nak bagi laksa. Jannah tanya kenapa kaki aku berbalut. aku cakap takpelah dah nasib .apa nak buat. lepas tu dia macam sedih menangis bila aku cakap macam tu dan balik rumah. aku pun hairan...apalah yang dia fikir? dia kesian kat aku agaknya...

so masuklah dekat hujung tahun bulan Oktober macam tu aku start kerja sukat tu dari bulan Julai...dah 3 bulan aku kerja dan aku rasa selesa. akadang kadang ada jugak pejabat Buruh suruh pergi interview sana sni. ada yang dapat ada yang tak dapat. tapi aku sabar aje aku tetap kerja sampai aku dapat kerja sesuai baru aku berenti kerja sukat tu.

bulan Oktober kaka aku balik kampung sebab nak melahrkan anak pertama dia. dia buat kenduri dan masa tu maksu Minah pundatang tolong sebab dia jiran aku kan. aku pun bla maksu Minah datng tolong takkan nak sombong. aku dan maksu Minah pun menggoreng ayam kat luar. tak sangka  Jannah pun datang. dan terus duduk kat aku yang tengah goreng ayam tu. maksu Mnah pu hairan kenapa jannah duduk dekat dekat aku. jannah macam lepas rindu kat aku je masa tu. aku pun macam tak percaya Janah muncul depan mata aku. jiwa aku yang selama ni merindukan dia....hati yang asyik terngat kat dia..dan tiba tiba dia datang bagaikan mimpi.

indah sungguh pertemuan  aku dan Jannah petang tu. aku asyik berpandangan demnngan Jannah macam tak percaya dia datang. dia pun asyik tersenyum happy kat aku. itulah hari yang paling bahagia aku rasa. aku terlupa pada kisah pahit antara aku dan dia masa tu. aku sempat bergurau dengan dia. dia pun asyik ketawa je...

sayangnya...kebahagiaan tu tak lama...melihat aku dan Jannah macam seronok dan happy maksu Minah pun suruh Jannah balik ebus laksa sebab adik angkat dia polis nak datang petang tu. so aku sedarlah walau Jannah suka dan sayang kat aku yang tak suka kat aku maksu Minah tetap tak suka kat aku. betul lah kata opah aku dulu orang m,iskin siapa nak...baik memang baik namun tak usah haraplah orang nak jadikan kita adik ipar...nasib nasib...

tapi walau macam tu aku tetap nekd sebab aku tahu Jannah sayang lagi kat aku. walau maksu Minah paksa dia suka kat orang tu suka kat orang ni. Jannah tetap sayang kat aku...so dengan itu aku jadikan pegangan selagi Jannah tidak dimiliki siapa siapa secara sah aku tetap akan berjuang untuk memilikinya. walau apa pun terjadi. namun jika sudah takde jjodoh aku akan terima takdirnya namun  aku takkan mengalah sebelum berjuang...

okey gaisss...tamat kisah aku dan Jannah tahun 1993...kalau aku rajin aku akan menlis lagi sampai sudah kesah nio..hahahaha..nak jumpa Jannah masa ni dia dah pun bahagia dengan family dia...aku pundah ada family sendiri. dan takdir tak mengizinkan aku bertemu dengan dia walaupun sudah bertahun tahun lamanya. inilah kali terakhir aku jumpa dia pada tahn 1993 gaisss...sekarang dah tahun 2021...hahahaha...

okey gaisss...selamat berPKP 2.0...dan semoga kita semua berada dalam selamat dan sejahtera...dan semoga wabak covid ni akan berakhir dan kita menjalani hidup macam biasa. amin.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)