Saturday 26 June 2021

lonely planet - jawapan yang kelabu I

aku rasa aku pernah tulis pasal aku menumpang kat rumah mak saudara aku kat KL tu..sebenarnya bukan kat KL tapi kat Selangor...to be more specific kat Petaling Jaya. well aku mula menumpang rumah mak saudara aku pada hujung tahun 1989. aku masa tu memang hilang arah sebab tak dapat masuk lower six walaupun result SPM aku okey...biasalah quota sekolah sana sini ...so yang lagi teruk dari aku punya result dapat pulak masuk lower six...dah pakai kabel kan? so aku pasal takde kabel dan takde sapa nak pandang masa tu. aku tercicirlah...ada jugak kawan senasib ajak ke sekolah swasta tapi kena bayarlah segala yuran. so bila aku frust aku pun ambik keputusan merantau ke kota mengadu nasib. 

mungkin sebab tak cukup kuat lagi jiwa aku nak stay kat KL lama lama..aku kerja sekejap aje dan bila dah nak sambut raya aje aku balik kampung terus berenti. aku rasa banyak kalio aku datang menumpang rumah mak saudra aku ni. memang tak terbalas jasa mak saudara aku dan sepupu aku yang baik anggap aku macam keluarga sendiri. aku pun tolonglah mana yang aku mampu . aku hulurlah sekeping dua kalau aku dapat gaji. 

yang jadi cerita nya kali kedua aku merantau dalam tahun 1990 macam tu aku follow kawan aku cari kerja kat hotel di Ampang lastnya bila dah habis bajet tapi masih tak dapat kerja. aku terpaksa menumpang lagi kat rumah mak saudara aku dan mencari kerja. aku pun dapat kerja kat Hilton PJ. kerja biasa aje tapi adalah dapat tip tu sebabjadi waiter. nak jadi cerita aku ada sepupu perempuan tu sebaya dengan aku. dia kerja lepas SRP sebab tak pass dan adik beradik ramai. so dia kerja sejak umur 16 tahun. 

dia boleh tanya aku pulak satu hari tu..."Mat ..kau suka tak perempuan badan macam aku?" terkejut jugaklah aku bila tiba tiba aje dia tanya aku macam tu. aku tahu dia ni jenis go getter...dia mungkin suka kat aku tapi seganlah takkan perempuan nak cakap kan. so dia suruhlah aku belanja dia makan KFC satu hari. aku pun ajak dia dan masa date tu dia ni memang kasar orangnya. tapi masa menyeberang jalan dia pegang tangan aku pulak. aku geli geleman pulak. masa tu aku dahlah cekeding sedangkan dia solid molid. 

"ye aku suka awek body solid macam penyanyi Wann tu dan macam kau Zila..." itu jawapan aku masa makan tu aku terus teranglahkan. memang aku suka yang solid molid. dia pun tersenyum. dan dia buat macam macam nak tarik perhatian aku rasanya. salah satunya masa aku rehat habis kerja kat bilik bawah tu..tiba tiba aku terjaga tersedar dia ada sebelah aku baring. aku terkejut dan saspen. dia kata dia terlampau penat balik kerja dan bilik atas ada orang pasal tu dia baring kat sebelah aku. 

lepas tu ada kakak dia yang paling tua slow talk dengan aku. entah dari mana punca dia cakap kat aku. dia pun cakap. "Mat kahwin saudara ni elok tapi kalau boleh dielakkan lagi bagus"  aku jadi hairan apa bendalah kaklong ni cakap... aku mana ada nak kahwin sekarang lebih lagi apa harta pun takde. "sebab aku respek kat kaklong tu aku iyakan ajelah apa dia cakap.

lepas tu Zila tak layan aku dah dan selalu dia lari lari bila nampak aku. aku pulak lagi tak tahu nak buat apa. aku sedar diri menumpang jangan nak buat hal kakakakaka...nak jadi cerita pulak masa tu ada seorang refugee dari Pattani datang shelter kat rumah mak saudara aku tu.dia ni muslim dan dia diletak dibawah jagaan kakak saudara aku yang kerja JAKIM. so sebelum ada hostel awek Pattani ni menumpang jugaklah kat rumah mak saudara aku tu. aku rasa family mak saudara aku nak matching kan aku dengan awek Pattani tu. padahal masa tu aku baru 19 tahun dan awek Pattani tu pulak baru 14 tahun tapi badan dia macam Zila. cuma dia pakai tudung labuh sedangkan Zila agak seksi walau bertudung.

aku pun baiklah dengan awek pattani nama Jannah tu...memang aku suka kat dia tapi kalau nak kahwin memang tak betul lah...sepanjang dia kat rumah mak saudara aku tu hubungan kitorang memang baik. aku hormat dia dan dia hormat aku..kisah Zila dia dah macam jarang kat rumah..bila dia balik lambat dia tidur rumah kawan dia aje..hemmmmm  

sebelumaku balik kampung dan berhenti kerja sebab tak dapat cuti raya. aku sempatlah berdating dengan Jannah ni kat kedai buah dan kedai buku. aku bawak dia jalan jalan sebab dia cakap nak jaan tapi takde siapa nak teman. padahal sepupu aku ada aje perempuan.masa sembang sembang minum kat mamak. dia mintak air buah sebab dia tak makn mee goreng dan hanyua makan buah aje. 

dia tanya aku ada gf ke. aku jawap ada cuma gf aku tu cina bukan Melayu. lepas tu ,masa aku lepak bergayut dengan gf cina aku tu dia pun nak sembang sekali sebab dia pandai cakap cina. so bersembanglah dia dengan gf aku yang nama Oikuan yang duduk kat kampung aku tu. kadang kadang dia sembang ngan aku dia cakap " abang gf abang mungkin cantik tapi abang jangan makan sisa"  lagilah aku pening takkan gf aku cakap dia dah takde dara lagi masa diorang berdua sembang. kalau iya pun apa kena mengena dengan aku Oikuan setakat gf aje dan takkan jadi awek pun. 

so, masa dia nak pergi hostel JAKIM tu dia salam dengan aku dan cium tangan aku. aku terkejut ni memang betul nak kahwin dengan aku ni. sedangkan aku masih tak tentu hala lagi. kalaulah aku jadi kahwin dengan dia entah aku tak tahu nak cakap apa. hahahahaha...dia ada tulis sesuatu kat dalam diari aku tapi dalam bahasa siam. so aku tanya kawan aku kat btempat kerja yang berbangsa siam. kawan aku cakap dia tulis kat situ dia sayang kat aku. dia kata seminit pun dia tak nak lepas pandang aku dia harap aku akan jadi milik dia. macam tu dia tulis kat diari aku.


No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)