Tuesday 8 June 2021

metamorfosis - bapisah bukannyo bacarai part 2


okey mana nak start ye citer ni...

part I - aku pun merantau lagi ke kotaraya kali ni membawa hati yang luka...terusir dan di usir sampai dua kali...nak jumpa bekas kekasih pun tak sempat jumpa walaupun aku tahu dia masih sayang kat aku. itu ajelah bekal buat aku merantau. merantau kali ni memang mengadu nasib diri terbuang...

aku pun startlah kerja kat kilang Shah Alam tu. Chungwah Plastic Tube namanya.dekat dengan kilang Carlsberg tu..kat Batu 3. aku duduk hostel macam orang lain satu batch yang datang dengan bas dari kampung. so aku pun try lah mix dengan semua orang sebab aku tahu aku sebatang kara je masa tu. dapat pulak satu bilik 4 orang 1 orang teluk Intan labu kubong dan 2 orang lagi mana entah kuala kurau kot...terpaksalah sesuaikan diri. dan untuk tak rasa bosan aku try main sepak takraw walau tak reti...main bola tampar macam tu walau aku punya spek pun dah pecah. aku main redah je...satu malam aku pecahkan banyak tube TV sebab aku tak nampak kerja dalam gelap. spek aku patah masa kat kampung aku terpijak.

aku kerja aje selagi ada masa. aku tak pedulikan diri aku. sakit ke demam ke...panas ke...dalam kepala aku. aku cuma nak cari duit aje.aku bantai overtime takde cuti walau sehari...kira aku kerja 16 jam sehari. 8jam malam 8 jam siang. kalau ada overtime pun aku ambik aje tak kira dah.

so minggu yang ke dua badan aku mula sakit sakit. aku demam panas. nak makan pun takak rasa pahit. aku pun usha pergi klinik dan klinik bagi cuti . nasib baik masa tu gaji dah keluar.aku dapat dalam seribu lebih jugak.so dalam kepala aku aku rasa nak berehat sekejap. kalau aku berehat kat kilang memang takde sape nak jaga lah camtu. aku terfikir nak lepak rumah mak saudara aku kat PJ. selama ni pun aku pegi situlah kalau aku ada problem. 

so aku lepak kat rumah mak saudara aku untuk kasi sihat. mak saudara aku pun faham. aku tak cerita lebih lebih. aku cakap aku nak menumpang sementara aku tak sihat tu. dalam dua minggu jugak lah aku menumpang. mak saudara aku dan sepupu aku memang take care aku sampai aku sihat. aku pun keluarlah duit apa yang patut aku bagi duit belanja kat mak saudra aku. 

bila dah lama tak kerja tu aku memang resmi berhentilah kan...so, lepas sihat aku pun try cari kerja. sebelum dapat kerja aku tolong sepupu aku dan kawannya bisnes burger. dalam seminggu macam tu aku dapat kerja kat kedai farmasi Georgetown. aku masuk kerja dalam bulan Mac macam tu sebagai storekeeper. 

part II - okey dah habislah kat PJ tu dan aku rasa macam dah tak best nak kerja kenapa tak tahu. aku betul betul rasa jiwa kosong...aku kerja balik kerja dan aku buat apa yang aku nak buat. aku dapat je duit gaji aku belanaj apa aku nak. kadang kadang aku bosan aku ke video games..bayangkan satu hari habis 10 ringgit untuk video games saja. kalau dah 10 hari dah seratus...sebulan dah 300...gaji aku sebulan 400 ringgit aje...aku banyak boros berbelanja. aku tinggal kat rumah mak saudara segan jugak kan. aku balik kerja aje aku makan meerubus mamak sekali makan 3 pinggan.aku tak tahu apa yang jadi kat diri aku. aku lansung tak ingat kat Jannah. walaupun orang asyik tanya aku ada awek ke takde. masa tu kat rumah mak saudara aku ramai budak pondok lepak sebab cuti sekolah. 

aku pun macam nak cari apa yang hilang dari diri aku...lastnya aku ziarah kakak aku yang dah kahwin tu kat PJ Oldtown. memang rupa rupanya mak aku asyik tanya aku kat kakak aku tu. aku rasa sedih. nak balik aku dah kena halau. masa tu bulan puasa. aku masih lagi terfikir aku nak balik kampung ke tak raya nanti. kakak aku suruh balik sebab mak rindu aku. aku masih lagi rasa tak perlu balik kampung sampailah satu masa tu esoknya dah nak raya dan aku takde tiket bas nak balik. sebab tiket bas habis. aku termenung ..sorang sepupu nama Ijot cakap slowtalk kat aku. baliklah..dan mak saudara aku pun cakap baliklah. aku rasa sayu..aku pun kemas kan apa yang patut dan balik naik bas ganti ganti...

sampai aje kat kampung aku yang memang takde ready apa apa nak sambu raya.pinjam seluar sekolah sepupu nama Nizam dan baju melayu pun yang masa sekolah dulu. aku ada gambar tapi entah mana pegi. memang aku kurus kering masa tu. anik gambar kat depan rumah pokok kelapa. 

so, aku berbaik balik dengan bapak aku aku lupakan aje apa yang berlaku sebelumnya. aku sempat nampak Jannah masa sebelum hari raya tu. petang tu kebetulan Nazri pun ada aku lepak kat jambatan tu. Jannah macam tak peduli pun aku masa tu.masa tu aku memang cengkung macam kurus kering giler...tak tahu kenapa...

masa hari raya aku lepak aje kat rumah ...entah macam mana opah aku pun ada. aku lepak dengan opah aku sebab abang ipar aku bawak mak ayah aku jalan jalan raya kat Tapah Road dengan kakak aku. aku pun tak faham opah aku sembang pasal maksu Minah dan Jannah..opah aku macam sindir aku..dia cakap aku ni orang miskin takkan orang tu nak aku. aku terkejut. opah aku boleh cakap macam tu kat aku. aku terfikir oapah aku ni ada dengar sapa sapa cakap pasal aku ke? aku pening sebab opah aku ni bukannya betul sangat tapi dia ingat apa orang cakap kat dia.sebelum ni dia kat rumah makcik saudara aku tu dan lepas raya turn bapak aku pulak jaga opah aku. so ni mungkin dari perbualan maksaudara aku tu .

aku pun pening kepala dan selepas raya aku balik ke kotaraya dan sambung kerja. aku memikirkan apa yang opah aku cakap tu dan bagi aku down. aku jadi takde semanagt nak kerja dan jugak kakak aku suruh aku balik kampung aje jaga mak ayah sebab dah takde siapa nak jaga lagi. kalau bukan aku. aku memang serba salah. kalau kat kampung aku nak kerja apa? jual jambu? jadi guard kilang?

dan aku sempat lepak dengan Nazri kat rumah dia kat KL . dia macam tu jugak. aku pun tak tahu apa dia buat. mungkin hidup disponsor abang abang dia dan mak dia.tapi duduk kat KL . kalau duduk kat kampung orang tahulah dia tak kerja kot. entahlah sekarang aku fikir diri aku je. dan aku fikir pasal mak ayah aku kat kampung. aku tak nak sia siakan diorang. kali ni aku nak tebus balik apa yang adi sebelum ni.

so dengan berat hati aku pun berenti kerja dan balik kampung. nekad nak duduk kampung dan sara mak ayah aku walau apa pun jadi. pasal cinta ku dah lupakan sebab Jannah pun macam dah berubah hati. dan kata kata opah aku tu cukup terkesan pada aku. siapa nak kat aku n orang miskin. dan aku tahu Jannah tahun ni periksa SPM dan aku takkan ganggu dia. 

aisey gaissss...ada part 3 lah gaisss...okey bersambung lagi gaissss...

   

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)