Tuesday 28 May 2019

metamorfosis - why do we fall? - part 1


dalam cerita Batman ada scene masa bapak Batman @@ Bruce Wayne tu ambik Batman yang jatuh dalam perigi. bapak Batman kata

Why We Fall?
Batman tak boleh jawap
bapak Batman kata
We Fall So That We Can Get Up Again

dan masa bapak dan mak Batman matikena tembak perompak. Batman bertukar jadi dark. akhirnya Batman mengembara seluruh duia sebab nak menghilangkan rasa EGO dia.

1997 - masa ni aku baru je berenti dari kerja kat the Star? kenapa berenti? sebab dah takde semangat nak kerja dah. frust menonggeng.awek kawin lain. rasa nak melingkupkan diri ni tapi nasib baik aku ni masih boleh berfikir waras lagi.

balik kampung sekejap cari ketenangan sekejap. tapi kampung pulak dilanda banjir. lepas banjir bertekad nak naik dan bangun dari semua kepahitan. telan kepahitan tu semua. kita bukan hidup untuk orang yang kecewakan kita. bermulalah tagline I WILL SURVIVE aku.

perkara pertama yang aku buat macam style Batman lah...kerja sebagi buruh tuang cat kat Jalan Tandang. bukan apa masa tu satu sen takde dalam simpanan. duit gaji kena beku oleh lahanat top management - the Star. kalau tidak mungkin aku dah kerja asst. peribadi CEO kat AM Corp. Tasik Jaya tu. so, duit takde nak pergi kursus kat Bangi pun macam kansel. lagi lahanat top management call AM Corp kata aku berhenti sebab diberhentikan padahal aku dah tender resignation.

so, aku kerja lah kat Camel Paint Jalan Tandang tu. kalau tak cukup duit nak balik naik bas dari Jalan Tandang ke Kinraar aku sanggup jalan kaki aje. oh ye dulu tahun 1997 jalan Kinrara - Puchong hanya double line aje kiri kanan. belum ada highway lagi.itu pemandangan tahun 1997.

agak dalam sebulan aku kerja dapat gaji aje aku tukar plan. aku rasa elok aku tinggal kat rumah mak saudara aku. berbanding kat rumah kakak aku sebab abang ipar aku asyik perli aje ada barang rumah hilang. walau bukan aku buat aku fahamlah dia tak suka aku tinggal tak bayar sewa atau apa pun.kira menyusahkan mereka sahaja.

so, aku pun try cari kerja kat rumah mak saudara aku dulu sebelum pindah. alhamdulillah dapat kerja kat kurier City Link.

bersambung.....




No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)