Monday 5 July 2021

lonely planet - third stage

 

kenapa third stage?

aku pernah tulis pasal aku dengar lagu Amanda kat dalam bas masa aku on the way nak pergi interview kat Proton Shah Alam. tapi kenapa third stage?

sebab masa tu hubungan aku dan Jannah dah masuk third stage. maksudnya kalau first stage aku baru kenal dia dalam tahun 1990. masuk second stage masa tu dia datang dalam hidup aku sebab mak aku order kuih bangkit yang kakak dia jual masa tu. so walau dah takde sebab aku tak ambik pot sangat pasal dia ...takde hubungan apa apa dan dia muncul lagi dalam hidup aku yang masa tu aku frust dengan Oikuan. dan naik satu stage lagi lepas aku ke Ipoh dan aku jumpa dia masa dia datang belajar mengaji quran kat rumah aku.

so jom aku cerita sikit secara detail...nak tahu cantik tak awal pertemuan kitorang? mula mula aku datang rumah maksu minah kakak dia sebab nak mintak surat rekemen sambung form six kat Tanjung Malim sebab suami kakak dia assistant DO. tapi suami kakak dia tak nak tolong aku. dia suruh aku jumpa DO tu sendiri. siapalah aku yang selekeh selekeh ni nak pergi rumah DO? masa tu Jannah dan kakak dia sorang lagi nama Yati ada kat dapur tengah menyediakan makanan malam. itulah first time aku jumpa Jannah. Jannah masa tu hanyalah budak perempuan hingusan berumur 13 tahun. selekeh dan selebet je dia masa tu. aku pun tak perasan dia sangat.

so pertemuan untuk ke sekian kalinya kat kedai jambu batu Jalan Sungkai. aku ingat lagi kalau setiap kali hari minggu dia takde baju lain kecuali baju kurung kaler biru dia tu. aku masa tu baru je baik dari kerja kat KL. maksudnya aku menganggur. tapi masa tu aku masih remaja belasan tahun. aku rasa masih okeylah walau menganggur. dan kawan aku sepupu aku Nazri pun masih ada kat kampung ambik return SPM. so aku dan Nazri pun jadi kutu kampung yang takde kerja. beza aku dan Nazri dia ambik SPM dan aku tak buat apa. sebab selalu kekeringan aku jual lah apa yang aku boleh jual termasuk semua kaset kaset aku yang aku beli masa aku kerja kat KL . 

kaset biasanya kaset rock Melayu. aku jual separuh harga je kat budak perempuan yang kerja jual jambu tu . salah seorang Azizah nama dia kawan aku nama Amry.... aku lepaklah kat gerai Azizah. masa tu aku memang rasa bodoh je lepak dengan awek ni. Azizah pun bukan suka aku pun. kadang kadang dia suruh aku duduk tempat lain dan sebelah tu ada Jannah jual jambu jugak. kalau ada customer Azizah suruh aku duduk kat Jannah. awek buat aku sampai macam tu sekali kan..orang tak suka kita, di tolak sana sini. so nasib baiklah Jannah ni baik hati walau dia tak kenal aku tapi dia tahu aku kawan kakak dia Yati dan anak saudara aku satu sekolah dengan dia. itu ajelah perhubungan aku dan dia masa tu. takde feeling feeling pun.cuma aku dan Nazri suka mengusik dia sebab kitorang tahu dia ni suka bergurau.

masa berlalu dan aku cari kerja kat KL balik tapi aku memang tak betah duduk KL dan kerja kilang. ada aje problemnya. aku pun balik kampung lagi dan sampai kawan aku tu namanya Nasri kutuk aku kerja kat KL tapi still takde perubahan. aku kerjalah jual jambu malam malam dengan Nasri tu. dan aku tak sangka ada jugak aku kena fitnah atau tuduh mengintai rumah dia sebab aku balik kerja subuh subuh ikut laluan lorong rumah dia yang ada bilik air. aku sedih jugak sebab kakak dia maksu Minah yang kenal aku dari kecik tu boleh tanya mak aku aku buat apa kat rumah. terasa dan terhina aku dengan pertanyaan tu. padahal geng sepak takraw yang main kat dewan petang petang tu kawan anak dia siapa yang tak kenal..mat idu gam mat lalok batang betik mat pit mat ganja semua pun ada. lastnya anak dia pulak yang kena tangkap mengendap rumah orang time maghrib. kecoh sampai anak dia kena mandi buang sial dan botakkan kepala. 

kan KARMA tu namanya. kalau tak kerana dia tanya aku tak ambik kisah pun pasal Jannah sebab aku tak ada perasaan kat Jannah masa tu lepas Yati kawan aku tu kahwin. tiba tiba je dia macam uruskan semua pasal rumah kakak dia dan datang hantar kuih bangkit kat rumah aku masa ni pun aku buat tak tahu je. sebab macam takde keperluan aku nak ambik tahu pasal dia. aku sibuk sedih pasal Oikuan masa ni. aku bengang dah dengan maksu sejak pada tu aku memang anti dah kat maksu minah.

tapi third stage nya pun datang akhirnya...ialah bila aku ke Ipoh sebab Nazri kawan aku migrate dari KL ke Ipoh dan ajak aku lepak sekali. dan masa tu Nazri bagi semangat kat aku ambik SPM sekali lagi repair result aku yang tak cukup grouping tu. masa tu pulak aruah bapak aku ada rezeki sikit dan aku tanya aku nak ambik SPM sekali lagi dan kalau keputusan okey aku nak masuk Politeknik Ipoh. itu cita cita dan tujuan aku first  sekalai nak ikut Nazri lepak Ipoh. aku pun lepak kat Ipoh dengan Nazri tu sebelah siang aku kerja part time dan sebelah malam aku study kelas malam kat sekolah private. duit yuran semua aruah bapak aku yang bayarkan. aku cuma kena cari duit makan dan sewa bilik aje.

dan masa tu jugaklah aku ada problem sebab tersalah langkah. dalam kelam kabut nak bertapak kat Ipoh tu aku boleh jatuh cinta dengan Puti. orang yang bertanggungjawab cari bilik sewa untuk kitorang kat Ipoh. Puti sebenarnya pen-pal kawan kampung kitorang nama Rozi dan Rozi pun dapat dari aku yang pen-pal aku amoi Ipoh. - Christina Chan Kim Mun. yang aku kenal kat majalah Galaxy.  aku terputus hubungan dengan Christina tapi Rozi still contact Puti lama jugak diorang kawan. dari tahun 1989 ke tahun 1991 tu punyalah lama kan. so aku frust dengan Puti sebab terperangkap dalam hubungan kitorang bertiga. aku, Puti dan Nazri. akhirnya aku mengalah sebab Puti lebih suka kat Nazri dan anggap aku ni macam abang dia saja. 

aku pun masa tu frust dan bawak diri. study entah ke mana...kerja entah ke mana...aku nak study pun dah takde semangat dah masa tu. takde ambik kelas malam dah. aku study sendiri aje. aku tak tahu aku nak teruskan ke atau aku lupakan saja. lastnya aku dapat panggilan temuduga dari Proton. aku rasa ini boleh mengubah nasib aku. aku pun balik kampung transit sebelum nak pergi Proton Shah Alam. dan aku terjumpa Jannah masa dia datang nak belajar mengaji pagi tu. aku yang sebelum ni kecewa sebab Puti dan Nazri. jiwa aku yang kosong dan kacau tu aku rasa macam bersemangat dan kembali kuat bila tengok Jannah setelah sekian lama aku tak jumpa dia walau rumah dekat depan aje. dan nak jadi cerita sebelum ni pulak aku tersilap beli kad Valentine sebab nak bagi kad birthday kat seorang gadis kerja gerai makan di Ipoh yang baik hati dengan aku masa aku kerja petrol pump

rupa rupanya semuanya sudah di takdirkan. aku kecewa dengan Puti. Jannah hadir dalam hidup aku sewaktu aku benar benar memerlukan belaian kasih sayang..ewahhhh dan aku jumpa Jannah pada masa yang tepat. sebelum ni aku kat KL pun ada jugak affair dengan satu awek dari Pattani yang menumpang kat rumah mak saudara aku di PJ dia pernah cakap kat aku "jangan ambik sisa orang.." masa tu aku kawan dengan Oikuan dan sekarang baru aku faham. apa maksud Jannah. nama awek Pattani tu pun Nurul Jannah . dan muka dia pun sama dengan Jannah Kampung ni. macam cerita Avengers pulak kan. hahahaha...watak Nebula ada dua. 

matahari bersinar lembut..bunyi kicau burung dan angin pun sepoi sepoi bahasa..semua ni macam slow- mo ...so pagi tu aku jumpa Jannah dan pagi tu hati aku terpaut pada senyuman gadis manis ni. renungan matanya jadi igauan aku. senyumannya jadi pengubat hatiku yang dukalara. suaranya jadi penawar pada perasaan aku yang sedih takde kawan perempuan yang asyik di reject dengan kejam sekian kali oleh perempuan. Jannah dialah pojaan hati kooo...

sejak itu dunia aku penuh dengan keindahan..semuanya indah..takde yang tak indah...walau tak dapat kerja Proton pun indah juga...sebab kena kencing dengan kawan aku Ai..semuanya indah aje...Nazri ajak pindah sebab rumah kitorang nak kena rush...indah aje...takde kerja..indah aje...sampai Nazri perasan aku dah macam happy sangat asyik senyum aje 24 jam. aku tak bagi tahu pun dia pasal Jannah. tapi lastnya dia tahu sendiri bila dia balik kampung. dia cakap aku dan Jannah dah jadi bualan orang kampung sebab kad Valentine yang aku bagi pada Jannah tu maksu minah cerita kat orang. 

aku peduli apa orang nak kata. lagipun aku dan Jannah tak buat apa apa salah pun. kitorang hanya bercinta dan kitorang tak pernah dating walau sekali pun. aku jumpa Jannah bila aku balik kampung dan hubungan kiorang di batasi dengan kesopanan dan leluhur adat kampung ..aku jaga nama baik mak aku dan nama baik Jannah...aku takde nak ajak dating..aku takde nak gayut kat phone. yang ada cuma pertemuan dari pagi sampai tengahari kat rumah aku dah macam ahli keluarga . Jannah tolong mak aku ambik buah kelapa. Jannah tolong mak aku masak kat dapur kalau dia free. Jannah datang rumah dan sembang dengan mak aku dan tengok TV petang petang. dan semestinya aku jumpa Jannah hanya bila aku balik kampung hari minggu aje. sampai bapak aku yang tak pernah ambik pot pasal sesiapa pun boleh cakap dia berkenan kat Jannah nak buat menantu.

Jannah pun amat senang dengan family aku. rumah aku dah jadi rumah ke dua dia. tapi takdelah lepak sampai malam. paling lama zohor dia baliklah. itu pun kalau aku ada dia tolong mak aku masak. best kan? itulah THIRD STAGE pada aku...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)