One Day in Your life II
Circ - 1994
Penghijrahan dari Yang baik ke lebih baik. Memang Aku dah selesa pada mulanya untuk kekal berbakti pada orang tua. Untuk menjaga makan minum mereka Dan menjaga sakit pening mereka. Namun hjauh disudut hati Aku Masih punya cita cita. Cita cita untuk memperbaiki tahap kehidupan. APA mungkin Aku boleh bersabar lagi kerana jika Ku fikir Aku sudah Jauh ketinggalan.
Titik mula Yang menggerakkan Aku supaya berhijrah untuk ke sekian kalinya...
1 - Di sini jiwaku sepi. Aku mungkin nampak tabah cekal sabar namun Aku penat. Aku jadi penat kerana Aku sudah tak mampu lagi hidup terlalu sepi. Di sini jiwaku sepi kerana ditinggalkan tanpa Kata Kata Yang dapat Aku Jadikan Pegangan. Hanyalah Yang Ada cuma satu harapan. Harapan Yang Tak pasti.
2 - Di tengah tengah keriangan Umat Islam mrnyambut syawal Yang suci Aku dikejutkan peristiwa pahit awal pagi aidilfitri 1994. Aku Sangkakan Tiada lagi Krisis melanda ...namun semuanya diluar kuasa Kita Dan pengetahuan Kita. hanya kerana diberikan kesenangan harta Di dunia Dan kesombongan manusia. Maka Seorang manusia beranggapan dia lebih baik Dari manusia Yang lain.
No comments:
Post a Comment