Tuesday 1 December 2020

retro - dont forget to remember me


 Dont Forget to Remember Me
Circ - 1992 - 1993
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

Jatuh, Luka dan Tak BERDARAh...

Akhirnya Aku tewas juga Dalam percaturan hidup Ini. Aku sudah tak bisa Bertahan lagi hidup difitnah Oleh mereka mereka Yang Ada agenda itu.dan Aku Masih Mentah menilai tipu helah manusia. AKu Sangka mereka jujur mahu menolong namun Aku Tak sangka semua itu plot plot Yang Halus untuk menjatuhkan nama baik orang Yang mereka tak suka. Orang yang mereka irihati Dan dengki Khianat.

Aku fikir Tiada Gunanya lagi mempertahankan sesuatu hubungan Yang Tak direstui.memang perit untuk Aku terima namun Aku Harus meleraikan segala kekusutan. Walau Aku terpaksa korbankan perasaan Aku Dan Dia...demi nama baik keluarga Aku Dari terus jadi buah mulut mereka mereka itu. Dan demi nama baik dia juga supaya tak Ada mulut Yang mencerca Seorang Gadis tak berdosa Seperti nya.

Lama Aku fikirkan...Dan Aku temui jawapan...semua terpaksa Aku korbankan...namun Aku Tak sanggup Mengucapkan Kata putus padanya melainkan Aku Membawa diri..menjauhkan Diri Dan menyepikan Diri sahaja. Aku Tak sanggup mengakhiri hubungan Ini. Biarlah ia luput ditelan waktu.

Untuk terus survive Aku Hanya kerja kampung. Aku menjadi pengawal Di kilang. Di situlah Aku kumpulkan sisa sisa semangat Yang Ada. Aku sendiri sudah jadi asing Dalam keluarga Aku. Aku tahu sedikit sebanyak kisah aku memberi kesan pada hubungan kekeluargaan Aku. Mereka Yang mahu menghancurkan hidup Aku sudah menang . Aku kalah.

Aku mencari ketenangan hati. Aku menghindar jika Aku bertemunya. Kejamkah Aku? Hanya itu Yang mampu Aku lakukan. Aku Masih Lagi menyimpan perasaan itu walau tak Pernah Ku luahkan padanya. Biarlah dia anggap Aku sudah mahu Melupakannya. Biarlah dia membenciku. Hinalah.. cacilah makilah manusia Yang sudah tak Ada tujuan hidup Ini. Biar Kau membenciku Dan lupakan Aku.

APA Yang Aku lakukan supaya tak Ada lagi manusia Yang mengkeji Dan mencerca Dia Dan sesiapa Yang Ada kena mengena dengan Aku. Biar segala tuduhan Ini Aku tanggung sendiri Dan semoga Akan lenyap. Aku Tak mahu disebabkan Aku orang orang Yang Aku Sayang terseret dengan masalah Yang aku cipta sendiri Dan Salah Aku sendiri.

Jika dulu senyuman, keriangan Gelak tawanya menghiasi setiap pertemuan jika dia berkunjung ke rumahku namun sejak saat itu dia hanya diam, Dan sesekali Akan mengalirkan airmatanya bila bersama ibuku mengajarnya mengaji Al quran. Ibuku memang faham APA Yang bermain Di fikirannya Dan di hatinya . Dan ibuku menyuruhnya supaya bersabar. Sering dia memeluk ibuku Dan Menangis Akan nasibnya. Apalah Yang mampu dia lakukan selain Dari mengalirkan airmata.

Hari demi Hari berlalu. Semuanya sangat menyakitkan Dan Melukakan. tiba satu Hari dia menyatakan Yang kakaknya menyuruh dia agar berhenti sahaja Dari belajar dirumahku.

Aku Sedar berapa hinanya Aku di mata kakaknya. Maka selepas itu Aku Dan Dia pun terpisah.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)