Friday 18 December 2020

retro - new leaf clover


NEW LEAF CLOVER
Circ - 1997

Biru Mata Hitamku
Jan - April
Well masa ni Aku dah pindah balik ke Kinrara. Aku ambik keputusan resign kerja kat Citylink. Aku dapat kerja kat PJ state. Sampai bila Aku nak Tinggal kat rumah panjang Di lembah subang. Kat situ Aku beku. Aku macam tak kenal dunia luar. Aku Hanya Aku Dan motor kapchaiku. Dan sebab motor kapchai Jugaklah Yang memaksa Aku blah dari situ. Bila Aku serumah dengan roommate Yang psiko rembat motor aku yan takde roadtax jalan jauh jauh.. Kawan Yang Aku Pernah kenal masa kerja proton. Siang jadi orang biasa Malam jadi orang depress macam nak bunuh diri.masalahnya Sama macam Aku. Awek kawin lain. So Aku jauhkan Diri Dari orang takde tujuan hidup macam ni.
Aku start kerja baru sebagai computer operator kat tingkat 10 menara MPPJ Tu.dalam seminggu Aku kerja Aku terkejut bila terjumpa Seorang Yang Aku Pernah kenal masa kerja the Star. Tapi dia dah tak macam dulu. Aku Rasa macam dia tak pandang Aku dah masa Tu. Mungkin dia tengok Aku selekeh aje masa Tu. aku akur dengan keadaan situasi tu. so aku hanya memandang dia dari kejauhan aje. walau terlintas jugak nak tegur dan berbual bicara walau seketika.
Kerja kat situ Aku sebagai IT support. So banyak lah repair networking. Dan selalunya komputer staff perempuan. Yang jadi data keyed in clerk.
Ada jugaklah yang menghulurkan salam perkenalan kat aku yang selekeh tu...bayangkanlah dengan kapchai bulat c70 tu aku parking kat sebelah kereta Satria. dengan helmet span pun dah takde. Hahahaha...aku tak peduli asalkan aku dapat pergi kerja dan balik kerja sudah. masa tu aku terpaksa tolak semua bunga bunga ni sebab aku tahu kalau aku layan jugak kesannya kat aku amatlah parah ...so terpaksalah aku tolak semua nya...walau aku jugak ada perasaan...

Kita Terpaksa Bermusuhan
May - July
Aku sempat kerja kat menara MPPJ Tu Dalam 3 Bulan aje. sebab apa aku resign aku pun tak sure...sebab semua staffkat situ ramai perempuan. mungkin aku tak biasa ke entah...so aku resign buat ke sekian kalinya.
Bila Aku dah bosan Aku mulalah ambik MC Dan ponteng kerja. Memang semangat takde masa ni. Aku try pulak kerja maintainance kat syarikat aircond . Kerja memang outstation aje masa ni. Aku Mula Mula Okey je. Tapi Aku jadi down bila dapat khabar pasal ex Aku Yang Dah Ada cahayamata.
Aku jadi down balik.aku takde semangat. Aku Rasa macam nak hidup Dengan mati tak mahu. Aku berterusan meratap merintih nasib aku pagi petang siang malam. Aku jadi Kecewa Yang amat sangat. Sampai aku tak peduli dah alam yang Indah Ini. Aku kena denda masa buang puntung rokok kat Central Market KL.masa Tu Aku ponteng kerja. Duit denda nak bayar macam mana. Nasib baik Ada 2 orang kawan Aku ni Yang Masih percaya pada orang Yang takde tujuan hidup lagi macam Aku masa Tu. Ahchoo Kedai kaset PJ Oldtown Dan Mamat AC Nielsen. Sorri aku reveal nama korang sebab hanya koranglah kawan baik aku masa Tu. Duit denda DBKL Tu rm200. mamat bagi pinjam rm100 Dan ahchoo bagi pinjam rm100.
dengan Mamat aku sempat mandi bunga dengan bapak dia. Hahahaha... boleh pulak adik pompuan mamat minat kat aku masa tu..gilerrr...
sepatah cakap mamat
"bukan orang tak suka ko... ko yang tak suka diri ko sendiri"

Izinku Berundur
start from November
Masa ni pun Aku start lagi kerja baru kat Syarikat Iklan Di PJ. Aku Rasa cukup cukuplah Aku asyik tukar kerja. Sebab syarikat baru ni Aku Rasa Okey. Dan baru aje Aku kerja Dalam seminggu Aku masuk hospital sebab kena denggi. Ada Dalam seminggu jugak Aku kat hospital. Yang melawat Aku Hanya kawan aku si Mamat Yang masa Aku kerja kat MPPJ Tu.
So Lepas aje Aku sembuh Dari sakit keluar hospital. Aku pun pindah ke Pantai Dalam. Duduk rumah bujang. Tak lama Aku mendapat khabar ayah Aku sakit Dan dia terlantar di hospital. Ayah Aku akhirnya Pergi jua.
Aku bagai ditampar Oleh kenyataan.aku kena terima hakikat.aku Harus bangkit semula Sama macam Aku bangkit masa Aku kena kat Proton dulu.
So...Aku pun Tekad bangkit. Yang bukan Aku punya atau bukan Milik Aku Tetap bukan Milik Aku. Dan barang Yang Lepas tak Harus Aku ingat lagi. Biarlah ia Tinggal jadi kenangan Dalam hidup Aku

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)