Sunday 15 April 2018

windflowers - crush masa kecik


best tulis cerita kat sini asal ada idea aku akan curahkan kat blog ni. cerita pulak tak ikut kronologi...mengjangkau sana menjangkau sini.tapi kalau followers blogger aku tentu tahu kisah apa dalam ni. kisah macam windflowers macam bunga yang kena tiup angin tu...

banyak kisah bertitik tolak dari kehidupan aku sebagai budak sekolah rendah dan sekolah menengah...sebagai budak baru pindah duduk kat rumah opah jauh dari pekan jumpa budak perempuan yang ada keluarga yang bermasalah. sempat memahami hatinya seketika. hubungan tak berapa direstui oleh famili aku pulak. aku pun tak tahu kenapa. aku kan masih kecik masa tu. itu Yati...dia akhirnya berjaya dengan cita citanya dan menjadi pegawai PTD dan bertugas kat Sabah.

selalu jumpa dengan gadis atau budak perempuan type macam ni masa aku masih muda. aku cukup aware kat sekeliling aku. itu sebabnya. macam Juliana yang tinggal kat kilang buat simen konkrit batu bata tu. ibunya Melayu - Terengganu bapaknya cina Bidor.  selepas tu rumah tu ditinggalkan dan disewakan   juga pada keluarga bermasalah. takdelah bermasalah macam mana sebab suami isteri sudah tak ada erti duduk sebumbung mungkin kerana anak anak masih suruh jangan berpisah nungkin sebab sebelah suami dia aa sakit mental sikit. light disorder lah...masih tahu berbelanja...tapi hidup seorang. sedangkan sebelah isteri terpaksa mencari duit sendiri dengan menjual kuih.samalah apa lagi yang orang perempuan yang takde berpelajaran nak buat selain jual kuih.nama famili tu famili makcik Jah...dia ada anak nama Oly yang agak tomboy. yang suka ajak aku meronda rumah kawan dia kat simpang 3.

aku jumpa Oikuan masa aku kecik lagi sebab kitorang duduk di kawasan atau area yang sama Jalan Sungkai. bapak Oikuan tu ada satu woksyop motor kat rumah dia.   selain Oikuan dia ada beberapa adik beradik yang aku kenal gitu gitu aje. ..tak rapt pun dan bila dah masuk remja aku baru jumpa dia balik itu yang keluar lagu sweet child o mine - guns n' roses tu.

nak cerita pasal gadis nama Lela...first aku kenal Lela Shahbudin dia ni jiran sekampung. dialah suka main dengan Oikuan kat rumah aku masa rumah aku masih rumah atas. Oikuan masa tu ada seorang lagi adik beradik perempuan. yang aku ingat Lela , Oikuan main kat depan rumah bawah pokok rambutan main bunga jarum kaler merah tu . bunga siantan kot. macam tu lah...pasal Lela pulak last aku jumpa dia masa dia pergi rombongan ke Lumut  dalam tahun 1985.

Lela Yusof kawan masa sekolah rendah. rasanya darjah berapa aku tak ingat. tapi masa tu masih kelas kat atas bangunan macam berek polis bukit kepong tu kat Sekolah Kebangsaan Bidor. masa tu taman kat Lembah tu yang sekarang klinik Yusof tu bapa Lela tu bawak jentolak tu untuk ratakan tanah sebab nak buat taman kat Lembah tu. aku  ingat lagi Lela ni happy go lucky je  macam dalam cerita anime Naruto watak dia macam watak Rin kawan Obito dan Kakashi. aku dan Lela kawan je. dan dia selalu datang awal dan kitorang letak beg kat bawah pokok rhu dan aku main kejar kejar dengan dia...cuma aku dan dia best kan?

masa duduk kat rumah atas jugak aku kenal dengan satu budak perempuan ni. aku kongsi buku dengan dia. masudnya buku teks yang bergilir gilir baca.bila tiba masa dia dia datang rumah aku dengan pakai kain batik dan baju kedah tu. bayangkan budak perempuan darjah 2 macam tu pakai macam tu. aku pulak masa tu suka melukis kartun kung fu. apa lah...nama dia Normala anak cikgu Zakaria.dia tinggal menyewa rumah Juliana kat depan jalan besar tu.

masa aku darjah 6 macam tu ada jugak aku terminat kat sorang budak ni. dia adik kawan aku je. well, kakak aku yang sulung dapat beli rumah kat taman perumahan - awam jalan sungkai. so, kawan aku ni pun dapat jugak rumah kat situ diorang asal Jeram Mengkuang aku rasa atau BMT. nama kawan aku tu Tajahar dan nama adik dia Ina. aku selalu pergi rumah kakak aku ni. dan selalu jumpa Ina tu. dan bersembang sebab rumah sebelah menyebelah sembnag macam tu aje. korang tahu apa aku sembang dengan Ina tu? hahaha... sembang pasal perasaan dan sunyi dan sepi. apa punya topik entah.

masa berlalu dan aku jumpa Ina balik masa tu aku datang rumah kakak aku sebab kenduri anak saudara aku meninggal Hafiz anak number 3 dalam tahun 1996 . masa tu pulak aku baru je lepas frust sebab awek aku kahwin lain. so, jumpa balik Ina ni sebab dia datang kenduri. Ina was fine...tinggi lampai kulit cerah. nak apa lagi memang boleh jadi pengganti  Maznah. kedua belah pihak dah suka. tapi yang slacknya masa tu dah ada orang merisik dia.aku sembang dengan Ina pun bawah lampu jalan depan rumah dia. Ina cakap ada orang merisik tapi Ina tak suka orang tu. dia banyak kali cakap dia suka kat aku kat kakak aku. aku rasa macam nak ambik atau potong jalan aje rasanya kalau aku pinang Ina tu. itulah yang aku rasa masa tu lepas orang potong jalan aku .macam kisah selipar hilang kat masjid lah...orang rembat selipar kita lepas tu kita nak rembat selipar orang pulak. kalau aku kahwin dengan Ina masa tu mungkin aku akan stay kerja the Star sampai sekarang. sebab masa tu aku memang ada duit dalam tangan sebanyak 5k. masa tu kalau dah ada 5k dah boleh kahwin dah. tambah aku akan dapat lagi bonus dalam tahun tu selama 5 bulan. kalau aku kira semua tu hampir 10k lah aku ada.








No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)