Sunday 15 April 2018

windflowers - gersang



akan kusimpan kenangan cinta kita 
yang tak akan terpadam selamanya 
kehangatan cintamu masih aku terasa 
seperti baru semalam kita berpisah....

aku masa ni layan lagu rock GERSANG sampai bag sekolah aku pun aku conteng logo kumpulan Gersang ni. lagu lagu dia sedap walau mat rock tak berapa suka sangat sebab rambut pendek kata diorang. well pada aku bukan pada rambut panjang atau pendek. yang sama naik masa lagu Gersang ni ialah kumpulan Wings dan Rusty Blade.. lagu 2 kumpulan ni walau rambut panjang tapi diorang dengar lagu tangkap cintan jiwang jiwang juga hahaha...

 so lagu ni ada kisahnya pada aku. masa ni aku ada aktiviti perkemahan kat sekolah menengah Sungkai. adalah masa tu semua peserta dari sekolah aku surrender sebab kawasan perkemahan dilanda banjir. so, yang tinggal cuma aku dan kawan aku Radzi. aku kuarter master dan dia pulak presiden PBSM. so aku dan dia memang terpaksa tungguuntuk mewakili sekolah kitorang.takkan nak balik? semua yang balik tu memang first timer berkemah dan takde penalaman sedangkan aku dan Radzi memang sejak tingkatan satu tak pernah failed mewakili sekolah setahun sekali perkemahan PBSM sejak 1984 hingga 1988.

sunyinya malam ini tiada bulan tiada bintang 
hanyalah kedengaran ombak di pantai 
hatiku tertusuk sayu dan pilu
mengenangkan nasib diri dirantauan

so barang barang tinggalan peserta sekoah aku meman banyak dan diorang tak baak balik. aku dan radzi pun bagi bagi yang terlebih kat kawan kawan sekolah lain. dan kitorang bagi banyak kay peserta sekoah menengah Sungkai sebab diorang host.

ada sorang ni awek sekolah Sungkai nama dia Aina. muka dia sebijik macam muka penyanyi Azian Mazwan tu. dia free hair. aku siap lukis muka dia dalam notebook aku . sampai Radzi pun perasan .Radzi tanya aku. aku lukis gambar budak sekolah Sungkai tu e dalam cahaya terang kemah tu. aku tersenyum buat pertama kalinya aku ada rasa suka kat awek Melayu. dan nak kawan jadi girlfriend tapi aku malu aku cakap kat Razdzi. Radzi cakap no problem. nanti dia bagi tahu budak tu


lepas tu budak perempuan tu datang mintak sardin kat kemah kitorang dan dia tanya nama aku siapa. aku memang tak bagi tahu nama sebenar melainkan nama  Zack. hahahaha..lastnya masa lepak tidur kat bawah tangga sekolah sebab banjir menutupi kawasan perkemahan pada last day malam pekemahan tu. tidur dengan budak sekolah SUngkai nama dia Zaidie. Zaidie kata Aina budak Trolak dan selalunyanya budak Trolak tu minah rewang. aku pun tak tahu apa minah rewang. selalunya rewang ni buat krja kenduri?

samalah tu kata Zaidie. minah rewang ni ramai kawan lelaki. aduhhh hancurrr hati aku...sedihhh pulak aku dengar macam tu. aku dah jathuh hati kat wajah da yang manis tu dengan potongan rambut lurus paras telinga dia tu.macam amoi amoi je muka dia.

malam tu masa pasang radio transistor pun kelua lagu Gersang ni... dalam sayup sayup lagu ni aku  rasas sedih satu macam ...sebab lagu dia punya lirik dan melodi pun sedih semacam ...lepas aje habis perkemahan tu aku lepak kat rumah Nazri dalam biik dia dan ada pulak Nazri kaset Gersang mungkin Yam gf dia yang bagi pinjam...so aku pun layan lau Gersang sampai termenung sampai Nazri tanya apasal kau sedih sangat? aku pun cakap lagu tu sedih...

kat rumah Nazri ada mekanikal pen abang dia..aku pun melukis kartun gambar Aina sampai Nazri perasan. ohhh nilah yang buat hati kau hancur ye mat Keluang? nama mat Keluang tu gelaaran kawan kaan dan Nazri tu mat Kelawar sebab aku dan Nazri sepupu.lebih kurang macam Batman and Robin lah...

ku calit warna ungu di dada tanda kasihku
dosakah aku mengakuimu teman hidupku
kusedar kini  semuanya luput berlalu
merekah hati menuju gersang mana pinggiran... 

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)