Sunday 15 April 2018

windflowers - lagun biru 2

perpisahan itu selalu terjadi 
kepada makhluk yang bercinta 
sungguh sedihnya rasa 
apabila ianya terjadi 

kat dalam facebook baru baru ni ada satu kisah viral pasal kuih pau.sebenarnya ntah apa apa punya viral adalah satu kakak ni post kuih pau hangus dia dalam satu page di facebook. logik ke kuih pau hangus sebab kuih pau cara masaknya kukus aje pakai air. bukan di goreng atau dipanggang. so, kakak ni pun kena kecam dengan netizen. sampai dia buat report polis...apoooo? tu maknanya dalam facebook tu ramai manusia FAKE dan apa yang mereka tulis dalam tu mostly hanya nak Likes dan banyakkan Followers.

macam aku punya erita ni adalah cerita asal REAL dan ianya terjadi pada diri sendiri cuma aku tokok tambah bagi sedap cerita lah. biasalah story teller. kena jujur takleh menipu orang tahu kita menipu.
macam cerita kuih pau aku ni. aku menyorot kembali kesianmbungan aku punya cerita terdahulu sebelum ni title lagun biru atau Love Is Blue.aku rasa tak payah ye aku nak story permulaan kisah ni . aku teruskan sahaja ye kat mana mana.

aku pun mula mengenal dia..Yati ..aku kenal hidup dia, aku kenal family dia, aku tahu apa yang buat dia gembira, aku tahu apa yang buat dia sedih. masa tu dia tolong mak dia buat kuih pau untuk sara hidup keluarganya. keluarga dia ada masalah sebab ayah dia berhenti askar sebab ada masalah medical. selalunya kerja askar mesti stress sampai berhenti kerja.

Yati selalu menghantar kuih pau ke rumah aku petang petang dan aku ambik kesempatan itu untuk berbual dan bersembang dengan dia. kitorang berbual pasal pelajaran dan kadang kadang pasal family.Yati bercita cita nakduduk asrama kerana dia kata duduk kat rumah tu jiwa dia tak tenteram. berulang kali aku tanya bila masa dia rasa jiwanya tentram? dia kata bila bersama aku. duduk dipangkin kayu bawah pokok manggis sambil menghirup udara petang sebelum pulang.


dan bila masa dia perlu menumpukan perhatian terhadap pelajaran dia tidak lagi menghantar kuih pau seperti kebiasaannya. yang mengganti menghantar kuih pau pula ialah adiknya yang bernama Tinit.nama sebenar aku tak ingat.tapi sejak itu aku memang dah tak jumpa dia. sehinggalah satu hari aku sudah mahu berpindah sebab rumah aku  yang renovate tu dah siap.

hari tu sempat jugak Yati ke rumah aku setelah diberitahu oleh Tinit yang aku akan berpindah. Masa aku tengah memuatkan segala barang dalam lori ak ternampak Yati dan Tinit ari jauh. sampai sahaja akulihat keadaan Yati. aku terkejut tengok dia kurus dan mukanya tak bermaya.

awak tak sihat ke Yati
takdelah saya sihat
cuma saya sedih 
sebab awak nak pindah tinggalkan saya...

aku tunduk...tak tahu nak cakap apa...memang nampak airmuka Yati macam sedih dan kesal. namun wajahnya di lindung oleh rambutnya yang menutupi sebelah matanya...bila aku renung rupanya ada airmatanya yang mengalir.. aku nak pujuk macam mana aku tak tahu. aku kecik lagi mana tahu nak pujuk perasaan orang.

selepas aku pindah tu aku dah tak dengar lagi pasal Yati. aku pernah jugak bertanya khabar pada ma aku yang selalu jugak ke kampung menziarahi saudara. khabar terbaru aku terima Yati sudah pun belajar di asrama kerana dapat markah yang cemerlang daam peperiksaan. maka Yati berjaya dengan cita citanya nak masuk sekolah asrama.

cerita pasal Yati hilang terus dari pengetahuanku dari 1983 hingga 1993.memang tak ada apa yang membauat aku untuk mengingati pasal kenangan masa keciktu sehinggalah pada satu hari aku yang bekerja kontark dengan PLUS . aku singgah makan kat gerai opah saudara aku.yang tinggal sebelah rumah Yati dulu. dan aku tak sangka Tinit adik Yati ada disitu menegur aku dan bersalam sambil mencium tangan aku. aku terpinga pinga kerana tak pernah sampai ke situ rasa hormat orang kat aku.

Tinit bercerita selepas aku pindah Yati macam merajuk ...siang malam dia hanya mahu menumpukan pada pelajarannya. dan dia masuk sekoah asrama.melanjutkan pelajaran di Universiti sehinggalah dia dapat bekerja sebagai PTD di Sabah. dan Tinit juga bagi tahu Yati akan berkahwin dan menagajak aku e majlis kendurinya di Tapah kerana mereka sudah tinggal di Tapah dn mempunyai kedai runcit di sana. aku pun tak tahu nak cakap apa masa tu aku cakap kat Tinit cuma kirim salam je kat Yati.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)