Sunday 15 April 2018

windflowers - bunga cinta

 

bersama suara hati...
aku menyedari kini ketiadaanmu
ku cuba mengerti mengapakah begitu
tiada kesempatan ku mencari 
rintihan untuk menghalang kau pergi 
jauh dariku....
masa ni aku baru habis periksa SPM ..aku masa ni ikut sepupu aku hari sabtu dan ahad pagi kat kebun bapak dia. upah sehari 5 ringgit. kerja tebas tebas rumput bakar lalang kering. alaa...cuci kebun lah. tanam benih pokok pisang dan pokok ubi kayu. ada jugak sesekali kitorang lepak minum pagi kat kedai mamak sampai Onie @ Jalil terkejut tengok  kitorang pakai baju kebun.
aku pulak malam malam aku kerja kat benteng ala food court kat Bidor masa tu.tapi sekejap aje. sebab tokey gerai satey tu tipu aku. dah semingu aku kerja dengan dia. dia bagi gaji tak penuh. dia kata  potong makan minum. gelas pecah la...pinggan pecahlah...memang penipu betul.aku pun terus berenti.malas nak layan tokey kedekut  macam tu.

sebulan dua masuk tahun baru aku masih belum dapat result SPM.masa ni aku tak tahu buat apa aku pun continue tulis surat pen pal awek Kelate yang aku kenal masa aku masih form 2.... aku pun masa ni tak buat apa menulis surat ajelah kerja aku. tulis punya tulis sampai masa ambik result SPM bulan Mac. aku pun terus terang kat awek Kelate ni yang aku dah jatuh hati kat dia sebab masa ni aku jiwa kosong...awek Kelate ni nama dia Noriza. aku panggil Za aje.  lastnya awek Kelate ni kata dia tak nak bercinta sebab dia dapat tawaran Universiti Malaya. dan dia suruh aku lupakan pasal cinta. aku pun terima hakikat awek Kelate ni tak layan aku. aku pun layan frust lagi.ahhh kena reject lagiiii...
 
bayangan mimpi...
inginku tahu apa maksudmu
ku ingin kenal siapa dirimu
kau tunduk bilaku renung wajahmu
kau diam bilaku berkata padamu
membuatku tak menentu

aku pun lepak sana lepak sini dan lastnya aku terjumpa satu awek ni kat pasar lambak hari Sabtu. aku minat style dia sebab dia macam budak baik sopan santun...dia suka lepak kat rumah kawan aku Nurul kat kampung sebab kawan dengan adik perempuan Nurul. aku sempat jugak bagi kad raya kat dia tapi macam biasa dia tak layan lagi...memang payah agaknya mat skema macam aku nak dapat awek kot. asyik kena reject aje. lastnya aku malas nak cari awek dah. aku fikir kalau aku dapat masuk form 6 nanti aku concentrate study je sampai dapat masuk U. aku dah serik nak jatuh hati kat awek dah nak bercinta asyik kena reject dengan awek ajeee...

bunga cinta...
engkau adalah bunga cinta yang segar
kau menjadi lambang cinta hidupku
engkau adalah bunga cinta hatiku
engkaulah penawar duka laraku
tapi aku dapat result dan aku tak dapat masuk form 6 sebab tak cukup gruping tapi aku lulus. apalah nasib...aku pun start kerja tolong Murad bisnes burger. Murad pun cakap setakat makan burger dia boleh lah bagi tapi nak bagi duit dia tak mampu. okey je sebab aku kerja jual jambu belah malam sampai pagi. kat gerai jambu jalan Sungkai. aku kerja dengann Murad start asar pukul 5 dan habis pukul 10 malam. lepas tu aku jual jambu dari pukul 1 malam sampai pukul 6 pagi. masa ni aku terjumpa Oikuan balik sebab dia selalu balik dari sekolah dan singgah kat gerai burger nak beli burger.so, aku pun cuba bebbaik dengan dia. dia macam tak ingat pun pasal surat aku.memang Nazri kelepet aku lah masa tu tapi aku tak tahu.
Oikuan ternyata seorang gadis yang baik bila dia layan aku macam kawan. dia bagi number telefon dan aku selalu call dia. hubungan aku dan Oikuan hanya sebagai kawan tapi Oikuan memang baik hati.hubunga aku dan Oikuan macam direstui oleh familynya bila mereka amat sportin sekali bila aku call.hehehehe...jadilah walau hanya sebagai kawan pun okey je.

aku bertemu aku
di hujung dunia 
rinduku menyepi sendiri
sinar mentari membakar diri
ku kekosongan tika memimpin diri ini
menunggu sinar menyuluh jalan hilang....

aku dah rasa semua yang aku buat ni tak betul. aku kena buat sesuatu dalam hidup aku. takkan aku nak kerja kat kampung aje. nak continue study tak dapat. so aku pun beazam nak ke KL merantau. mungkin aku boleh mencuba nasib kat KL. inilah langkah pertama aku ke KL. dan aku nak try cari kerja kat PJ area rumah mak saudara aku. selepas mengumpul duit sedikit maka aku pun merantau ke KL.  aku tinggalkan Oikuan dan kampung.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)