Sunday 15 April 2018

windflowers - michelle - sweet child o' mine

Michelle...
ma belle
These are words that go together well
My Michelle
Michelle, ma belle
Sont les mots qui vont tres bien ensemble
Tres bien ensemble....

 lama tak menulis blog masa sejak musim wabak N-COVID 19 melanda...so idea nak menulis pun rasa malas nak sentuh pasal wabak ni...aku rasa nak tulis lain dari isu wabak ni...
jom kita telusuri zaman zaman kita yang manis masa kita masih remaja...aku meniti zaman remaja pada akhir 80 an dan awal 90 an...yang paling sweet ialah masa mula kenal cinta...masa tu aku ni nerds memang takde masalah nak ber awek awek ni kat sekolah...yang aku taju masa sekolah tu rasanya lukis kartun kot...dan aku suka dengar muzik...tak kira muzik aa semua aku layan. dan bila sudah habis sekolah menamatkan form five dan exam SPM...aku tak buat apa seentara menunggu result SPM...

okey aku ada jugak pen pal ..entah camne semasa aku sekolah hari tu tak sengaja hantar surat berkenalan menerusi majalah  Galaxy ke URTV aku tak ingat...sorang  kat Ipoh sorang kat Kelantan...so masa takde buat apa tu..menulis surat le aku kat diorang...oh ye aku kenal dengan budak kelantan tu sebab aku ada sorang kawan nama dia Dhamen dia asal Kelantan...dialah yang perkenalkan ...

long distance relation memang boring dengan takde boleh jumpa atau call....so satu hari aku dapt kerja tolong member jual burger kat pekan. mulai hari tu aku pun terdedahlah kat dunia realiti kehidupan...masa assist member tu radio kecik kitorang tu main lagu oldies aje...kat dalam TV pun masa tu program series TV pun ala oldies macam NAM Tour Of Duty..Wonder Years...China Beach..pelik kitroang lagu lagu kat radio hit masa tu lagu macam The Beatles yang remake tapi penyanyi baru nyanyi...lagu Venus...lagu Locomotion...bla bla bla...

so aku sempat kenal sorang amoi ni yang very ssweet sebab dia suka singgah kedai beli burger...dia pun kerja supermarket berdekatan gerai burger kitorang ...dia manis baik dan suka senyum...selalu aku je yang jumpa sebab time tu member aku balik rumah mandi dan datang balik lepas maghrib. sebab member aku bukak gerai pukul 2 petang aku masuk pukul 5 petang...dia memang manis seorang gadis bangsa cina yang baru habis periksa SRP kat sekolah menenah aliran china. dengan umur baru 15 tahun tu dia nampak tinggi macam model dan muka dia macam penyanyi Sara Loo...sebenarnya aku kenal dia dari kecil lagi sebab rumah dia pun berdekatan dengan kampung aku...kampung berdekatan taman perumahan..cuma takdelah nak berkawan masa kecik...

nama you siapa?
Michelle...
senyummm...

haha...
macam nama orang puteh saja
ya lor...
tapi sweet...
sudah lama kerja supermarket ke?
baru saja cuti ni
senyummm lagiii...

ye betul juga...
you pun masih sekolah lagi kan?
ya lor...
tapi kalau Saturday saya pegi kelas typist
bagus lah you Michelle
oh...
abang nak buat apa lepas result SPM
senyum dan main rambut pulak...

haa...
ohh tak tahu lagi tengok result berapa dapat
(dia panggil aku abanggg..)

aku sempat menjalinkan hubungan dengan Michelle tapi hanya sebagai kawan biasa sahaja...pernah jugaklah aku belanja dia KFC sebab aku lulus SPM . dapt jugak lah number telefon dia dan ajak sembang kalau boring...family dia sangat sporting..dan terus berkawan dengan dia walaupun aku tahu tak kemana pun hubungan kitorang. yang aku dapat tahu bila aku kerja merantau kat KL dia dah ada boyfriend. dan kali terakhir aku nampak dia masa aku dah balik kerja kat kampung semula dalam tahun 1993 masa tu dia kerja kat kilang ubat nyamuk sebagai secretary dan masa aku minum kapagi kat gerai aku nampak dia makan mee kari kat tingkap rumah dia.sebab kedai tu dekat dengan rumah dia.

thats all...habis citer pasal Michelle...macam lagu The Beatles - Michelle

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)