Sunday 15 April 2018

windflowers - beradu suratan


hidup aku masa baru baru kerja kat the Star masa duduk kat PJ Oldtown tu tersangatlah bosannya. kalau hujung minggu aje aku tidur dari pagi sampai tengahari. kalau kakak aku ada kat rumah dia masak. kalau dia keluar dengan abang ipar aku ke mana mana aku kena keluar makan kat mamak. bosan jugak makan kat mamak kalau setiap minggu maan nasi dengan kari yang sama je. rasa dah tak boleh asyik telan makanan yang sama aje .kat mana mana kedai pun rasa macam tu. kalau keluar berdua dengan Along takpelah jugak. tapi kalau Along tidur sebab dia kerja shift malam dia takkan bangun makan tengahari punya. iyelah Along masih kerja kat Proton. aku kan dah kena buang ...kakakaka...

selalunya kalau aku bosan aku pergi lepak kat rumah  makcik saudara aku kat Sea Park PJ. kat situ aku dah berkawan dengan 3 generasi. generasi pertama abang awal, generasi ke dua Ijot, Amat dan Aie dan generasi ke tiga ni Nizam.

selalunya aku ajak Nizam ke KL ..lepak main video games kat Pertama. tambang bas 50sen aje masa tu. aku yang ajak aku lah yang bayar makan dan tambang. ..alaaa..tak habis pun 10 ringgit. main video games baru dua ringgit. pekena roti dan teh tarik baru berapa sangat. kadang kadang aku ajak Nizam lepak tidur kat rumah kakak aku kalau aku tak lepak rumah dia. Nizam masa ni baru form 6.

aku jadi macam tu sebab aku takde kawan atau takde girlfriend. lastnya masa Nizam nak consentrate study dan aku sorang sorang jugak ke sana sini. aku mengorat memang tak reti masa tu. aku memang takde girlfriend masa tu. ada awek kat kampung dia masa tu dah hilang senyap sunyi macam tak dengar khabar berita  je. aku pun sedar yang jiwa aku ni kesepian.

so aku pun buat macam biasa je. masa tu pun aku hanya kerja temporary. tapi sebenarnya aku risau jugak bila aku belum dapat offer mana mana company. kerja aku kat the Star tu jawatan sementara je 3 bulan. tapi akhirnya aku punya rezeki untuk terus kerja kat the Star, dan aku diserapkan dari dept marketing ke dept Personnel.dan ada lah dalam 3 bulan kerja under probation akhirnya aku disahkan jawatan pada hujung tahun tu juga. aku baru rasa confident sebab dah kerja tetap.

masa ni aku memang rasa seronok kerja.aku rasa aku sudah diterima rang kat dept aku yang sebelum ni aku kerja kat dept marketing dulu diorang macam tak suka aku dan pandang rendah kat aku aje. bila dah kerja dept Personnel ramai orang kenal aku dari pangkat tukang sapu sampailah Regional Manager Utara, Penang.

ye jiwa aku masih sunyi lagi sebab takde kawan. lastnya aku cuba berbaik dengan seorang awek yang kerja dept EDP. mulanya memang aku tak tahu apa apa pasal dia. lastnya aku tahu jugak yang dia tu OKU bila aku check file dia . tapi dia cuma ada masalah pertuturan dan jugak cara dia berjalan. hati aku pun lebur jadi debu. lebur sebab aku sebenarnya nak buat dia awek aku. aku memang berkenan dengan dia. dia cantik dan ciri ciri awek yang aku suka kat awek ada kat dia. lastnya aku terpaksa  jauhkan diri dari dia sebab aku takut aku terus jatuh cinta kalau teruskan. sebab dia seorang yang baik.

nama dia Razlynn..setiap petang masa nak balik aku nampak dia tunggu kat pondok guard. aku pun dengan ramah tanya dia tunggu siapa. dia cakap dia tunggu driver dia ambik dia. haaaa kauuu.... tunggu driver tuuuu...memang betul dia tak tipu. ada satu Mercedes ambik dia tiap tiap petang. rupanya dia anak orang kaya. aku pun terciduk. kalau aku nak buat dia awek pun takkan setaraf dengan dia dan tak sedarjat dengan dia. huhhh...nasib...

satu hari masa aku singgah kedai kaset kat PJ Oldtown dan aku terperasan ada satu awek tu dia nak beli kaset tapi dia macam susah nak bagi tahu kat kawan aku tokey kedai kaset tu. Ahchoo. lastnya lepas dia beli kaset tu aku tanya Ah choo.

Ah choo 
apasal dia susah mau kasi tahu you kaset apa dia nak beli.
oh itu budak perempuan ke..
dia regular customer jugak 
dia duduk area sini 
anak orang kaya maa..
ye? habis kenapa macam tu
oh dia ada problem pertuturanlah 
dia macam bisu lah 
tapi dia sihat macam biasa.
apasal dia mahu beli kaset macam mana dia mau dengar?
haiiyaa kawan dia bisu bukan pekak...

aku pun teringat kat awek kat dept EDP tu yang nama dia Razlynn tu... 

apa kaset dia beli Ah choo?
dia beli kaset instrumental The Rippingtons

aku pun buat keputusan untuk beli kaset tu dan hadiahkan pada Razlynn...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)