Sunday 15 April 2018

windflowers - takdir


suratan takdir...
usahlah ku disalahkan terjadinya perpisahan ini 
itu suratan takdir
tak terlintas dihati ini untuk aku jatuh cinta lagi
tapi takdir menentukan...
 
kalau penggal pertama aku frust dengan awek Trolak Sungkai tu...takde khabar berita dah. sebenarnya aku kena kelepet dengan Zaidie je. adake suka suka cakap dan tuduh orang itu ini. kalau tak betul takkan ke berdosa? sama macam Ai yang tak bagi aku kawan dengan Lela yang satu classmate masa menengah rendah dulu. tengok gaya Lela tu memang lah dia dressing daring pakai skirt nampak peha tak sama macam dulu bertudung labuh...macam cultural shock. aku heran jugak ramai sangat budak sekolah yang masa form  4 dulu pindah sekolah ke KL ke mana mana tapi bila form 5 datang balik sekolah lama? apasal tak tahulah...

percintaanku...
alam yang sunyi sepi bagaikan memahami
tak perlu dikesalkan tak perlu ditangiskan 
setelah aku tiada lagi....

aku lupakan pasal awek ...so aku pun  tumpukan perhatian aku pada periksa SPM aku yag bakal menjelang. aku taklah pandai sangat dan taklah bodoh sangat. aku percaya walau tak cemerlang tapi aku rasa aku confirmed lulus, dan target aku cuma nak naik form 6 aje. aku cuma fokus kat sabjek yang aku strong macam BM, BI, AGAMA, LUKISAN, GEOGRAFI dan SEJARAH kalau aku score sabjek ni aku rasa takde masalah aku naik form 6.

luka lagi...
telah ku katakan kasih ku insan biasa
tiada punyai harta mengapa kau masih bersandiwara jua
tentang cinta
selama ini kau berpura ku sangka kau setia
ohhh ohhh 
luka lagiiii....

entah macam mana aku terikut style kawan aku Murad atau nama samaran dia The Great. Murad ni ada kenal sorang amoi cina kat luar. aku tak tahu macam mana dia boleh kenal. dia pun tak cerita sangat. lastnya dia suruh aku dan Nazri bagi buku autobiografi dia kat amoi tu. aku pun ikutlah Nazri petang tu . sebab aku selalu lepak kat rumah Nazri dengan Madi.so petang tu aku berjumpa dengan Oikuan. amoi baru Murad. Muad ni pelik taste dia amoi pulak. masa kat sekolah ada amoi tu nama Waiching tak layan dia. so dia pun cari amoi baru. 

tapi aku terkejut dengan amoi baru Murad ni sebab aku memang kenal dia dari kecik lagi...aku pun jatuh hati kat amoi ni walau dia tak berapa kenal aku. cuma dia kata aku duduk kampung sama dengan dia. aku balik rumah aje aku cerita kat Nazri aku dah jatuh hati kat amoi tu.Nazrisuruh aku buat surat bagi amoi tu. aku pun bagi surat suruh Nazri pass kat dia. 

pasti...
ketika itu ku terlena bersama arus ombak luka 
tidak ku sedar kau berpura menyintai diriku
kiranya sudah ditakdirkan
ku kecewa dalam percintaan
apakah ini yang kau mahu
kita berpisah 

aku pun tunggulah amoi tu balas surat aku. lastnya aku Nazri bagi tahu amoi tu takkan balas surat aku. dah bertahn tahun malah berpuluh taun baru aku tahu Nazri kelepet aku. sebenarnya Nazri tak bagi pun surat aku kat Oikuan sebab apa? sebab Nazri pun minat kat Oikuan rupanya..so, aku pun sedih lagi bila rasa kena reject macam tu aku pun layan frust walaupun Oikuan tak tahu pun aku frust kat dia. ni semua gara gara Nazri. sampai hati Nazri permainkan aku yang tak pernah ada awek ni. aku pun frust sampai Sham dan Murad yang lepak kat rumah Nazri pun kesian kat aku. Alaa....Mi...nanti lepas  SPM nanti kau carilah awek mesti dapat yang lagi cunnn punya kata diorang.

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)