Wednesday 30 November 2016

lonely planet - she's gone


episod episod bahagia dan best hanya dari 1989 ke tahun 1993lepas dari tu keluarlah episod episod sedih duka dan kecewa.. 

1994 dia Jannah atau Maznah habis study sekolah menengah kat kampung aku dan dia balik kampung dia kat Kulim, Kedah. dia dah takde lagi kat kampung aku. pernah jugak mak aku nampak macam muka dia tapi bukan dia tapi adik dia yang sebijik muka macam dia. entah macam mana aku tak tahu.

tapi aku masih jugak ikuti perkembangan diri dia kerja kilang kat Kulim tu dan aku mintak alamat kat anak saudara dia Chek...entah alamat betul ke alamat tak betul aku pun tak tahu. aku try tulis surat kat dia tapi takde balasan. setelah bekerja tetap kat the Star selama dua tahun lastnya aku berjaya kumpul duit untuk meminang dia pada tahun 1995. aku rasa belum cukup duit masa mak aku tanya aku pasal Maznah. nak merisik ke. aku cakap tunggu sampai duit aku cukup dan aku ada dapat share saham the Star 1 lot  masa aku kerja dekat the Star. aku rasa kalau dah cukup duit baru aku nak suruh mak aku tanya. bulan Disember aku suruh mak aku tanya tapi malang seribu kali sayang...semuanya sudah terlambat. 


maksu Minah kakak Maznah kata Maznah sudah di tunangkan dengan sepupunya kat kampung. dan mak aku cakap maksu Minah suruh aku cari orang lain.. macam senang je sebut nya "cari aje orang lain" sedangkan aku dah berusaha gunkan kederat tulang - empat kerat aku pagi petang kumpul duit belanja namun jawapannya tetap hampa...

so berakhirlah kisah aku dengan Maznah. aku terima suratan takdir aku takde jodoh dengan Maznah....tak payahlah aku tulis apa jadi pada hidup aku gaiss...korang pun boleh teka apa yang terjadi...Maznah kahwin tahun 1996 bulan Mei. selepas tu aku punya hidup tunggang terbalik. duit belanja kahwin tu aku habiskan dan aku bazirkan sampai kering dan licin. entah macam mana aku habiskan. 5k dalam masa 5 bulan aje...tiap tiap minggu aku ajak Mael dan budak purchasing store tu enjoy...lepas tu aku takde semangat kerja the Star dan aku akhirnya resign. lepas tu memang cri kerja lain tapi asyik berhenti kerja dan hidup macam orang putus asa...tapi aku tetap kuat semangat sampai aku bangkit semula dari kekecewaan dan tebus semua kesilapan aku dalam tahun 1997.


masuk tahun 1997. dah setahun Maznah kahwin...Maznah sudah pun bahagia hidup jadi isteri orang dan perlahan lahan aku lupakan semua pasal Maznah maka terkuburlah sudah akan cinta aku pada Maznah selama ini...dan aku mulakan hidup baru aku . dan bekerja kat anak syarikat Utusan Melayu bahagian pengiklanan. UMES PJ .

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)