Tuesday 15 November 2016

lonely planet - she were there - part one


1989 - 1990 - lonely planet - part one - pertemuan
aku rasa siapa yang sempat baca kisah roman picisan aku ni sebab ini blog personal aku. aku asyik tulis aje semahu aku. entah berapa version aku dah tulis tapi kisahnya sama sahaja. kisah Maznah. sebab apa aku tulis banyak banyak tanpa jemu ni? sebab dialah aku jadi apa aku jadi sekarang ni. kira dialah sumber inspirasi aku selama ni. walau dia hanya lagenda dalam cerita aku ni.  macam lagenda Mahsuri. aku nak dapat feel tulis entry ni pun aku dengar lagu lagu Fotograf 1989 - album pertama  sebab itulah kali pertama aku jumpa Maznah.  -  aku memang tak dapat nak gambarkan semuanya sebab hanya aku aje yang rasa perasaan ni.

kisah dia sebenarnya bermula pada tahun 1989 masa tu aku datang rumah paksu din sebab aku nak mintak paksu din rekemenkan aku masuk lower six . aku terkandas sebab aku tak cukup grouping walau aku lulus gred 2. sama macam kawan aku Along dan Rozi. diorang ajak aku ke Kelantan masuk maktab Adabi. aku ni bukan orang senang dan susah duit ni. so aku try merayu kalau dapat sokongan. paksu din kerja sebagai pembantu peribadi District Officer atau Pegawai Daerah Tanjung Malim. so, aku ingat bolehlah dia rekemen masuk Lower Six kat Tanjng Malim pun okeylah.

rupa rupanya aku hanya bermimpi di siang hari. paksu din tak mahu menolong aku atau merekemenkan aku . paksu din suruh aku sendiri tulis surat rekemen tu. aku dengar je macam tu aku rasahina. aku tahulah aku orang susah. takde sapa nak tolong. so aku pun ajak mak aku balik aje. masa nak keluar kat dapur tu ternampak kawan sekolah aku Yati tengah memotong sayur dengan adik dia Maznah. diorang berdua kaget tengok aku. aku pun senyum kat Yati dan aku tegurlah adik dia tu. "hai baik baik siang sayur tu nanti luka tangan."

sejak itu aku dah macam hilang arah dah...apa aku buat rasa macam tak betul aje. tapi aku harus akur akan situasi aku tu aku bukan orang senang. so? so...dalam fikiran aku ...aku kena cari kerja untuk corakkan  masa depan aku. aku nak sambung belajar tu kalau ada rezeki aku sambung lah... planning takde lagi masa ni..aku cuma kumpul duit untuk buat modal nak kerja kat KL. so, aku pun tercicirlah dari continue study..memang aku kecewa masa ni. tapi aku cuba pujuk hati aku sendiri.

setahun kemudian setelah itu aku mengikut kawan kawan senasib dan cuba mengadu nasib bekerja kat KL atau kat kotaraya KL. duduk sekejap dengan kawan bujang..semua hampehhh..aku lepak saja takde kerja selama sebulan kat Ampang Keramat. padahala ada aje kilang kat situ. mengenangkan duit makin lama makin susut. aku buat keputusan untuk menumpang kat rumah mak saudara aku kat PJ aje...dan cari kerja kat situ.ingat nak kerja kilang tapi sepupu aku ajak kerja waiter kat Hotel Syabas di PJ State pulak. aku follow aje...bermulalah karier aku sebagai waiter Hotel.tak lama aku kerja sebab aku rasa bosan ...lepas raya aku balik kampung nak rileks sekejap. nak jadi cerita kawan kamceng aku Nazri ada kat kampung dia ambik return SPM.

masa ni aku dan Nazri memang status penganggur lah...Nazri sibuk nak ambik SPM sekali lagi .aku pulak cari ajelah kerja kampung asal ada duit poket walau kerja jual jambu aje. aku kerja jual jambu malam malam sebab waktu siang yang jual jambu orang perempuan atau awek jambu jambu.termasuklah Yati dan adiknya Maznah. ini kali kedua aku jumpa Maznah masa dia kerja jual jambu. masa ni aku tengok dia dah meningkat remaja umur 14 tahun walau pun macam tu dia dah macam anak dara 17 . perghhh...kacau jiwa aku dibuatnya. 

aku mula menaruh hati kat Maznah. dia semakin manis walau dia jarang sangat nak senyum. gaya gaya pertuturan dia pun kasar kasar aje. dia masih lagi gadis yang naif dan tak tahu apa apa pasal perasaan. yang aku tahu masa ni dia mungkin bergejolak antara budak perempuan dan gadis. aku pun tahu dia masih 14 tahun. so aku pun slowkan sikit perasaan aku walau aku dah macam jatuh hati kat Maznah. aku sorok perasaan aku tu buat masa tu aku layan lagu thrash aje dengan Nazri. kitorang lah rockers kampung yang kononnya ada band sendiri nak jammed kat studio ala ala band rock. selain aku dan Nazri kawan rockers aku masa tu Nasri Yahya, Amry dan sepupu Nasri budak Anderson Ipoh, Zack. sebab kitorang ada dua orang sepupu kat situ so nama band kitorang Sepupu Ultra...sama macam nama band thrash Brazil -  Sepultura...

No comments:

Post a Comment

Labels

retro (27) windflowers (14) metamorfosis (9) lonely (7) planet (7) movie (6) figura (5) review (5) review movie (5) jannah (4) life (4) grape (3) lonely planet (3) rigor mortis (3) sour (3) day (2) delusional (2) in (2) kampung (2) kita (2) lagun biru (2) one (2) part (2) review lagu (2) till (2) your (2) 16 (1) 1990 (1) 1992 (1) 1997 (1) 2021 (1) 86 (1) Great (1) II (1) Malaysia (1) Penang (1) aje.retro (1) akina (1) alita (1) anime (1) antologi (1) apa (1) apis (1) aquaman (1) be (1) beradu (1) berbasikal (1) berkorban (1) bintang (1) blues (1) broken (1) bumblebee (1) captain (1) careless (1) carol danvers (1) cerana (1) clover (1) cyborg (1) dark (1) dark noir (1) deja (1) detailed (1) dont (1) emmett (1) fantasi (1) forget (1) futuristik (1) ganbatte (1) goes (1) hailee steinfiield (1) hood (1) i (1) jaga (1) jangan (1) jepun (1) jodoh (1) kau (1) ke (1) kidung (1) kispen (1) kudasai (1) kuubati (1) lagi (1) last.1996 (1) layan (1) leaf (1) lukaku (1) marvel (1) me (1) michelle (1) moment (1) mu (1) nakamori (1) narrative (1) neighbour (1) neo (1) new (1) on (1) orang (1) pendosa (1) period (1) plot (1) potong (1) que (1) reject (1) remember (1) removed (1) replace (1) review album (1) ride (1) rintis (1) rretro (1) saja (1) semua (1) sendiri (1) sephia (1) seribu (1) solo (1) story (1) strong (1) suara (1) superheroes (1) suratan (1) the (1) tiada (1) to (1) transformers (1) two (1) vers (1) vu (1) weathered (1) whisper (1)